Boleh baca entry terdahulu
Travelog Edinburgh Part 3 :
|
JELAJAH TEMPAT MENARIK DI EDINBURGH
Di entry kali ni Mat Drat share pula tempat-tempat yang menarik yang sempat Mat Drat singgah sepanjang 24 jam di bumi Edinburgh ni!!
Dan Mat Drat share juga sikit beberapa tempat lain yang menarik di Edinburgh dan Scotland amnya.
1. EDINBURGH CASTLE
- Ni Destinasi WAJIB kalau ke Edinburgh ye.
- Main attraction bagi Edinburgh. Nombor 1 dalam mana-mana list laman web.
- Mat Drat terus decide nak ke Edinburgh lepas tengok satu gambar cantik di Instagram...
|
Inilah gambar dari Instagram yang terus buat Mat Drat decide
"aku mesti pergi Edinburgh!!"
View di Prince Street Garden berlatar belakangkan
Ross Fountain dan Edinburgh Castle |
- Edinburgh Castle ni kita keluar-keluar dari Waverley Railways Station tu dah boleh nampak tersergam atas bukit.
- Kalau kita berjalan di Princes Street tu pun boleh nampak dah.
Lawatan masuk ke Edinburgh Castle
- Harga Tiket £19.50 (dewasa). Online £17.50
- Tiket kemasukan dah tetap kan waktu, pilih waktu nak masuk.
- Jadi kita hanya boleh masuk waktu yang ditetapkan, tapi berapa lama dalam tu tak kisah. Nak tunggu sampai tutup pun takpe.
- Dalam satu jam je kat dalam ni pun dah lebih dari memadai.
- Buka 9:30am.
- Kalau nak masuk sessi yang 9:30am, kena beli tiket sehari sebelum.
- Untuk masuk sessi waktu lain, kena beli awal dalam sejam setengah.
.................
Cara ke Edinburgh Castle
- Nak ke sini, jarak dalam 600 meter je kalau dari Waverley Bridge atau Waverley Railways Station.
- Boleh jalan kaki atau naik bas Hop On Hop Off. Ini 2 pilihan yang biasa dibuat orang.
|
Waverley Bridge dan Edinburgh Castle |
1. Jalan Kaki
- Kawan Mat Drat, Prof Ayin ada pesan kat Mat Drat sehari sebelum berlepas "Edinburgh Castle tu tinggi sikit nak menapak, boleh tahan letih"
- Mat Drat intai-intai google map, kalau menapak dari Waverley Bridge jarak dalam memang dalam 600 meter tapi 600 meter mendaki ye.!!
- Jangan risau, pemerhatian Mat Drat memang agak ramai juga yang berjalan kaki sahaja ke atas tu. Cuma letih sikit la.
- Boleh view dulu di Google Map, nak real lagi gunakan 3D view.
- Cadangan laluan 1 dari Waverley Bridge.
- Waverley Street - Market St - Mound Pl - Ramsan Ln - Castlehill
- Tapi Mat Drat rasa laluan ni kurang meriah dengan kedai dan orang ramai, kecuali dah nak sampai di Edinburgh Castle (di Castle Hill)
- Cadangan laluan 2 dari Waverley Bridge
- Waverley Street - The New Steps - Sts Giles Strt - Lawnmarket - Castlehill
- Laluan "The New Steps" tu agak meletihkan sebab kena mendaki anak tangga. Sakit lutut oooo
- Tapi sepanjang laluan Lawnmarket ke Castlehill tu memang meriah dengan pengunjung dan pelancong, banyak kedai, banguan cantik dan pelbagai aktiviti penghibur jalanan.l
- Cadangan laluan 3 dari Waverley Bridge
- Waverley Street - Cockburn St - Warriston's Close - Writer Citry - High Street - Lawnmarket - Castlehill
- Warriston's Close pun kena mendaki tangga juga.
- Yang menariknya akan lalu celah-celah bangunan / dalam bangunan.
- Tapi masuk je High Street dan Lawnmarket, memang agak meriah.
Jadi pilihlah mana sesuai. Nak senang, ikut macam Mat Drat je, naik bas je.
|
Dari Cockburn, mendaki tangga laluan Warriston Close.
Gambar ni bukan masa nak ke Edinburghj Castle ye,
ni sewaktu buat Harry Potter Tour sendiri dengan explore lorong-lorong di Edinburgh Old Town |
2. Naik Bas Hop On Hop Off
- Mat Drat tak nak ambik risiko meletihkan diri dan kaki sebab 2 hari dah pusing London (dekat 20,000 steps sehari kat sana). Lagi pun kat sini banyak lagi tempat yang memerlukan kaki melangkah untuk sampai.
- Jadi Mat Drat naik Bas Hop On Hop Off je.
- Bas Hop On Hop Off, berhenti di stop Lawnmarket utk ke Edinburgh Castle.
- Mat Drat dah share di entry sebelum ni pasal bas Hop On Hop Off.
- Sepanjang Lawnmarket ke Edinburgh Castle tu sedikit mendaki tetapi banyak aktiviti dan kedai yang buat kita tak rasa letih. Pemandangan memang cantik.
- Ingat, balik dari Edinburgh Castle tu jangan tunggu bas akhir sekali sebab takut bas yang ditunggu penuh.
- Boleh menapak kalau bas penuh, tapi kalau nak ke Waverley Bridge tu tak ada masalah sangat, yang masalahnya kalau nak pusing-pusing Edinburgh lagi, jadi tak dapat la.
- Mat Drat share sikit gambar di Edinburgh Castle
|
Pemandangan sepanjang Lawmarket ke Castlehill, menuju Edinburgh Castle |
|
Laluan ni memang ramai orang.
Senibina bangunan memang cantik di kiri kanan. |
|
Banyak restoran di kawasan ni. |
|
Kalau nak beli kilt , kat sini pun banyak.
Ni bukan pakaian wanita ye, normal lelaki pakai ni kat Scotland ni. |
|
Kilt dan scarf. Harga berbeza ikut kualiti. Quality terbaik pastinya dari bulu biri-biri Scotland itu sendiri, dan harganya sudah pasti 'terbaik' |
|
Nak bergambar dengan burung helang ni , 5 pound dia caj!!
Boleh tahan rate kat sini. Dan boleh tahan jug abesar helang ni. |
|
Artis jalanan dengan alat music. Yang menarik Mat Drat, anjing dia tu. Besar sungguh anjing ni. |
|
Best betul dengar lagu dari Bagpipes ni. |
|
Panjang sungguh nafas dia ni ,
macam non-stop je tiup Bagpipes ni.
Dah bergambar, jangan lupa hulur 1-2 pound. |
|
FREEEEDOOOOOOMMMM....
Peluang bergambar dengan pahlawan Scotland dengan pedang original.
Pedang ni memang besar dan berat.
Bila Mat Drat tegur adakah dia represent "Willaim Wallace"??
Dia kata, dia bukan William Wallace, tapi seorang lagi pahlawan Scottish selepas William Wallace.
Yang menonton filem Braveheart pasti ingat jeritan Willam Wallace (Mel Gibson)... "Freedoooommmm.." |
|
Tengok saiz pedang....besar dan panjang. Memang berat.
Ada 2-3 lagi senjata lain kat belakang tu.
Ni sessi bercerita dan berdiskusi....
Dia cukup tak puas hati bila ramai hanya tahu William Wallace.
Mat Drat kata, nak buat macam mana, dah Mel Gibson buat filem Braveheart naikkan nama Willam Wallace. |
|
Sessi bertukar nombor telefon dan berkenalan di laman sosial. Cikgu rupanya dia ni. |
|
Ramai menunggu turn nak masuk. |
|
Yeazzz... sampai sudah. |
|
Satu kepuasan....
Tak termimpi atau terfikir pun boleh sampai ke Edinburgh ni, apatah lagi ke Edinburgh Castle ni sebenarnya. |
Klook.com
...................................
2. EDINBURGH OLD TOWN
|
Kedudukan Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town |
- Mereka yang ke Edinburgh ni kebanyakkannya datang untuk melihat keunikan senibina bangunan lama di Edinburgh ni, khususnya di Edinburgh Old Town ni.
- Edinburgh Old Town keluasannya seperti gambar (map) di atas.
- Pelancong minat ke sini kerana di sini tersergam bangunan-bangunan lama, dan bagi Mat Drat ia lebih unik kerana dicelah-celahnya banyak lorong-lorong kecil.
- Dan di Edinburgh Old Town ni la tersergam permata Edinburgh tu sendiri iaitu Edinburgh Castle, dan bangunan-bangunan lain seperti Scottish Parliment, Palace of Holyroodhouse dan Kediaman Queen's Scottish serta tarikan seperti Edinburgh Dungeon dan Harry Potter Shop/ 'Museum Context'.
- Peminat Harry Potter jangan lupa ke The Elephant House, Greyfriar's Kirkyar dan juga Greyfriar's Bobby's Bar.
- Kat sini pun terdapat banyak kedai-kedai souvenir, tapi Mat Drat rasa barang yang Mat Drat beli di Prince Street lebih murah. Ada Mat Drat share di Travelog Edinburgh - Tips dan Panduan sebelum ni.
- Mat Drat dan wife hanya ronda-ronda, singgah beberapa kedai souvenir dan pastinya di kedai Harry Potter.
- Mat Drat share sedikit gambar di lorong-lorong dan laluan Edinburgh Old Town ni, yang dirakam ketika Mat Drat dan ronda-ronda jalan kaki.
- Tadi dah pusing dengan bas Hop On Hop Off, gambar bangunan dah share sebahagian sebelum ni.
|
Lihat ketenangan di tempat orang, keindahan negara orang. |
|
10,000 langkah sehari tercapai.
Waktu ni dah lebih 15,000 langkah |
|
Antara cafe-cafe di area sini |
|
Edinburgh Dungeon - Menarik |
3. HARRY POTTER 'Tour'
- Sedikit info Mat Drat share bagi mereka peminat Harry Potter.
- Edinburgh ni dikenali sebagai tempat lahirnya siri novel tulisan JK Rowling, Novel Harry Potter yang juga dijadikan filem.
- Bagi yang berminat dan ada masa terluang, boleh lah ke lokasi berikut
1. Museum Context / Diagon House
- Banyak koleksi dan merchandise Harry Potter di sini.
- Museum Context ni satu-satunya kedai yang licenced menjual official merchandise Harry Potter.
- Mat Drat singgah di Museum Context di Cockburn St. Ada satu lagi di Victoria Street (dengan nama lain - Dragon House)
- Lokasi 1 : Cockburn St
- Agak kurang pengunjung, jadi lebih senang membeli barang.
- Lokasi 2 : Victoria Street
- Victoria Street ni jalan yang boleh kata sentiasa ramai dengan pengunjung
- Nak ke sini pun ramai yang menunggu turn nak masuk
|
Wands (stick) di sini dalam 39 pound. |
|
Macam-macam koleksi ada. |
2. The Elephant House
- Dikatakan disinilah lahirnya "Harry Potter"
- Disinilah penulis novel Harry Potter, JK. Rowling ini mencari ilham menulis 3 buku pertama Harry Potter.
- Dari sini boleh nampak Edinburgh Castle dan Georgia Heriot's School (Hogwarth School)
3. Greyfriar Kirkyard
- Di sekitar Edinburgh ni memang ada beberapa kawasan perkuburan lama, dan salah satunya Greyfriar Kirkyar.
- Tak jauh dari The Elephant House, dalam 200 meter je.
- Bagi yang menonton Harry Potter mesti ke sini.
- Perkuburan lama ini cukup sinonim dengan Tom Riddle dan Lord Voldemort.
- Bangkit semula dari kuburan menjadi Lord Voldemort.
- Kubur Thomas Riddle di sini menjadi inspirasi JK Rowling. Thomas Riddle sebenar, mati pada 1802 umur 72 tahun
- Dan tak jaiuh dari kubur Thomas Riddle ni, ada kubur dengan poem 'William Topaz McGonagall, dan nama McGonagall cukup sinonim dengan Pengetua Gryffindor dari Hoghwart Schhol, iaitu Professor McGonnall.
- Gambar dalam hp wife -
4. PRINCES STREET GARDEN
- Lokasi untuk bersantai-santai.
- Pemandangan Edinburgh Castle cukup indah dari sini.
- Dan seperti Mat Drat bagi tahu awal tadi, Mat Drat terus decide kena ke Edinburgh bila tengok gambar Instagram yang Prince Street Garden berlatar belakangkan Edinburgh Castle dan Rossy Fountain.
|
Gambar yang buat Mat Drat terkasima |
|
5.45pm, misi tercapai untuk ke lokasi gambar IG yang Mat Drat terpegun tengok tu. |
Nak ke sini tak susah, sebab Prince StreeT Garden ni bersebelahan dengan Waverley Mall, Waverley Railways Station dan juga Princes Street.
Tapi Mat Drat ke sini naik bas Hop On Hop Off sebab nak ke Ross Fountain dahulu. Ross Fountain ni kalau dari Waverley Station, terletak hujung sekali.
|
Edinburgh Castle dari view berlainan. MatDrat turun bas Hop On Hop Off, utk view ni. |
|
Ini bilik saya |
|
Bilik saya... |
|
Edinburgh Castle, view dari Princes Street Garden |
|
Ross Fountain - Edinburgh Castle |
|
Santai petang |
|
Merenung.... |
|
Boleh la...walau tak banyak mana pun bunga rose kat sini. |
5. PRINCE STREET
- Lebih kepada lokasi untuk membeli belah.
- Disepanjang jalan ni banyak butik-butik berjenama tapi tak la semegah Champs Elsyee Paris.
- Antara butik yang Mat Drat perasan, Mark & Spencer, Cath Kidson, Primark, Swarvoski, Debenham dll.
- Mat Drat ronda ronda di jalan ni mencari souveniour je dan kebetulan hanya bersebelahan dengan Princes Street Garden.
- Harga barang di butik, bila diconvert ke RM agak mahal. Wife la kata sebab dia masuk Cath Kidson dan intai-intai harga kat situ.
- Souveniour boleh cari di kedai Works atau pun Romance & Peterson.
- Bagi yang mencari Hard Rock Cafe Edinburgh, tak jauh dari Princes Street ni. Boleh intai di Google Map, lokasinya dibelakang kedai Works tetapi di George Street (2 jalan di belakang)
- Sebenarnya, Mat Drat berlegar di sepanjang jalan dan sekitarnya Princes Street ni petang Day 1 dan juga pagi Day 2.
- Disepanjang laluan ni juga, terdapat beberapa status yang menarik.
- Sedikit gambar sepanjang Mat Drat di sini.
6. TEMPAT MENARIK LAIN DI EDINBURGH
- Ada beberapa tempat lain yang menarik di Edinburgh yang Mat Drat teringin nak pergi tetapi tak berkesempatan.
- Palace of Holyroodhouse
- Arthur Seat
- Calton Hill
- Holyrood Park
- Dan beberapa tempat menarik lain
- Scottish National Gallery
- Royal Botanic Garden Edinburgh
- National Museum of Scotland
|
Princes Street |
|
Scott Monument |
|
Gagah.. The Royal Scots Greys Monument |
|
Day 2 Di Prince Street berlatar belakangkan Edinburgh Old Town |
|
Santai pagi.. |
|
Sebelum bergerak ke Airport |
|
BYE BYE EDINBURGH.... |
6. TEMPAT MENARIK LAIN DI SCOTLAND
- Scotland ni banyak tempat-tempat lain yang menarik sebenarnya.
- Satu laman web tarvel telah menyenaraikan Scotland sebagai negara tercantik mengatasi Switzerland pada bancian 2018.
- Bagi yang ada 5 hari atau lebih mungkin boleh consider ke
1. Loch Ness
- Tasik yang cukup luas, pemandangan pasti cantik dengan tasik dan berlatar belakangkan gunung ganang.
- Terkenal dahulu dengan mitos "Nessie" iaitu Loch Ness Monster, macam kisah naga tasik Chini la lebih kurang.
- Boleh la tonton filem lama , Loch Ness (1996)
2. Doune Castle
- Kalau ada masa, memang Mat Drat nak ke sini.
- Sebab.... ni la satu-satunya castle di Scotland yang ada dalam series Game Of Throne
- Dikenali dengan nama "Winterfell" dalam GOT.
- Banyak-banyak Castle di Scotland, ni yang dijadikan lokasi utama GOT.
Dunnottar Castle
- Pemandangan menarik sangat menarik sebab terletak di hujung tanah berbatu dan ditepi laut.
- Lama tak lama Castle ni, 1392 dah tersergam di sini.
- Nak tahu cantik tak cantik, boleh google.
Loch Lomond
- Pemandangan menarik sangat cantik sebab tasik, gunung dan batuannya.
The Storr
- Mat Drat masuk dalam list sebab tertarik dengan pemandangan di sini, lagi lagi yang dikongsi netizen di Instagram.
Quiraing
- Pun sama, Mat Drat masukkan dalam list sebab tertarik dengan pemandangan di sini, lagi lagi yang dikongsi netizen di Instagram.
Kalau yang berminat, boleh dapatlkan pakej dari operator yang sediakan trip ke lokasi-lokasi ni.
Di Waverley Station/ Waverley Mall ada satu kiosk seperti Tourism Centre. Kat situ ada pelbagai pemplate yang tawarkan pelbagai pakej.
Satu option lagi, boleh intai-intai juga pakej yang ditwarkan di KLOOK, pastinya dengan harga diskaun.
.....................
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.