Friday 15 April 2016

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik - Day 2 (Part 1)

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
Bas hop-in hop-off ada banyak di sini, pilih sahaja




.
...... bersambung dari entry 
πŸ‘‰πŸ‘‰Bercuti ke Barcelona : Day 1 - Barceloneta Beach



Tempat Menarik di Barcelona

Untuk hari kedua, perancangan kami asalnya adalah untuk melawat ke tempat-tempat menarik berikut:
-Sagrada la Familia
-Casa Mila / Casa Batlo, Amatler & Morera
-Plaća de Catalunya
-La Rambla
-Nou Camp ( Barcelona vs De portivo )
-Columbus Monument
-Port Vell (boat cruise)
-Pantai Barceloneta

Itinerary hari ni tidak begitu padat memandangkan jadual melawat dan menonton bola di Stadium Nou Camp dah dikeluarkan sebab masalah teknikal. hu hu hu.


Sarapan di W Hotel Barcelona
Hari kedua ni kami mulakan dengan bersarapan dahulu di W Barcelona Hotel. Terdapat 2 pilihan untuk bersarapan di hotel ini, sama ada hendak ke Restoran Bravo24 di tingkat 24 atau di Restoran Wave di Ground Floor. Kami pilih ke Restoran Wave kerana menunya yang lebih “universal”. Manakala Restoran Bravo24 lebih kepada menu tempatan. Dengan harapan, adalah menu 'halal' di sini.




Welcome Guest Lamborghini
Redefining Gravity...Evantador


Kebetulan Guest Lamborghini yang terpilih (bakal pembeli yang berpotensi) dari seluruh dunia diterbangkan ke Barcelona ni dan menginap di sini. Mereka pun bersarapan di sini, jadi terperasan macam Guest Lamborghini apabila Mat Drat dan isteri disambut di pintu masuk restoran ala ala vvip.

Untuk sarapan pagi di sini, makanan yang kami yakin halal untuk bersarapan hanyalah buah-buahan dan bijiran. Lain tak berani.




Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik Makanan Halal
Menu utama -  buah-buahan 
Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik Makanan Halal
Buah-buahan dan bijirin didalam kotak sahaja yang kami yakin untuk dimakan. 
Ada tanda halal ye.

Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik Makanan Halal
Ini sahaja la menu kami… 
buah dan kekacang sahaja, juga bijirin yg ada sah ‘halal’.
Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik Makanan Halal
Jemput makan.

Sebelum meninggalkan hotel pagi ini, kami bergambar dulu dengan kereta Lamborgini Aventador yang belum sampai lagi di Malaysia pada waktu ini. Para jemputan di jemput dengan Bas Lamborgini ke Circuit Catalunya untuk sessi pandu uji. 


Lamborghini Aventador LP750-4 SV ini dipamerkan di W Barceloan ini
 untuk beberapa hari sempena kehadiran tetamu-tetamu (bakal pembeli berpotensi).









Hotel ke Barcelona City

  • Dari hotel, kami menaiki bas bernombor V15. 
  • Bas memulakan perjalanannya dari Pl. Rosa dels Vents, hanya 100 meter dari hotel kami. 
  • Pl tu macam "Jalan". Jadi hampir semua jalan ada 'Pl'
  • Bilangan bas agak kerap, setiap 20 minit. Tak lama kami menunggu.
  • Selepas  15 minit perjalanan, kami tiba di bus stop Gran Via, Pg de Gracia.
  • Menaiki bas di Barcelona juga tidak menjadi masalah kerana bas agak besar dan kekerapan agak tinggi. 
  • Sewaktu menunggu di bus stop juga kita dapat info semasa, tertulis masa ketibaan bas seperti di station metro.
  • Di dalam bas juga ada lcd screen yang memberitahu “next stop”. Jadi nak telepas hentian tu susah sikit la. Yang penting kita tahu mana nak berhenti.




Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik  Aerobus
Hanya kami sahaja menaiki bas ini, 
mungkin 8.30 pagi masih awal bagi mereka di sini.



Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik
Bus stop dengan informasi 
- nombor bas yang akan berhenti di bus stop
-  masa ketibaan bas


SAGRADA LA FAMILIA

Keunikan Senibina Sagrada La Familia



  • Destinasi pertama kami adalah Sagrada Familia. Ia adalah salah satu tempat yang dikira mesti dilawati jika ke Barcelona. Mengikut TriAdvisor, ia menduduki tempat #1 senarai tempat paling dilawati oleh pelancong di Barcelona.
  • Perjalanan ke Sagrada La Famila
    • Dari Pg de Garcia, naik tren dan berhenti di station metro La Sagrada.
    • Station La Sagrada ini betul-betul di seberang gereja Sagrada Familia.
    • Perjalanan kami menaiki bas dari hotel ke Pg de Garcia dan sambung perjalanan menaiki tren metro ke Sagrada Familia hanya dikira satu perjalanan sahaja dengan menggunakan tiket travel T10. Berbanding jika tanpa tiket travel T10, penumpang perlu membeli tiket secara berasingan. Jadi Tiket T10 ini betul-betul menjimatkan.
    • Untuk kesini, paling senang adalah dengan menaiki tren dan turun di station Sagrada yang terletak betul-betul diseberang jalan mengadap La Sagrada ini. 
    • Di dalam station metro La Sagrada ini juga terdapat sebuah kedai souvenior yang menjual dengan harga patut. Pilihan banyak dan harga agak murah dan banyak key chain kami beli disini. Harga purata dalam €2 euro sahaja.
  • Sedikit info berkaitan Sagrada Familai ini hasil pembacaan Mat Drat: ia merupakan sebuah gereja Roman Catholic yang direka dan dibina oleh arkitek mereka iaitu Antoni Gaudi (1852-1926). Mula dibina pada 1882, dan pada tahun kematiannya (1826) hanya suku binaan sahaja yg baru siap. Kemudian disambung semula pada tahun 1950-an. Dan pada tahun 2010, pembinaan gereja ini telah 50% siap dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026 iaitu ulang tahun ke 100 kematian Antoni Gaudi. 
  • Untuk info detail boleh baca link ni .... πŸ‘‰πŸ‘‰ Sagrada La Famila

  • Memandangkan ia sebuah gereja, jadi Mat Drat tak plan nak masuk ke dalam pun. Tak seronok nak masuk ke dalam gereja ni walau pun niat kita nak lihat struktur bangunan je. Cukuplah lihat struktur bangunan ni yang cukup unik dari luar sahaja.
  • Lagi pun, sedikit yuran yang dikenakan....pasti akan masuk ke dalam tabung gereja ni juga... tak nak la contribute.
  • Telah dinyatakan dengan jelas di laman web mereka bahawa pembelian tiket merupakan sebahagian sumbangan kepada dana untuk menyiapkan gereja ini. Tak nak la menyumbang untuk pembinaannya
  • Jadi betullah ada yang kata gereja La Sagrada ni merupakan gereja yang tak siap-siap.


  • Jika berhajat untuk memasuki Sagrada Familia, Mat Drat cadangkan beli tiket secara online, jika tidak anda kena beratur panjang untuk mendapatkannya. 
  • Dan selepas tiket dibeli, kena tunggu pula masa masuk yang ditetapkan.
  • Waktu kami sampai dalam jam 10am, tiket paling awal adalah kemasukan jam 2pm. Itupun kena beratur panjang yang Mat Drat xxxanggar paling kurang dalam 30 minit perlu beratur untuk dapatlan tiket tu. 
  • Kaunter tiket terletak di bahagian belakang, kena pusing sebahagian gereja untuk beli tiket.

Klook.com









Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik La sagrada
La Sagrada dengan kren-kren pembinaan.


Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik La sagrada
Pelancong di pintu masuk gereja menunggu giliran untuk masuk.
 'Q' nak beli tiket di bahagian belakang lagi panjang
Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik La sagrada
Lukisan dan ukiran di dalam station metro Sagrada.

Souvenior murah di Sagrada La Familia

  • Di luar gereja La Sagrada ini terdapat banyak getai-gerai menjual pelbagai souvenior. Yang saya perasan gerai-gerai yang mengadap pintu masuk agak murah berbanding gerai-gerai di kawasan jualan tiket. 
  • Boleh tahan juga barang yang kami beli utk buah tangan dan utk kenangan sendiri. Harga barang yang saya ingat sebab memang kami beli
    • Cap/topi €5 – €7
    • Beg sandang €8 – €10
    • Pashmina €5


  • Selain gerai-gerai soiveniour ni, terdapat juga 2-3 orang penjaja menjual fridge magnet dan key-chain dengan beralaskan kain sahaja tanpa sebarang gerai. Harga hanya €1,kira cukup murah…. banyak juga kami beli mana yang berkenan. Kalau dikedai-kedai souveniour harga dalam lingkungan €2-€3 satu. (esoknya kami dtg semula semata-mata nak beli lagi, tapi penjaja tu tak ada dah).



Bercuti ke Barcelona : Day 2 - Tempat Menarik La sagrada Souveniour Murah
Penjaja yang menjual bersebelahan gerai-gerai souveniour


  • Lebih kurang satu jam disini (termasuk masa dihabiskan membeli dan tawar menawar barangan souveniour) kami mula bergerak ke Casa Mila, Casa Batlo dan Casa Amatler 
  • Dari station Sagrada ke station Diagonal hanya 3 stop sahaja. 
  • Nak jalan kaki pun boleh kalau sanggup, jaraknya dalam 800 meter.
  • Bagi pemegang kad T10, perjalanan ini dikira satu ‘perjalanan baru’ memandangkan kami telah keluar dari station metro tadi. Setiap kali kita keluar dari station metro melebihi 15 minit, jika kita masuk semula akan dikira satu 'journey' baru. Setakat ini kami telah guna 2 journeys untuk Tiket T10 kami. Setiap kali lengkap 1 journey, akan di print di belakang tiket baki 'journey' yang ada.



CASA MILA, CASA BATLO, CASA AMATLER & CASA LLEO AMATLER


Casa Mila, Casa Batlo, Casa Amatler dan Casa Lleo Morera ini terletak di sepanjang Pg De Garcia. Dari station Diagonal, jaraknya hanya dalam 150 meter sahaja ke Casa Mila. Jika menaiki bas hop-in hop-off, bas akan berhenti betul-betul dihadapan Casa Mila ni.


Bas hop-in hop off berhenti betul2 dihadapan Casa Mila.
Casa Mila ini juga di bina oleh Antoni Gaudi. 



Kami tak masuk ke dalam Casa Mila ini sebab rasa macam tak berminat nak bayar sehingga hampir RM 100 semata-mata untuk lihat ukiran dan senibina bangunan. Cukuplah lihat keunikan dari luar sahaja, itupun sudah merasai akan keunikan senibinanya.


Casa Mila


Casa Mila. Pun beratur pelancong nak beli tiket








  • Dari Casa Mila ke Casa Batlo pula kena berjalan dalam 500 meter. 
  • 500 meter tak jauh sebenarnya kerana sepanjang jalan ni macam-macam aktiviti dan gelagat manusia kita boleh lihat di sini. 
  • Sambil jalan kaki dapat jenguk-jenguk ke butik-butik berjenama yang ada, jadi tak la terasa letih.
  • Casa Batlo pun sama seperti Casa Mila, juga dibina oleh Antonio Gaudi. Bangunan ini istimewa dengan keunikan senibina dan dekorasinya.
  • Bersebelahan Casa Batlo adalah Casa Amatler dan Casa Lleo Morera. Ketiga-tiga tempat ini kami tidak masuk juga, sekadar melihat keunikan senibina dari luar sahaja.

Casa Batlo
Sumber : IG Casa Batlo


Casa Batlo

Casa Batlo



Casa Amatler

Casa Morera




Harga Tiket Casa Mila, Casa Batlo dan Casa Amatler
Sebagai panduan, boleh la berkira-kira sebelum membeli tiket lebih-lebih lagi kalau dating bersama kanak-kanak.

Casa Mila :
- €10 dewasa dan free untuk bawah 12
- Waktu dibuka : 10pagi – 7.30 petang
- Anggaran masa lawatan : 45 minit

Casa Batlo :
- €21.50 dewasa
- €18.00 remaja ( 7- 18 tahun) dan free untuk bawah 7 tahun
- Waktu dibuka : 9.00 pagi – 9.00 malam
- Anggaran masa lawatan : 45 minit

Casa Amatler :
- €15.00 dewasa
- €7.50 remaja ( 7- 12 tahun) dan free untuk bawah 7 tahun
- Waktu dibuka : 11.00 pagi – 7.00 malam
- Anggaran masa lawatan : 30 minit ikut jadual ditetapkan.

Casa Lleo Morera :
- €15.00 dewasa
- free untuk bawah 12 tahun
- Anggaran masa lawatan : 45 minit


    Lawatan ke 4 “casa-casa” ni rasanya sesuai kalau ingin menikmati keunikan rekaan dalaman dan keunikan senibina bangunan-bangunan ni. Tapi kalau bawa anak-anak, mungkin kasihan sikit kepada mereka kerana mereka mungkin tak memahami apa yang mereka lihat. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai kerana anda akan banayk berjalan.

    Kalau terasa nak masuk, rasanya elok beli seacara online supaya tak membuang masa beratur membeli tiket.


    Pun kena beratur nak beli tiket


    Klook.com



    Shopping Beg Tangan Murah di Pg de Garcia
    Walau kami tak masuk ke dalam keempat-empat “Casa” ini, tapi kami agak lama juga disini sambil melihat dan menghayati keunikannya. 

    Yang paling best, kat sini ada penjual-penjual barangan kulit jenama terkenal yang dijual oleh warga Afrika. Lagi best, mereka ni menjual barangan tiruan / gred AA berjenama sedangkan butiknya barang yang dijual ada di sepanjang Pg de Garcia ini. Memang betul-betul berani mereka ni.

    Pesanan saya kalau betul hendak beli, tawar betul-betul sebab harga di letak oleh mereka agak tinggi. Dan pastikan pegang barang yang kita hendak beli dahulu sebelum bayaran dibuat. Bukan apa, mereka ni akan lari macam lipas kudung apabila kelibat polis kelihatan, sekali sentap tali…. kain hamparan akan terus membungkus beg-beg mereka dan mereka terus lari. Kalau duit dah bayar, beg belum ambil…. kira nasib la. Sambil menjual, tangan mereka memegang tali yang bersambung dengan kain hamparan yang diletakkan barangan dagangan mereka. Sekelip mata mereka sentap tali, semua akan terbungkus dan mereka terus lari.

    Di sepanjang Pg de Garcia ini terdapat pelbagai butik-butik jenama yang cukup terkenal, Guess, H&M, LV, Armani, Michael Korr dll. Kira kalau datang kesini bolehla membeli belah sekali. Ala-ala macam di Champ Elysees Paris la… cuma disini tak seramai orang di sana.

    Walaupun dah berjalan hampir 1.km, tidak terasa letih sangat kerana sambil berjalan kita boleh cuci mata dengan keunikan ukiran bangunan-bangunan di sini. Juga sambil berjalan boleh la cuci-cuci mata di utik yang ada, kalau duit penuh poket boleh la singgah. Di samping tu, boleh juga menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pelbagai pihak disepanjang jalan ini.

    Rupanya jauh juga kami telah berjalan dari statio terakhir tadi. Kira-kira dah hampir 2 km.

    150 mtr – station Diagonal > Casa Mila
    500 mtr – Casa Mila > Casa Batlo
    700 mtr – Casa Morera > Placa Catalunya


    Antara koleksi gambar sepanjang Pg De Garsia dari Casa Mila ke Placa Catalunya


    Tengok dari luar  je...


    Bandingkan harga sebelum ke Paris lagi 2 hari


    Memang berani mereka ni menjual di sini. 
    Selamba je jual depan butik, jenama sama lak tu.

    Dan disepanjang Pg de Garcia ni juga, kita dapat lihat yang masyarakat di sinicukup santai....



    Antara budaya yang boleh dicontohi... offer je diri, pasti ada yg nak lawan.


    Buku-buku dan tempat membaca disediakan. Bagus budaya mereka ni
    Membaca amalan mulia..




    Melihat ibubapa melayan karenah anak-anak mereka.
    Pelbagai permainan IQ disediakan di sepanjang jalan


    Selepas hampir 30 minit menapak dari Casa Morera sambil singgah sana sini,  sampai sampai juga kami di PlaΔ‡a Catalunya. 


    Plaća de Catalunya - Tumpuan pelancong

    Plaća de Catalunya merupakan satu kawasan dataran yang menjadi pusat tumpuan di Barcelona dan dikatakan sebagai pertemuan kota lama (Barri Gotic dan Raval) dengan perbandaran baru. Ia juga menjadi pusat perhubungan apabila ia bersambung dengan jalan-jalan utama antaranya Passeig de Garcia dan La Rambla. Di sini juga menjadi pusat hentian bas utama bagi Bas Aerobus ke Airport dan juga bas pelancong Hop-in Hop-Off.

    Dataran ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia terkenal dengan keunikan patung ukiran, air pancutnya serta ukiran-ukiran arcanya. Kalau datang pada waktu yang tepat, kawanan burung merpati juga menanti di tengah-tengah dataran menunggu kita berikan makanan.

    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    Jumpa air pancut ni, kira dah sampai la Plaća Catalunya

    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    tadaaaa..... sampai di Placa Catalunya

    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    Kalau malam, rasanya mesti meriah
    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    burung-burung merpati menunggu makanan
    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    Bunga-bunga sedang mekar. Kebetulan musim bunga.
    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    agak terik juga cuaca di sini waktu tengah hari, sekitar 22-24 darjah celcius


    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    Pelancong dari Brazil, pandai mereka meneka kami dari Malaysia. 
    Mereka pun dah melawat Malaysia katanya
    Patung-patung bersepah di sini, tapi arca ni paling unik di sini
    Salah satu patung yang bersepah tu....

    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    Bas hop-in hop-off ada banyak di sini, pilih sahaja

    Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Placa Catalunya
    Salah satu bangunan yang menarik bersebelahan Placa Catalunya ni

    Sebenarnya kami ni dari Sagrada Familia mencari toilet tetapi tak berjumpa. Mengharapkan akan jumpa toilet di mana-mana station metro, tapi tak juga jumpa. Dan dengan yakinnya pasti akan ada public toilet di kawasan tumpuan pelancong seperti Placa Catalunya ni, tapi sangkaan kami meleset juga…sampai sini tak ada juga. Setelah puas mencari disekitar ini dan tidak juga jumpa, akhirnya terpaksa tanya dengan penjual tiket di kaunter bas.
    Jawapan dia …. tiada public toilet di sini dan dia menyuruh kami ke McD yg berdekatan dan gunakan toilet disitu. Kami pun terus menuju ke McD yang tak berapa jauh dan terpaksa buat muka selamba guna toilet. Jangan lupa bawa bekalan air siap-siap ye.

    Rehat dulu untuk sessi petang.... dan entry bersambung di

    ~mat-drat~


    Entry Berkaitan  Trip kami ke Barcelona


    No comments:

    Post a Comment

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.