Tempat Makan Halal (Muslim Friendly) di Seoul Korea
- Mat Drat rasa kalau bercuti ke Seoul ni, tak ada masalah sangat bab mencari tempat makan halal atau sekurang-kurangnya muslim friendly.
- Kita ke Korea ni, boleh cari tempat makan dengan berpandukan restoran yang dicadangkan oleh KTO , mengklafikasikan sebagai Restoran Muslim Friendly.
- Secara amnya, KTO (Korean Tourism Organization) mengklafikasikan restoran Muslim Friendly di Seoul (Korea secara keseluruhannya) dengan 4 kategori
- Certified by Korean Muslim Federation
- Bilangan restoran tak banyak
- semua makanan adalah halal
- pemilik atau pekerja restoran sekurang-kurangnya ada seorang Muslim
- bilangan restoran kategori ni agak banyak
3. Muslim Friendly
- Ada menu halal dan tidak guna daging babi di restoran
- Tetapi mungkin menjual alkohol
- Tidak Guna daging babi
- Bagi Mat Drat, yang ni kita elak la sebab pilihan kategori 1 dan 2 di atas banyak
Pamphlet dari Korea Tourism Organization dan Seoul Tourism Organization banyak membantu.
Menu
Alamat : 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul
Lokasi Google Map : ⇒ Google Map Rest Eid Itaewon
1. Restoran Kampungku
Cara nak Ke sini
- Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 3.
- Ambil susur ke sebelah kiri menuju ke Pacific Hotel.
- Sampai Pacific Hotel, ada 2 simpang. Ambil susur kiri menuju Restoran Kampungku, susur kanan menuju ke Namsan Tower.
- Dalam 200 meter akan jumpa Restoran Kampungku.
- Jelas nampak restoran ni sebab warnanya yang terang dan 2 tingkat. Tak akan terlepas kalau melalui depannya
Menu
- Makanan Korea dan makanan Malaysia
- Takkan datang Korea nak makan makanan Malaysia kan....
- Makanan Malaysia tu bagi lah kat orang-orang Malaysia yang lama duduk kat Korea dan rindu makan makanan Malaysia macam nasi lemak ke, sate ke...nasi goreng ke...
Harga
- Harga average dalam KRW 8,000 - 13,000. Ikut menu.
- Hidangan kat sini macam hidangan orang Asia ye, portion dia kecil. satu set untuk sorang makan je. Bukan macam portion kat restoran arab atau di europe yang portion agak besar.
Link berkaitan Restoran Kampungku untuk Trip Seoul Mat Drat ni
Lokasi : Jong-ro 20-gil, Namsandong 2(i)-ga, Jongno-gu, Seoul
Tel : +82 2-310-9249
Tel : +82 2-310-9249
Google Map : 👉👉 Lokasi Google Map
Facebook Page : https://www.facebook.com/kampungkumyeongdong/
2. Restoran Eid Itaewon
Antara Resoran yang menyajikan makanan Korea yang halal di Seoul- Restoran agak kecil, boleh muat sekitar 25-30 orang sahaja.
- Jika datang dengan bilangan ramai, kena makan bergilir-gilir la.
- Terletak berhampiran dengan Masjid Seoul. Dalam 100-150 meter.
- Pekerja waktu Mat Drat dan kawan-kawan menjamu selera adalah pelajar dari Indonesia, jadi agak senang membuat pesanan makanan.
Menu
Makanan Korea seperti Samgye-tang, Bulgogi,
Makanan Korea seperti Samgye-tang, Bulgogi,
Harga
Harga average dalam KRW 10,000 - 13,000. Ikut menu.
Harga average dalam KRW 10,000 - 13,000. Ikut menu.
Cara nak Ke sini
- Turun di Station Itaewon
- Keluar di EXIT 3
- Jalan dalam 50 meter, akan jumpa Dunkin Donuts dan Rest Mr KEBAB di sebelah kanan, belok kanan dan mula mendaki sedikit.
- Mendaki dalam 100 meter, ada simpang ke kiri. Masuk kiri
- Menapak dalam 100 meter (bukit agak landai), akan jumpa pintu gerbang ke Masjid di sebelah kiri.
- Untuk ke Restoran Eid, menapak lagi dalam 100 meter ke hadapan dari pintu gerbang masjid tadi. Tak perlu belok ke pintu gerbang masjid. Restoran terletak di sebelah kiri.
Waktu Operasi : 11am - 9pm
No Tel : +82 70-8899-8210
Alamat : 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul
Lokasi Google Map : ⇒ Google Map Rest Eid Itaewon
Geng makan hari ni... |
Ayam herba dan makan dengan nasi. KRW 12,000 |
Ni dia Nasi dan Samgye-tang . Memang sedap. |
Menu ni pun sedap...Bulgogi KRW 10,000 je |
3. Restoran Halal lain di Itaewon (Yongsan-Gu)
Restoran yang menyajikan makanan Korea yang halal (certefied dan self-claimed) di Itaewon Seoul ni agak banyak memandangkan di area Itaewon ni ada masjid, jadi pastinya restoran Halal agak banyak.
Menapak sahaja dari EXIT 3 Station Itaewon dan menghala ke Masjid Seoul ni, rasanya lebih 10 restoran 'Muslim Friendly' yang ada di area sini.
Area Myeong-dong (Jung-gu) ni boleh kata kawasan tumpuan pelancong. Orang kita pun suka duduk area sini.
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye....
1. Mr Kebab - Kebab (Halal Certified)
5.Casablanca Restoran - Sandwich (Muslim Friendly)
6. Restoran Usmania - Pelbagai menu (Halal Certified)
7. Istanbul Delight
8. ultan Kebab
- Turkish Kebab dalan KRW 6,000
- Chicken Shish Kebab dlm KRW 19,000
- Makanan Turki
3. Moghul Restorant
4. Restoran Siti Sarah - Korean food, Makanan Melayu dan Egypt- Chiceken Tandori dlm krw 19,000
5.Casablanca Restoran - Sandwich (Muslim Friendly)
6. Restoran Usmania - Pelbagai menu (Halal Certified)
7. Istanbul Delight
8. ultan Kebab
9. Makan Restaurant
Dan beberapa lagi restoran arab dan India di sini
Dan beberapa lagi restoran arab dan India di sini
Link berkaitan Restoran di Itaewon untuk Trip Seoul ni
4. Restoran Halal di Myeong-dong (Jung-Gu)
"
Mat Drat tak jumpa restoran yang ada status "Halal Certified" atau "Self -Certified" di area sini kecuali Restoran Kampungku (no 1 atas tadi).
Kebanyakkan restoran yang status "Muslim Friendly" di sini adalah restoran yang menyajikan beberapa menu halal tetapi juga menjual alkohol (arak). Mungkin ada yang tidak selesa untuk makan di restoran sebegini.
Mat Drat senarai kan beberapa restoran mengikut pamphlet yang Mat Drat dapat :
- Gosang
- Ilji Hanbnag Samgyetang
- Momoyama (Lotte Hotel)
- Mugunghwa (Lotte Hotel)
- Taj
- YunGa-MyungGa
Mohon check dulu sumber lain sebelum makan di sini ye.
Dan kalau ke Myeong-Dong market, kita akan nampak gerai-gerai di tengah market tu yang ada tanda HALAL atau penjual menjerit "HALAL...HALAL...HALAL...", yang tu terpulang la nak makan atau tidak.
Mat Drat macam tak berapa nak yakin beli atau makan di gerai macam tu.
Mat Drat macam tak berapa nak yakin beli atau makan di gerai macam tu.
Ni travel partnet Mat Drat, si Abam LAN. Abam Lan tunjukkan contoh gerai dengan 'status Halal'. Mat Drat tak berapa nak yakin makan di sini. |
Satu lagi gerai dengan 'status Halal'. Mat Drat tak berapa nak yakin makan di sini. |
5. Restoran Halal / Muslim Friendly di Nami Island
Surau dan restoran makanan halal ada di sini.
Surau terletak di bangunan yang sama dengan restoran halal.
Restoran Asian Cuisine menyajikan makanan halal. |
Antara menu yang ada. Harga di antara KRW 9,000 - KRW 12,000 untuk 1 set. |
6. NIMAT : Restoran Halal di Incheon Airport
Dari buku panduan bercuti ke Seoul yang Mat Drat dapat di MATTA Fair, ada satu restoran halal di sini.
Restoran NIMAT ni terletak di Consourse Area
Menu : Korea Food dan Indian Food
Harga : Bulgogi Set KRW 13,000, Buldak-gimbap (Chciken Gimbap) KRW 5,000
Waktu buka : 6:00 - 22:00
Tel : 032-743 6254
Link berkaitan Airport Incheon untuk Trip Seoul ni
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye....
|
Percutian ke Seoul
|
|
Travelog Seoul - Day 1
|
| |
|
Travelog Seoul -Day 1
|
|
Travelog Seoul -Day 2
Han River Cruise
|
|
Travelog Seoul -Day 3
|
Travelog Seoul -Day 4
| |
Travelog Seoul -Day 4
| |
|
Travelog Seoul -Day 4
Grevin Muzium
|
Travelog Seoul -Day 4
| |
|
Travelog Seoul -Day 5
|
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
|
k-pop bedah plastik me bedah my dick..oooyeahhhh~
ReplyDeleteAku ske gi negara org tp biase jln2 sekitar hotel je...so masak nasi kat bilik dgn kicap dan bilis mentah....
ReplyDelete