Friday, 11 August 2017

Tempat Makan Best / Sedap di Melaka

Tempat Makan Best Sedap di Melaka Asam Pedas






Kalau datang ke Melaka, jangan lupa menikmati makanan yang cukup terkenal di sini. Berikut Mat Drat senaraikan beberapa tempat makan yang sedap dan best di Melaka.

Senarai ni tak ikut ranking ye. Boleh lah baca trip terbaru Mat Drat ke Melaka di perkongsian sebelum ni untuk lihat mana tempat yang Mat Drat singgah makan. 

Senarai ni Mat Drat tak cerita panjang lebar, hanya nama kedai / restoran, lokasi dan link google map. Untuk review harga dan masakan, Mat Drat tak kongsikan di sini. Tapi harga rata-rata lebih kurang sahaja.

Nombor telefon setiap kedai/restoran boleh klik di link google map.  Ada sesetengah kedai/restoran meletakkan di situ nombor telefon untuk dihubungi Nombor telefon (hp) ni biasanya berubah-ubah, jadi boleh dapatkan terus di 'google map', sebab kalau Mat Drat letak nombor telefon sekarang, takut selepas 1-2 tahun, nombor tu dah tak digunakan.


ASAM PEDAS SEDAP / BEST DI MELAKA



Ada beberapa restoran asam pedas yang sedap dan best di Melaka yang menjadi tumpuan pengunjung. Tapi sedap dan best tu pun agak subjektif, lain orang lain citarasa. 

Antara restoran asam pedas yang menjadi pilihan di Melaka adalah.....


Paling senang nak cari asam pedas sedap, pergi ke area Kota Laksamana, di situ terdapat beberapa restoran asam pedas yang biasa menjadi tumpuan pengunjung.

Asam Pedas Pokok Besar
Lokasi : Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksamana

Google Map : 🚩 Map Asam Pedas Pokok Besar
Waze ðŸš˜ Waze Asam Pedas Pokok Besar 

Tempat Makan Best Sedap Melaka Asam Pedas Pokok Besar
Asam Pedas Pokok Besar


Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
Terletak berhadapan dengan Asam Pedas Pokok Besar

Lokasi : Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana

Google Map : 🚩 Map Asam Pedas Claypot
Waze  : ðŸš˜ Waze Asam Pedas Claypot



Tempat Makan Best Sedap Melaka Asam Pedas Claypot
Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
(Gambar di ambil waktu 2pm, Restoran hanya dibuka sekitar jam 6 petang,)


Asam Pedas Claypot 2
Terletak bersebelahan dengan Asam Pedas Pokok Besar dan bertentangan dengan Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Lokasi : Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksamana

Google Map : 🚩 Map Asam Pedas Claypot 2
Waze  : ðŸš˜ Waze Asam Pedas Claypot 2


Tempat Makan Best Sedap Melaka Asam Pedas Claypot
Asam Pedas Claypot 2



Hajjah Mona Asam Pedas
Hajjah Mona Asam Pedas juga selalu direkemenkan oleh rakan-rakan jika Mat Drat ke Melaka.


Lokasi : Jalan Laksamana 2, Taman Kota Laksamana

Google Map : 🚩 Map Hajjah Mona Asam Pedas
Waze  : ðŸš˜ Waze Hajjah Mona Asam Pedas





Berikut pula beberapa restoran asam pedas yang menjadi tumpuan selain di area Kota Laksamana.



Asam Pedas Pak Man (Perhentian Kuih Kampung)
Kat sini masa trip Mat Drat tu, bukan asam pedas je jadi tarikan Mat Drat tapi juga kuih-kuih dan menu sarapan di sini. Cukup variety.


Lokasi : 202 Ujong Pasir, 75050, Melaka


Google Map : 🚩 Map Perhentian Kuih Kampung
Waze  : ðŸš˜ Waze Perhentian Kuih Kampung

Tempat Makan Best Sedap Melaka Asam Pedas Pak Man Perhentian Kampung


Asam Pedas Selera Kampung Sdn Bhd
Lokasi : No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka


Google Map : 🚩 Map Asam Pedas Selera Kampung
Waze  : ðŸš˜ Waze Asam Pedas Selera Kampung


Tempat Makan Best Sedap Melaka Asam Pedas Selera Kampung


Asam Pedas Power Abang Piee
Asam Pedas Power ni jauh sikit je dari Bandaraya Melaka. 


Lokasi : Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100 Malacca Town, Melaka

Google Map : 🚩 Map Asam Pedas Power Abang Piee
Waze  : ðŸš˜ Waze Asam Pedas Power Abang Piee







Asam Pedas Hajjah Rahmah
Yang ni memang jauh dari Bandarya Melaka, terletak di Bukit Katil. Kalau berada di area sini, boleh la ke Asam Pedas Hajjah Rahmah sahaja.

Lokasi : Bukit Katil, Melaka

Google Map : 🚩 Map Asam Pedas Hajjah Rahmah
Waze  : ðŸš˜ Waze Asam Pedas Power Hajjah Rahmah







COCONUT SHAKE SEDAP / BEST / VIRAL DI MELAKA

Selain masakan asam pedas, Coconut shake juga menjadi tumpuan mereka yang berkunjung ke Melaka. 

Ada 2 tempat yang paling menjadi tumpuan, satu di Klebang dan satu di Batu Berendam. 



Klebang Original Coconut Shake
Coconut shake ni sentiasa ramai pengunjung, jadi datang dengan "setkan di kepala'.... "tak apa kalau perlu beratur panjang"


Lokasi :Klebang, 5, Melaka
11.00 pagi - 6.30 petang



Google Map : 🚩 Map Klebang Original Coconut Shake
Waze  : ðŸš˜ 






Batu Berendam Coconut Shake
Coconut Shake Batu Berendam juga sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dan penduduk tempatan. Datang kesini jangan risau kereana meja makan ahak banyak. Tak muat di kawasan 'khemah', boleh ke kawasan lot kedai. Selain coconut shake, macam-macam menu lain turut ada.


Lokasi :Jalan Batu Berendam, Melaka
10.30 pagi - 10.30 malam


Google Map : 🚩 Map Batu Berendam Coconut Shake
Waze  : ðŸš˜ 



Tempat Makan Best Sedap Melaka Coconut Shake Klebang Batu Berendam



KUPON  DISKAUN  FAVE  by GROUPONxxx

IKAN BAKAR SEDAP / BEST DI MELAKA

Makan tengah hari pilih asam pedas,  minum petang pula pilih coconut shake dan biasanya untuk makan malam pengunjung akan ke restoran ikan bakar.

Ada beberapa kawasan yang agak terkenal dengan ikan bakar seperti Umbai, Muara Sg Duyung dan Alai.  Boleh pilih mana yang dekat. 

Cuma nak pesan.... biasanya restoran-restoran ini akan penuh pada waktu malam terutama cuti sekolah atau public holiday.  Jadi datang awal untuk dapatkan tempat. Kalau datang dengan bilangan yang ramai, elok sangat buat tempahan dahulu untuk reservekan meja dan tidaklah menunggu terlalu lama.


Antara restoran ikan bakar yang menjadi pilihan adalah.... 

Ikan Bakar Parameswara
Lokasi : KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460, Melaka
5.00 petang - 12.00 malam



Google Map : 🚩 Map Ikan Bakar Parameswara
Waze  : ðŸš˜ 





Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Lokasi : Jalan Padang Temu, 75050, Melaka
5.00 petang - 11.00 malam



Google Map : 🚩 Map Ikan Bakar Muara Sg Duyung 
Waze  : ðŸš˜ 






Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar
Lokasi : Jalan KM 8, 75460, Melaka

5.00 petang - 12.00 malam

Waze  : ðŸš˜ 






KUIH KERIA VIRAL MELAKA

Selain itu di Melaka juga pernah viral dengan kuih keria. Dan sehingga kini, masih ramai yang ke Melaka akan menuju ke lokasi ini untuk mendapatkan kuih keria tu.


Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil
Lokasi : 3123C, Jalan Limbongan, 75250, Melaka



Waze  : ðŸš˜ 





Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam
Lokasi : Jalan Batu Berendam, Melaka 
(Sebelah Coconut Shake Batu Berendam)


Google Map : 🚩 Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam
Waze  : ðŸš˜ 





Entry lain berkaitan Cuti-Cuti Malaysia ke Melaka

👉👉 Bercuti Ke Melaka
👉👉 Bercuti Ke Melaka (Part 2) - Dataran Pahlawan
👉👉 Tempat Makan Best di Melaka
👉👉 Tempat Menarik di Melaka
👉👉 Senarai Hotel dan Homestay di Melaka - Recommended by Agoda


Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

Wednesday, 2 August 2017

Bercuti ke Melaka : Dataran Pahlawan

bersambung dari entry sebelum ini...👉👉 Bercuti ke Melaka Part 1



Bercuti ke Melaka Tempat Menarik Melaka A Famosa







Untuk entry ni Mat Drat share sikit mengenai tempat yang Mat Drat singgah di sekitar Dataran Pahlawan. Saja share di entry berasingan sebab gambar agak banyak.


Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka

Banyak tempat menarik dan tempat bersejarah dan di sekitar Dataran Pahlawan ini.
    Cuma di sini tempat parking agak terhad. Pastikan parking di petak parking yang disediakan.  

    Tempat bersejarah disekitar Bandar Melaka :
    1. Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (Proclamation of Independence)
    2. Muzium Istana Kesultanan Melaka
    3. A Famosa
    4. Bangunan Stadhuys ( Bangunan warna merah)
    5. Muzium Maritim
    6. Muzium Kapal Selam
    7. Muzium TLDM
    8. Muzium Dunia Islam Melaka
    Hanya 4 tempat bersejarah di atas yang kami singgah iaitu Muzium Pengishtiharan Kemerdekaan, Muzium Istana Kesultanan Melaka, A Famosa dan Bangunan Stadhuys.


    Selain itu, di kawasan Dataran Pahlawan ini ada juga tarikan lain seperti
    • The Pirrate Adventure
    • Melaka Alive
    • Menara Taming Sari
    • Beca Berhias
    • Melaka River Cruise.


    Beca Berhias

    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan Beca Berhias


    Di Dataran Pahlawan ini terdapat perkhidmatan beca. Boleh la pilih nak naik beca mana yang berkenan, ikut la corak atau karektor apa yang anak-anak suka. Biarlah anak-anak pilih, takkan mak ayah pulak yang lebih excited.

    Harga setiap beca boleh kata semua sama sahaja dan bergantung kepada lokasi / pakej yang kita pilih. Kira harga dah fixed la.

    Beca ni siang ada, dan malam pun ada. Kalau naik malam tu beca lebih meriah dengan lampu berwarna warni. Banyak tertumpu di kawasan tarikan pelancong.

    Satu beca boleh naik 2 orang. Tak boleh la naik ramai-ramai, kesian kat yang kayuh beca tu. Kalau anak2 yang saiz kecil, minta la naik 3 orang.

    Kami ambil pakej ke Stadhuys dan berpatah balik ke Dataran Pahlawan. Beca berhenti sekitar 10 minit di Stadhuys (bangunan merah Belanda)





    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan beca Berhias


    Selain perkhidmatan beca berhias... juga terdapat perkhidmatan menyewa basikal / skuter elektrik di Dataran Pahlawan ini.


    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan
    Sewa Basikal di Dataran Pahlawan

    Tempat Bersejarah Menarik Melaka Dataran Pahlawan
    Sewa motorsikal elektrik di Dataran Pahlawan




    Bangunan Stadhuys

    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys
    Stadhuys Melaka
    • Stadhuys yang bermaksud sebagai Dewan Perbandaran dalam bahasa Belanda dibina pada tahun 1650 sewaktu Melaka dijajah oleh Belanda. Ia merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya pada ketika itu.
    • Menjadi tarikan pelancong kerana senibinanya serta warna merahnya yang sunguh menarik. Pelancong dan pelawat memang agak ramai di sini.
    • Kami ke Stadhuys tu dengan beca (beca memang akan berhenti di Stadhuys itu).
    • Di Stadhuys itu nanti banyak gerai-gerai menjual cenderamata/cenderahati.
    • Di Stadhuys itu nanti juga, banyak beca yang menurunkan pengunjung dan pelancong. Beca akan menungu sekitar 5-10 minit bergantung kepada pakej atau arrangement. Sebelum turun di sini, ingat rupa/tema beca kita dan cam (kenal pasti) driver beca kita betul-betul. 



    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys



    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys Cenderamata  murah

    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys Beca Berhias
    Beca menungu di Stadhuys


    Bercuti Tempat Menarik Melaka Stadhuys Beca Berhias



    Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan



    Tempat Bersejarah Melaka Memorial Kemerdekaan Dataran Pahlawan
    Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
    Terletak bersebelahan A Famosa dan Muzium Istana Kesultanan Melaka dan mengadap Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911 dan dulunya dikenali sebagai kelab Melaka. Mulai 1985, kelab ini di jadikan sebagai memorial berkaitan kemerdekaan.

    Bagus untuk anak-anak mengenali dan mengetahu serba sedikit berkaitan sejarah kemerdekaan selain dari pembacaan melalui buku sekolah. Tak akan mengambil masa lama di sini, 15-20 minit dah boleh habis jelajah memorial ni.

    Tempat Bersejarah Melaka Memorial Kemerdekaan Dataran Pahlawan
    Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!
    Tempat Bersejarah Melaka Memorial Kemerdekaan  Dataran Pahlawan
    Salah satu gambar yang menarik minat Mat Drat


    Muzium Kesultanan Istana Melaka


    Terletak bersebalah A Famosa dan Memorial Kemerdekaan. Merupakan replika Istana Kesultanan Melaka. 2 tingkat dan ada dua sayap.  Ada ''model-model' atau replika orang dari zaman kesultanan Melaka.

    Tak ramai pengunjung di sini. Juga sesuai untuk anak-anak,  belajar sejarah melalui penglihatan selain membaca buku. Di sini juga tidak mengambil masa lama, lebih kurang 15-20 minit dah selesai.

    Jangan buat bising dalam ni!!! Takut Hang Tuah atau Hang Jebat terbangun!! Tak pun takut menggganggu Bendahara dan menteri-menteri lain yang sedang bersidang !!




    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Hang Tuah!!! Takkan Melayu Hilang Di Dunia


    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bertarung !!

    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Mengadap Tuanku Sultan

    Tempat Bersejarah Melaka Muzium Istana Kesultanan Melaka
    Mat Drat menunggu turn untuk mengadap Tuanku Sultan !!


    A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Terletak berselahan Dataran Pahlawan dan Istana Kesultanan Melaka. 

    Sedikit sejarah/latar belakang mengenai A Famosa
    • A Famosa atau bermaksud "Yang Termasyur" dalam bahasa Portugis. 
    • Dibina pada tahun 1511 selepas Portugis menakluk Melaka. Dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque bagi menangkis serangan orang-orang Melayu Melaka pada waktu itu.
    • Dikenali sebagai Kubu Melaka atau Fortaleza de Malaca.
    • Kota A Famosa ini mempunyai 4 menara (ketelom/bastion) yang dikenali sebagai Baluantealuarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. ( Wikipedia)

    Kalau datang dengan orang tua, jangan la bawa sampai ke atas. Kesian lihat orang-orang tua menapak sampai ke atas bukit tu.Tapi bukit tu sebenarnya pun tak tinggi mana, cuma agak tak sesuai untuk yang berumur dan semput.

    Kalau tak larat nak mendaki, cukuplah sekadar bergambar di bahagian kaki bukit sahaja. 

    Kalau jumpa "uncle" berdua ni dengan motor askar Jerman mereka tu, singgah la untuk bergambar dengan mereka. Jangan lupa letak token. Ini salah satu tarikan kepada pelancong.  

    Teringat masa ke Barcelona dulu, di Psg St Garcia tu ada ramai artis-artis dengan cara tersendiri untuk menarik perhatianpengunjung tapi nak bergambar kena la letak coin sebagai upah mereka. Sama juga konsep, kita perlu menghargai orang yang sebegini.

    Masa untuk anak-anak bergambar di kaki bukit Kota A Famosa.


    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Veteran askar kita. 
    Dah bergambar tu jangan lupa letak sedikit token. 

    Tempat Bersejarah Menarik Melaka A Famosa


    Tapi mamat dua orang ni saya tak suka...
    ada ke patut bergaya macam mickey mouse dan clown.
    Lari konsep dari tempat bersejarah!!

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa


    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Pemandangan dari atas bukit Kota A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Memang sesuai menjadi kubu pertahanan. Dari atas ni bolehnampak jauh ke laut.

    Dan gambar-gambar di Kota  atas pula

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa


    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa

    Tempat Bersejarah Melaka A Famosa
    Baca catitan ni.... tertulis sedikit mengenai Portugis vs Belanda ... Katolik vs Protestan


    The Pirrate Adventure



    Antara tarikan lain di Dataran Pahlawan ni adalah The Pirrate Adventure. Cuma kelihatan seperti pengunjung tidak berapa ramai sewaktu Mat Drat ke sini.

    Mungkin pengunjung tak ramai sebab yang ke Melaka ni nak melawat tempat-tempat bersejarah.



    Boleh baca entry sebelum ni ðŸ‘‰ðŸ‘‰Bercuti ke Melaka Part 1 untuk perkongsian gambar-gambar sunset dan sunrise yang cantik di Masjid Selat Melaka dan juga pengalaman kami menaiki Melaka River Cruise.

    Dan Cuti-cuti Malaysia ke Melaka Mat Drat bersambung ke entry berikutnya
    👉👉 Umang-Umang Melaka



    Dan link berkaitan trip ke Melaka ini

    👉👉 Tempat-Tempat Menarik di Melaka
    👉👉 Tempat Makan Best di Melaka

    👉👉 Senarai Hotel dan Homestay di Melaka - Recommended by Agoda


    ~Mat Drat~