Monday, 21 August 2017

Travelog Percutian Busan Korea - Part II (Yeongdusan Park, BIFF Square, Jagalchi Market)

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
The Busan Citizen Bell





Bersambung dari entry sebelum nya.... 

👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea Selatan - Part I



Seperti Mat Drat bagitahu sebelum ni, petang hari pertama ni Mat Drat bercadang untuk ke 
  1. Yeongdusan Park
  2. Gwangbokro Fashion Street 
  3. BIFF Square
  4. Jagalchi Market
  5. Gukje Market  - Tapi tak sempat pergi (dah lewat)

- Dari station metro Haeundae Mat Drat tukar tren (tukar lane) di station Seomyeon dan menuju ke Station Nampo. Masa perjalanan termasuk tukar tren lebih kurang 45 minit.

- Station Seomyeon ni agak besar dan ada underground shopping mall iaitu Seomyeon Underground Shopping Mall. Ada lebih 300 kedai di station Shopping Mall Saemyeon ni.

- Mat Drat dan isteri tak pusing-pusing di Saemyeon Underground Shopping Mall ni, tapi pusing-pusing kat area Station Nampo.

- Station Nampo yang Mat Drat berhenti pun ada banyak kedai juga tetapi tak. lah sebesar dan sebanyak di Station Saemyeon. 

- Station Nampo ni bersambung dengan Station Jagalchi. Sepanjang laluan diantara 2 station ni banyak kedai-kedai dan juga ada 1 shopping mall underground dibawah.  Tapi shopping mall underground di sini tak sebesar di Saemyeon.


Gwangbok-dong Fashion Street

- Gwangbok-dong Fashion Street ni menempatkan banyak butik-butik berjenama dan juga butik-butik fashion. Orang Korea kan sentiasa update dengan fashion terutamanya anak-anak muda,  jadi kawasan ni menjadi tumpuan anak-anak muda.

- Tapi di sini bukanlah menjual jenama high-end seperti di kawasan shopping yang terkenal di  Champs Elsee, Paris atau di Psg De Garcia, Barcelona (tempat yang pernah Mat Drat sampai).

- Nak jalan-jalan sambil cuci mata boleh lah.... memang banyak kedai dan butik fashion.

- Mat Drat sampai area sini pun sebab kami memang kena lalu kawasan ni untuk sampai ke Yeongdusan Park.

Suasana di Gwangbok-ru Street


Suasana di Gwangbok-ru Street
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gwangbook-ro street
Jumpa awek-awek ni..
Gagah mereka jelajahi bumi Korea,

dari Seoul ke Jeju Island dan ke Busan
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gwangbook-ro street
Asalnya hanya nak tanya arah jalan sahaja dengan mereka berdua ni,
alih-alih dia bawa Mat Drat sampai ke escalator Yeondusan Park.
Sekarang mereka berdua ni dah jadi kawan Mat Drat di Instagram.

Sampai ke scalator menuju ke Yeongdusan Park.
Nak sampai Yeongdusan Park tu kena naik escalator ni... 
bersambung-sambung



Yeongdusan Park - Destinasi 2

- Di Nampo Station, keluar di Exit 1 dan melalui Gwangbok-dong Fashion Street untuk menuju ke Yeondusan Park. Kemudian ada escalator disediakan untuk menuju ke puncak bukit Yeondusan Park. Bersambung-sambung escalator di sini.

- Tapi escalator di sini tak setinggi dan meletihkan seperti masa Mat Drat naik escalator untuk ke Park Guell di Barcelona. Dah la di sana dulu ada escalator yang tak berfungsi, bukit pula tinggi dan curam.... sangat meletihkan. Kira yang ni okey, tak terlalu tinggi dan escalator semua boleh digunakan.

- Di sini juga terletak Busan Tower - 120 meter tinggi. Mat Drat tak naik ke Busan Tower, sebab rasa dah agak lewat. Dari Busan Tower ni boleh lihat 360∘ Busan.

- The Busan Citizen Bell (Loceng Besar) kat atas bukit ni digunakan untuk perayaan tertentu.

- Pemandangan memang agak cantik di atas ni.

- Menjelang petang sekitar jam 6 petang, angin agak kuat dan cuaca semakin sejuk. Jadi kalau ke sini waktu petang, bawa baju sejuk siap-siap.


🚇 Metro Line 1 I Station Nampo I  Exit 1



Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Escalator menuju Yeongdusan Park


Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Sampai-sampai atas, awek K-POP ni terus teruja tengok baby kami.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Di hadapan 'The Busan Citizen Bell'
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Agak tenang di atas ni - tidak ramai pengunjung

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Apa la yang sedang didoa oleh orang tua ni....
Mat Drat lalu sebelah dia pun dia tak perasan - khusuk!!

Statue of Admiral Yi Sun Shin Yeongdusan Park
Statue of Admiral Yi Sun Shin

Sejarah Admiral Yi Sun Shin -
Membantu menghalang Korea dari penjajahan pihak Jepun pada tahun 1592

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
rehat sekejap - baby dah lapar nak makan !!

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Jinak merpati...Dipegang lari

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Matahari semakin melabuhkan tirai -
Jadi kami tak bercadang naik ke Busan Tower belakang tu

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Sunset di Yeongdusan Park
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Yeongdusan Park
Sebelum turun dari Yeongdusan Park ni,
bergambar dahulu berlatar belakangkan Busan City 

dan pelabuhan Busan





BIFF Square - Destinasi 2

- BIFF ni singkatan kepada Busan International Film Festival. Untuk yang tidak tahu, Busan cukup dikenali sebagai Bandaraya Filem. 

- Sewaktu Busan Film Festival, kalau nasib baik bolehlah bertemu artis-artis K-Pop Korea di kawasan ni. 

- Pada waktu biasa, BIFF Square menjadi tumpuan pengunjung kerana night marketnya yang agak meriah. Suasana gerai makanannya di sini menghidupkan suasana BIFF Market ni. 

- Mat Drat ada terbaca di blog sebelum ke sini, katanya boleh cari makanan halal iaitu mee goreng yang dijual oleh dua orang gadis Indonesia di BIFF ni. Tapi 2 kali Mat Drat tawaf tak jumpa pun gerai tu. Yang kali kedua tu bila tanya kepada penjual aiskrim (orang turki), katanya dah tak ada aweks yang jual mee goreng tu. 

- Nak beli aiskrim boleh la, yang jual tu orang turkey. Dia kata aiskrim turkey... halal. 

- Mat Drat ada juga terbaca di blog-blog, ada yang mereka merasa makanan di sini, tapi Mat Drat tak berapa yakin nak makan di gerai2 tu. Hanya beli buah strawberry je... itu je yang yakin untuk dimakan. Strawbberry kat Korea ni fresh dah besar-besar ye. Baik beli dan makan puas-puas.

- Di area sini ada dua kedai 'halal' kalau berdasarkan signboard diluar kedai. Satu kedai Indian food . Mat Drat tak makan di kedai ni ye sebab tak berapa nak makan makanan India. Harganya pun macam boleh tahan juga.

- Satu lagi kedai 'halal' hanya tulisan korea. Makanan korea rasanya. Bila Mat Drat berjalan sampai hujung BIFF,  nak patah balik ke restoran ni dah rasa malas....Jadi Mat Drat tak singgah ke restoran ni.

Metro Line 1 I Station Jagalchi I Exit 7

* Mat Drat turun di Station Nampo dan ke Yeongdusan Park sebelum menapak sahaja ke BIFF Square ni

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Gerbang BIFF Square

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Gerai-gerai makanan memang banyak di BIFF ni.
BIFF ni cukup happening dengan pelbagai gerai makanan,
datanglah sekitar jam 6pm - 8pm untuk lihat suasana yang meriah di sini.


Cuma makanan halal sangat lah limited di sini.
Kita datang sambil melihat suasana cukuplah
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Memang banyak gerai yang menjual pork ataupun
 sosej dimasak dengan darah khinzir.
Jadi elak kan dekat sangat takut terpercik darah atau minyak

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Ada terbaca... ada yang makan
Tapi Mat Drat tak yakin untuk makan benda alah ni

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Kita jalan-jalan cari gerai buah cukup lah....
Buah pun fresh 
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Strawberry Coklat - Nyummmmmm


Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market Makanan Halal Food
Satu lagi kedai 'halal' hanya tulisan Korea.
Makanan korea rasanya.
Bila Mat Drat dah sampai hujung BIFF dan  nak patah balik ke restoran ni rasa malas pula....
Jadi Maat Drat tak singgah ke restoran ni.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Tak tahu pertunjukkan apa.
Geng drum ni berarak dari pintu gerbang BIFF Square

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Tak tahu pertunjukkan apa.
Geng drum ni berarak dari pintu gerbang BIFF Square

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik BIFF Square Market
Selesai jelajahi BIFF Square.
Orang kata pergi Busan - kena singgah la BIFF.
Jadi Mat Drat pun follow je la....




Jagalchi Market - Destinasi 3

- Jagalchi Market ni katanya pasar ikan terbesar di dunia. Tak tahu betul atau tidak.

- Terletak betul-betul bertentangan dengan BIFF Square, tetapi perlu turun ke underground untuk menyeberangi jalan  ke sana.

- Selalu juga rasanya pasar ni masuk dalam rancangan travel atau percutian.

- Memang banyak hidupan laut, ikan dan seafood. Semua segar.

- Jagalci Market ni sinonim dengan slogan 'Come, See and Buy'

- Di luar Jagalchi Market juga banyak kedai-kedai menjual seafood, dibuka sehingga malam. Ada restoran yang sedia untuk masak seafood yang kita pilih, cuma Mat Drat tak makan di sini.

- Pada waktu malam, pasar agak lengan. Tetapi masih boleh order dan bawa ke restoran tertentu untuk dimasak dan dimakan.

- Ada baca,  ada blogger atau traveler yang makan seafood di sini,  tapi Mat Drat tak makan.  Risau sebab tak ada info mengenai bahan-bahan masakan yang digunakan.

- Ambillah peluang untuk lihat skill mereka bersihkan ikan dan potong ikan-ikan tu.

- Jangan terkejut tengok saiz udang, ketam, sotong dan lain-lain seafood.... Memang BESAR!!

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Jagalchi Market
Jagalchi Market diseberang jalan. Berhadapan BIFF Square
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Jagalchi Market


Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Jagalchi Market
Lengang.... dah malam
Kalau lah baby ni boleh bercakap...mesti dia cakap
"apa tempat la ayah ibu akau bawa ni!!"

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Jagalchi Market
Besar sungguh ketam kat sini!!
King Crab.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Jagalchi Market
King Crab


Proses membersihakn ikan.
Guna tuala tu... nak keringkan ikan!!

Bukan siang ikan sebarang siang...Siang ikan yang berseni

Ni hias sebelum masak... baru nak pass pada customer

Siap !! Ikan yang telah disiang dan dipotong cantik
Kedai-kedai di luar pasar. Boleh beli dan suruh masak terus !!

Gigih untie ni meniaga untuk kelangsungan hidup. Jap 8 malam dah


Makan Malam di busan

- Kami beredar dari Jagalchi Market terus ke hotel. Dari Jagalchi Market kami menapak ke Station Metro Nampo - ambil tren lane 1 dan tukar tren 2 di Station Metro Seomyeon. Naik tren sahaja ambil masa lebih kurang 1 jam, tak termasuk masa menapak ke station dan dari station ke Metro.


Tren Line 1 dari Nampo ke Saemyeon hampir penuh,
mesti ada yang tawarkan tempat duduk.

Tren Line 2  dari Saemyeon ke Haeundae  pun agak penuh,
 walau dah 8 malam (waktu Korea)

Lepas je ambil gambar terus untie ni suruh duduk sebelah dia,
husband dia berdiri bagi kat wife  duduk.
Suka betul dia acah-acah baby...
kesian pulak kat warga veteran di Korea ni, macam kesunyian je



- Plan asalnya Mat Drat nak makan mee goreng yang ada kat BIFF Square (ikut suggestion dari blog-blog yang dah dibaca), tapi aweks Indon yang meniaga tu dah tak meniaga.  Jumpa satu restoran Indian Food kat area situ, tak berapa yakin nak makan dan tengok harga pun boleh tahan. Restoran Korea yang Mat Drat jumpa tu pula, bila nak patah balik dah terasa jauh...Jadi tak singgah juga di restoran Korea tu.

- Jadi kami plan makan malam area Haeudae sahaja sebab semasa dari hotel ke Station Metro Haeundae kami perasan ada beberapa restoran 'halal'

- Mengikut buku/pamplet "Halal Restaurant Week Korea" yang Mat Drat perolehi dari pihak Korea Tourism Organization semasa Matta Fair baru-baru ni, dan juga dari pamplet "Busan Tour Guide For Muslim" yang dikeluarkan oleh Busan Tourism Board, pihak Korea Tourism Organization mengkasifikasikan 4 kategori Muslim-Friendly Restoran  iaitu

  1. Halal Certefied - Restoran yang ada pengsijilan sijil halal dari badan/pihak tertentu.
  2. Self Certified - Restoran di akui halal oleh pemilik restoran itu sendiri.
  3. Muslim Friendly - Ada menu halal disajikan tetapi mungkin Alcohol juga disajikan.
  4. Pork Free - Restoran tidak sajikan makanan halal tetapi tidak sajikan 'pork'. Alcohol mungkin disajikan
- Jadi nak makan tu kena tengok dahululah 'signboard' halal yang dipamerkan di luar kedai. Kami hanya pilih kategori pertama dan kedua sahaja.

- Sepanjang jalan dari Station Metro Haeundae ke hotel kami (Novotel) yang jauhnya dalam 500 meter, terdapat 4 restoran 'halal' yang kami perasan
  1. Star Kebab
  2. Punjab Indian Restaurant
  3. Hello India Al Waha
  4. Indian Restaurant Bombay Brau

- Punjab Indian Restaurant dan Hello India Al Waha terletak satu barisan, manakala Indian Restaurant Bombay Brau pula diseberangnya. Star Kebab pula terletak di ground floor bangunan SeaCloud, betul-betul mengadap Hotel Novotel Ambassador Busan.

- Di sepanjang jalan dari station metro ke hotel kami ni juga ada banyak pub, jadi suasana tu agak happening pada waktu malam. Memang jadi tumpuan pelancong kawasan ni. Juga ada satu lorong/alley yang dipanggil Haeundae Market, di sini banyak restoran dan gerai-gerai makan cuma kami tak jumpa yang ada tanda 'halal'.


- Okey, antara 4 restoran ni....kami lebih selesa dengan Star Kebab. Restoran cukup kecil tetapi bagi kami kira selesa la.

- Lain-lain tempat makan akan Mat Drat share di entry khas "Tempat Makan Halal di Busan dan Korea" berdasarkan pemerhatian semasa di sana dan juga berdasarkan maklumat dari pihak Korea Tourism dan juga Busan Tourism.





- Jika ada pembaca blog Mat Drat ni yang ke Busan dan singgah kedai makan 'Star Kebab' ni, kalau boleh tolong share posting perkongsian ni dengan owner kedai ni ye. Thank you..😊

- Owner ni seorang muslimah warga Korea yang berkahwin dengan warga Turki. Tak silap lepas balik ke Korea, mereka buka restoran ni. Rajin mereka berdua ni travel ikut gambar yang dia tunjuk kepada Mat Drat. Waktu Mat Drat di sini, suaminya berada di Turkey. Tak silap anak bujang mereka sedang study di salah satu universiti kat Korea. Dia cukup peramah sebab kami dapat berbual macam-macam perkara, terutamanya mengenai Turki. 

Kami makan dalam suasana cukup selesa dan mesra serta santai.....

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Star Kebab -  dihadapannya ada kedai serbaneka
Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Menu dan harga di Star Kebab

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Menu dan harga di Star Kebab

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Menu dan harga di Star Kebab

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Restoran ni agak kecil. .

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Owner cukup mesra.
Siap sediakan makanan duduk bersama kami untuk berbual bersama

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Makanan memang okey sangat-sangat... sedap

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Ni sahaja menu kami.
Kongsi portion yang besar ni berdua dan order air teh turki

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Tak puas main dengan baby,
dia layan baby kami sambil biar kami makan tanpa gangguan

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Duit-duit currency lain yang ditinggalkan oleh pengunjung kedai dia.
Mat Drat letak RM1 sahaja sebagai tanda pernah sampai.
Kalau ada yang tersampai ke restoran ni,
tolong bagi link posting ni kepada dia
sebagai tanda terima kasih Mat Drat kepada dia.

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Star Kebab Harga
Sijil yang diperolehi oleh restoran ni.


Dan 3 lagi restoran dengan tanda 'muslim friendly' di sekitar sini....


Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea India Restaurant Al Waha
Hello India Al Waha

Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea India Restaurant Bombay Brau Haeundae
India Restaurant Bombay Brau


Tempat Makan Makanan Halal Busan Korea Punjab India Restaurant Haeundae
Punjab Indian Restaurant
Tapi bawah dia ada restoran Pork Belly ..hu hu hu


Selesai makan... terus ke bilik untuk kumpul tenaga untuk perjalanan esok satu hari.


 - Bersambung di entry berikutnya...

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.