Monday, 21 August 2017

Tempat Makan Best di Miri Sarawak


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampung







Dari entry sebelum ini 👉👉Bercuti ke Miri Sarawak


Di sini, Mat Drat kongsikan Tempat Makan Best dan Sedap di Miri Sarawak... Pastinya Makanan Halal yang kita cari. Dan list ini tidak mengikut ranking ye.


1. Restoran Nasi Ulam Kampung

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampung


Restoran atau warung Nasi Ulam Kampung 883 ni sediakan masakan berlauk dan kebanyakkannya lauk-lauk ala semenanjung.

Dibuka sehingga sekitar jam 3pm shj sebab kedai ini akan 'bertukar' menjadi kedai pula selepas jam 5 petang... Selepas jam 5 petang, ia akan menjadi Restoran 883 BBQ Steamboat. Owner lain, cuma tempat sama.

Hari tu Mat Drat makan siput sedut masak lemak cili api dan gulai kawah. Memang terbaik.

Air tak boleh nak order macam-macam, sebab dah disediakan air dalam jug. Pilih air mana yang nak. Hari tu nak order air dalam tin, tokey kedai kata tu untuk kedai sebelah malam punya (BBQ Steamboat). 

Harga pun biasa-biasa sahaja. Tak mahal.

Lokasi : 
Jalan Kipas, Bandar Miri. (Jalan Merdu)
Bertentangan dengan Bangunan Mahkamah Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Nasi Ulam Kampung atau 883 BBQ Steamboat

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampung
Tu dia...Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampungk
Gulai Kawah...Sampai lewat, ini sahaja tinggal




2. Ayam Penyet Ria Restaurant

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ayam Penyet Ria


Di Sarawak atau Sabah, ayam penyet antara resepi yang biasa akan kita jumpa.
Restoran ni agak luas, boleh makan di bahagian dalam atau luar.
Harga sedikit tinggi dari harga biasa tapi suasana cukup selesa.

Lokasi : 
Kawasan Waterfront Miri, Bandar Miri.
Bertentangan dengan Pullman Hotel dan satu bangunan dengan Ajang Hotel.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Ayam Penyet Ria Restaurant atau Ajang Hotel.


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ayam Penyet Ria


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ayam Penyet Ria




3. Selera Rasa Segar - SRS

Ini dari pembacaan sebelum Mat Drat ke Miri. Katanya menu sedap adalah Nasi Lemak. Mat Drat tak berkesempatan ke restoran ini.


Lokasi : 
Di persimpangan Jalan Royal dan Jalan Daisy, Bandar Miri.
Bersebelahan lot bangunan Prudential dan juga mengadap Jalan Permaisuri



Makan Malam di Miri 

Untuk dinner pula, Mat Drat pilih :


4. 883 BBQ Steamboat


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat


Mat Drat jumpa restoran ni masa makan tengah hari di Nasu Ulam Kampung. Rupa-rupanya  restoran ni antara paling top di Miri untuk steamboat dan bbq halal.

Dibuka mulai jam 5 petang.


Lokasi :
Jalan Kipas, Bandar Miri. (Jalan Merdu)
Bertentangan dengan Bangunan Mahkamah Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Nasi Ulam Kampung atau 883 BBQ Steamboat.


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat  Harga
Harga buffet steamboat dan BBQ



5. Adra Kitchen Shellout


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Adra Kitchen Shellout


Ini pun sama, kawan yang bawa. 
Menu yang pastinya shellout. Tapi ada juga kawan yang order al-carte.
Kuah shellout dia memang sedap. 
Harga pun sangat berbaloi. 


Lokasi :
Lokasi agak jauh sedikit dari Bandar Miri.
Terletak di Permyjaya. Satu barisan dengan BSN dan Bank Rakyat Permyjaya.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Adra Kitchen Shellout.

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Adra Kitchen Shellout




6. Restoran Muara

Ini pun kawan di Miri yang bawa masa trip kali pertama dahulu. 
Menu yang agak famous di sini adalah nasi lalapan. Special sikit la... Tapi Mat Drat makan rasa biasa-biasa je.
Ada disediakan ruangan jika ingin makan bersila. 
Rasanya menjadi pilihan kerana kawasan ni agak happening terutama waktu malam. 

Lokasi :
Di Jalan Ross, Bandar Miri. 
Satu barisan dengan Ming Cafe dan berhampiran Hong Leong Bank dan cuma walking distance dari Mega Hotel Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Muara Restoran.

Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan


7. Restoran Serai Wangi 

Pilihan ramai kerana konsep open air. 
Sambil lepak-lepak terutama pada waktu malam. Boleh kata port mengeteh la ni... 
Menu utama adalaha masakan ala Thai / tomyam. 
Disebalah restoran ni ada gerai Pak Teh Char Kway Teow 

Lokasi :
Lokasi berhampiran dengan Muara Restoran.
Lokasi tepat mengadap Hong Leong Miri dan Ming Cafe dan Mega Hotel Miri.

Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan








~Mat Drat~



Lain-lain artikel berkaitan
👉👉 Trip ke Miri
👉👉 Tempat Menarik di Miri

Trip berikutnya 
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.