Wednesday, 24 August 2016

Kedai Makan Rahmat Pasir Gudang - JJCM Johor Bahru


Seperti saya ceritakan di entry sebelum ini iaitu  di entry  > Jalan Jalan Cari Makan Johor Bahru 4H3M < ,  salah satu tempat saya  dan rakan setugas singgah makan adalah di Kedai Makan Rahmat ini.


Kedai Makan Rahmat



Rakan-rakan dari JB yang saya jumpa sehari sebelum saya ke Pasir Gudang, mencadangkan kami singgah makan di sini.

Seingat saya apabila saya post di FB dan tag lokasi ini, ramai rupanya rakan-rakan yang telah makan di sini terutama mereka yang duduk berhampiran Johor Bahru atau pun mereka yang ada tugasan mahupun sedang bercuti di sekitar Johor Bahru atau di Pasir Gudang itu sendiri.


Lokasi Kedai Makan Rahmat
Kedai Makan Rahmat ini terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Tidak susah untuk kesini jika menggunakan Applikasi Waze atau pun menggunakan Applikasi Google Drive (dalam google map ).

Kedai Makan Rahmat ini terletak di hujung kampung dan ianya berhampiran laut. Sebahagian kedai makan ini terletak sebahagian di atas darat dan sebahagian lagi di atas air laut.

Kampung Pasir Putih ini juga tidak berapa jauh dari Tanjong Puteri Golf Resort.







Sejarah

Kedai Makan Rahmat ini di rasmikan oleh TMJ - Tengku Mahkota Johor Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada tahun 1986. Telah hampir 30 tahun kedai ini beroperasi dan terus  digemari dan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk makan-makan.  TMJ yang merasmikan kedai makan ini dahulu, telah telah menjadi Sultan Johor sekarang. Daulat Tuanku !!

Gambar dibawah memaparkan majlis perasmian oleh TMJ 30 tahun dahulu dan juga kelihatan gambar Tun Siti Hasmah ketika berkunjung ke sini. Nostalgia sungguh gambar ni.....




Menu Pilihan
Menu utama pastinya ikan siakap goreng ataupun ada orang panggil barramundi fish. Janganlah datang ke sini tak makan menu utama pula.

Emmm... sebut barramundi, teringat satu restoran Barra Cafe di Ampang sebelah MRR2 yang menu utama adalah barramundi / siakap. Tetapi beberapa tahun ini, telah 2 - 3 kali saya lalu di kawasan tu, dah tak nampak kewujudan Barra Cafe itu. Mungkin harga dan lokasi memainkan peranan sehingga Barra Cafe hilang dari radar!!

Berbalik kepada siakap goreng di Kedai Makan Rahmat ni, dia punya rasa.....perghhhh!!

Memang makan sampai licin sehingga tulang ikan pun tak ada tinggal isi.. Rasa sisik ikan yang rangup tu pun saya nak makan-makan. Inilah kali pertama saya makan siakap goreng. Biasa tu kalau order di kedai, pastinya masakan siakap 3 rasa... sweet sour ... steam.... berlada.. Tak sangka sungguh, goreng je pun ada kesedapannya tersendiri.







Udang sambal juga jangan lupa order ye.... Memang terbaik. Udangnya segar dan masakannya sedap, tidak terlalu pedas. Udang pun bukan lah saiz kecil-kecil,

Satu lagi menu yang saya cadangkan, jangan lupa order sambal goreng tempe. Memang ohsem.... ranggup dan cukup segala rasa.



Nampak sempoi je siakap goreng ni... rasa dulu baru tahu

Pandangan belakang siakap goreng ! !

Udang Sambal Kedai Makan Rahmat. Dan sambal kering tempe.

Lengkap menu yang di order - untuk kami berdua

Untuk kami berdua, kami order seekor siakap goreng, sepiring udang sambal, sepiring sayur campur, sepiring sambal kering tempe. Pihak kedai akan berikan kuah kari, sambal kicap ( menu wajib orang Johor) dan juga sambal belacan.

Cukup menyelerakan sehingga licin kami makan.

Selesai.... kepala pun ikutkan hati nak kunyah-kunyah je.

Harga Siakap Goreng Kedai Makan Rahmat

Ketika hendak bayar ( saya dah bayangkan akan kena caj RM 70 ke atas ni), abang cashier kata RM 48. Saya siap sebut setiap jenis hidangan takut ada yang tertinggal. Betul tak sampai RM 50 untuk makan sedap macam ni dan menu-menu yang kami order. Memang berbaloi.


Dan saya kongsikan gambar suasana di kedai ini.

Mula-mula kena beratur. Elok sorang beratur, yang lain terus cari meja kosong.

Beratur untuk pilih menu

Bagi nombor meja dan pilih lauk yang diingini.

Suasana dalam kedai, memang ra,ai orang. Time lunch, memang la orang ramai. Pasir Gudang ni ada kawasan industri, jadi memang ramai pekerja di sekitar sini. Kami sampai dalam jam 1.00 petang.





Ini gambar selepas kami selesai makan sekitar jam 2.30 petang. Nampak beberapa meja telah kosong.






Sambil makan, lihat la laut di sebelah kedai. Tapi tak ada la deruman ombak atau pun tiupan angin sebab ni Selat Tebrau, bukannay Laut Cina Selatan. Nun di sana tu adalah Singapore.







Selamat Menjamu Selera

~mat-drat~

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.