Wednesday, 24 August 2016

LC Catering Johor Bahru - JJCM Johor Bahru

Seperti saya ceritakan di entry sebelum ini di  >  JJCM - Jalan Jalan Cari Makan Johor Bahru 4H3M < , saya  dan rakan setugas makan malam di sini pada hari pertama kami di Johor Bahru.


Image : perpustakaanawamdaerahbera.blogspot
Image : perpustakaanawamdaerahbera.blogspot

Lokasinya yang dekat dengan hotel penginapan kami menjadi alasan utama kami ke sini. Restoran ini terletak di Jalan Balau Taman Melodies. Parking tidak menjadi masalah jika ingin makan di sini.

Sewaktu kami ke sini, restoran memang agak ramai pengunjung walau pun pada hari bekerja. Antara perkara yang menarik minat saya adalah pekerja di restoran ini menggunakan pakaian seragam kemeja putih dan bersongkok tinggi. Tak silap saya, memang songkok tinggi ni memang diketahui ramai digunakan oleh rakyat Johor.

Boleh pilih untuk makan di ruang terbuka atau di ruang tertutup yang berhawa dingin.Kami lebih selesa makan di ruang terbuka.

Pihak restoran juga turut menyediakan sedikit hiburan kepada pelanggan dengan menyajikan dua orang penyanyi. Tidak pasti setiap malam atau pada malam-malam tertentu sahaja ada persembahan ini. Sayang nyanyian mereka rasanya tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh pelanggan kerana kedudukan restoran yang bersebelahan jalan utama sedikit bising. Saya juga terpaksa mendengar nyanyian mereka berselang seli dengan deruman kenderaan di jalan utama.

Menu dan Harga

LC catering menyediakan pelbagai pilihan makanan, dari ala-ala Thailand, masakan Nusantara ( Malaysia dan Indonesia) dan juga western food.

Menu pilihan utama di sini adalah nasi briyani, nasi serai, ayam penyet, pecel lele dan sebagainya. Harga pula sedikit mahal rasanya tetapi tidaklah terlalu mahal. Nasi goreng contohnya, harga yang terpapar adalah RM10.00.



Suasana sewaktu kami ke sini

Menu pilhan - ayam penyet

Nasi Serai LC Catering 

Ayam Penyet LC Catering 

Pecal Lele LCCatering


Menu dan harga

Menu dan harga

Menu dan harga

Menu dan harga


Selamat Menjamu Selera

~mat-drat~

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.