Tuesday, 23 August 2016

Shopping Di JPO - Johore Premium Outlet



Sebenarnya ini adalah  kali ke 4 saya ke JPO dalam tempoh 3 tahun ini. Kali ini saya ke JPO pada hari pertama saya di JB dan sehari sebelum saya balik ke Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini saya ke JPO pada cuti hujung minggu atau pun pada public holiday, kali ini saya ke sini pada hari bekerja. Memang sedikit berbeza suasana di sini kerana pengunjung tidak terlalu ramai.

Dan kunjungan saya sebelum balik ke Kuala Lumpur pula, saya ke sini pada sebelah malam. Jadi suasana lebih tenang dan sejuk.

Kami sampai sudah lewat petang


Sedikit nyaman dan tenang

Sempat juga buang masa depan air pancut berwarna ni

Betul ke barang di JPO ini murah.

Murah atau tidak, bagi saya ianya bergantung kepada sesuatu barang dan butik itu. Saya pun bukan masuk kesemua butik setiap kali pergi ke sini. Tetapi pendapat saya berdasarkan pengalam masuk ke beberapa butik di sini.

Secara amnya memanglah harga di JPO ini murah berbanding dengan di tempat lain. Tetapi.....
kena ambil kira juga sama ada barang itu fesyen lama atau stok lama.

Ada sesetengah butik (tak banyak), di sini lah tempat mereka menghabiskan stok-stok lama mereka. Kata ringkasnya, mereka jual banyak barang yang dqh outdated.



Levi's dan Cotton On Murah di JPO

Butik pakaian contohnya, memang sesetengahnya agak murah berbanding di tempat lain, 
Levi's, Cotton, eSPIRIT contohnya. Stok yang dijual bukanlah stok-stok yang lama.da

Boleh kata setiap kali ke sini, tak pernah saya gagal dari membeli sesuatu di butik Levi's dan butik Cotton On. Paling kurang sehelai jeans Levi's mesti sangkut. Kalau nasib tak berapa baik, 3-4 helai la saya beli, terutama kalau pergi dengan family.





Jean Levi's di pasar malam pun kadang-kadang hampir RM 100 kalau yang gred AA. Dari beli yang pasar malam, baik beli di sini cuma perlu tambah duit sedikit sahaja. Alah membeli, menang memakai.

Di Cotton On pula, kali ini saya tak beli apa-apa. Cuma masuk dan intai-intai sahaja. Kalau wife saya ada, memang tersangkut la 2 3 helai di butik Cotton On ni.

Lain-lain butik saya tak berapa menarik minat saya. Butik yang menjual barang-barang berjenama mahal, memang segan la saya nak masuk... setakat mengintai dari luar sahaja. Ada juga butik yang saya perhatikan harganya tidaklah terlalu murah jika dibandingkan dengan harga semasa warehouse sale yang selalu di adakan di Lembah Klang.

Butik Levi's Johor Premium Outlet

Pelbagai pilihan Levi's


Cotton On Johor Premium Outlet


Minyak Wangi Murah di JPO

Di JPO ini, saya hanya tahu satu sahaja butik menjual minyak wangi. Murah ke??? Memang murah la...

Kalau yang biasa membeli di Sogo atau di Airport, KLIA contohnya, ambillah peluang membeli minyak wangi di sini.
Jangan rambang mata sudah la di sini, maklumlah harga memang murah.

Perfume Murah Johor Premium Outlet
Promosi Perfume

Perfume Murah Johor Premium Outlet
Promosi Perfume

Perfume Murah Johor Premium Outlet
Cukupla sorang dua botol...buah tangan untuk diri sendiri dan untuk buah hati


Handbeg Coach Murah di JPO

Saya tak pasti sama ada harga beg tangan yang dijual di sini berapa banyak beza harganya dari butik-nutik di tempat lain. Isteri saya bukanlah seorang pengumpul beg tangan mahak-mahal yang mencecah harga ribuan ringgit. Jadi jika kami ke JPO, boelh kata kami tak masuk pun ke butik Coach ini. 

Tapi berdasarkan gambar yang dikongsi netizen, macam ramai je membeli di butik Coach ini.

Gambar dari Google Image

Kasut Murah di JPO

Jenama kasut di JPO juga ada seperti Clark dan Timberland. Dari Kuala Lumpur lagi saya telah pasang niat untuk membeli sepasang kasut kerja di sini. Tapi sayang, tidak ada yang saya berkenan. Ada yang berkenan dengan design tetapi harga kurang menarik.



Jenama Sukan Murah di JPO

Selain itu butik  jenama pakaian sukan juga ada di sini seperti Nike, Adidas, New Balance, Fila dan Puma. Ada sesetengah harga agak murah dan ada sesetngah harga tidak la terlalu murah

Butik PUMA di Johor Premium Outlet

 Nike Factory Store di Johor Premium Outlet

Butik Adidas di Johor Premium Outlet


Jam Tangan Murah di JPO - Swatch dan Fossil

Seperti kunjungan saya sebelum ini, kedu-dua butik ini pasti saya singgah. Tapi kali ini, tiada jam yang saya beli. Walau pun seorang anak saya telah pesan seutas jam tangan swatch, tapi pada kali ini harga yang di jual tidak menarik minat saya.

Penggemar jam tangan dan barangan Fossil lain, boleh la singgah di butik yang terdapat di JPO ini. Pilihan memang banyak.

Selamat Bershopping

~mat-drat~

8 comments:

  1. Hai...
    Meriah soping ye.
    Tp maaf ingin dimaklumkan bahawa perfume kat JPO bukan ori ye. Grade A sajer perfume di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... rasanya tak semua gred AAA atau Gred A. Ada juga yang original

      Delete
    2. Maaf ye perfume kt jpo ori yg x ori ni melayu jual atau dari dubai tu claim tester bagai tapi mmg lain,bau dan kualiti pun lain. Kebanyakkan perfume ori tahan lama berhari2,botol dan penutup semua sempurna

      Delete
  2. Boleh suggest kat saya butik yg murah.. Tak pernah pergi sana.. Cadangnya tahun depan lepas raya tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak suggest tu susah jugak, sbb lain lain butik, lain-lain promosi. Kdg2 murah, kdg2 biasa2 je.

      Saya suka ke Levis dan Cotton on, Fossil kalau cari jam.

      Delete
  3. Hi.betul ke perfume kat jpi tak ori?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti la pulak. Saya beli okey je... Mungkin tengok jenama juga kot

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.