Wednesday, 24 August 2016

Tempat Makan Best di Johor Baharu




Secara ringkasnya, Jalan-Jalan Cari Makan Johor Bahru untuk 4H3M kali ini saya singgah menjamu selera di :

Makan Tengah Hari
MNA Sembilan ( Asam Pedas) - Bandar Utama
MJ Family Restaurant and Catering - Taman Impian Emas, JB
Kedai Makan Rahmat - Pasir Gudang
Beriani Kambing 40 hari - Yong Peng

Makan Malam

LC Catering
Benafe Village
Restoran Dapur Istimewa 


Sila baca entry saya  Jalan Jalan Ke Johor Bahru 4H3M < 


1. MNA Sembilan ( Asam Pedas) - Bandar Uda Utama


Sahabat saya bawa saya untuk makan di sini kerana berdekatan dengan tempat kami ditugaskan. Restoran tidak besar, dan pilihan makanan juga tidak banyak.

Tapi apa yang penting, masakan asam pedas di sini memang mantap. Seperi yang dia pesan, ko nanti rasa la asam pedas dia... memang class!!

Jangan confius bila tengok signboard ada tulisan cina, itu adalah signboard iklan satu jenama kopi ye. Restoran dimilik oleh Melayu Muslim.

Memang tak mengecewakan untuk makan tengah hari untuk hari  pertama saya di sini.



2. LC Catering


Untuk makan malam di hari pertama di JB ini, saya hanya ke LC Catering. Keletihan bekerja di siang hari, jadi hanya cari makan di tempat yang berdekatan dengan hotel sahaja.

Kedudukan di tepi jalan utama iaitu di Jalan Balau (Jalan Tebrau) memang senang untuk ditemui. Dari Hotel KSL ke Restoran ini tidak sampai 1 km. 

Ini lah restoran paling okey kata kawan saya berdasarkan kriteria yang saya minta .... iaitu saya minta dia tunjukkan tempat makan yang paling dekat dengan hotel.

Menu utama dan menjadi pilihan di sini rasanya Nasi Serai, Nasi Arab dan juga Ayam Penyet. Ini yang saya tanya pelayan sewaktu saya ke sini.

Sambil makan, pengunjung akan di hiburkan dengan 2 orang penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu lama.... cooool....

Baca Entry > JJCM - LC Catering <



3.  MJ Family Restaurant and Catering - Taman Impian Emas, JB




Hari ke dua saya di sini, sahabat saya bawa saya amakn di restoran ini. Asalnya saya minta bawa ke restoran semalam iaitu restorang MNA Sembilan, tetapi kawan saya kata agak jauh.

Memandangkan saya nak makan asam pedas ( tak puas makan semalam), kawan saya bawa ke MJ Family ini yang terletak di Taman Impian Emas.

MJ ni bukan Micheal Jackson ye. Tapi kalau ikut gambar tertera di hadapan kedai, rasanya MJ ini Mahkota Johor.

Sedikit sayang kerana kami sampai sudah lewat iaitu sekitar jam 3 petang, jadi masakan asam pedas sudah habis. Tinggal kuah sahaja. Kuah pun kuah la.... janji dapat makan asam pedas.

Restoran ni di buka dari awal pagi hingga malam..... lengkap dari sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.






4. Benafe Village JB

Benafe Village
Untuk makan malam di hari ke dua, kawan saya Fuz akan payung. Tempat dituju malam ini adalah Benafe Village.

Benafe Village ini juga terletak berhampiran dengan KSL Hotel iaitu lebih kurang 2 km sahaja. 

Kali ni suasana makan agak berbeza dengan suasana lebih happening. Ada 'artis' menyanyi untuk menghiburkan pengunjung dan juga tedapat screen besar untuk tontotan.... sewaktu saya ke sini, siaran langsung  bolasepak ditayangkan, semestinya pasukan JDT yang bermain.

Nak makan dengan kawan, kawan sambil bersantai lewat malam.... tiada masalah kerana restoran ditutup lewat. Juga boleh sambil makan, kita hantar kereta untuk di cuci di car wash bersebelahan. Siap makan boleh ambil kereta yang telah siap di basuh.

Harga makan di sini cuma agak mahal sedikit dari kedai biasa... sesuai dengan tempat dan suasana yang ditawarkan.


Pentas untuk artis perform


Suasana Benafe Village


Suasana Benafe Village

Car Wash bersebelahan parking lot Benafe Village



5. Kedai Makan Rahmat - Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang

Siakap Goreng - Kedai Makan Rahmat

Hari ke-3 di sini, saya perlu menjalankan tugas di Pasir Gudang. Tiada rakan setugas dari JB yang akan turut serta kami ke Pasir Gudang, jadi saya dan rakan perlu mencari tempat makan sendiri. Walau bagai mana pun, sahabat saya malam tadi telah mencadangkan saya ke Kedai Makan Rahmat.

Kedai Makan Rahmat terletak di Kampung Pasir Putih dan kedudukan restoran di hujung kampung dan berhampiran laut. Tidak jauh dariTanjong Puteri Golf Resort.

Apa yang special Kedai Makan Rahmat??

Di sini, menu utama adalah ikan siakap goreng. Kata sahabat saya, rugi tak rasa ikan siakap goreng di sini kalau ke Pasir Gudang.

Harga makanan.... emmm saya rasa murah sebab masa nak bayar saya siap suruh abang tu kira sekali lagi. Saya sangka akan mencecah RM 70-RM90, rupanya tak sampai RM 50 untuk kami berdua.


Baca Entry > JJCM - Kedai Makan Rahmat <


6. Restoran Dapur Istimewa

Untuk makan malam hari ke-3, tiada yempat makan yang special kami tuju. Berdasarkan petunjuk kawan saya, berhampiran Pulai Spring Resort tempat kami menginap terdapat banyak restoran makan terutama di Taman Pulai Perdana.

Apa yang special di sini saya tak tahu, tapi antara banyak-banyak restoran yang saya jumpa di sini.... ini yang paling ramai pengunjing dan nampak paling meriah. Main terkam sahaja.

Menu makanan sepertui restoran tomyam biasa dan harga juga biasa-biasa.


7. Kedai Makan Kambing 40 Hari

Image :sariyusa.blogspot


Image : gongreng.blogspot


Terkejut dengar nama ni buat pertam kali. Pertama kali dengar masa trip saya ke Singapore tahun lepas.

Untuk makan tengah hari di hari ke-4 kami, kami singgah makan di Kedai Makan Kambing 40 Hari semasa di dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Terletak di tepi Jalan Besar Ayer Hitam - Yong Peng dan boleh nampak kedudukan kedai makan ini dari highway PLUS. Cuma tak boleh berhenti di Highway PLUS dan menyeberang ke sini.

Jika dari utara, perlu keluar di EXIT Yong Peng Selatan dan menghala ke Ayer Hitam. Dalam 10 KM akan jumpa kedai makan ini di sebelah kanan.

Jika dari selatan pula, kita perlu keluar di EXIT Ayer Hitam dan naik ke atas menuju ke Yong Peng dengan melalui jalan lama. Kedai makan terletak di sebelah kiri.

Jika datang lewat, biasanya akan habis nasi briyani... terjadi kepada saya sewaktu singgah makan kembali dari singapore tempoh hari. Nasi habis tetapi kari kambing masih ada. Waktu itu saya dapat bungkus kari dengan harga RM 20 satu tupperware.

Waktu operasi kedai adalah dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang.


Baca Entry > Trip Singapore <



Juga Entry saya berkaitan Legoland / Johor Baharu



Booking.com

~mat-drat~











No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.