Tuesday, 23 August 2016

Pulai Spring Golf Resort

Seperti yang saya ceritakan di entry sebelum ini Jalan-Jalan Ke Johor Bahru , hari ke 3 saya menginap di Pulai Spring Reosrt setelah 2 malam menginap di KSL Hotel.

2 sebab utama saya pilih Pulai Spring Resort ini adalah kerana
1. Agak hampir dengan JPO, jadi tidak perlu balik ke Bandaraya Johor Bahru
2. Untuk balik ke KL keesokannya, saya dapat jimat 20-30 minit sebab bukan bergerak dari JB.

Booking di buat betul-betul last minit sebelum check-out dari KSL Hotel. 

Di entry ini sebenarnya saya ingin kongsikan gambar-gambar yang agak menarik, yang sempat saya rakam dari handphone HTC 620 saya. HTC ni hadiah dari Berita Harian tahun lepas dan memang saya guna semata-mata untuk mengambil gambar.

Saya cukup tertarik dengan senibina di sini. Cukup 'Kemelayuan' dengan pelbagai ukiran -ukiran yang jarang ditemui di hotel-hotel lain.



Seperti kata seorang kawan saya yang ingin menginap di sini, dia kata hotel ini agak terpencil. Saya 'okey' je sebab terasa lebih kedamaian selepas 3H2M berhiruk pikuk di Bandaraya Johor Bahru.


Simpang ke Pulai Spring Resort - Main Entrance
Kiri kanan menghijau menuju ke bangunan Pulai Spring Resort

Guard House ke-2
Pulai Sring Resort

Sampai di resort ini, keadaan agak tenang dan lengang. Kebiasaannya kalau resort golf ni hari-hari bekerja memang agak lengang, tapi apabila menjelang weekend akan lebih ramai kerana ada sesetengah golfer suka membawa family datang bersama sambil dia bermain golf.

Seperti seorang kawan saya, kadang-kadang dia bermain golf di hujung minggu akan membawa anak-anakdan isterinya sekali. Sambil dia bermain golf, isteri akan menemani anak-anak di kolam renang.



Cantik ukiran di kaunter pendaftaran

Depan lobby yang lengang

Loby 

Selesai pendafatran kami terus ke bilik yang berlainan tingkat. Saya sepatutnya studio room tapi saya tak tahu macam mana boleh dapat family room dengan 2 bilik. Dah masuk baru perasan. Lantak lah...



Ruang tamu dan dapur kering

Dapur kering - tapi tak boleh masak la...

Salah satu bilik - terpaksa dikosongkan sebab saya seorang sahaja menginap, 

'Master' bedroom.


Sebelum kami bergerak ke JPO, sempat saya rakam pemandangan mentari merah menjelang senja.

Menjelang maghrib - view dari bilik saya


Pagi esoknya sambil berjalan menuju ke cafe untuk bersarapan, saya sempat juga snap beberapa keping gambar sekitar Pulai Spring Resort.






Golf Centre -Pulai Spring Resort
Cafe - Restaurant






Sambil bersarapan mengadap padang golf yang menghijau. Melihat pemandangan golf course cukup menenaNgkan terutama diwaktu pagi. 







Antara ukiran-ukiran yang menarik minat saya di sini.

Ukiran di bumbung laluan ke Cafe

Laluan ke Cafe
Tak tahu apa nama corak di atas bumbung ni


Kebanyakan bangunan mempunyai corak yang sama di bumbung bangunan.



Bersarapan sambil mengadap padang golf


Add caption






No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.