Saturday, 26 January 2019

PERCUTIAN KE LONDON - Info, Tips dan Panduan




Travelog Percutian ke London


TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 2

Okey, travelog London masuk ke Part 2

Bersambung dari entry sebelum ni


PERCUTIAN KE LONDON -
πŸ‘‡πŸ‘‡


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat

Macam Mat Drat bagi tahu di entry sebelum ni, trip ni memang kelam  kabut sikit. 4am baru confirm tiket flight, walau pun departure 8:30pm, kurang dari 24 jam sebelum berlepas. 

Walau pun flight malam, pagi tu Mat Drat masih bekerja macam biasa. Terpaksa cuti sebelah petang sahaja, ada kerja yg perlu diselesaiakam.

Tengah hari baru balik rumah, solat Jumaat dan terus bertolak ke KLIA.

Pagi tu di pejabat, baru sempat cari info London itu ini, dan 'plan' itinerari trip ni. Tq uncle google dan beberapa org kawan yg sudi share pengalaman pagi tu.
...............................................................

Jemput singgah Youtube Chanel Mat Drat πŸ˜Š

(Update 2022)
Singgah lah ke chanel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ support😊😊

.

...............................................................

1. PERSIAPAN SEBELUM BERLEPAS

Pagi tu, masa di opis dan dalam 2-3 jam sebelum balik ke rumah, Mat Drat settlekan perkara yang wajib sebelum ke KLIA. Jadi boleh la intai-intai perkara ni sebelum berlepas, jangan terlupa.

1. Travel Insuran / Takaful
Yang nak travel ke oversea tu, ambil lah travel insuran ye. Travel kemana-mana, memang Mat Drat akan ambil travel insuran/takaful. Beringat dan bersedia untuk kes-kes yang tak dijangka!

Harga travel insuran bagi seminggu travel, biasanya tak sampai RM100 pun. Baca benefit dan compare sebelum ambil mana-mana insuran/takaful. Better ambil yang cashless utk hospitalization. Besar gunanya nanti.

Biasa Mat Drat akan guna Etiqa Takaful, rasanya coverage dia lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;

1. Takaful
Untuk muslim, ambillah product takaful. 

2. Cashless. 
In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. 

3. Rebate 25%. 
Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.

2. Apply Cuti 
Jangan lupa apply cuti sebelum bercuti. Mat Drat memang lupa apply cuti sebenarnya, nasib baik kawan yang ingatkan. Pagi Jumaat tu baru apply. 

3.Tukar duit (Pound Sterling)
Jangan lupa tukar duit di Malaysia. Di airport memang mahal sedikit. Tak banyak Money Changer di UK (London) yg terima duit RM.

OTW balik rumah baru sempat tukar duit. Kali ni Mat Drat tukar di satu money chager berdekatan Sunway Putra Mall. Pernah tukar duit di sini beberapa kali. Trip 3 hari, bawa £500 cukup la... Tak cukup, ATM machine ada.

Mat Drat suka kesini sebab 
- tak payah pening nak park kereta macam ke Masjid India
- Dan tak perlu beratur panjang mcm di Mid Valley

Ingat : kalau ada baki syiling tu nanti masa nak balik Malaysia, habiskan je di sana. Bawa balik Malaysia nanti tak boleh tukar kepada RM.

4. Aktifkan kad debit
Ni perkara yang wajib Mat Drat buat. 
Senang kalau terkurang cash kat o/sea, cari je ATM dan keluarkan cash. Caj pengeluaran dan beza exchange rate tak mahal mana. Tak apa, janji tak perlu bawa tunai banyak ke o/sea.

Sekarang senang nak aktifkan kad debit untuk transaksi oversea, buat online je atau by phone sahaja.

Pengalaman
Aktifkan kad debit ni memang memudahkan bila kekurangan  cash. Mat Drat pernah keluarkan cash di Seoul, di Doha, di Bandung, di Saudi Arabia dan Bangkok. 

Biasa kita perlukan cash di hari-hari terakhir,  terutama waktu shopping.... 

Biasalah cash tak cukup, tapi banyak benda nak dibeli lagi, sebab ada kawasan tertentu (macam pasar) tak terima kredit card.

Pengalaman Mat Drat, dah banyak kali guna (Bank Islam dan Maybank).

Ingat
Biasa kad yang diaktifkan, Mat Drat tak letak duit banyak. 
Kalau tak cukup dlm bank, boleh transfer online je ke akaun bank tu nanti.
Ada negara agak risiko guna kad ni. Kena beringat ye.

5. Booking hotel di London (2 malam)
Jangan lupa booking hotel/accomodation awal-awal. 
Lagi lewat lagi mahal. Ini pengalaman dan biasanya 

Macam kes Mat Drat, sebab 4 pagi tadi tiket flight baru confirm, jadi pagi tu baru boleh booking hotel untuk di London.  Last minit sungguh.

Trip kali ni, 2 malam sahaja di London, untuk malam berikutnya Mat Drat akan menginap di Edinburgh Scotland. 

Last minit, harga memang mahal. Jadi booking lah awal walaupun hotel 2 star shj.

Malam Pertama - London
Untuk Sabtu Malam Ahad, tak dapat rate yang bawah RM 400 di kota London. Harga memang melampau mahal. Jadi kena ambil yang agak jauh sikit dari Greater London. Walau sedikit jauh, tapi ok janji dekat dengan station Metro Underground dan tak perlu tukar tren dari airport. 

Malam ke dua  - London
Baru dapat hotel di tengah London yang bawah RM 300/nite

Malam ke tiga & empat - Edinburgh
Mat Drat dapat unit Airbnb bwh RM 300/nite. Hotel lagi mahal sebab lokasi Mat Drat pilih dekat dengan train station.


6. Pocket Wifi
Kalau trip ramai dan nak jimat sikit, rasanya sewa pocket wifi pilihan bagus. Ada trip ke Oversea, selain beli sim kad, Mat Drat juga sewa pocket wifi macam trip ke Turki.

Untuk Samurai Pocket Wifi, harga hari tu RM 35/ sehari dan boleh guna sehingga 5 orang.

Device pocket wifi ni kadamg-kadang ketahan sehingga 6 jam, jadi jangan lupa bawa power bank.


7. Makanan segera / ready pack
Mat Drat bawa 3 lauk segera dlm tin dan 3-4 pack nasi segera jenama Brahim's dan MyChef sebagai standby kalau tak jumpa restoran halal, ni semua backup.

Memang tak sempat nak cari info kat mana nak makan dan restoran halal di London. Kalau plan awal-awal, boleh susun itinerari dan masukkan tempat makan dalam itinerari. Ni trip main terjah je. 

Memandangkan itinerari belum ada, nanti waktu jalan dan jumpa restoran halal, baru singgah. Tak jumpa, kami akan makan apa yg dibawa sahaja.

Maggi juga sangat penting kalau ke sini. 

Ada terbaca, fast food di London banyak ada status Halal. Tapi Mat Drat tak sempat singgah satu pun.


Peralatan lain

8. Universal Travel Adapter
- Di sana sama macam yang di Malaysia.
- Multiple socket mungkin berguna sebab ada hotel hanya ada 1-2 plug sahaja.

9. Payung
- Bawa la payung kecil yang boleh lipat. Sana pagi selalu hujan.
- Kat sana harga £5-£10, payung lipat kecil tu.
- Poco atau baju hujan nipis ni pun boleh je bawa. Kedai RM2 ada jual.

10. Kasut Sesuai
- Nak senang pakai je sport shoes
- Nak melaram sikit dan OOTD, bawa jugak la kasut boot etc, tapi akan memenuhkan beg la.

11. Beg
- Selain beg bagasi, jangan lupa bawa backpack.
- Senang nak bergerak, boleh isi barang dalam tu.

12. Baju sejuk / jaket
- Jika datang pada musim sejuk (winter) bawalah baju sejuk/jaket yang sesuai.
- Bagi musim luruh atau musim bunga, kalau yang jenis tak tahan sejuk tu bawa lah juga jacket tebal.
- Bila hujan di siang hari, cuaca memang akan sejuk.
- Malam juga sangat sejuk.

13. Gadget
- Powerbank bawa la lebih, banyak berjalan, banyak gambar.
- Selfie stick jangan lupa bawa. 

14. Folder Plastik 
- Berguna untuk simpan dokumen-dokumen penting.
- Dokumen-dokumen tempahan hotel, flight, tiket tren dan sebagainya, sangat penting. 
- Jangan hanya simpan di dalam handphone.

15. Botol Air Mineral 
- Jangan buang botol air mineral ye, paling kurang pastikan sentiasa ada 2 bersama kita.
- Di London dan Europe amnya, mencari public toilet sangat susah. Jika ada pun, toilet di sana tiada disediakan pili air.
- Jadi botol air mineral ni sangat berguna untuk 'melepaskan hajat'


Nasib baik stok kat rumah masih ada,
dan lambat lagi nak expire

Cukuplah untuk 3 malam sebagai backup.



DAY 1 - Pagi hujan... (London Bridge)


Day 2 - Pun Hujan ( Buckingham Palace)

Hujan, tak jumpa tempat makan halal di area sini, jadi kami makan apa yang di bawa. Berkongsi rezeki dengan merpati- merpati.

......................................................

2. KUALA LUMPUR - DOHA - LONDON

Untuk trip ni Qatar Airways spopnsor tiket return Kuala Lumpur-London. Untuk return, Mat Drat request balik dari Edinburgh.

Pergi : KUALA LUMPUR - LONDON dan  
Return : EDINBURGH - KUALA LUMPUR


Menunggu flight ke Doha. Sebab Qatar Airways taja flight, jadi malam ni Mat Drat pakai la t-shirt Qatar Airways sebagai tanda terima kasih.



KUALA LUMPUR - DOHA - LONDON
Kuala  Lumpur - Doha  : KUL 20:45pm - DOH  00:05am ( 8 Jam 20 minit)
Doha - London : DOH 02:10am - LHR 07:05am ( 7 Jam 50 minit)

Total masa penerbangan lebih kurang dalam 16 jam dan transit 2 jam 

EDINBURGH - DOHA - KUALA LUMPUR
Edinburgh - Doha  : EDI 15:45pm - DOH  01:40am +1 ( 7 Jam)
Doha - Kuala Lumpur DOH 02:30am - KUL 15:30am ( 8 Jam )

Qatar Airways ada 3 penerbangan sehari ke DOHA.  Sekarang ada 9:00am, 8:00 pm dan 2:15 am.

Untuk flight dari Doha ke next destinasi,  Cuba la cari flight yang transit dalam 2 jam sahaja.
Tak rugi masa kat airport menunggu lama lama.


Masalah Tiket Lambat hari tu
  • Tiket Mat Drat lambat dapat confirmation sebab flight yang Mat Drat minta dah fully booked. Mereka kena adjust, tu yang last minit baru dapat.
  • Tiket yang masalah nak dapat hari tu (dah penuh), untuk penerbangan Doha ke London dan Edinburgh ke Doha.
  • Untuk penerbangan KL- Doha dan Doha - KL tak ada masalah. Masa balik dari Doha ke Kuala Lumpur hari tu, boleh kata penumpang  tak sampai separuh pun. Banyak seat kosong. 
Cerita 'nak lawan jugak tak nak kalah' di KLIA
Masa Q nak check in, ada la borak dengan satu auntie ni, peramah orangnya. Dia nampak rungsing sebab anak perempuan dan abang dia, belum sampai. Mat Drat kata, biasalah petang jumaat ni ELITE highway jem sikit.

Bila check in di kaunter Qatar Airways ni, kita tak tahu lagi passenger lain akan ke destinasi mana selepas Doha, jadi Mat Drat pun berbual la dengan auntie tu ambil nak isi masa terluang. 
Dia nak ke Helsinki. Bila Mat Drat cakap nak ke London, dia pun pesan hati-hati di London nanti sebab pick pocket ramai, terutama di underground station. Oh TQ..... Mat Drat jawab macam tu je la.

Mat Drat buka la sikit cerita pengalaman kena di Paris , cerita hampir kena minta duit dalam tren. Dia pun cerita juga pengalaman dia kat Paris. 
Bila Mat Drat cakap masa tiba di Paris dari Barcelona pun kena, dia bukak cerita pasal Barcelona.... Kami borak la pasal Barcelona.

Dan bila Mat Drat cakap next trip macam nak ke Budapest dan Praque, dia pun cerita la sikit pasal 2 tempat ni. Dah pernah sampai juga.

Dalam hati, memang kaki travel auntie ni, pastu tak nak kalah pulak tu.  
Dan bila dia sambung cerita pasal Armsterdam, cantiknya bangunan dan masa musim tulip, Mat Drat cakap je la baru Seoul April hari tu. Pergi Seoul sebab nak kejar full blossom, ganti trip tahun sebelum ke Busan yang terlepas full blossom.

Dia pun bukak pulak cerita Seoul... Ada je cerita dia.

Tak lama tu, anak dia sampai...sebelum berhenti berbual sempat la Mat Drat tanya, "banyak beg ni (memang banyak gile beg dia) mesti nak travel lama ni. Dia kata akan sebulan di Helsinki dan area-area sana. 
(Dalam hati, banyak gile duit auntie ni sampai sebulan kat oversea) 
Bila dia tanya pula Mat Drat bila balik Malaysia, 
Mat Drat jawab ...... 'Esok Sabtu sampai London, Ahad ada concert rock, pagi Isnin kami ke Edinburgh dan Selasa pagi balik Malaysia!!' 
Terkejut dia...so fast aaaa??? Mesti band rock u minat ni sebab sanggup terbang ke London tengok concert. 
Baru dia tahu, Mat Drat buat trip London - Edinburgh ni macam pergi Langkawi je!! Power tak power trip ni!!!
..............................................

2.1 PARKING MURAH DI KLIA



Senang naik KLIA Ekspress atau KLIA Transit ke KLIA / KLIA2

Memandangkan hari tu Jumaat, memang biasanya petang Jumaat akan jem sikit, jadi Mat Drat gerak awal dari rumah. 

Seperti biasa juga untuk trip berdua dan short trip, Mat Drat park kereta di Putrajaya Sentral Park n Ride. Mudah dan menjimatkan.

Boleh baca perkongsian Mat Drat sebelum ni
πŸ‘‰ Parking Murah di Park n Ride Putrajaya
πŸ‘‰ Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi

..................................................................


2.2 PENGALAMAN NAIK QATAR AIRWAYS

2015
Pengalaman Mat Drat naik Qatar Airways 2015, pernah dipanggil masuk pesawat hampir sejam awal. Kelam kabut lari dari Lounge masa tu. Mungkin waktu tu sebab pesawat double deck A380-800 penumpang ramai, tu yang panggil awal.

Pengalaman naik biz class masa di taja dulu, memang terbaik la. Qatar Airways ni beberapa tahun dah menang Best Bussiness Class Award oleh Skyrex.

Pengalaman 'indah' dengan penerbangan Kuala Lumpur - Doha - Barcelona dan balik Paris - Doha - Kuala Lumpur.


2018
Kali ni Mat Drat sampai awal dalam 4:30pm, kira 4 jam sebelum berlepas. Biasa untuk international flight memang Mat Drat akan sampai dalam 3-4 jam awal.

Makanan dalam ni jangan risau bab Halal.
Makan 2 kali, sekali main dish dan sekali snack.
In-flight entertainment (Oryx) cukup untuk penerbangan 7-8 jam tanpa boring.
Wifi percuma dalam pesawat untuk pesawat tertentu. Tapi dia bagi data free sikit je, cukuplah nak balas whatsapp sikit.

2019 (Update)
2019 Mat Drat naik Qatar Airways lagi. Kali ni trip ke Turkey 10H9M. 
Kawan-kawan request nak naik Qatar Airways, jadi Mat Drat buatkan pakej dengan Qatar Airways. 40 pax ke Turki dengan kawan-kawan.



Nasi Briyani...sedap



Macam mee je...Tapi memang sedap

...........................................................................

2.3 PENGALAMAN TRANSIT DI DOHA AIRPORT - Stopover / Layover

  • Airport Doha, HIA (Hamad International Airport) sangat luas, jadi masa transit tu terus je la ke gate untuk next flight.
  • Kalau gate ke next flight agak jauh, boleh naik tren di tingkat atas.
  • Kalau tak sure gate mana, jangan segan tanya di kaunter information.
  • Tren macam di KLIA la, aerotren hubungkan ke bangunan satelite KLIA, cuma yg ni dalam bangunan untuk sambung antara gate (wing yang berbeza).
  • Keluar seawal boleh dari pesawat untuk ke pemeriksaan Transit, biasa orang ramai.
  • Kalau sempat makan, nak amakan boleh ke food court.
  • Surau ada di setiap 'Wings". Bersih dan kemas.
  • Wifi pun ada di sediakan, tapi MAKE SURE connect ke wifi Airport ye.
  • Hati-hati bila conncet ke wifi ditempat awam.
  • Kat sini nanti kalau nampak ada Ferrari, Lamborgini atau Aston Martin, JANGAN terpedaya dengan DRAW yang tawarkan untuk kereta ni. Ni semua macam judi sebab kena beli nombor bertuah.
Boleh baca pengalaman transit Mat Drat di HIA ni 2015 dahulu (Trip Barcelona - Paris -Doha). πŸ‘‰πŸ‘‰ Transit Di Hamad International Airport - HIA

Pakej Stopover Doha

Qatar Airways sekarang ada buat promosi melawat Doha bagi yang transit lama di HIA ni. Boleh google untuk maklumat detail.

 
Klook.com
.
Perhatikan betul-betul signboard TRANSIT / TRANSFER



Pesawat di HIA ni banyak sangat,
Kalau nasib tak baik akan dapat pesawat yang parking agak jauh dari terminal building.
Jadi kena naik bas ke pesawat.

Big Yellow Teddy Bear Hamad International Airport Doha
2015 dengan Big Yellow Teddy Bear

Big Yellow Teddy Bear Hamad International Airport Doha
2018 dengan Big Yellow Teddy Bear


Big Yellow Teddy Bear Hamad International Airport Doha
Jumpa patung 'pinocchio' ni. Apa lagi, bergambar la


Big Yellow Teddy Bear Hamad International Airport Doha


Food Court senang cari. Ada signboard.

Botol air ni sangat berguna.
Sambil menunggu flight, boleh la minum air free ni.
....................................

2.4 VISA-FREE (Melawat Doha, Qatar) - Stopovcr

  • Airport Doha ni merupakan hub untuk Qatar Airways. 
  • Ada sedikit kelebihan kepada yang terbang dengan Qatar Airways.
  • Pemegang tiket boleh masuk ke Doha tanpa perlu apply visa. Qatar Airways sediakan free tour.
  • Kalau nak masuk Doha (Qatar) ni biasanya kena bayar Qatar Riyal 100 untuk VISA. Untuk visa ni hanya boleh dibayar pakai kad sahaja ye. (Debit atau kredit card)
  • Kita, Malaysian boleh apply visa-on-arrival. Maknanya masa tiba di airport, terus apply di kaunter pemeriksaan imigresen.
  • Jadi untuk yang terbang dengan Qatar Airways, boleh consider untuk stopover lama sikit kat sini kalau nak melawat Doha secara free. Ada minumum dan maksimum jam stopover untuk layak free tour ni. Program masuk Doha tanpa visa ni ada syarat-syarat dia, boleh baca di laman web Qatar Airways.
  • Kalau join free tour ni, cukuplah untuk ke Sauq Al- Waqif dan beberapa tempat menarik yang lain. Cuma perlu tambah masa perjalanan, dapatlah kita melawat Doha. Tak perlu untuk beli tiket semata-mata ke Doha.

Tour Dubai dengan Emirates Airlines

Bagi yang menaiki penerbangan Emirates pun boleh consider untuk stopover yang lebih lama di Dubai untuk ambil peluang menjelajah ke Dubai dengan pakej yang diberikan.


........................................................

3. LONDON

Selepas lebih 16 jam dalam pesawat, akhirnya Mat Drat dan wife tiba di London.


Dalam flight, sempat lagi cari info pasal London. 
Bagus Qatar Airways ni, sangat membantu.


Melintasi destinasi idaman setiap umat Islam, Makkah.
Semoga kita semua dapat sampai ke sini.


3 destinasi dalam wish list Mat Drat, Istanbul, Budapest dan 'Rusia'.


Mat Drat memang pilih window seat sebelah kanan,
 semata-mata nak menikmati keindahan sunrise dari atas awan.


Hari semakin cerah


Menghampiri London. Tu dia Emirates Stadium London




Thames River

............................................

3.1 London Heathrow Airport

Laman web London Heathrow πŸ‘‰πŸ‘‰ https://www.heathrow.com/ 

Terminal
Qatar Airways kali ni turun di Terminal 4. 
Ada juga yang turun di Terminal 5.  
Check betul-betul arrival di Terminal mana. Sini ada 5 terminal. 

Pemeriksaan
Isi declaration form elok-elok sebelum tiba ye. Isi dalam flight, jimat masa.
Pemeriksaan kastam di sini tak ketat sgt mcm nak masuk US atau Australia, macam biasa-biasa je.
Di kaunter imigresen, sediakan maklumat penginapan.
Pengalaman Mat Drat, pegawai tanya tidur dan stay di mana. Jawab kena confident.
Untuk standby, print siap-siap booking slip pun okey, in-case dia nak tanya lebih. 

Kalau terbang dari negara lain Europe ni, masa beli tiket flight tu perhatikan betul-betul nama airport (kod airport). Di London ni ada 3 airport lain. Kod London Heathrow Airport adalah LHR.

.........................................

Sim Kad di London Heathrow

Sikit info menegnai sim kad di Heathrow Airport. 

Boleh pilih sim kad mana yang sesuai Vodafone, EE, Lyra atau Lebara.

Nak beli kat mana? cari la salah satu 4 tempat ni
  1. Sim card vending machines - self service
  2. Sim Local shops - Paling bagus sebab salesman friendly dan 'expert'
  3. WH Smith shops - Ada juga jual sim kad, tapi kena install sendiri
  4. We Know London - Tourist Information - Ingat ye, bukan semua teminal ada kaunter We Know London ni, dan sim kad pula tak banyak pilihan.

Sim Local Shop
Beli sim kad di Airport ni bagus sebab
  • salesman akan tolong setupkan handphone
  • boleh pilih antara telco operator yang ada. 

Tapi memandangkan ni trip yang singkat, flight pun dah berbelas jam jadi Mat Drat tak nak buang masa membeli sim kad kat airport. Keletihan dan tak nak buang masa. Maklumlah Heathrow ni antara airport yang paling sibuk di dunia, jadi nak mencari kiosk/kedai ni satu hal, nak tunggu turn pasang sim kad satu hal.

Mat Drat punya itinerari, sampai London akan terus dengan sessi 'explore' London. Mat Drat ambil pakej roaming shj.
 
Bagi yang tak nak beli sim kad kat sini, ada 2 pilihan

1. Pakej raoming
  • Macam Celcom skrg murah, RM 138 untuk seminggu. 
  • Maxis atau Digi pun lebih kurang sama je harga dia.
  • Bila guna roaming ni, pastikan guna operator yang ditetapkan oleh Celcom/ Maxis / Digi dll.
  • Mungkin data hanya dalam 3-5 GB shj, tapi cukuplah selagi tak layan youtube sepanjang masa.

2. Poket Wifi.
  • Sekarang ada beberapa operator yangs ediakan perkhidmatan ni.
  • Yang bagus, ambil (sewa) dari KLIA/KLIA2 sebelum berlepas dan pulangkan semula bila balik.
  • Lagi jimat sebab boleh kongsi dengan beberapa orang. (Biasanya 5 orang). Macam yang kami guna masa ke Turki April baru ni.
  • Kalau pakej yang RM 28 sehari, kalau kongsi 4 orang baru RM7 sehari. Kalau 7 hari di sini, kos baru RM 49 seorang. Jimat tu.
  • Boleh la order melalui KLOOK untuk harga RM 28. .
Klook.com

......................................


3.2 Transport Heathrow Airport ke London City


Nak ke London, boleh la pilih 2 cadangan Mat Drat ni, ikut kesesuaian
  1. Nak Cepat : Heathrow Express
  2. Nak Jimat : Subway Underground

1. Heathrow Express

Ini yang paling cepat untuk ke London.
Tren setiap 15 minit

Masa perjalanan Heathrow - Paddington

  • Dari Terminal 2&3 - 15 minit
  • Dari Terminal 5 - tambahan 4-5 minit
  • Terminal 4, kena naik shuttle ke Terminal 1&2 atau ke Terminal 5
  • Paddington ni dekat dengan Exford Road dan Hyde Park
  • Tiket boleh dibeli online, di app Heathrow Express, di station atau dlm tren.
  • Bawah 15 tahun, free kalau naik dengan dewasa.


Harga tiket
  • £25 sehala peak hours (6.30-9.30am / 4pm-7pm)
  • £22 sehala off-peak hours - Jimat ni
  • £37 return (sepanjang hari) - Lagi jimat ni
  • Nak jimat lagi, beli in-advanve
  • Beli dalam tren, harga mahal sikit
  • Tiket boleh dibeli online, di app Heathrow Express, di station atau dlm tren. 
  • Bawah 15 tahun, free kalau naik dengan dewasa.


    2. Subway Underground

    Ni pilihan paling jimat kalau nak ke London. Tren berlepas/singgah di 3 station
    • Station Terminal 2 & 3 
    • Station Terminal 4 
    • Station Terminal 5 
    Jika naik di Station Terminal 2 & 3, platform terletak di antara kedua terminal tu. Kena jalan kaki sikit beberapa minit.

    Jika naik di Station Terminal 4 & 5 pula, platform terletak di level bawah terminal masing-masing. 

    Mat Drat naik di Terminal 4
    • Tren dalam 10 minit satu, Piccadily Line . Tren Piccadily Line ni bukan 24 jam ye
    • Tapi Jumaat dan Sabtu je 24 jam, tu pun untuk ke Terminal 2, 3 dan 5.

    Jadual (1st dan last tren) boleh lihat kat link Mat Drat share bawah ni.
    Heathrow ni di Zon 6, London Zone 1

    Harga tiket
    • £6 sehala 
    • Guna One-Day Travel Card 
      • £18.10 (Anytime) 
      • £12.70 (off-peak) 



    Station Underground di level bawah.
    Signboard cukup clear. Senang


    Mesin Tiket di Station Underground Metro.
    Sediakan notes, coins atau kad debit/credit.


    .......................................

    3.3 Transport di London

    • Senang bergerak di London, guna Tube (tren) atau bus.
    • Di sini, subway / metro underground juga di sebut TUBE.
    • Tempat lawatan utama boleh dituju dengan menggunakan tren.
    • Guna bas pun boleh, mungkin kurang berjalan tapi masa perjalanan akan lebih lama sikit.
    • Tapi try la check dengan google map, tengok best suggestion by google map.
    • Balik dari Royal Albert Hall malam concert tu, Mat Drat naik bas je. Tak perlu menapak jauh ke station subway, bus stop betul-betul seberang jalan je.
    • Bas awam boleh kata di London ni semua double deck yang warna merah tu.
    • Dan malam pulak, jalan tak sibuk, jadi masa lebih kurang naik tren sahaja.
    • Apa pun try guna google map, sangat membantu.
    • Sama je dgn negara lain, subway underground di sini pun sentiasa penuh.
    • Underground station yang terdapat di London merupakan station underground pertama di dunia.
    • Tahun 1863 dah ada, dan masih digunakan sampai sekarang.
    • Kekerapan tren agak kat sini agak tinggi, jangan risau.
    • Dan ingat, tak semua tren line 24 hours kat sini.
    • Untuk mudah dan jimat, guna Osyter Card untuk pengangkutan awam di sini.

    Osyter Card
    • Osyter card ni boleh guna untuk naik TUBE underground, bus, tram, river bus. 
    • Kad ni boleh di beli kat station subway underground. 
    • Mat Drat beli kat station Terminal 4 masa nak naik tren ke London. 
    • Beli dan terus top-up siap-siap kad ni, nanti senang. 
    • Macam kad touch n go la kalau kat Malaysia. 
    • Tambang (fares as you go) 
      • £5.10 (Mon-Fri, 6:30 - 9:30) 
      • £3.10 (masa lain) 
    • Jadi kalau bergerak weekend atau selepas 9:30am weekday, tambang lebih murah.

      Klook.com


      Baker Street Station 1st underground station in world
      Baker Street Station, platform underground pertama di dunia.


      Baker Street Station 1st underground station in world
      Baker Street Station


      Overground tren pun akan banyak digunakan, ikut itinerari masing-masing
      Kalau ke London, tak naik bas double decker rugilah... ikon London ni.


      .....................

      HOTEL MURAH DI LONDON

      Hotel/hostel/airbnb di Greater London agak mahal untuk Jumaat dan Sabtu. 

      Waktu check-in, kalau bilk tu berdua, jadi masuk dan tidurlah berdua shj sebab bilik di London (mostly di Europe) ni memang saiz kecil. 

      Hostel biasanya tak sediakan kettle, hotel budget pun kadang-kadang tak sediakan kettle. Jadi kalau nak masak maggi tu, minta lah air panas dari kaunter. Biasanya dapat free je.

      Kalau menginap di hostel, biasanya bilik air adalah berkongsi. Ada juga yang attached dengan bilik, tapi agak mahal dan kena survey dan lihat betul-betul.

      Untuk 2 malam di London Mat Drat cari bilik hotel budget 2 star sahaja, airbnb agak mahal masa Mat Drat cari hari tu. Di Edinburgh baru dapat airbnb yang agak murah bawah £100 di lokasi tak jauh dari Train station.
      Airbnb di London ni yang available agak mahal dan lokasi agak jauh dari station subway, mungkin sebab last minit. 

      Mat Drat cuba cari bilik yang bawah £80 (=- RM400) di lokasi Greater London (tengah bandar) tapi tak jumpa. Kalau cari awal mungkin boleh jumpa hotel yang bawah £80. Biasalah, cari bilik last minit tak banyak yang available. 

      Bilik hotel 1-2 bintang boleh dapat dalam £60-80 rasanya, cuma jangan cari last minit la.
      Akhirnya dapat bilik yang agak jauh untuk malam pertama, dan satu malam lagi walking distance je dari Kings Cross Station. 




          Kings Cross Station 

          King Cross Station ni kira macam KL Sentral la, station integrated yang besar dan banyak menghubungkan line tren metro dan juga tren overground.
          Tren laju Mat Drat di Day-3 ke Edinburgh juga berlepas dari sini. Tu yang cari bilik area sini, sebab tren awal pagi.
          Dan paling penting, Kings Cross ni lah lokasi pengambaraan filem Harry Potter. Ada lokasi nak ambil gambar di platform 9 3/4
          Tapi sekarang lokasi pengambaran dah dipindah ke Harry Potter Theme Park
          ..........................................

          AirBNB Kredit RM 165

          Kalau cari penginapan airbnb pula, boleh try click link ni dan guna kredit yang diberi.

          Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

            Airbnb (dengan diskaun kredit )    

          Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

          Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

          Tips dan Syarat nak RM 165
          Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
          1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
          2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.

          Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

          Ingat...  
          kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

          Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

          Jadi nak dapat RM 120 tu, 
          - Klik LINK di atas dan daftar akaun
          - Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
          - Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
          - Rasanya ambil 2 malam je kat sini dah pasti melebihi RM290. Silap-silaP, satu malam pun dah lebih RM 290
          - Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

          Dah daftar, boleh booking terus sebelum unit disambar orang lain.

          Ingat : Baca review dan lihat lokasi di mana sebelum booking.

          Mat Drat senaraikan 2 unit, ada banyakkkk unit airbnb di London dan UK ni, pilih je mana yang rasa sesuai.





          Simple Double Room 
          @ Central London


          Master Room 
          @ Shoreditch


          ..........................................

          Malam 1 - The Firs Lodge, Heathrow

          Carian bilik untuk Sabtu Malam Ahad sangat mahal kat London, lagi-lagi last minit. Jadi terpaksa cari yang agak jauh sikit dari London City. 
          Mat Drat ambil The Firs Lodge, dekat dengan Heathrow Airport. 

          Ini kira lodge je.
          Walau agak jauh dari London, harga £70/nite lebih kurang RM380. Terpaksa ambik sebab tak ada pilihan lain yang lebih murah dan okey. 
          Tapi Mat Drat try cek masa tulis ni, boleh dapat dalam £40/nite lebih kurang RM214 sahaja kalau booking awal. 

          Lokasi The Firs Lodge ni ;
          • 10 minit dari Heathrow Terminal 4, 2 stop ke station Hounslow West 
          • 250 meter dari tren station Hunslow West ke The Firs Lodge 
          • 55 minit ke King's Cross Station, London
          • 40 minit ke Hyde Park Station,London

            Sebab Mat Drat pilih The Firs Lodge ni 
            • Harga okey dengan rating above 7.0 
            • Lokasi tak jauh dari station tren metro 
            • Tak perlu tukar tren dari Airport Heathrow, lepas drop beg boleh sambung ke London. Terletak antara Airport ke London City (1 tren je) 
            • Sebelah station ada pasar / boot sales - weeekend
            • Depan station ada kedai jual makanan halal (daging)
            • Di station Hounslow East (next station), ada beberapa rest India Halal 


              250 meter dari tren station.

              9am kami sampai untuk drop beg. Owner offer tunggu lagi 45 minit untuk bilik dikemas. Tapi kami kata nak jalan terus, hanya nak drop beg sahaja. Dia offer breakfast ...baik owner ni.

              Kecil tapi selesa dan kemas serta bersih

              Lengkap dengan toileteries

              Bersih

              Kelaur station, terus ke sini beli buah. Fresh.


              Weekend sahaja ye

              Kedai jual daging halal opposite station Hounslow West

              ......................................
              Mat Drat dapat rate £57 (RM 308) 
              Untuk malam sebelumnya, harga mahal (weekend) lebih RM 600/nite.
              Hotel ni hanya 250 meter ke station King'c Cross.
              Satu barisan dengan hotel ni ada beberapa lagi hotel lain (1-2 star)

              Sebab utama Mat Drat pilih Elmwood Hotel ni sebab
              • Dekat dengan Kings Cross
              • Esok awal pagi dah nak naik tren ke Edinburgh, tak nak terlepas tren



              Pagi Day-2, singgah sini dulu untuk drop beg
              Bilik memang kecil, boleh la... London kan...


              Deretan bangunan ni ada lagi beberapa hotel 1-2 bintang lain.





              Agak selesa, tidak sempit. Yang penting bersih


              Ni dia Kings Cross Station...dalam ni la lokasi pengambaran filem Harry Potter, platform 9 3/4
              Biasakan ye, tak ada lif, hanya tangga kecil









































              ................................................

              4. TEMPAT MENARIK DI LONDON - ITINERARI LONDON

              Kalau yang ke London 2 hari je macam Mat Drat, boleh la follow intinerari ni. Kalau 3-4 hari, boleh tambah sendiri beberapa tempat lagi.

              2 hari dah cukup nak cover main-attraction atau pun ikon London.

              Untuk short-trip London ni, Mat Drat hanya akan ke 

              Itinerari DAY 1

              1. Stamford Bridge (Stadium Chelsea)
              2. Tower Bridge (bukan London Bridge ye)
              3. Tower of London
              4. London Central Mosque
              5. Sherlock Holmes Museum
              6. Oxford Street

              Itinerari DAY 2

              1. Buckhingham Palace - Royal Guard Changing Ceremony
              2. Hyde Park
              3. Palace of Westminster
              4. Big Ben
              5. Thames River Cruise
              6. Tower Bridge
              7. Market Portobello Road - Beli souveniour murah
              8. Harrod - cuci mata / windows shopping
              9. Royal Albert Hall - concert Europe Walk The Eart Tour
              10. Kings Cross Station - Platform 9 3/4 Harry Potter

                Kupon Diskaun Klook (10.01.2019)

                Jika ada yang nak beli tiket atau ambil pakej-pakej di KLOOK, boleh intai-intai juga diskaun yang Mat Drat share di link di bawah. 

                Kalau ada kupon Diskaun Klook, lagi jimat. 

                πŸ‘‰πŸ‘‰ KUPON DISKAUN KLOOK  πŸ‘ˆπŸ‘ˆ




                  Klook.com



                  Tempat lain yang nak pergi tapi tak sempat

                  Dan ni antara tempat yang masuk dalam itinerai asal, tapi tak sempat. Dan ada yang awal-awal Mat Drat keluarkan sebab memang tak boleh adjust masa.

                  Macam  Stonehenge dan Harry Potter Park, konon nak pergi pada awalnya tapi Mat Drat rasa lagi berbaloi pengalaman ke Edinburgh. Jadi Day 3 ganti dengan itinerari di Edinburgh.
                  1. Stonehenge 
                  2. Trafalgar
                  3. Churchill War Room
                  4. The Shard
                  5. Madame Tussaud Museum
                  6. Nothing Hill
                  7. Muzium- muzium
                  Ada masa nanti, Mat Drat share sikit info pasal tempat-tempat menarik ni. 

                  Okey, Mat Drat dan wife dah sedia untuk memulakan aktiviti 'mengukur jalan' di London ni.

                  Jom baca di Entry Berikutnya



                  ~ Mat Drat ~

                  39 comments:

                  1. Assalamualaikum Mat Drat,
                    Saya baru first time nak try Qatar Airways from Prague to KL. Nak tanye mase Mat Drat naik Qatar Airway tu mmg x beli travel insurance die ke? sbb mase nak book ticket kat Qatar website tu memang xde options utk beli insurans, and after booking (dah cari kat "manage booking") pon xde jugak options untuk beli insurans. So nak tanya Mat Drat kalau situai macam ni better beli travel insurans sendiri ke camne?(takaful macam yang Mat Drat suggest kat atas tu). p/s: macam mane nak beli insurans takaful tu ye?

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. Wasalam...
                      Saya memang biasa beli travel insurance sendiri, dan biasanya di Etiqa Takaful.

                      Sory, 2 hari baru reply, baru landed di Istanbul, juga fly dgn Qatar Airways 😏😏

                      Delete
                  2. Assalam mat.saya nak tanya kalau nak melancong 2 Hari perlu apply visa dari Malaysia? Atau masuk cop passport je?

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. Wasalllam.
                      Masa saya ke sana, Malaysian Tak perlu visa masuk UK (dan EU).

                      Buat masa skrg, saya tak dgr lagi Kita perlu visa nak masuk UK.

                      Delete
                    2. saya nak tolong jawab jugak, kalau melancong ke UK tak perlu visa. boleh stay up to 6 months per entry. lebih daripada 6 bulan, kena apply visa :

                      Delete
                    3. TQ Anne tlg jawab dan info tambahan... Info πŸ‘πŸ‘πŸ‘

                      Delete
                  3. assalam mat..
                    nak tanya sikit ni, nak bercuti di london ni kena beli tiket pergi dan balik ker?
                    tqvm mat..

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. wasallam...

                      terpulang, rasanya better beli return kalau dah ada itinerari yang lengkap.

                      Ada yang nak in London dan out London. Tapi ada juga yang ke London buat trip 3-4 negara, jadi masuk dan keluar dari airport mana bergantung kpd itinerari.

                      Yang trip ni saya In London, Out Edinburgh. Sebelum ni buat trip masuk Barcelona - balik Paris.

                      Delete
                  4. Assalam mat drat
                    Saya seorang yang susah sikit nak ajak travel sbb financial, bukan nk cakap kedekut tapi banyak komitmen yang perlu ditunaikan before nak ajak berjalan..
                    saya kalo boleh nak bawak isteri sy berjalan untuk tunaikan impian dia, so saya nak bawak ke london ni dgn harga yang sejimat mungkin.. ade x bajet yg sesuai utk pergi ke sana dengan hanya 2 orang

                    ReplyDelete
                  5. satu pengalaman yang amat berharga. Terima kasih share.

                    ReplyDelete
                  6. Assalam en. Mat Drat, saya nak tanya sikit sbb lg 2 mggu saya akan ke london. Untuk instant food yg ada daging macam nasi goreng daging sharifah tu boleh bawa ke? Lepas tu nnti di airport LHR cuma isi arrival card saja atau ada declaration form macam Aussie dan NZ? Terima kasih.

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. Pengalaman saya di airport LHR, tak Ada masalah.

                      Tak diperiksa dan ditanya pun, jauh berbeza dgn ke Aussie atau NZ

                      Delete
                    2. Europe rasanya tak ketat bab makanan, ikut pengalaman di airport CDG (Paris) dan BCN (Barcelona)

                      Delete
                    3. Ok, terima kasih tuan. Nervous gak ni sbb 1st time gi Europe dan pergi seorang.

                      Delete
                    4. Moga dimudahkan semua urusan Puan.

                      Saya rasa
                      1. Bab transport should be no problem Kat Sana. Public transport mantap.

                      2. Bab bawa makanan pun tak ada masalah...

                      Menarik tu travel solo, kalau travel jln2 (bukan urusan kerja), boleh tahu puan ke mana selain London? Kot kot saya boleh ambil tips nanti.

                      Delete
                    5. Dari London saya akan ke Paris, Brussels, Luxembourg, Switzerland, Rome dan Barcelona. Tapi untuk trip Paris - Switzerland saya join group tour. Cuma London, Rome dan Barcelona je saya buat solo.

                      Satu lg soalan untuk di Paris, time arrival tu ada kena isi arrival card dan declaration form ke?

                      Delete
                    6. Lama trip ni gayanya.. 3 minggu paling kurang ni...

                      Kat Paris tu saya tak ingat, macam tak ada je. Tapi yg saya ingat, masa kat imigresen memang kena tanya lebihs ikit la...

                      Kat Barcelona skrg tak silap saya (member share semalam di Whatsapp), Catalan protest masih hangat lagi. Take care.

                      Delete
                    7. Saya pergi 2minggu je. Haah dr bulan lepas lg duk monitor situation kat Barcelona ni tp sekarang ni tak pasti lak camne keadaan kat sane. Try cari kat Google macam dah tak ada news sangat pasal protest ni. Harap2 time saya pergi tu keadaan dah reda..

                      Delete
                    8. Berita pasal protest tu pun dah kurang. Kalau kebetulan ada pun, rasanya kita tak boleh masuk area La Rambla je la kot. Situ memang port mereka buat demo. Tempat lain rasanya okey je.
                      Okey.. semoga dimudahkan semua urusan dan perjalanan.

                      Delete
                  7. Assalamualaikum...sy nak Tanya..macamna Cara nak apply visa ke uk?

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. Waalaikumussalam.
                      Kalau sosial visit, less than 6 months, tak tak perlu Visa.

                      Tapi kalau memerlukan Visa juga, try hubungi British Commission di KL (embassy)

                      Delete
                  8. Salam. Kt heathrow airport tu ada kaunter mas airlines juga x?

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. wasallam.
                      Maaf, tak sure pulak. Tapi dari website MAS ada info ni

                      Airport Office
                      Malaysia Airlines Room 2529 Mezzanine Balcony Terminal 4 London Heathrow Airport Middlesex. TW6 3XZ UNITED KINGDOM

                      Delete
                    2. https://www.malaysiaairlines.com/cn/en/help.html

                      Delete
                  9. Assalam. Saya sekeluarga bercadang nk bercuti di london pada 22 jan 2020 selama 7 hari. Saya dimaklumkn bahawa pada bulan jan adalah musim sejuk melampau di london. Ini adalah first trip saya bersama keluarga keluar negara. Sedikit sebnyk dpt juga gambaran awal & info yg bermanfaat utk kami dari pembacaan blog tuan mat. Pertanyaan saya, mmg sejuk sgt kah pd bln jan tu. Adakah bagus sekiranya saya menaiki flight direct ke london berbandinhg perjlnn yg memerlukan transit di doha. Mohon maklumat tuan berdasarkn pengalaman tuan mat ...tq

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. Wasalllam.

                      1. TQ tuan/puan singgah my blog

                      2. 7 hari tu, mmg puas pusing London n UK

                      3. Jan mmg time winter tu, prepare molek2 pakaian winter lagi2 kalau bawak anak kecil ye.

                      1-2 hari sblum depaeture, check lagi weather yw

                      Delete
                    2. Direct atau Transit Flight

                      Susah juga nak jawab sebab lain orang, lain citarasa/factor. Cuma Mat Drat boleh bagi pandangan sikit, harap dpt membantu

                      Direct flight paling cepat ambil masa dlm 14 jam. Kalau transit pula, paling cepat dalam 18 jam.

                      Kalau terbang dgn anak-anak kecil, 14 jam tu lama juga sebnarnya. Terutama kpd mereka.

                      Mat Drat sendiri pun tak berapa suka flight lama-lama sgt, letih dan merimaskan. Lagi lagi kalau flight penuh.

                      Kalau puan ambil penerbangan yang transit, Qatar Airways contohnya, pengalaman Mat Drat 2 jam transit dah memadai jika tak ada niat nak lama-lama meronda Doha Airport.

                      Delete
                  10. Direct atau Transit Flight

                    Susah juga nak jawab sebab lain orang, lain citarasa/factor. Cuma Mat Drat boleh bagi pandangan sikit, harap dpt membantu

                    Direct flight paling cepat ambil masa dlm 14 jam. Kalau transit pula, paling cepat dalam 18 jam.

                    Kalau terbang dgn anak-anak kecil, 14 jam tu lama juga sebnarnya. Terutama kpd mereka.

                    Mat Drat sendiri pun tak berapa suka flight lama-lama sgt, letih dan merimaskan. Lagi lagi kalau flight penuh.

                    Kalau puan ambil penerbangan yang transit, Qatar Airways contohnya, pengalaman Mat Drat 2 jam transit dah memadai jika tak ada niat nak lama-lama meronda Doha Airport.


                    ReplyDelete
                  11. menarik btl baca...bila la nak jejak kaki ni

                    ReplyDelete
                  12. Salam sy nk tye mngenai oyster card.. inshaAllah sy dan suami akn smpi di london pd 13/1/2020 nnt dan kami pln nk mngguna kn pblic transport saja.. sy x brapa paham sgg ttg kad tu.. jd kami kene beli kad per day atau mcmmana

                    ReplyDelete
                  13. Assalamualaikum. 2018 KK-Barcelona-KK 2019 KK-PORTO-KK. Menaiki Qatar Air.
                    Soalan: Apakah ada apa-apa keistimewaan dari Qatar Airline untuk pelanggan yg setia.
                    terima kasih.

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. Waalaikumussalam
                      Takde ape rasanya kecuali kumpul point shj.

                      3 tahun ni saya pun collect point je
                      KL Barcelona Paris KL
                      KL Londom Edunbirgh KL
                      KL Istanbul KL

                      Delete
                  14. This comment has been removed by the author.

                    ReplyDelete
                  15. Assalam.. just nak tahu ,brp kos penginapan yg telah mat belanjakan?

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. This comment has been removed by the author.

                      Delete
                    2. Wasallam. Ni trip last minute, semua booking 48 sblum berlepas.
                      Roughly... (Trip 4D3N) shj

                      Nite 1 +- RM400 (Jauh sikit dari London), dlm 3 stop dari Airport Heathrow. Ni lodge je (budget)

                      Nite 2 +- RM400 (200 meter dari King Cross Station). Sbb 6am nak kejar train ke Edinburgh.
                      Mlm sblum tu, rate dlm RM1,200 (sbb weekend kot, tu mahal).Hotel 2 star je

                      Nite 3 : +- RM400 Airbnb di Edinburgh

                      Delete
                  16. Best nya dpt pegi london. Teringin nk pegi. Boleh short trip juga rupanya ya.

                    ReplyDelete

                  Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

                  Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.