Lobster di Kota Kinabalu Sabah |
Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu
Saya kongsikan tempat makan yang best di Kota Kinabalu berdasarkan pengalaman saya ke sana beberapa kali. Senarai ini tidak mengikut rating atau ranking dan juga bukan mengikut pilihan utama saya.
- Medan selera ni terletak bersebelahan Pasar Filipino
- Terdapat banyak pilihan gerai di sini
- Pilihan menu utama adalah seafood. Harga seafood agak murah berbanding di KL. Boleh la kalau nak rasa makan lobster di sini sebab lebih murah harganya berbanding di KL.
- Kebanyakannya semua ikan dan seafood adalah segar. Pilih ikan / seafood dan kemudian minta dibakar. Jika minta di masak menu lain, takut tak kena selera kita yang biasa rasa di 'Semenanjung". Maklumlah, kita biasa makan di restoran 'tomyam' yang rasanya ala-ala siam tetapi di sini tukang masak ala-ala Filipino.
- Pilihan makanan al-carte seperti nasi-nasi goreng, mee, bakso dan seumpamanya juga ada.
Kali pertama datang ke sini, memang pilihan saya adalah makan di Medan Selera Pasar Filipino ini. Tetapi untuk trip-trip berikutnya saya lebih suka makan di tempat lain.
2. Anjung Senja
Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah |
Suasana di Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah |
- Terletak berhampiran Medan Selera Pasar Filipino - lebih kurang 1km. Kalau berjalan kaki, letih juga la nak sampai. Atau lokasi tepat adalah berhampiran dengan Hard Rock Kota Kinabalu.
- Tempat makan dan suasana lebih tenang, dan bersih berbanding Medan Selera Pasar Filipino.
- Pelbagai pilihan gerai dan makanan juga terdapat di sini.
- Dan pastinya ikan / seafood segar adalah menu utama di sini.
- Jika datang sebelah petang terutama ketika menjelang maghrib, boleh makan sambil menikmati keindahan sunset. View memang boleh dikatakan agak cantik di sini, sesuai dengan namanya "Anjung Senja"
Cuma masalah di sini, nak cari parking disepanjang jalan agak susah sedikit, ikut nasib kalau dapat. Jika nak senang, park sahaja di seberang jalan di kawasan bangunan SEDCO (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah).
3. Anjung Perdana Tanjung Aru
Anjung Perdana Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah |
Anjung Perdana Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah |
- Terletak di Tanjung Aru, berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
- Banyak pilihan gerai di sini dan harga cukup berpatutan.
- Suasana pantai cukup indah terutama ketika sunset.
- Ramai pengunjung datang ke sini untuk makan-makan sambil menikmati keindahan sunset.
- Kemudahan surau di sediakan cukup selesa.
Perkongsian saya sebelum ini >> Sunset di Tanjung Aru <<
4. Anjung Selera Likas
Suasana di Anjung Selera Likas |
Suasana di Anjung Selera Likas |
- Terletak di Jalan Tun Fuad Stephen menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Atau cari sahaja jalan menuju ke Likas jika anda dari Kota Kinabalu.
- Jika dari Kota Kinabalu, akan melepasi masjid Bandaraya Kota Kinabalu terlebih dahulu sebelum tiba di lokasi ini.
- Suasana di sini juga lebih tenang dan kawasannya juga yang agak luas.
- Boleh pilih mana satu gerai yang berkenan. Jika ingin ke gerai yang ramai 'suggest' untuk singgah, sedia la menunggu sedikit lama.
- Selain makan seafood, masakan ala-carte pelbagai jenis menu juga ada.
- Saya suka makan di sini kerana mengadap laut selain konsep lebih terbuka "open air".
- Kalau datang waktu siang, mungkin tak nampak kemeriahan di sini. Tetapi menjelang jam 5 petang, orang akan mulai ramai.
5. Adzie Cafe & Bakery
Ikan Bangus & Garlic Rice - Adzie Cafe & Bakery |
Antara menu di Adzie Cafe & Bakery |
- Restoran ni terletak di kawasan Alamesra, berhadapan dengan 1Borneo Hypermall
- Jika mencari lokasi restoran ini mengunakan WAZE atau Google Map, boleh cari jalan Lor Plaza Permai 1
- Di kawasan ini sebenarnya banyak juga restoran-restoran lain.
- Dua kali saya ke sini, semata-mata untuk makan salah satu menu special restoran ini iaitu Ikan Bangus + Garlic Rice. Nasi dia memang sedap dan ditambah pula rasa ikan bangus yang bagi saya tak jumpa di tempat lain.
6. Stesen Ikan Bakar ( Restoran Sempelang Sdn Bhd )
Stesen Ikan Bakar Kota Kinabalu |
Stesen Ikan Bakar Kota Kinabalu |
- Terletak di Jalan Sinsuran 3 di Kota Kinabalu
- Berada berdekatan dengan tapank pasar malam dan tidak jauh dari Pasar Filipino.
- Menjadi pilihan pengunjung kerana tidak perlu berjalan jauh terutama kepada mereka yang menginap di sekitar kawasan ini.
- Seperti biasa, menu utama adalah seefood... sama seperti kebanyakkan restoran di Kota Kinabalu.
- Masakan ala-carte juga disediakan.
- Restoran ini di buka mulai awal pagi dengan turut menyajikan menu untuk sarapan pagi.
7. Lokan Bakar dan Puding Kelapa Sepanggar
Lokan Bakar |
Lokan Bakar Sepanggar |
- Terletak di Jalan Sulaman di kawasan Sepanggar
- Jika gunakan Google Drive / Waze, cari sahaja 'gerai kelapa bakar' atau 'lokan bakar Jalan Sulaman' .
- Jarak dari Kota Kinabalu lebih kurang 20km. Lokasi terletak berdekatan kawasan Telipuk
- Banyak deretan gerai di sepanjang Jalan Sulaman ini.
- Setiap gerai menjual dengan harga sedikit berbeza
- Menu utama pastinya lokan bakar, jelly kelapa, kelapa bakar. Jaagung bakar juga ada di sini.
- Harga setiap lokan di dalam lingkungan RM 8 - RM12 selonggok.
- Makan seefood ni kena berpada-pada, walau lokan bakar ni memang sedap dan menyelerakan, tetapi makanlah ikut kemampuan perut. Takut makan terlalu banyak nanti, perut meragam susah pula nak berjalan di Kota Kinabalu.
8. Medan Selera Jesselton Point
- Terletak di Jessellton Point (jeti ke Pulau Manukan, Sapi dan destinasi lain ).
- Terdapat beberapa restoran di sini tetapi tidak sebanyak di Pasar Filipino, Anjung Senja atau pun Tanjung Aru
- Suasana lebih tenang cuma harga sedikit mahal (sedikit sahaja)
- Terdapat sebuah restoran makanan minang - Restoran Nasi Padang Ibu ( Asli Indonesia ). Tapi harga di restoran ini boleh tahan juga.
- Jika makan di sini, tidak dapatlah makan mengadap laut.
Kalau ada info tambahan atau tempat-tempat makan lain yang sedap, boleh la tinggalkan di bahagaian komen.
Kalau ada info tambahan atau tempat-tempat makan lain yang sedap, boleh la tinggalkan di bahagaian komen.
Semoga bermanfaat
~mat-drat~
Untuk entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah:
Untuk entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah:
Trip 4H3M : Kota Kinabalu ke Kundasang
>> Poring Hot Springs Ranau
>> Snorkeling Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik
Lain-Lain
>> Makan Best di Kota Kinabalu
>> Senarai Kereta Sewa di Kota Kinabalu
>> Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah belum update
>> Snorkeling Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik
Trip : Kota Kinabalu ke Kudat
Trip : Kota Kinabalu ke Kuala Penyu
Lain-Lain
>> Makan Best di Kota Kinabalu
>> Senarai Kereta Sewa di Kota Kinabalu
>> Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah belum update
>> Intinerari Kota Kinabalu 4H3M / 3H2M belum update
Todak Waterfront ( Dinner seafood at Wak Ali or Sinar Delima)
ReplyDeleteThanks....saya pun pernah juga makan di todak Waterfront... lepas makan boleh lepak diwaterfront...
Delete😊😁👍
Penilisan yg sangat mmbantu!
ReplyDeletethanks singgah blog saya
DeleteTq admin atas perkongsian , minta saya orang semenanjung minta admin review kak kiah coffee house , adakah Ianya antara tempat makan yang bagus dikunjungi?
ReplyDeleteKalau ada reader yg pernah sampai di Kak Kiah Coffee House, boleh la share pengalaman kat sini. TQ
Deletedah penah try dah kat pasar filipin..
ReplyDeletehttp://sedapnya-makan.blogspot.com
antara tempat yg biasa diceritakan oleh blogger2... saya dulu mkn kat sini pun sbb baca blog 😀😀😀
Deleterestoren seafood kat kk kat mana paling murah...murah sikit dari kl atau murah banyak?
ReplyDeletemana yg paling murah tu susah sikit nak cakap rasanya. Pengalaman mkn di Todak Waterfront, Anjung Selera Likas, Anjung Senja.... harga seperti lebih kurang sama.
DeleteRasanya kat sini memang lebih murah brbanding KL sbb disini seafoodnya fresh
Terima kasih atas info2 ini tuan
ReplyDeleteTQ tuan utk feedback
DeleteHi, boleh saya tahu antara senarai tempat2 makan diatas, mana satu yang betul2 sedap makanannya? (Seafood/ala carte)
ReplyDeleteSedap tu agak subjektik, lain org lain tahap sedap dia. Tapi saya suka 3 tempat ni.
ReplyDelete1. Anjung Selera Likas (seafood)
2. Anjung Perdana Tanjung Aru (ala carte n suasana)
3. Adzie Cafe. (ala carte menu ikan bunus)
maaf tanya tapi senarai di atas ni semua halal dan toyyib tak? tengah survey juga ni. :)
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian yang sangat membantu.
ReplyDeleteNak g KK next month. Tengah survey tempat2 makan best kat KK. Suka chinese food. Nanti sy share trip KK okayyy
ReplyDelete