Wednesday, 7 December 2016

Jalan Jalan Ke Kuala Penyu Sabah - Ziarah

Kuala Penyu Sabah
Credit : Instagram # Kualapenyu
xxxxxx


Trip kali ketiga saya ke Sabah dalam tempoh setahun, tapi kali ini saya ke Kuala Penyu pula. 1st time sebenarnya dengar nama Kuala Penyu ni, ingatkan tempat dengan nama 'penyu' ni ada kat Terengganu je.

Trip kali ini adalah trip urusan keluarga.

Trip ini adalah betul-betul last minit punya trip. Tiket penerbangan dibeli sehari sebelum ke sini. Dan saya boleh kata trip ni agak sedikit mencabar.... mencabar kerana semua dibuat last minit.

Sebenarnya pada petang sebelum ke sini, kami mendapat berita yang agak kurang baik di mana status kesihatan anak sulong kepada adik saya yang baru berusia beberapa hari berada di dalam keadaan yang agak kritikal. Dah la adik saya tu adik bongsu, berada jauh pula di perantauan di Labuan, terasa kasihan pula kepada dia dan isterinya.
Perbualan dan pesanan kami adik beradik yang lain kepada mereka berdua di group whatsapp rasanya tidak cukup untuk menenangkan dan memberikan semangat serta kekuatan kepada mereka. Rasa nak je terbang ke sana.

Perkongsian untuk trip saya ke Labuan awal tahun hari itu.


Apabila pulang sahaja dari kerja pada petang itu, terus saya maklumkan kepada isteri yang saya rasa macam ingin je ke Labuan esok untuk melawat adik saya ini. Isteri kata elok sangat la tu.  Terus saya intai tiket ke Labuan. Masalah beli tiket last minute ni, tak kira MAS atau Air Asia, harga tiket memang agak mahal. Esok nak fly, malam baru beli memang tak ada harga special la... nak tak nak kena beli ikut harga biasa.


Redeem Point Enrich Miles untuk tiket MAS


Tiket MAS atau Air Asia memang agak mahal kalau beli last minit sama juga seperti mana-mana airlines lain. Duit tak berapa nak ada sebenarnya tapi hati nak juga pergi. Nak jadi cerita ternampak iklan MAS sedang buat promosi redeem Enrich Miles untuk tiket penerbangan. Dan kebetulan saya ada beberapa ribu point yang akan expire beberapa bulan lagi, jadi saya ambil kesempatan redeem point untuk 2 tiket pergi balik KL - Labuan.

Point dan RM yang saya bayar:
Pergi balik Kuala Lumpur ke Labuan = 34,000 point (17,000 X 2 orang)
Tax dan Surcharge = RM 274.52 ( RM 137.26 X 2 orang )


Habis 34,000 point untuk redeem tiket dan saya cuma perlu bayar tunai untuk tax n surcharge sahaja. Okey la, lepas la saya ke Labuan untuk berdua dengan bayar tak sampai RM 300.


Tukar tiket Penerbangan MAS


Selepas confirm tiket ke Labuan ada di tangan,  terus saya maklumkan kepada adik saya melalui whatsapp  yang kami akan ke sana pagi-pagi esok.

Reaksi beberapa adik beradik saya yang lain agak terkejut kerana saya beli tiket ke Labuan. Soalan yang buat saya terkejut. . . "kenapa ke Labuan tak ke Kota Kinabalu" .  

Asudah . . . . 

Rupa-rupanya anak kecil adik saya itu telah berada di Hospital Likas Kota Kinabalu. Adoi.... tiket dah beli. Saya terlepas pandang messsage awal-awal pagi yang mengatakan anak adik saya telah dipindahkan ke Hospital Likas. 

Nak beli tiket baru ke Kota Kinabalu memang takut tengok harga tiket. Nak redeem point, point Enrich pun tak cukup ... point yang tinggal pun dah tak banyak. Alternatifnya saya perlu tukar tiket dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Terus call customer service MAS dan dimaklumkan :
- tiket ke Kota Kinabalu masih banyak
- saya tidak perlu top-up untuk tiket ke Kota Kinabalu kerana tiket ke Kota Kinabalu lebih murah
- saya hanya perlu bayar caj tukar tiket 

Caj tukar tiket yang dikenakan = RM 162 ( RM 81 X 2 orang )






Parking murah di KLIA

Kali ni saya park kereta di KLIA sahaja. Parking fee di KLIA adalah RM 46 sehari dan bayaran ikut jam jika tidak sampai satu hari. 

Tapi saya rasa lebih berbaloi saya park disini walaupun sedikit mahal dari parking di Putrajaya Sentral Park n Ride. Seperti saya kongsikan sebelum ini, untuk trip singkat 1-2 hari, biasanya memang saya park di KLAI /KLIA2 sahaja.

Saya congak-congak kira, jika saya park di Putrajaya Sentral saya perlu bayar 
- parking RM 6.
- tiket tren RM 37.60 ( RM 9.60 X 2 X Pergi balik )
Oleh kerana penjimatan beberapa belas ringgit sahaja, dan juga faktor keselesaan serta faktor masa, saya terus park di KLIA sahaja.


Jika ingin travel lama, boleh la consider park kereta di Putrajaya Sentral Park n Ride, lebih menjimatkan dan berbaloi. Boleh baca di perkongsian saya di link bawah ni.

👉👉 Parking Murah ke KLIA Di Putrajaya Sentral ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu


- Saya ambil penerbangan awal ke Kota Kinabalu iaitu penerbangan jam 8.25 pagi. 
- Penerbangan mengambil masa 2 jam 40 minit.
- Tiba di Kota Kinabalu pada jam 11.05 pagi.
- Penerbangan balik saya ambil penerbangan paling awal pagi esoknya iaitu penerbangan jam 7.20 pagi.


Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu


Kereta Sewa di Kota Kinabalu - Viva Baru
Kereta Sewa di Kota Kinabalu - Viva Baru


- Ini satu masalah sebenarnya.... mencari kereta sewa murah beberapa jam sebelum tiba di Kota Kinabalu.
- Saya hanya mencari compact car yang selesa kerana kami hanya berdua. Saya juga cerewet sikit pilih kereta kali ni kerana saya perlu memandu jauh ke Kuala Penyu.
- Beberapa kenalan dan contact no telefon tuan punya kereta sewa di Kota Kinabalu saya hubungi.... tetapi tak ada yang available.

- Dalam perjalanan ke KLIA, saya dapat msg kereta Axia ada..... 
- Pemilik kereta minta saya bayar semasa bayar di Airport Kota Kinabalu semasa saya mengambil kereta, tetapi saya bayar secara online semasa di KLIA lagi. Untuk lebih securekan kereta saya. Risau juga terlepas ke orang lain kereta tu nanti.

- Axia yang saya sewa cuma RM 110 satu hari, saya sewa dari Hezly Car Rent  013-865 8484 . 
-  Sampai di Kota Kinabalu, kereta sewa telah sedia menanti.

- Antara nombor telefon pemilik kereta sewa lain di Kota Kinabalu yang ada di handphone saya:

016-840 7102 - Daeng Car Rental KK
019-899 2258 - Dayang Car Rental KK
013-8848 281 - Norlan Car Rental KK 019-871 5141 - Man Car Rental KK
013-890 0244 - Ust Sabri Car Rental KK
019-850 9826 - Azam Car Rental KK
014-658 5686 - Car Rental KK
012-819 5458 - Car Rental KK 2
013-551 7070 - Car Rental KK 4
013-450 6625 - Car Rental KK 5

- Boleh la hubungi nombor-nombor di atas jika mencari kereta sewa di Kota Kinabalu.






Ikan Bilis Kota Kinabalu


- Dari Airport kami tidak terus ke Kuala Penyu tetapi singgah sebentar di Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu (sebelah Pasar Filipino) untuk berjumpa dengan penjual ikan bilis dan  udang kering yang saya dah biasa berurusan. 
- Memandangkan kami menaiki MAS dan memiliki 60 kg luggage allowance, tambahan pula hand luggage pun tak ada,  jadi saya telah hantar whatsapp ke beberapa group whatsapp untuk ambil order bilis dan udang kering semasa dalam perjalanan ke KLIA tadi. Dapatlah menampung sedikit kos tiket.
- Nak order secara 'call' atau 'whatsapp' dgn brother ni rasanya kurang sesuai, jadi saya jumpa dengan brother yang saya biasa berurusan. Saya lebih suka tengok dahulu keadaan ikan bilis sebelum setuju harga belian. Lagi pun saya kena face to face sebab saya kena minta dia tunggu sehingga tengah malam sebab saya jangka saya akan tiba semula di Kota Kinabalu dari Kuala Penyu dalam 11 malam ke atas.
- Saya berikan angggaran kuantiti yang saya inginkan dan setujui harga urusniaga. Senang untuk kedua-dua pihak.

- Perkongsian saya sebelum ini mengenai beli ikan bilis dan udang kering di Kota Kinabalu

👉👉 Ikan Bilis Kota Kinabalu ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

Dari pasar ini kami terus memandu ke Kuala Penyu


Kota Kinabalu ke Kuala Penyu

Untuk perjalanan dari Kota Kinabalu, bersambung di entry berikutnya  :




Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.