Monday, 3 August 2020

PERCUTIAN PULAU PANGKOR - Tip dan Panduan


Bagi yang nak bercuti ke Pulau Pangkor, Mat Drat kongsikan sedikit info dan maklumat.  Harap-harap, ia dapat membantu.

Perkongsian ni agak ringkas ye.

Nota (28.10.2022)
Mat Drat akan update trip 3H2 Pulau  Pangkor di blog ni. Jangan lupa view la juga video di Youtube Pulau Pangkor Mat Drat.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : art_matdrat

.............................................................................

PULAU PANGKOR

  • UPDATE 2022
  • Terletak di Negeri Perak
  • Antara pulau yang sering dijadikan destinasi pelancongan.
  • Pulau ni terletak di Selat Melaka, jadi jangan bandingkan airnya dengan air dan pantai di Terengganu, Pahang atau di Sabah.
  • Sekarang ni makin ramai yang ke Pulau Pangkor semenjak di sini juga ada kedai bebas cukai (Duty Free). Takde susah-susah nak ke Langkawi cari coklat-coklat...πŸ˜€
Jemput juga baca perkongsian Mat Drat sewaktu ke 
  1. Pulau Perhentian
  2. Pulau Redang
  3. Pulau Tioman 
  4. dan Terbaru Pulau Kapas


Percutian Ke Pulau Redang Perhentian Kapas Tioman
 πŸ‘‡πŸ‘‡
Percutian ke 
Percutian Ke Pulau Redang Perhentian Kapas Tioman
 πŸ‘‡πŸ‘‡
Percutian ke 
PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN
 πŸ‘‡πŸ‘‡
Percutian ke 









Percutian ke 
Pulau Kapas

.............................................................................

1. Perjalanan ke Lumut (Dari Kuala Lumpur)

Dari Kuala Lumpur, lebih kurang 3 jam dengan kereta dalam keadaan traffic biasa.
Guna Waze atau Google Map (Google Drive), dan pilih laluan terbaik.

Secara kasarnya
  1. Ikut Plus Highway dan keluar EXIT Sungkai dan terus menuju ke Teluk Intan dan Lumut. Masa lebih kurang 3 jam dengan kelajuan kebangsaan.
  2. Pilihan kedua, ikut LATAR dan keluar di Kuala Selangor. Terus ke Sekinchan - Sg Besar - Manjong dan Lumut. (Kalau dari PLUS Highway, keluar exit Rawang Selatan dan sambung terus ke Latar).
...............................................................

Jemput singgah Youtube Chanel Mat Drat 😊


Singgah lah ke chanel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ support😊😊

.




Video Trip Pulau Pangkor

2. Feri Ke Pulau Pangkor

Untuk ke Pulau Pangkor, setahu Mat Drat ada 2 pilihan nak naiki feri. Iaitu ;
  • 1. Jeti Lumut / 45 minit ke Pulau Pangkor
  • 2. Jeti Marina / 10 minit ke Pulau Pangkor
Sejak jeti Marina dibuka, orang ramai lebih suka ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni. Mungkin perjalanan feri yang agak singkat.

Tambang RM 20/ dua hala untuk dewasa.

Baca perkongsian Mat Drat sebelum ni, agak panjang Mat Drat kongsikan mengenai Feri ke Pangkor ni. 

Link bawah 
πŸ‘‡πŸ‘‡
 


NOTA : (UPDATE 2023)

KLIK VIDEO YOUTUBE 

πŸ‘‡πŸ‘‡
.
...............................................................

3. Penginapan di Pulau Pangkor

2 kawasan pilihan ramai menginap jika ke Pulau Pangkor ;
  1. Teluk Nipah
  2. Pasir Bogak

Trip terbaru 2022 baru-baru ni, Mat Drat menginap 
- 1 malam di Teluk Nipah (Nipah Bay Resort) dan 
- 1 malam di Pasir Bogak (Coral Bay Resort n Apartment).

Trip-trip sebelum ni pula, Mat Drat pernah juga bermalam di area Teluk Batik dan di pernah bermalam di Pangkor Marina Island sebelum ke Pulau Pangkor.

1. Hotel / Resort / Chalet di Teluk Nipah


Ini antara sebab Mat Drat suka menginap Teluk Nipah ;
  1. Banyak pilihan resort dan chalet.
  2. Area Teluk Nipah ni agak happening sikit, meriah. Macam kat Pantai Cenang kalau di Langkawi.
  3. Nak makan senang, banyak kedai makan dan restoran. Gerai-gerai pun banyak.
  4. Senang nak cari pakej aktiviti laut di sini seperti jetski, snorkeling, island hoping. 
  5. Kalau nak berkayak, boleh ke depan sikit dari Teluk Nipah. Mat Drat jumpa ada operator kayak di Coral Beach.
  6. Suasana malam di sini seronok. Meriah. Selain ada banyak gerai-gerai, ada fire-show di pantai.
  7. Nak layan busker pun ada. Tapi tak pasti tiap-tiap mala atau malam minggu sahaja.
Ini kawasan paling top dan happening, jadi resort dan chalet cepat penuh.

Antara resort/chalet yang ada di sini, Mat Drat senaraikan 3 shj. Ketiga-tiga ni, ada link agoda dan booking.com. Mat Drat memang biasa guna salah satu website ni kalau nak booking hotel/resort.

Area Teluk Nipah ni kalau lambat booking, memang cepat penuh ya... ingat tu.




Rangkaian hotel OYO juga di Pangkor. Boleh klik link di bawah dan intai-intai OYO Hotel di area Teluk Nipah. Patikan hotel tu di Pulau Pangkor ya.

Bagi yang tak biasa tempah hotel melalui OYO Hotel, tempahan melalui platform OYO Hotel ini juga semakin digemari sekarang. Mungkin ada hotel/chalet yang tiada dalam agoda atau booking.com, ada di OYO.

 SENARAI  OYO HOTEL PANGKOR πŸ‘‰  KLIK SINI  



2. Hotel / Resort / Chalet di area Pasir Bogak

Selain Area Teluk Nipah.  Pasir Bogak antara lokasi pilihan lain.
Mat Drat suka area sini sebab
  1. Pantai dia macam lebih best. (Bagi Mat Drat)
  2. Kedai duty free bawah Coral Bay Resort tu agak murah.
  3. Ada busker depan simpang berhadapan resort ni. (rasanya malam minggu sahaja) Mat Drat macam lebih 'layan' busker di arae sini.
Bagi yang nak bermalam di area Pasir Bogak, boleh consider antara resort-resort di bawah.

Di area sini, Mat Drat pernah menginap di Pangkor Coral Bay Resort. Pernah menginap di hotel dan juga apartment.

Ada yang suka Pasir Bogak ni sebab kawasan ni lebih tenang berbanding Teluk Nipah.




3. Apartment/ Homestay Pulau Pangkor

Jika cari Homestay di Pulau Pangkor, Mat Drat cadangkan cuba lah intai-intai unit di Apartment Lot 10 atau di Coral Bay, Jalan Pasir Bogak. 
Ada beberapa owner apartment ni yang sewakan (jadikan homestay).

Ada juga homestay di area lain, terutama di pekan. Cuma kalau jauh dari pantai, kena sewa kereta atau ambil van pink untuk bergerak.

Trip terbaru Mat Drat menginap di Coral Bay Hotel and Apartment. Ambil unit homestay. Coral Bay ni ada hotel dan ada apartment. Tapi berkongsi enterance dan swimming pool ya.

Klik link di bawah, Mat Drat senaraikan 2 unit. Baca review dulu ye !

Antaranya.
πŸ‘‰πŸ‘‰ Coral Bay Homestay
πŸ‘‰πŸ‘‰ Apartment Lot 10

.............................................................................

4. Pengangkutan / Transport di Pulau Pangkor


3 pilihan utama transport di sini, iaitu
  1. van pink
  2. sewa kereta
  3. sewa motor

1. Van Pink (Taxi Pangkor)

- Van pink ni memang cukup sinonim dengan Pulau Pangkor.
- Sampai sini, ada banyak van pink menunggu di jeti. Inilah 'taxi' di Pulau Pangkor.
- Tak perlu booking, sampai sahaja di jetty Pangkor, ada banyak van menunggu.

Kadar tambang taxi (van pink) 
- Rate boleh kata semua sama je.
- Tambang mengikut destinasi dan dikira per taxi (6 orang). 
- Lebih 6 orang, ada bayaran extra.
- Satu taxi boleh muat 8 orang
- Tak perlu booking, sampai sahaja di jetty Pangkor, ada banyak van menunggu.


*Harga baru 2022 ( dari jetty) yang Mat Drat naik baru ni*
ke Pasir Bogak : RM 16
ke Teluk Nipah : RM 30

Sewa taxi (van pink) ikut jam
- Van pink ni pun boleh disewa ikut jam
- Biasa pakej untuk 3 jam pusing-pusing pulau.
- Rate dalam RM 100 (2022)
- Ingat, cuti sekolah/public holiday, mungkin mahal sikit. Dan tanya dulu sebelum ambil.
- Mat Drat ambil pakej 3 jam (RM 100) dan di bawa Pusing Pulau, Ke Kilang Ikan Bilis, Masjid Al-Badr Seribu Selawat (Masjid Terapung), Masjid Seribu Doa (Masjid Cina) dan Kota Belanda.

Apa pun, tanya dulu sebelum naik ye. Mana tahu, harga tambang dah berubah.

Pesanan :
Kalau hari check-out, cuba dapatkan van awal untuk ke Jetty. Biasa dalam 11.00am-1.00pm tu, Van akan agak limited. Mungkin terpaksa menunggu sedikit.

Waktu ni, biasanya mereka yang check-out dari hotel akan ambil van untuk pakej pusing-pusing Pulau terus sebelum ke Jetty. Macam Mat Drat hari tu. nak dapat van pun agak susah. Hampir 30 mi. nit jugak baru dapat panggil van datang. (Ni waktu weekend, long public holiday ye)


2. Sewa Kereta

Kalau datang dengan keluarga ramai, mungkin berbaloi sewa kereta. (Mungkin ya).
Jangan dah sewa, duduk kat resort/chalet je. Pusing la satu pulau. Tapi pusing pulau, dalam 2-3 jam rasanya dah habis pusing.
 
Rate sewa kereta tak mahal, tapi cuti sekolah atau public holiday memang tak dapat murah. Harga back to normal.
Jangan isi petrol penuh-penuh sebab pulau ni kecil. Penuh-penuh nanti membazir je. TAPI, kalau syarat sewa kereta ni full tank (ambil dan pulangkan) kena full tank, kena follow la.

Berhati-hati memandu, sini jalan kecil dan ada kawasan berselekoh dan berbukit.

Mat Drat 3H2M, tak sewa kereta pun... Bukan nak pergi mana mana pun. Stay kat Teluk Nipah n Pasir Bogak senang nak makan n shopping coklat etc
.
Mat Drat hanya ambil pakej ronda2 pulau 2 jam (RM 100) dgn van pink rasa macam lagi berbaloi. 

Petang pula sewa motor ronda-ronda pulau.

Pesanan :
Kalau menginap di Teluk Nipah, check juga dengan pihak chalet sama ada mereka ada tempat parking kereta atau tak ye. Kalau area Teluk Nipah ni macam parking area agak limited.


3. Sewa Motor

Kalau datang ke sini berdua sahaja, dan salah seorang pandai bawa motor, ini adalah pilihan yang menjimatkan.

Petrol boleh isi di pekan atau pun beli dalam botol. Di Teluk Nipah ada dijual, dalam RM 3 untuk sebotol 1.5 liter. 

Dapat motor tu, test dulu brake dan lain-lain. 

Hati-hati menunggang motor sebab ada kawasan agak berbukit dan berselekoh. Jangan lupa pakai helmet ye. Safety first

Kadar sewa motor 
- Harga :RM40 - RM 50 sehari
- Ada yang boleh sewa ikut jam

* Mat Drat dpt sewa RM30 sehari dari chalet Mat Drat stay. Murah tu...siap helmet 2 biji.

Check Video Youtube Mat Drat di Pangkor - Ronda dengan Motor.


.............................................................................

5. Makan Sedap di Pulau Pangkor

Kat Pulau Pangkor ni, jangan jadikan misi JJCM aktiviti utama. Mat Drat rasa yang paling utama bab makan adalah cari yang dekat dan selesa. 

Pergerakan kita agak terbatas terutama waktu malam, jadi makan sahaja di restoran atau kedai makan yang berdekatan. Kena pulak weekend, lambat sikit sampai di restoran pasti penuh dan akan menunggu lama untuk hidangan siap.

Kalau budget ada, ambil je pakej makanan di hotel/resort, tak pening-pening cari tempat nak makan. Ada chalet yang sediakan pakej sekali makan dengan harga cukup murah. Try la cek dengan owner kalau menginap di chalet.

Harga makanan, tak la mahal. Kira harga pulau 😊

Area Teluk Nipah ada banyak restoran dan kedai makan. Di Pasir Bogak pun tak ada masalah nak makan.

Kalau di Teluk Nipah tu, sebelah petang hingga malam, ada banyak gerai-gerai tepi jalan. Ada beberapa gerai yanga gak 'viral' suatu ketika dulu. Kalau ramai orang beratur, ye la tu

Kalau Mat Drat dah upload di Youtube : Mat Drat share link di sini nanti.

.............................................................................

6. Pakej Snorkeling di Pulau Pangkor

Kalau jarang snorkeling, boleh la ambil peluang bersnorkeling di sini. Boleh ambil pakej snorkeling sahaja, atau sekali dengan Island Hopping.

Bagi yang pernah atau biasa bersnorkeling di Pulau Perhentian, Redang atau Tioman, jangan bandingkan keadaan air, ikan dan coral di sini ye.

Nak cari pakej snorkeling,
- di jeti boleh jumpa operator
- di Teluk Nipah ada banyak operator
- biasa di area hotel/esort juga ada.

Lokasi snorkeling di Pulau Giam. Tak jauh dari Teluk Nipah.
Waktu tak tetap, kita pilih waktu nak pergi. Dan call boatman bila nak balik.
Biasa orang akan snorkeling waktu pagi. Petang pun ok.

Waktu trip baru ni, Mat Drat tak snorkeling sebab ombak kuat. Ambil pakej pun tak nboleh snorkeling, duduk je kat Pulau Giam tu nak buat apa kan...

Harga Pakej Snorkeling 
  • Asalnya semua sama, tapi kita boleh la try tawar menawar terutama kalau kita agak ramai.
  • RM15-RM20 seorang.
  • Lokasi snorkeling di Pulau Giam. Tak jauh dari Teluk Nipah
  • Pakej Island hoping, boleh dapat RM 100 untuk satu boat (8 orang).

Harga Pakej Snorkeling + Island Hoping
  1. Harga berbeza-beza, ikut berapa point kita nak pergi. 
  2. Lagi banyak point, lagi mahal.
Apa pun, try tanya dan survey. Lagi ramai, lagi murah. Kalau 1 boat tu kita punya family je, lagi senang dan lagi seronok.

2 point snorkeling
Coral Island (port snorkeling tengok coral dan ikan)
Giam Island (sesuai utk bawak anak2 mandi)


Kalau island hopping
mungkin boleh pilih pergi melawat antara tempat-tempat ni
Turtle Bay
Monkey Bay
Mentagor Island
Whale Rock
Turtle Rock
Crocodile Rock
.............................................................................


Nanti Mat Drat sambung..... mengantuk pulak mata ni...


bagi tajuk dahulu, gambar pun nanti ye

7. Shopping Duty Free di Pulau Pangkor

8. Ikan Bilis Murah di Pulau Pangkor

9. Tempat Menarik di Pulau Pangkor
Teluk Nipah
Pasir Bogak
Masjid Al Badr 1000 Selawat (Masjid Terapung)
Masjid al-Khairiyah
Batu Bersurat (Tiger Rock).
Kota Belanda (Dutch Fort).
Duty Free shop.
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu (Teluk Ketapang)

Harap bermanfaat.


PROMOTION KLOOK

Klook.com

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

9 comments:

  1. Perkongsian yang amat menarik dan baik.. Terima kasih share tips ini..

    ReplyDelete
  2. Waktu bila paling sesuai ke pulau pangkor?

    ReplyDelete
  3. Waktu bila paling sesuai ke pulau pangkor?

    ReplyDelete
  4. Ade sewa basikal x dipulau pangkor

    ReplyDelete
  5. Ade sewa basikal x dipulau pangkor

    ReplyDelete
  6. Ade sewa basikal x dipulau pangkor

    ReplyDelete
  7. sya dah lma tk p bercuti .tpi sya tk taw nk bt mcm mna ..nk tmph hotel feri ad..yg blh tlong

    ReplyDelete
  8. Kalau nak naik jeti Lumut, biasa parking keta kat mana ? Berapq rate parking ?

    ReplyDelete
  9. "Enjoy a 15% discount for historical tours in Yogyakarta, valid for bookings before the end of the month!" for more complete information visit our website https://sites.google.com/view/nekoinfo/home

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.