PERCUTIAN KE KUCHING
Intro
Kali ni kamek (saya) share berkaitan Percutian ke Kuching pula sebagai panduan kepada mereka yang ingin ke Kuching, tak kira lah untuk percutian atau atas urusan kerja.
Mat Drat dan Kuching ni agak 'rapat' sebenarnya sebab boleh kata agak kerap juga Mat Drat ke sini. Jun 2019 baru ni, seminggu Mat Drat berada di sana. Tahun 2018 pula, 2 kali ke Kuching. Dan begitulah untuk tahun-tahun sebelumnya.
Mat Drat ke sini atas urusan kerja dan biasanya seminggu, dan Mat Drat akan lajak 1-2 hari untuk jalan-jalan sekitar Kuching dan kawasan berkaitan.
Aktiviti malam-malam di Kuching... bersiar di Waterfront |
Cuma ada satu tahun tu, Mat Drat di sini agak lama iaitu hampir 3 bulan. Tapi waktu tu memang rezeki tiket KUL-KCH bawah RM100 sehala sahaja (MAS, AirAsia atau pun Malindo). Boleh kata hampir tiap-tiap minggu Mat Drat balik KL.
Memang ramai sebenarnya orang Semenanjung yang berulang tiap minggu antara Kuching - KL. Biasa tiket penerbangan petang/malam hari Jumaat, akan cepat habis sebab mereka yang berulang akan beli awal.
Okey ... tu intro sikit.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
Instagram : art_matdrat |
.............................................................................
Bagi yang nak ke Miri, Sarawak, jemput singgah di entry Mat Drat sewaktu ke Miri dahulu.
Bagi yang nak ke Miri, Sarawak, jemput singgah di entry Mat Drat sewaktu ke Miri dahulu.
.............................................................................
Penerbangan Ke Kuching
- Boleh pilih Malaysia Airline, Malindo atau Air Asia
- Air Asia paling banyak flight KUL - KCH. Harga ketiga-tiga ni lebih kurang je, yang membezakan waktu kita beli.
- Jika beli awal atau ada promosi, boleh dapat murah.
- Penerbangan ambil masa dalam 1 jam 50 minit -+
- Mat Drat biasa terbang dengan MAS, cuma kalau waktu yang nak tu tak ada, baru Mat Drat pilih Air Asia. Naik MAS, boleh collect Miles Point.
- Berlepas dari KLIA atau KLIA2
- KLIA : MAS dan Malindo
- KLIA2 : Air Asia
- Malaysia Airlines sekarang tiket ekonomi dah ada 3 option ye, macam Malindo juga.
- Rancang sebelum beli.
- 3 kategori tiket ekonomi :
- Economi Lite (cabin bagagge 7kg, tak ada check-in bagasi)
- Economi Basic (cabin bagasi 7kg, check in bagasi 20kg)
- Economi Flexi (cabin bagasi 7kg, check -in bagasi 25kg)
- Semua class economi ada makan dalam flight ye.
Malindo
- Super Saver (cabin bagagge 7kg, tak ada check-in bagasi)
- Value (cabin bagasi 7kg, check in bagasi 20kg)
- Flexi (cabin bagasi 7kg, check -in bagasi 25kg)
- Semua class economi, kena ordel meal ye kalau nak makan semasa dalam flight.
Nota :
Untuk parking kereta yang ingin KLIA/KLIA2 (lebih murah), boleh baca juga perkongsian Mat Drat sebelum ni
-Parking di Putrajaya Sentral - Park n Ride
-Parking di Salak Tinggi - Park n Ride
Untuk parking kereta yang ingin KLIA/KLIA2 (lebih murah), boleh baca juga perkongsian Mat Drat sebelum ni
-Parking di Putrajaya Sentral - Park n Ride
-Parking di Salak Tinggi - Park n Ride
.............................................................................
Airport Kuching (Kuching International Airport - KIA )
- KIA (Kuching International Airport) ni merupakan 'international' airport ye.
- Kemudahan boleh kata seperti airport lain, dan cukup selesa.
Selamat Datang ke Kuching, Sarawak. " Borneo To The World" |
1. Slip Pass Lawatan Sosial (IMM 114)
Teksi
- INGAT ni ye. Kena ingat betul-betul !!
- Bagi warga Semenanjung yang ingin masuk ke Sarawak (dan Sabah), mereka akan diberikan satu slip pass lawatan sosial. Jika kita bawa passport dan gunakannya di kaunter imigresen, kita tidak akan diberikan pass ni tetapi passport akan ci chop.
- Pass IMM 114 ni saiznya kecil je, jadi simpan dan jangan hilangkan sebab sewaktu nak balik ke Semenanjung nanti pihak imigresen akan minta semula.
- Slip ini akan diberikan di kaunter imigresen sewaktu ketibaan di Kuching (atau mana-mana lapangan terbang di Sarawak).
- Jika hilang slip tu, perlu buat report di balai polis. Kalau tak, susah nak berlepas balik ke Semenanjung. Kalau bernasib baik, atas budibicara mungkin boleh lepas. Boleh lepas balik ni kes-kes tertentu la.
- Dan slip pass lawatan sementara ni membolehkan kita berada di Sarawak (dan Sabah) sehingga 3 bulan.
- Mat Drat kadang-kadang masuk Kuching pakai passport sebab malas nak simpan slip ketibaaan tu (pass lawatan). Lagi pun boleh la penuhkan passport dengan chop.
- Sewaktu terbang balik, kita perlu scan dahulu beg di kaunter kastam. Laluan scanner berhampiran dengan kaunter check-in/drop beg.
- Tak kira beg yang dibawa tu check-in luggage atau pun hand carry beg.
3. Check-in dan drop beg
4. Surau - Airport ni tak la sibuk macam KLIA / KLIA2.
- Jadi kaunter check-in tidak akan beratur panjang biasanya (kecuali ptg jumaat dan malamnya dan cuti panjang).
- Pengalaman Mat Drat, cukup tiba 1 1/2 - 2 jam awal sebelum perlepasan.
- Tapi ingat ye, di Kuching ni sama juga seperti bandar-bandar lain, sebelah petang akan alami sedikit kesesakan. Jadi rancang perjalanan dan tiba awal lebih bagus.
- Ada 2 di KIA ni, tak ada masalah nak solat.
- Di area departure hall /gate terletak di sebelah kiri selepas kita turun escalator.
- Di lobby pula terletak bersebelahan McD di tingkat bawah.
- Nak makan di sini pun tiada masalah.
- Arrival Hall : Biasanya Mat Drat akan makan di McD sahaja, terutama jika tiba awal di airport.
- Departure / Boarding area : pilihan Mat Drat MarryBrown biasanya.
Tempat biasa kalau sampai awal di airport - sebelum fly balik ke KL |
- Kalau nak balik Semenanjung JANGANlah lupa bawa balik kek lapis ye.
- Kalau terlupa atau tak sempat nak beli masa di Bandaraya Kuching, atau pun nak tambah yang dah beli, boleh ke kedai Kek Lapis Hamidah.
- Kedai Kek Lapis Hamidah ni terletak di departure hall sebelah dengan kedai perfume 'Fragrances & Cosmetic'.
- Berhampiran pintu keluar, terdapat juga kios Kek Lapis Hamidah ni. Tapi pilihan tak banyak, nak banyak boleh ke kedai.
- Harga lebih kurang macam di Kuching.
- Mat Drat tak pernah beli di sini, singgah sini dengan kawan je.
- Biasanya memang dah beli siap-siap di Kuching dan pack elok-elok dalam kotak. Senang nak budget berat luggage.
- Di akhir posting ni, Mat Drat share senarai kek lapis di Kuching Sarawak.
Kek Lapis Hamidah - Di tingkat atas (Departure Hall) |
Banyak juga pilihan. |
Kiosk Kek Lapis Hamidah - berhampiran pintu keluar di Departure Hall |
.............................................................................
Transport di Kuching - Airpoort Transfer
- Airport Transfer : Teksi / Grab Car ke Bandar Kuching
- Tiada masalah nak dapatkan Teksi atau Grab di KIA ni.
- Tidak perlu menunggu lama. Setiap kali Mat Drat ke Kuching, memang teksi banyak standby di luar arrival hall.
- Biasa teksi-teksi ni dah tahu jadual penerbangan, dan penerbangan paling lewat yang tiba pun akan ada teksi menunggu.
- Pengalaman Mat Drat naik flight paling lewat ke Kuching, sampai di sini tiada masalah nak ambil teksi ke Kuching.
- Untuk dapatkan teksi, perlu beli kupon teksi dahulu di kaunter teksi.
- Dalam 7-10 minit, grab car akan sampai di airport selepas booking dibuat.
- Tambang Airport Kuching - Bandar Kuching (Waterfront)
- Teksi = RM 30
- Grab = RM 12- RM 18
- Pengalaman Mat Drat, nak guna Grab Car di Bandaraya Kuching pun tak ada masalah, senang dapat.
.............................................................................
Kereta Sewa di Kuching
- Bagi yang bercuti di Kuching dan menyewa kereta, elok deal untuk ambil dan pulangkan kereta di airport.
- Senang bila sampai, kereta sewa dah ready.
- Sebelum berlepas, just inform sekali lagi untuk remind tuan kereta untuk standby kan kereta.
- Masa perjalanan dari KIA (Kuching International Airport) ke Bandaraya Kuching hanya ambil masa dalam 20-30 minit sahaja. Cuma kalau peak hour, akan ambil masa sedikit
- Antara nombor telefon Kereta Sewa Kuching yang ada dalam simpanan Mat Drat
- 019-7585 978 Iman Kereta Sewa
- 012-624 9441 Trans Rezqey
- 017-844 9993 Car Rental Kuching
- 016-891 1376 Farhanjaya
- 011-317 000 37 Kereta Sewa Kuching
- Mat Drat hanya senaraikan sahaja nombor2 ni untuk pembaca, boleh cuba tanya direct kepada mereka.
- Dah WhatsApp tu, minta lah link ke website/ FB Page mereka, bacalah dulu review dan komen sebelum deal.
Ingatan Sebelum Drive Kereta Sewa
- Mat Drat kalau sewa kereta, memang akan ambil gambar keadaan kereta depan, belakang, kiri dan kanan kereta.
- Ada owner / syarikat yang sangat detail dan mereka akan check any scratch dan seumpamnya apabila kita pulangkan kereta.
- Mana tau scratch tu berlaku sewaktu penyewa sebelum kita, jadi elok kita periksa dahulu kereta tu betul-betul supaya kita tak kena tanggung.
Adab dan Tips Memandu di Kuching - Pesanan Ikhlas
- Tahun 2013 dulu, Mat Drat ke sini lagi selepas lebih 10 tahun tak jejakkan kaki ke sini. Boss Mat Drat di sini bagi sedikit pesanan mengenai memandu di Kuching. 2 -3 kali dia ingatkan....
- JANGAN gunakan hon di sini. Orang sini tak suka di hon. Elakkan seboleh-bolehnya.
- JANGAN memotong melulu terutama di Bandaraya Kuching
- Kalau kereta hadapan slow, sabar.... nanti ada 2 lane, baru memotong.
- Contoh kalau di traffic light, ada kereta agak lambat bergerak, jangan buat perangai di KL. Sikit-sikit nak hon. Sini mereka lebih tenang dan cool...
- Jangan amalkan zip zap macam drive di KL/
- Bagi yang memandu di Kuching ni, akan dapat rasakan beza suasana memandu di sini.
.............................................................................
Mat Drat senaraikan beberapa perkataan yang mungkin kita akan selalu dengar apabila ke sini
Kacak na kitak aritok = Awak nampak cantik hari ni
Kitak gi sine? = Awak pergi mana?
Kitak apa polah? = Awak buat apa?
Kitak dah makan? Awak dah makan?
.............................................................................
.............................................................................
Bahasa Sarawak di Kuching
- Jangan risau la, Bahasa Sarawak ni tak jauh sangat pun dengan Bahasa Melayu. Mereka guna bahasa Melayu Sarawak tetapi sedikit berbeza untuk beberapa perkataan. Kita akan tetap boleh faham.
- Mat Drat kadang kala rasa mereka di sini lebih Malaysia dari orang di Semenanjung dari aspek penggunaan bahasa sebab mereka guna bahasa yang satu walaupun dari pelbagai bangsa.
- Jarang Mat Drat jumpa mereka berbahasa Ingeeris, tak kira lah mereka ni Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Dayak atau bangsa/kaum lain. Tu yang seronok di sini... seronok dengar mereka berbual.
Kamek = Saya
Kitak = Awak
Sidaknya = Mereka
Nya = Dia
Sitok = Sini
Sia = Itu
Sine = Mana
Aok = Ya
Sik Ada (Sekda) = Tidak Ada
Kelakar = Bercakap
Kacak = Cantik / Handsome
Nyaman = Sedap
Gerek = Boyfriend / Girlfriend
Belon = Kapal Terbang
Contoh Ayat Yang Biasa (kalau selalu bergaul dengan penduduk tempatan)
Kacak na kitak aritok = Awak nampak cantik hari ni
Camne nak jumpa kitak = Macam mana nak jumpa awak
Kitak gi sine? = Awak pergi mana?
Kitak apa polah? = Awak buat apa?
Kitak dah makan? Awak dah makan?
HOTEL MURAH DI KUCHING
- Mat Drat cadangkan, menginap lah di hotel sekitar Waterfront, sebolehnya cuba lah cari yang walking distance je.
- Waterfront Kuching ni antara lokasi tempat lawatan yang 'wajib' disinggahi jika ke Kuching
- Rata-rata rate hotel di Kuching tidak la mahal, lagi-lagi kalau bukan cuti sekolah.
- Kalau datang waktu cuti sekolah pula, macam biasa kena booking awal-awal ye sebab hotel berdekatan waterfront biasanya akan habis cepat.
- Di bawah ni Mat Drat cadangkan 3 kategori hotel
- Hotel bawah RM 200 di Waterfront (Riverside).
- Hotel RM 200- 300 berdekatan waterfont
- Hotel bawah RM 200 berdekatan Waterfront
- Rate ni pun berubah-ubah ye, ikut hari dan musim. Mungkin akan turun dan mungkin akan naik.
- Jadi kena intai-intai juga.
- Hotel 5 star macam Pullman, silap-silap boleh dapat dalam RM200 shj per nite.
- Hotel 'Waterfront' yang Mat Drat senaraikan di bawah, tidak jauh dari Waterfront. Semuanya walking distance sahaja, dalam 200-300 meter ke Waterfront.
- Mat Drat paling suka Riverside Hotel. Senang nak cari makan dan senang nak ke Waterfront. Sekarang dah ada 'wing' baru (block baru). Hotel ni memang antara yang sering jadi pilihan mereka yang ke Kuching. Cuba lah minta river view, view waktu malam atau awal pagi memang cantik.
1. Hotel bawah RM 200/nite di Waterfront (Riverside)
|
| ||||
|
|
2. Hotel RM 200-RM350/nite berdekatan Waterfront
3. Hotel RM 100-RM200/nite di area Waterfront
.............................................................................
Airbnb (dengan diskaun kredit )
Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni di bawah.
Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.
Airbnb (dengan diskaun kredit )
Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni Claim rebate diskaun Airbnb RM 165.
Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.
Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.
Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu...
Ingat... kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar, kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.
Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.
Jadi nak dapat RM 120 tu,
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi
Mat Drat senaraikan 2 unit, ada banyak lagi unit di airbnb ni, piliha la mana yang berkenan. Dan jangan lupa baca review sebelum buat reservation.
TEMPAT MENARIK DI KUCHING
Banyak tempat dan aktiviti menarik yang sesuai bagi mereka yang datang ke Kuching
Mat Drat senarai antara tempat yang boleh dilawati di bawah , tetapi senarai ni tak ikut ranking ye.
1. Tugu Kuching
2. Waterfront
3. Jambatan Hana
4. River Cruise
5. Kampung Budaya Sarawak
6. Medan Niaga Satok
7. Masjid Bandaraya Kuching
8. Taman Buaya Jong
9. Sarawak Regata
10. Rainforest World Music Festival
11. Little India
10. Rainforest World Music Festival
11. Little India
12. Pasar Serikin
13. Fairy Caves
14. Rumah Panjang Annah Rais
15. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
16. Taman Negara Bako
17. Gunung Santubong
18. Pantai Damai
Mat Drat kongsi detail mengenai tempat-tempat ni di entry berikutnya. Jemput baca....
.............................................................................
TEMPAT MAKAN BEST DAN SEDAP DI KUCHING
Banyakj tempat makan sedap di Kuching ni, bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jangan lupa bila ke sini rasa beberapa hidangan yang cukup sinonim dengan Kuching seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok dan pucuk midin.
Jangan juga lupa try teh o peng 3 layer.
Mat Drat share di entry berikutnya detail mengenai tempat makan sedap ni. Jemput baca......
Deretan gerai makan di Waterfront |
Ayam Penyet antara menu paling 'top' di sini. Nanti Mat Drat akan share tempat yang best... |
Salah satu restoran yang 'wajib' Mat Drat singgah jika ke Kuching. |
Kek Lapis Sarawak Sedap di Kuching
Antara kek lapis yang biasa dikunjungi
- Kek Lapis Dayang Salhah
- Kek Lapis Liza
- Kek Lapis Mira
- Kek Lapis Asma
- Kek Lapis Diwanie
- Kek Lapis di Waterfront
Souveniour / Oleh-Oleh Kuching
Kalau ke kuching, di bawah ni antara barang-barang atau buah tangan yang biasa dibeli
- Kek Lapis
- Ikan Terubuk
- Lada Hitam/Lada Putih
- Kain Batik/Kain Songket
- Tikar Sarawak
- Pasu Sarawak / Barangan Tembikar
- Barangan Kraft
- T- Shirt
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
Teringat memori Marsha kesana pada tahun 2010. Nanti nak plan kesana lagi lah
ReplyDeleteDah lebih 10 tahun tu. Dah kena repeat tu Marsha..😊
Deleteok boleh bookmark ni..sebab memag ada plnning ke sarawak.. bole kutip2 info buat iti..:)
ReplyDeleteNanti pergi, jgn lupa makan Mee kolok ye..😊
Deletedone follow #29
ReplyDeleteTq.. Good info.. Dah lama tak pegi Sarawak...
ReplyDeleteTq singgah blog saya
DeleteTerima Kasih kerana berkongsi pengalaman. Saya akan ambil kesempatan untuk merancangkan satu trip ke Sawarak dah.
ReplyDeletesemoga enjoy trip ke Sarawak dan semoga biznes bertambah maju
DeletePerkongsian yang menarik dan hebat. LeYa pun dah lama tak pergi ke sana. Boleh lah nanti kalau blur, jadikan blog Abang Drat ni sebagai rujukan.. Thanks
ReplyDeleteTQ singgah blog saya
DeleteSyukran / Thanks
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima Kasih, tersangat membantu yang blur2 mcm kami tak thu pergi mana kat srwk.. teruskan kongsi cerita manfaat seperti ini!
bijak! manfaat! teruskan!
ReplyDeleteTq singgah my blog
DeleteTerbaik en mat...sharing utk reference mereka yg kali pertama ke sarawak...
ReplyDeleteSekadar berkongsi sedikit info
DeleteByk info dpt dr blog cik mat ni.. Ngah cari gali lg info2 ttg ngri swak.. Plan nk bw fmly bcuti di kuching..
ReplyDeleteSelamat meng-explore Kuching
DeleteWell done Mat Drat ! By the way , all information that you give about explore Kuching area is so helpful for visitor.Keep it up , Bro ! All the best . . .
ReplyDeleteTQ singgah my blog
DeleteWell done Mat Drat ! By the way, all information that you give about explore Kuching area is so helpful for new visitor. Keep it up, Bro ! All the best . . .
ReplyDeleteTq singgah my blog
DeleteThank you so much Mat Drat! It's really helpful. Thumbs up👍🏻
ReplyDeleteU r welcome.😊😊
Deleten TQ singgah my blog
DeleteTerima kasih mat drat atas info. Plan nak gi Kuching bln Nov ni. Cuaca okay tak time tu. Mid November
ReplyDeleteTak pasti juga la kaksya...
DeleteMid Nov tak pasti juga. tahun lepas saya ke sini bulan 12, cuaca okey waktu tu.
planing mau pergi kuching december ni,boleh tau sana banyak shopping mall tak
ReplyDeleteAda ..
DeletePlaza Merdeka di area Waterfront/Pdg Merdeka
Biasa Saya ke Spring Mall atau pun ke CityOne. Yang ni lebih besar.
Beli kek lapis kalau..hancur ka kalau letak di luggage.. tidak hand carry.. info yg sgt membantu.. tq
ReplyDeleteEh, Jangan la letak dlm luggage. Bawak hand carry la kalau boleh.
ReplyDeleteTapi kalau letak dlm luggage, pastikan kedai pack elok2 Dan cakap nak bawa dlm check in luggage. Dan doa Tak kena tindih dengan beg beg lain
Kamek pn selalu pulai kuching..boleh dikatakan every week/every 2 week
ReplyDeleteskrg flight banyak pilihan, harga bagus, betul2 memudahkan yg berulang setiap hujung minggu
DeleteTq En. Mat Drat.
ReplyDeleteSgt mmbantu
berada di kuching 5-8 september lalu.
ReplyDeleteterima kasih di atas maklumat yang dikongsikan. sangat membantu perancangan percutian kali ini.
info yg menarik...terima kasih
ReplyDelete