Wednesday 8 April 2020

Lockdown Seluruh Asia Kerana Covid-19 : Berapa Lama ?

Lockdown italy usa malaysia spain france uk germany indonesia
Lockdown Seluruh Dunia

LOCKDOWN

Malaysia masuk Day-22 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) / MCO (Movement Control Order). 

Boleh lah kita katakan PKP ini seperti 'partial lockdown'. Kebanyakan negara lain juga sekarang ini menggunakan kaedah 'partial lockdown' bagi mengawal dan membendung penukaran wabak Covid-19 ini.

Baca untuk tahu beza Lockdown dan Curfew
👉👉 Beza Lockdown dan Curfew



Kemelesetan Dunia
Sehingga hari ni, boleh kata hampir 2/3 penduduk dunia sedang di 'lockdown' di rumah masing-masing. Seakan-akan eknomi dunia terhenti seketika. 

Bukan sahaja ekonomi sebenarnya, aktiviti harian manusia sejagat juga seakan terhenti. Besar hikmat disebalik kejadian ini untuk kita fikirkan.

Ingat: Aktiviti ekonomi yang terhenti dan Covid-19 ini diramalkan akan menyebabkan dunia mengalami kemeresetan ekonomi yang teruk. Lebih teruk dari kemelesetan dunia 1998 atau pun kemelesetan eknomi dunia selepas Perang Dunia ke-II
👉👉 Sejarah Kemelesetan Dunia 


Mari kita lihat sebahagian 'lockdown'  yang dijalankan di seluruh dunia sekarang ini.


MALAYSIA

⊳ PMP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada 18 Mac 2020.
⊳ Fasa bertama selama 2 minggu, 18 Mac- 31 Mac,
⊳ Kini disambung ke fasa sehingga 14 April 2020.
⊳ Tempoh kuatkuasa : 4 minggu.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 18 Mac : 790 kes
  • Selepas 3 minggu -7 April : 3,963 kes 
  • Selepas 4 minggu -14 April : ------ Kita tunggu


  ASIA  
Sebelum Malaysia menjalankan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau 'partial lockdown), Malaysia di kedudukan ke-5 Asia mengikut bilangan kes selepas China, Iran, Korea Selatan dan Jepun.

Selepas 3 minggu lebih, Malaysia sudah berada di kedudukan ke 9 dikalangan negara Asia.

Kita lihat juga, bilangan kes di Malaysia meningkat hanya 3,183 kes berbanding  India  5,351 kes dan Turkey pula meningkat hampir 34,000 dalam tempoh yang sama. 

India melaksanakan lockdown, seminggu lewat dari kita. Manakala Turkey pula masih belum melaksanakan lockdown secara menyeluruh.

Bilangan Kes 18 Mac 2020 - 7 April 2020 di Asia dan Australia

 Ranking
 7 Apr 
NegaraBil Kes
 7 April   
  Ranking 
 18 Mac 
Bil Kes
  18 Mac  
1China 81,802174,815
2Iran62,589217,631
3Turkey 34,10914191
4Korea Selatan  10,331 38,413
5Australia5,988 6 596
6India5,35115168
7Japan4,2574914
8Pakistan4,0359307
9Malaysia3,9635790
10Filipina3,764 13 202
11Arab Saudi2,79510238
12Indonesia2,73811227
13UAE2,35816113
14Thailand2,25812212
15Qatar2,0577452
16Singapore1,4818313

Australia dimasukkan sekali kerana ia berhampiran benua Asia.
Turki dimasukkan sekali kerana sebahagian negara tersebut adalah Asia.

1. CHINA ( WUHAN / HUABEI )

⊳ Wuhan yang terletak di province Huabei, dipercayai sebagai tempat bermulanya wabak Covid-19. 
⊳ Penduduk Wuhan sahaja hampir 11 juta.
 Mula dikenakan lockdown pada 23 Januari 2020, beberapa hari sebelum CNY.
⊳ Dipercayai hampir 5 juta penduduk keluar dari Wuhan sebelum lockdown berkuatkuasa.
⊳ Lockdown berjalan selama 11 minggu (76 hari).
⊳ Hari ini. Rabu 8 April, perintah lockdown telah ditarik balik.
⊳ Beberapa langkah mengawal wabak covid-19 masih diteruskan walaupun lockdown telah ditarik balik.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 23 Jan : 830 kes
  • Selepas 3 minggu -12 Feb : 58,761 kes 
  • Selepas 4 minggu -19 Feb : 74,576 kes 
  • Tamat 7 April : 81,802 kes

⊳ Selepas 3 minggu, kes masih mendadak, selepas 4 minggu baru kes mulai mendatar dan seakan dapat dikawal.
⊳ China mengamalkan perintah 'lockdown' yang agak ketat dan dibantu dengan penggunaan gadget dan teknologi bagi mengawal dan memantau pergerakan.


THAILAND

⊳ Jiran terdekat kita.
⊳ Fasa bertama , hanya diumumkan 'soft lockdown' dimana hanya retail outlet, shopping mall, sekolah, universiti ditutup, manakala pergerakan masih bebas.

⊳ Fasa pertama diumukan utk 22 Mac - 12 April. 
⊳ Semalam, 7 hb April, perintah lockdown telah diumumkan di mana pergerakan telah disekat.
⊳ Tempoh kuatkuasa : 3 minggu (tempoh asal).

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start (soft lockdown)- 22 Mac : 599 kes
  • Start (strict lockdown)- 07 April : 2,258 kes
  • Selepas 3 minggu - : ------ kes 
  • Selepas 4 minggu -  : ------ kes 

SINGAPORE

⊳ Jiran terdekat kita. 
⊳ Banyak pergerakan cross border di antara Malaysia - Singapore setiap hari.
⊳ Singapore sebelum ini, tidak mengenakan perintah Lockdown, tetapi perkenalkan langkah2 pencegahan. Lebih terkedepan mereka berbanding kita pada waktu itu.
⊳ Teringat sewaktu Mat Drat ke Singapore 4hb, 
  • Airport Changi sudah agak kurang pengunjung pada waktu itu.
  • Masjid Sultan pada waktu itu, telah larang kemasukan tujuan lawatan sedangkan di Malaysia pula pihak pengurusan masjid ditegur pemimpin kerana halang kemasukan tujuan lawatan. Racist katany a waktu itu.
  • Mereka isytiharkan 'kod oren', menyebabkan rakyat di sana mulai buat panic buying.
Signboard Masjid Sultan ditutup untuk Tour Visit
Signboard Masjid Sultan ditutup untuk Tour Visit 

⊳ 
Sewaktu kita umumkan PKP, ramai warga Malaysia tinggal di sana kerana border ditutup, kerajaan Singapore beri subsidi dan uruskan penginapan pekerja dari Malaysia.


⊳ 6 hb April, perintah lockdown telah diumumkan kerana pertambahan kes yang semakin mendadak.
⊳ Sekarang, beribu-ribu rakyat Malaysia balik ke Malaysia kerana perintah Lockdown. Rasanya KKM perlu pantau mereka secara ketat, khuatir kluster 'Pekerja Singapore' pula wujud.

Changi Airport Closed Lockdown Singapore
Mat Drat dan rakan di Jewel - Changi Airport

⊳ Tempoh kuatkuasa : 1 bulan (7 April - 4May )
⊳ Changi Airport Terminal 2 pula ditutup 18 bulan !!! News

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 07 April : 1,481 kes
  • Selepas 3 minggu - : ------ kes 

INDONESIA

⊳ Perintah darurat telah dikeluarkan di Jakarta tetapi 'lockdown' menyeluruh agak sukar dilaksanakan di sana.
⊳ Beberapa faktor utama menyukarkan lockdown dilaksanakan:
  • kepulauan yang banyak
  • bilangan penduduk yang terlalu ramai, taburan besar.
  • Jakarta terutamanya terlalu padat.
  • sosio ekonomi sebahagian rakyat disana yang ramai bekerja harian, kadar kemiskinan yang tinggi.
  • berjuta juta rakyat bekerja secara gaji harian. Locdown bermakna tiada kerja dan tiada gaji.

⊳ Walau bagaimanapun Jakarta telah umumkan 'Darurat Kesihata' di sana untuk tempoh 20 Mac -  19 April.

⊳ Buat masa sekarang kerajaan Indonesia menggunakan kaedah sosial distancing bagi mengawal wabak ini.

⊳ Ramai pihak mempertikaikan statistik yang dilaporkan oleh Indonesia 
  1. Bilangan kematian yang tinggi (221 kematian sehingga 7hb). Jika berdasarkan peratus kematian, kemungkinan besar bilangan kes positif Covid-19 adalah jauh lebih tinggi.
  2. Ada laporan meanggarkan hanya 2% kes dilaporkan. 
  3. Ada laporan mengatakan bilangan kematian (pengkebumian) di Indonesia mendadak naik pada bulan Februari dan Mac. Dikhuatiri sebahagian berpunca dari Covid-19  News
  4. Bilangan ujian saringan yang rendah dilakukan, jauh lebih rendah berbanding negara jiran terdekat seperti Malaysia dan Singapore walaupun penduduk mereka jauh lebih ramai. 

⊳ Tempoh kuatkuasa : -TIADA
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 790 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 1,677 kes
  • Terkini - 07 April : 2,738 kes
  • Selepas 3 minggu - : ------ kes 

KOREA SELATAN

⊳ Antara negara yang mempercayai lockdown tidak perlu (buat masa ini) adalah Korea Selatan.
⊳ Tanpa lockdown, mereka mengawal penularan wabak ini dengan membuat ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh di samping laksanakan langkah-langkah yang disarankan WHO.
⊳ Ujian di buat berskala besar dan dimudahkan dengan banyak station drive thru diwujudkan. Keputusan ujian diperolehi segera dan langkan kuarantin dapat dilaksanakan lebih cepat keatas mereka yang dijangkiti.

⊳ Dalam tempoh 2 minggu terakhir, bilangan tambaha kes agak mendatar, seakan langkah ini berjaya kawal penularan mendadak.


⊳ Tempoh kuatkuasa : Tiada
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 5 minggu lalu - 26 Feb : 1,261 kes
  • 3 minggu lalu - 18 Mac : 8,431 kes
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 9,241 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 9,887 kes
  • Terkini - 07 April : 10,331 kes
Nota : 
Ada rakan bertanya Mat Drat di hujung Feb hari tu untuk trip dia seramai 15 orang ke Seoul. Mat Drat cadangkan dia tangguh. Mungkin ada hikmah dia decided utk tangguh sbb waktu tu tengah memuncak. 

Jika ada yang berhajat ke Seoul atau Busan nanti, jemput singgah blog Mat Drat

JAPAN

⊳ Antara negara yang masih percaya Lockdown tidak perlu dilaksanakan.
⊳ Hokkaido merupakan anatar kawasan terawal terkena tempias wabak ini selepas Wuhan. Pada awalnya, hanya sekolah dan universiti di Hokkaido ditutup. 

⊳ Tokyo (Jepun) sangat terkesan apabila Olympic Tokyo 2020 terpaksa di tunda ke tahun 2021. Lockdown di Tokyo pasti akan menyebabkan 'kerugian' ekonomi yang lebih besar. 

⊳ Mereka masih tidak mahu lockdown walau kes semakin bertambah.

⊳ 7 hb April, Perdana Menteri umumkan 'State Emergency' untuk tempoh sebulan, dan bukan seperti lockdown di negara-negara lain. Kedai-kedai masih boleh dibuka.

⊳ Kita lihat sama ada langkah ini akan berjaya membendung penularan wabak covid-19. Kita anggaplah mereka perkenalkan 'soft lockdown'. 


⊳ Tempoh kuatkuasa : 1 bulan (8 April - 7 Mei). Mungkin akan bersambung
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 3 minggu lalu - 18 Mac : 914 kes
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 1,307 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 2,384 kes
  • Terkini - 07 April : 4,257 kes
Nota : 
Pada awal Feb hari tu, Mat Drat dan rakan-rakan terpaksa 'divert' plan trip ke Hokkaido (Sapporo) ke destinasi lain kerana bimbang keadaan di sana.


FILIPINA

⊳ Cukup dikenali dengan ketegasan President mereka dalam melaksanakan undang-undang.

⊳ Sebelum ini kita melihat bagaimana dia mengarahkan polis di sana berperang habis-habisan dengan kartel dadah.

⊳ 16 Mac 2020 : Filipina mengumumkan perintah lockdown fasa pertama pada di kawasan Luzon untuk tempoh sebulan

⊳ 31 Mac 2020 : Seluruh Filipina di dalam perintah lockown untuk tempoh 2 minggu ( 31 Mac - 14 April)

⊳ 06 April 2020 : Lanjutan tempoh sehingga 30 April diumumkan

⊳ Tempoh kuatkuasa : 31 Mac - 30 April
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 30 Mac : 1,546 kes
  • Selepas 1 minggu -7 Apr : 3,764 kes 

INDIA

⊳ Negara  ke-2 dengan bilangan penduduk teramai di dunia, 1.3 billion orang.
⊳ Perkenalkan langkah lockdown mulai 25 Mac 2020

⊳ Cabaran cukup besar kerana 
  • bilangan penduduk yang ramai
  • kepadatan pendudak sangat tinggi terutama di bandar
  • berpuluh juta rakyat bekerja secara gaji harian. Locdown bermakna tiada kerja dan tiada gaji.
  • sistem kebersihan dan gaya hidup dari aspek kebersihan yang agak jauh ketinggalan
⊳ Kita lihat di laman sosial, bagaimana polis-polis di sana laknsakan 'lockdown'. Mereka sebat sahaja sesiapa yang keluar rumah.

⊳ Video yang menunjukkan rakyat Malaysia yang terpaksa dikuarantin pula, sangat menyedihkan keadaan di sana. Kita berharap mereka (Rakyat Malaysia) selamat pulang.

⊳ Tempoh kuatkuasa : 3 minggu (25 Mac - 14 April). 
Lanjut atau tidak di sana, kita tunggu lagi beberapa hari

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 25 Mac : 657 kes
  • Selepas 1 minggu -12 April : 1,397 kes 
  • Selepas 2 minggu -7 April : 5,351 kes 

ARAB SAUDI

⊳ Negara yang jadi perhatian dunia terutamanya bagi yang beragama Islam

⊳ 26 Februari, Arab Saudi mula menggantung kemasukan ke negara itu bagi tujuan menunaikan Umrah.



⊳ 2 April, lockdown di 2 kota suci, Makkah dan Madinah.
Kita juga dapat lihat suasana di Masjidil Haram yang sudah berminggu lengang apabila ibadat umrah dilarang buat seketika. Solat Jumaat juga kita dapat lihat bilangannya sangat sedikit.

Jika kita berasa sangat sedih melihat Masjidil Haram yang lengang sekarang, percayalah kita sama dengan jutaan umat Islam yang lain. Bersama kita doa, wabak covid-19 ini diangkat oleh Allah dari muka bumi dan ibadat dapat dilaksanakan seperti biasa.

⊳ 5 April, kerajaan Arab Saudi memperketatkan langkah dengan umumkan 'lockdown' ke semua bandar utama di sana termasuk Riyadh, Jeddah dan Taif.
Sumber : Alarabiya Net

⊳ Sebelum ini, ketika Makkah dan Madinah dikenakan lockdown sepenuhnya, bandar-bandar lain masih boleh bergerak dari 6am-3pm. Sekarang kawalan pergerakan adalah 24 jam.

⊳ Tempoh kuatkuasa : Bergantung kepada keadaan semasa.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 1 minggu sebelum - 27 Macl : 1,104 kes
  • Start di Makkah dan Madinah)- 02 April : 1,885 kes
  • Start di Bandar Lain ) - 05 April : 2,402 kes 
  • Terkini -7 April : 2,795 kes 

FILIPINA

⊳ Negara yang jadi perhatian dunia terutamanya bagi yang beragama Islam

⊳ 26 Februari, Arab Saudi mula menggantung kemasukan ke negara itu bagi

⊳ Tempoh kuatkuasa : Bergantung kepada keadaan semasa.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 1 minggu sebelum - 27 Macl : 1,104 kes
  • Start di Makkah dan Madinah)- 02 April : 1,885 kes
  • Start di Bandar Lain ) - 05 April : 2,402 kes 
  • Terkini -7 April : 2,795 kes 

TURKEY

⊳ Negara yang cukup unik, sebahagian Asia dan sebahagian Eropah




  Percutian ke Turkey - Panduan

⊳ Sehingga hari ini, Turkey masih tidak mengumumkan perintah lockdown. 
 Ribuan bilangan kes bertambah setiap hari. Dalam 3 mingu sahaja, lebih 30,000 kes.

 Datuk Bandar Istanbul, memohon kerajaan supaya Istanbul dikenakan perintah lockdown bagi membendung penularan wabak ini.

 Presiden Turkey masih mahu kegiatan ekonomi di Istanbul berjalan seperti biasa.  Faktor ekonomi !!!!


⊳ Tempoh kuatkuasa : TIADA 
Kita lihat bila mereka akan mula kenakan langlkah lockdown

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 3 minggu lalu - 18 Mac : 191 kes
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 2,433 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 15,579 kes
  • Terkini - 07 April : 34,109 kes
Hari ini, turkey berada di kedudukan 9 bilangan kes terbanyak dijangkiti di dunia!.



~Mat-Drat ~
(Kaki travel yang tak boleh travel)

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.