Mat Drat senaraikan 20 Tempat dan Aktiviti Menarik Di Langkawi pilihan Mat Drat. Mungkin
sesetengah orang lain mempunyai senarai yang berbeza.
Pantai Cenang pilihan utama. Selain tu, cable car dan island hoping jangan
dilepaskan.
Kalau cari tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran agak terhad disini.
Kebanyakkannya tempat tarikan perlukan bayaran untuk masuk.
Bagi yang ke Langkawi untuk trip honeymoon, ada juga tempat-tempat yang
sesuai. Nanti Mat Drat share juga sedikit.
Bagi yang mencari tempat menarik di Langkawi pada waktu malam pula, Mat Drat
rasa tidak banyak tempat atau aktiviti yang ada di sini. Kebiasaanya pelancong
atau penggunjung hanya akan habiskan masa malam mereka dengan shopping apa
yang patut setelah seharian berjalan ke sana sini.
Malam hanya dipenuhi
dengan aktiviti yang relax dan santai-santai sahaja. Kalau kebetulan ada pasar malam, boleh la cari kuih muih tempatan di sini.
Berikut Mat Drat senaraikan tempat-tempat menarik di Langkawi beserta
sedikit info seperti kadar bayaran, waktu ia beroperasi dan sedikit TIPS
jika ke tempat tersebut.
Sebelum lihat 20 tempat menarik di Langkawi yang Mat Drat senaraikan....
boleh baca juga entry berikut untuk tips dan panduan ke Langkawi.
|
TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
1. Kereta Kabel Langkawi / Langkawi Cable Car
Langkawi Cable Car |
a. Info
- Destinasi wajib bagi mereka yang pertama kali ke sini.
- Langkawi Cable Car turut dikenali sebagai Panorama Langkawi.
- Dikatakan sebagai kereta kabel tercuram di dunia, malah turut dikatakan sebagai yang terpanjang di dunia (2.2 km).
- Siapa yang pernah menaiki kereta kabel ini pasti tahu betapa curamnya kereta kabel ini, agak jauh berbeza dengan kereta kabel di Genting Highland.
- Ada 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station.
- Kereta kabel akan berhenti di Middle Station tetapi Mat Drat tak galakkan untuk turun ke sini semasa perjalanan turun(balik) kerana kita perlu menunggu agak lama untuk gondola yang kosong berhenti di station ini. Ada gondola kosong, baru boleh sambung perjalanan.
- Di Top Station (station paling atas), pengunjung dapat menikmati Pulau Langkawi secara 360° panoramic view. Nikmatilah pandangan dari atas ini puas-puas.
b. Gondola
- Terdapat 3 jenis gondola di sini iaitu Gondola biasa, Gondola VIP dan Gondola Lantai Kaca.
- Setiap satu gondola berbeza harga.
- Yang paling ramai naik, gondola biasa. Harga murah.
c. Lokasi
- Terletak di Gunung Mat Chinchang berhampiran Pantai Kok.
- Dari Pekan Kuah, mengambil masa lebih kurang 30 minit
- Jika dari Langkawi Airport atau Pantai Cenang, lebih kurang 15 minit.
d. Tarikan Lain
- Boleh habiskan masa hampir 1/2 hari di sini.
- Tarikan lain seperti Muzium 3D, SkyBridge, SkyDome, SkyRex dan F1 Simulator.
- Layari panoramalangkawi.com
Ingat !!
- Waktu cuti sekolah atau pun pada public holiday, jangkakan masa beratur yang lama. Mungkin perlu beratur lebih 1 jam.
- Nak cepat, boleh beli pass ekspress.
e. Waktu Operasi
- 9.30 am - 7.00 pm (Hari Biasa)
- 9.00 am - 7.00 pm (Public Holiday tertentu)
Ingat :
- 9.30 am - 7.00 pm (Hari Biasa)
- 9.00 am - 7.00 pm (Public Holiday tertentu)
Ingat :
Hari Rabu : Dalam sebulan ada hari Rabu tertentu, ia start operasi lambat
sikit.
Hari Tak Beroperasi : Dalam setahun, ada hari tertentu ia
tak beroperasi untuk maintenance.
Check jadual di panoramalangkawi/calendar
f. Kadar Bayaran
a. Gondola Biasa :
Malaysian - Adult : RM 40 / Child : RM30
Non-Malaysian - Adult : RM 55 / Child : RM40
Ingat : Jangan lupa bawa MyKad/MyKid untuk dapatkan tiket pada harga 'Malaysian'.
b. Gondola Lantai Kaca :
RM 105 seorang
* Harga tiket semasa layari : buy-ticket/
......................................................................
2. Skybridge
Skybridge Langkawi |
Info
Skybridge ini terletak di puncak Gunung MaChinchang dan ia bersambung
dengan Top Station Kereta Kabel Langkawi.
SkyBridge ini merupakan "the longest free span and curve bridge" di dunia.
Alang-alang telah menaiki kereta kabel ke puncak Gunung MaChinchang,
sambung lah pula menikmati keindahan Langkawi dari Skybrdge ini.
Boleh la mencuba melalui jambatan in (SkyBridge) untuk menguji tahap
ketahanan gayat, cuma perlukan sedikit keberanian sahaja.
Pandangan Pulau Langkawi 360° dari sini pasti mempersonakan apatah lagi
ketika matahari hampir terbenam.
Kadar Bayaran
Dewasa : RM 5/ Kanak-kanak : RM 3
* Tiket boleh dibeli di Top Station
......................................................................
3. 3D Art Langkawi
3D Art Langkawi ini boleh dikatakan antara tarikan wajib jika bercuti ke
Langkawi.
Info
Muzium 3D Art ini dengan keluasan lebih 21000 kaki persegi, pasti
banyak masa boleh dihabiskan di sini.
Muzium dibahagikan kepada 9 zon dengan terdapat lebih 100 gambar
lukisan 3D.
Layari : panoramalangkawi/3d-art
Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 30) / Kanak-Kanak (RM30)
Non-Malaysian - Dewasa (RM 38) / Kanak-Kanak (RM 28)
Tips !
1. Pastikan bateri camera atau handphone cukup kerana pasti akan ambil banyak gambar di
sini.
2. Kalau datang secara berkumpulan dan memang suka bergambar, jangkakan banyak masa yang akan dihabiskan di sini.
3. Masa bergambar, ikut sign/tanda kedudukan sepatutnya, baru
gambar jadi betul-betul 3D (real).
4.Dan jangan lupa jadual pertunjukkan 3D yang menarik di
sini. Rugi kalau tak tonton.
......................................................................
4. Pantai Cenang
Sunset di Pantai Cenang |
Pantai Cenang merupakan satu destinasi utama pengunjung ke Langkawi
terutamanya pelancong dari luar negara.
Tarikan utama kerana pantainya yang cantik dan keindahan ketika
matahari terbenam.
Kawasan ni memang happening, dan hotel / resort area sini cepat
fully booked.
Pengunjung dan pelancong asing meminati kawasan ini mungkin
kerana tempatnya yang lebih happening terutamanya pada waktu
malam.
Kedai-kedai dan restoran sentiasa menjadi tumpuan pelancong di
kawasan ini.
Di Pantai Cenang ni, Mat Drat pernah menginap di
Malibest, Best Star Resort, De Baron dan AB Motel. Ada banyak lagi resort dan motel di area sini.
Cubalah intai hotel, resort dan motel di Pantai Cenang ni... ada kosong boleh terus booking.
👉👉
Hotel dan Resort di Langkawi
Suasana Petang di Pantaiu Cenang |
Sepetang di Pantai Cenang sambil menikmati suasana
sunset |
......................................................................
5. Underwater World Langkawi
4. Underwater World Langkawi |
Info
Underwater World Langkawi telah di bina lebih 20 tahun yang lalu iaitu
pada tahun 1995. Keluasannya melebihi 60,000 kaki persegi menjadikan ia
antara aquarium marin dan air tawar terbesar di South East Asia.
Underwater World Langkawi ini terletak di Pantai Cenang dan turut
menjadi satu destinasi utama pelancong ke Langkawi. Kira tempat menarik
di Pantai Cenang Langkawi
Pelbagai hidupan laut terdapat di sini dan pastinya yang paling memukau
adalah telatah sekumpulan penguin-penguin.
Waktu Operasi
10.00 am hari biasa
09.30 am cuti sekolah atau public holiday
Kadar Bayaran
Malaysian - Adult RM 36 / Child RM 26
Non-Malaysian - Adult RM46/ Child RM36
Lokasi : Pantai Cenang
Layari : underwaterworldlangkawi.com.my
Terowong bawah air |
Show Penguin : Sentiasa dinanti. Jadi lihat jadual. |
......................................................................
6. Dataran Helang
Dataran Helang / Dataran Lang |
Info
Dataran Helang ini merupakan satu mercu tanda Pulau Langkawi.
Sesuai untuk mereka yang menginap berdekatan Pekan Kuah atau mereka
yang mempunyai banyak masa terluang di Langkawi ini.
Kalau ke Langkawi, tak bergambar di sini macam tak lengkap pulak ke
Langkawi teutama bagi mereka yang pertama kali ke sini. Jadi bila
datang sini, mesti kena bergambar dengan tugu helang
ini.
Bergambar di sini memang agak cantik dan menarik terutama disebelah
petang.
Lokasi
Pekan Kuah
Kadar Bayaran
Tiada bayaran dikenakan untuk ke sini.
Suasana cantik kalau waktu sunset. (Waktu Mat Drat ke sini, mendung la pulak) |
......................................................................
7. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri
Kota Mahsuri / Makam Mahsuri |
Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri. Jadi jika bercuti ke sini, ambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat kisah Mahsuri ini.
Info
Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti
Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.
Terletak di Mukim Ulu Melaka sekitar 12km dari Pekan Kuah.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater
traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang
popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah
perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Setiap petang Jumaat - Ahad, pementasan lagenda Mahsuri akan
dipersembahkan kepada pengunjung. Sambil menikmati persembahan, pengunjung
akan turut disajikan dengan iringan muzik tradisional yang
mengasyikkan.
Layari : http://kotamahsuri.com/
Waktu Operasi
08.30 pagi - 06.00 petang ( Isnin - Ahad)
Kadar Bayaran
Malaysian - Adult : RM 12 / Child : RM 6
Non-Malaysian - Adult : RM 17 / Child : RM 7
Rumah Kedah |
Makam Mahsuri |
......................................................................
8. KILIM Geoforest Park - Mangrove Tour
Info
Kilim Geopark atau nama tepatnya adalah Kilim Karst Geoforest Park
Langkawi.
Kilim Geopark ini memang luas merangkumi keluasan 100 km
persegi. Dikenali sebagai 'Geopark' kerana ia diiktiraf oleh
UNESCO.
Di Langkawi ini selain Kilim Geopark, terdapat lagi dua kawasan yang
diiktiraf oleh UNESCO iaitu Machinchang Cambrian Geopark dan Dayang
Bunting Marble Geopark.
Di Kilim Geopark, pengunjung akan disajikan keindahan, keunikan dan
ketenangan apabila menyusuri hutan paya bakau, tasik, gua sambil melihat
gunung-ganang dan pulau-pulau di kawasan ini.
Layari : http://naturallylangkawi.my
Mangrove Tour
Untuk ke Kilim Geopark ini, pengunjung perlu dmenaiki bot di Jeti Kilim
yang terdapat di Kampung Kilim. Ada juga yang ambil dari Tanjung Rhu.
Kadar Bayaran dan Pakej
Pakej serendah RM 250/bot untuk tour 1 jam.
Terdapat pelbagai pakej untuk dipilih. Harga bergantung kepada masa
tour iaitu sesingkat 1 jam atau pun tour sehingga 4 jam. Lagi lama
masa tour, lagi banyak aktiviti boleh dibuat dan lagi banyak tempat
akan disinggahi. Dan pastinya lebih mahal.
Jika tidak mahu menyewa satu bot, boleh ambil pakej pool. Kira
kongsi bot.
Datang sahaja ke jeti dan tunggu bot yang di 'pool' tetapi kena
tunggu bot penuh baru tour akan bermula.
Aktiviti
Aktiviti untuk setiap pakej adalah berbeza. Lagi lama, lagi banyak aktiviti.
Antara aktiviti (perbezaan pakej)
-
1 Jam : Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Watching dan River Cruise
-
2 jam : Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Watching, River Cruise, Gua Buaya, Gua Langsir
-
3 jam : Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Watching, River Cruise, Pulau Anak Tikus & Gua Langsir
-
4 Jam : Aktiviti bertambah lagi
Mat Drat ambil pakej custom made sikit sebab ke
Andaman Sea juga.
Destinasi pertama Mangrove tour - Gua Kelawar |
Sessi di Kolam Ternakan Ikan |
Sessi Eagle Watching |
Harga pakej Mangrove Tour |
......................................................................
9. Langkawi Wildlife Park / Bird Paradise
Info
Langkawi Wildlife Park juga dikenali sebagai Bird Paradise kerana di sini terdapat beratus spesis burung.
Burung-burung di sini diletakkan di dalam 'taman' bertutup dengan
pagar setinggi 15 meter jadi pengunjung akan dapat melihat
burung-burung dalam keadaan yang lebih bebas.
Selain burung-burung, terdapat pelbagai haiwan lain seperti buaya,
ular sawa, rusa, ostrich, monyet spesis bervet dan banyak lagi.
Disenaraikan antara 20 zoo terbaik di Asia oleh TripAdvisor
Lokasi
Terletak di kawasan Kilim
15km dari Pekan Kuah.
Gunakan WAZE, cari Langkawi Wildlife Park
Waktu Operasi
08.30 pagi - 07.00 petang ( Isnin - Ahad)
Waktu akhir kemasukan adalah jam 6 petang.
Kadar Bayaran
Malaysian - Adult (RM 30) / Child (RM 22)
Non-Malaysian - Adult (RM 45) / Child (RM 28)
Layari: langkawiwildlifepark.com
Dengan Kakak Tua |
Sessi bermesara dengan burung-burung jinak |
Bersama rusa |
......................................................................
10. Pulau Dayang Bunting
Info
-
Tasik Dayang Bunting ini terletak di Pulau Dayang Bunting.
-
Merupakan pulau ke dua terbesar selepas Pulau Langkawi.
-
Mendapat nama 'Dayang Bunting' kerana di pulau tersebut terdapat sebuah gunung yang kelihatan seperti 'seorang" wanita yang sedang hamil berbaring. Sekali pandang lengkap dengan kepala, tangan dan perut.
-
Untuk ke sini para pengunjung perlu mengambil pakej island hoping yang disediakan dengan menaiki bot dari jeti Pekan Kuah.
-
Masa perjalanan dengan bot laju lebih kurang 15 minit.
-
Tasik Dayang Bunting ini turut mempunyai ceritanya sendiri. Cerita orang dulu-dulu kononnya Tasik Dayang Bunting ini menjadi tempat tumpuan puteri kayangan bernama Puteri Mayang Sari untuk mandi di sini. Ia menjadi satu cerita dongeng yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
-
Tasik Dayang Bunting ini menjadi tumpuan bukan sahaja untuk aktiviti mandi manda, tetapi ada yang datang untuk minum air di sini. Kata orang dulu-dulu, nak 'bunting' bolehlah mencuba minum air di sini. Ini cerita orang dulu-dulu, sekarang sudah jarang diperkatakan kerana masyarakat telah sedar bahawa itu adalah tidak benar.
......................................................................
11. Aktiviti - Island Hoping
Bagi yang ke Pulau Dayang Bunting, kena ambil pakej Island
Hoping.
Ada pelbagai pakej Island Hoping sebenarnya di Langkawi ni dan ada
beberapa pulau yang sering dijadikan destinasi.
Antaranya seperti yang ada di KLOOK
......................................................................
12. Aktiviti - Berkayak
Aktiviti berkayak juga antara yang sering dicari di sini terutama bagi mereka yang bercuti agak lama di sini.
Berkayak di sungai yang dikelilingi paya bakau pasti beri satu kelainan.
......................................................................
13. Aktiviti - Kapal Layar
Bagi mereka yang pernah ambil pakej mangrove tour, pasti akan perasan satu kawasan di mana terdapat beberapa kapal layar berlabuh. Memang best nampak cara percutian orang yang 'have-have' ni.
Bagi yang nak merasa belayar dengan kapal layar, boleh ambil pakej yang disediakan. Cukuplah belayar 2-3 jam. Pengalaman tu yang penting.
......................................................................
14. Aktiviti - Ronda dengan Helikopter
Ada budget lebih, apa kata ambil aktiviti pusing Pulau Langkawi
dengan helikopter.
Memang best, cuma sediakan budget sahaja.
......................................................................
16. Galeria Perdana
Galeria Perdana |
Info
Galeria Perdana ini sebenarnya adalah ilham Tun Mahathir
sendiri.
Terletak di kawasan Kilim dan hanya 14 minit dari Pekan Kuah
dan 2 km dari Langkawi Wildlife.
Di sini tersimpan ribuan hadiah, cenderahati, hadiah dan anugerah yang
diterima oleh Tun Mahathir Mohamad.
Waktu Operasi
08.30 pagi - 05.30 petang (setiap hari)
08.30 pagi - 06.00 Cuti sekolah / public holiday
Kadar Bayaran
Dewasa (RM 10) / Kanak-Kanak (RM 4)
......................................................................
17. Pantai Tanjung Rhu
Pantai Tanjung Rhu Sunyi dan mendamaikan. |
Jika Pantai Cenang menjadi tumpuan kerana suasananya yang meriah dan
happening, Pantai Tanjung Rhu pula sebaliknya.
Pantai Tanjung Rhu lebih sunyi dan lebih mendamaikan. Pengunjung ke sini
tidak seramai di Pantai Cenang. Terletak betul-betul dihujung'tanjung'.
Aktiviti Pantai - Jetski / Paragliding
Sebelum sampai ke Tanjung Rhu tu sebenarnya, ada satu pantai lagi yang
terletak di hadapan pejabat Kastam Diraja Malaysia. Tak silap selepas
restoran Fish n' Chip.
Pantai di sini agak memanjang, tapi nak mandi manda tu kena berhati-hati
sikit sebab air laut yang agak dalam dan pantainya tak landai. Saya
perhatikan ada juga pengunjung yang mandi, tapi tak ramai lah. Rasanya
pantai ni lebih kepada untuk aktiviti pantai jetski dan paragliding.
Mangrove Tour/ Island Hoping
Pantai Tanjung Rhu agak landai dan sesuai untuk bersantai. Ada beberapa
gerai dan kedai makan di sini. Jika ingin dapatkan harga pakej boat
(mangrove tour, island hoping dll) boleh dapatkan di sini juga. Ada
beberapa operator membuka kaunter di sini.
View memang cantik sebab mengadap pulau-pulau kecil dan batuan-batuan.
Masa di sini, boleh lah bayangkan macam berada di Phuket ( ala-ala Pulau
James Bond) 😉
xxxxkKLOOOKXXXXX77777TANJUNG RHU
Pantai hadapan Pejabat Kastam Airnya yang agak dalam, agak tidak sesuai untuk bermandi manda |
Pantai hadapan Pejabat Kastam Beberapa operator menyediakan perkhidmatan sewa jetski, paragliding dan juga banana boat |
......................................................................
18. Pantai Pasir Hitam
Pantai Pasir Hitam |
Info - Pantai Pasir Hitam
Pantai Pasir Hitam agak unik kerana pasirnya yang bewarna hitam. Pantai
ini agak tidak sesuai untuk mandi manda kerana ombak agak kuat dan juga
airnya agak dalam.
Pantai ini tidak ramai pengunjung tetapi pelbagai kemudahan disediakan.
Di sini juga terdapat deretan kedai menjual cenderahati dan pakaian serta
terdapat gerai makanan.
Terdapat cerita tersendiri mengenai Pantai Pasir Hitam ini. Mengikut
cerita dongeng rakyat tempatan adalah kerana Perang Saudara di antara
Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut.
Manakala dari sudut sains pula, penerangannya pasti jauh berbeza
dengan kisah dongeng tadi. Boleh dibaca di papan info.
Gerai Pantai Pasir Hitam Langkawi |
Cenderahati di gerai Pantai Pair Hitam Langkawi |
Gerai Makan Pantai Pasir Hitam Langkawi |
Kisah dulu-dulu mengenai Pantai Pasir Hitam |
Pasir HitAm - Dari pandangan sains |
......................................................................
19. Gunung Raya - Menikmati Sunset
Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Pulau Langkawi. Perjalanan
mendaki (menggunakan kenderaan) mengambilmasa lebih kurang 20 minit.
Tidak banyak kenderaan dan pengunjung ke sini.
Tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali melihat
keindahan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak Gunung Raya ini.
Jika cuaca baik, Perlis dan Thailand boleh kelihatan dari puncak ini.
Terdapat sebuah viewing tower yang mengenakan bayaran untuk naik ke
atas.
Sila baca catitan Mat Drat ketika menikmati sunset di sini. (Dah 2 kali
ke sini)
Saat matahari terbenam dari Puncak Gunung Raya |
......................................................................
20. Aktiviti Shopping - Kedai Bebas Cukai HIG / Rams / Idaman Suri dll
Ini bukanlah tempat menarik untuk di lawati bagi semua orang TETAPI tempat yang boleh
dikatakan wajib disinggahi jika ke Langkawi terrutama bagi wanita.
Pelbagai barangan pada harga murah ( bebas cukai) boleh di dapati di
sini seperti beg luggage, coklat dan juga pinggang mangkuk.
Kedai-kedai bebas cukai ini terletak di Pekan Kuah dan berhampiran di
antara satu sama lai
Perkongsian dahulu (trip terbaru ni, info tak banyak berubah)
~mat-drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.