Sambungan dari entry sebelum ini Trip Bercuti Ke Kundasang
Ini merupakan destinasi kami ke dua di Kundasang. Dari Pekan Kundasang ke sini hanya dalam 5 km. Terletak di kawasan Mesilau, jadi tidak sukar untuk mencari lokasi Desa Cattle Dairy Farm ini.
Kalau ke Kota Kinabalu, jangan lupa pergi ke Kundasang. Dan apabila ke Kundasang, jangan pula lupa ke destinasi ini. Suasana Desa Cattle Dairy Farm ni boleh la nak kata ala-ala New Zealand.
Dari pekan Kundasang kita akan menuju ke Mesilau. Papan tanda memang tak nampak tapi gunakan waze atau google map akan membawa kita ke situ. Tak pun tanya je orang-orang kat tepi-tepi kedai ni.
Semakin meninggalkan pekan Kundasang dan menuju ke Desa Cattle... ...pemandangan semakin cantik.....
Bukit menghijau... Langit membiru... awan memutih...
Kami sampai sini pada jam 10 pagi, bayaran dikenakan sebelum memasuki kawasan ini. Bayaran hanya perlu di buat secara pandu lalu sahaja....
Laluan menuju ke kawasan padang ragut dan tempat pemprosesan agak berlekuk tetapi jangan risau kalau kereta sewa. Yang masalahnya kalau kereta sendiri dan lowed dengan tayar nipis low profile. Ada sekali tu, sampai di atas, satu kereta tu terpaksa tukar tayar sebab tayarnya pecah.
Susana memang sangat cantik view pada waktu kami tiba... berangin dan sedikit berkabus dan kelihatan lembu-lembu sedang meragut rumput. Apa lagi, terus mulakan sessi bergambar sebelum masuk ke kawasan kilang dan kedai.
Pemandangan yang cantik, suasana yang nyaman dan dihembus angin sejuk Kundasang....semuanya agak mengasyikkan.
Pemandangan di sini sangat ohsem sebabnya akan kita dapat melihat lembu-lembu tenusu di padang ragut di atas bukit dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.... dan kabus-kabus pula melingkari kawasan ini. Sungguh mempersonakan.
Boleh la bawa baju tebal kalau datang bersama anak-anak kecil, sedikit sejuk terutama kalau hujan atau gerimis di atas sini.
Bawa juga anak-anak ke kandang lembu untuk bagi mereka peluang bermanja dengan anak-anak lembu.... pasti anak-anak seronok sebab boleh bagi makan / minum kepada anak-anak lembu. Masuk ke kandang tidak perlu bayaran, cuma perlu bayar untuk makanan dan minuman sahaja - makanan dan minuman untuk anak lembu jika kita ingin memberi anak-anak lembu ini minum dan makan.
Bayaran beri makan (rumput) dan minum (susu)
- Untuk anak lembu : RM 2.00 sebotol susu
- Untuk anak kambing : RM 1.50 seikat rumput
Juga kalau masa lawatan kita adalah pada masa perahan susu, boleh singgah juga ke kandang lembu-lembu dewasa untuk melihat aktiviti perahan susu. Bukan senang nak dapat lihat proses perahan susu, jadi arrangekan masa datang pada masa yang ditetapkan.
Dan puas tengok lembu-lembu dan bergambar, boleh la menikmati susu segar, ais krim dll di sini.
Sambil makan dan minum, boleh bersantai menikmati keindahan dan kenyamanan suasana di sini.
Sebelum meninggalkan tempat ini, jangan lupa souveniour seperti key-chain atau fridge magnet. Dan yang paling penting jangan lupa beli sedikit hasil tenusu di sini.... buat bekalan dalam perjalanan di citar Kundasang ini.
Kalau rasa tak puas di sini, boleh lah pertimbangkan menginap di mana-mana resort di area Kundasang ini. Next trip rasanya saya pasti akan menginap di Kundasang.
Info yang perlu anda tahu sebelum ke sini :
Bayaran yang dikenakan
- RM 5 untuk dewasa
- RM 4 untuk kanak-kanak.
Waktu dibuka : 8 pagi sehingga jam 5 petang. ( setiaphari )
Waktu perahan susu : 3.00 petang
Kembali ke Entry
Booking.com
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Kalau ke Kota Kinabalu, jangan lupa pergi ke Kundasang. Dan apabila ke Kundasang, jangan pula lupa ke destinasi ini. Suasana Desa Cattle Dairy Farm ni boleh la nak kata ala-ala New Zealand.
Dari pekan Kundasang kita akan menuju ke Mesilau. Papan tanda memang tak nampak tapi gunakan waze atau google map akan membawa kita ke situ. Tak pun tanya je orang-orang kat tepi-tepi kedai ni.
Mula melepasi pekan Kundasang |
Semakin meninggalkan pekan Kundasang dan menuju ke Desa Cattle... ...pemandangan semakin cantik.....
Bukit menghijau... Langit membiru... awan memutih...
Kami sampai sini pada jam 10 pagi, bayaran dikenakan sebelum memasuki kawasan ini. Bayaran hanya perlu di buat secara pandu lalu sahaja....
Pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm - Bayar di sini |
Laluan menuju ke kawasan padang ragut dan tempat pemprosesan agak berlekuk tetapi jangan risau kalau kereta sewa. Yang masalahnya kalau kereta sendiri dan lowed dengan tayar nipis low profile. Ada sekali tu, sampai di atas, satu kereta tu terpaksa tukar tayar sebab tayarnya pecah.
Laluan magak sedikit berlubang-lubang. |
Susana memang sangat cantik view pada waktu kami tiba... berangin dan sedikit berkabus dan kelihatan lembu-lembu sedang meragut rumput. Apa lagi, terus mulakan sessi bergambar sebelum masuk ke kawasan kilang dan kedai.
Bergambar di batu 'trademark ' |
Untung la ko lembu... udara segar, nyaman...patutla ko sihat |
Sihat-sihat lembu ni semua... |
Pemandangan yang cantik, suasana yang nyaman dan dihembus angin sejuk Kundasang....semuanya agak mengasyikkan.
Pemandangan di sini sangat ohsem sebabnya akan kita dapat melihat lembu-lembu tenusu di padang ragut di atas bukit dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.... dan kabus-kabus pula melingkari kawasan ini. Sungguh mempersonakan.
Di sini nanti, luangkan masa dengan bergambar dengan pemandangan yang cukup cantik.... ala-ala di ladang lembu New Zealand. Lagi-lagi kalau sewaktu tiba di sana nanti, cuaca berkabus...memang cantik.
Gambar sewaktu trip bersama rakan sekerja |
Gambar sewaktu trip bersama rakan sekerja |
Boleh la bawa baju tebal kalau datang bersama anak-anak kecil, sedikit sejuk terutama kalau hujan atau gerimis di atas sini.
Bayaran beri makan (rumput) dan minum (susu)
- Untuk anak lembu : RM 2.00 sebotol susu
- Untuk anak kambing : RM 1.50 seikat rumput
Kaunter bayaran kalau nak beli susu dan rumput untuk anak lembu / anak kambing |
Juga kalau masa lawatan kita adalah pada masa perahan susu, boleh singgah juga ke kandang lembu-lembu dewasa untuk melihat aktiviti perahan susu. Bukan senang nak dapat lihat proses perahan susu, jadi arrangekan masa datang pada masa yang ditetapkan.
Kami tiba bukan waktu perahan susu... tengok lembu berehat je la
Dan puas tengok lembu-lembu dan bergambar, boleh la menikmati susu segar, ais krim dll di sini.
Gelato Fresh... |
Sambil makan dan minum, boleh bersantai menikmati keindahan dan kenyamanan suasana di sini.
Sebelum meninggalkan tempat ini, jangan lupa souveniour seperti key-chain atau fridge magnet. Dan yang paling penting jangan lupa beli sedikit hasil tenusu di sini.... buat bekalan dalam perjalanan di citar Kundasang ini.
Kalau rasa tak puas di sini, boleh lah pertimbangkan menginap di mana-mana resort di area Kundasang ini. Next trip rasanya saya pasti akan menginap di Kundasang.
Info yang perlu anda tahu sebelum ke sini :
Bayaran yang dikenakan
- RM 5 untuk dewasa
- RM 4 untuk kanak-kanak.
Waktu dibuka : 8 pagi sehingga jam 5 petang. ( setiaphari )
Waktu perahan susu : 3.00 petang
Kembali ke Entry
Booking.com
Selamat Bercuti
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah:
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu
Trip Kota Kinabalu & Kudat
Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
ReplyDeleteSalam,
Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kita Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak. Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 014 201 1144 untuk tempahan.
Terima kasih

Wasallam... Boleh tinggalkan contact nombor dan iklankan di entry saya yang ini....
Deletehttp://mat-drat.blogspot.my/2016/12/kereta-sewa-murah-kota-kinabalu-sabah.html

Rangkaian internet apakah yg terbaik bermula KK - kundasang? Terima kasih
ReplyDelete