Taman Ekuestrian Putrajaya
Hari ke dua Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) ini bersambung lagi. Taman Ekuestrian Putrajaya adalah destinasi pertama kami untuk hari ini.
Tapi sebelum tu... entry ni sambungan dari Tour RTA3 dari entry sebelum ini...
👉👉 Penginapan di NAFAS Cube

Pengalaman dapat menunggang kuda di Taman Ekuestrian ini walaupun hanya sekejap, bagi Mat Drat ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebelum ni, pernah sekali dua menunggang kuda padi/poney horse .... tapi kali ni Mat Drat dapat menunggang kuda yang lebih besar.
Berkuda ni bagus sebenarnya, selain untuk kesihatan ia juga merupakan antara aktiviti 'sunnah'. Kementerian Pendidikan Malaysia pun turut memasukkan aktiviti berkuda di dalam senarai sukan yang perlu di pelajari oleh pelajar-pelajar aliran Ulul Albab di SBPI, selain aktiviti memanah dan berenang.
Teringat Mat Drat masa kecik-kecik dulu, balik sekolah selalu juga singgah kandang kuda sebab kebetulan ada seorang pakcik kat kampung dulu membela 2-3 ekor kuda. Nampak hebat je lihat dia dan anak-anak dia tunggang kuda waktu petang.
Taman Ekuestrian Putrajaya ini adalah dibawah pengurusan kumpulan PULSE Group. Ia terletak di Presint 5 Putrajaya dan menempatkan lebih 100 kuda termasuk juga kuda persendirian. Terdapat pelbagai jenis kuda dengan kebanyakannya diimport dari England, Argentina dan Arab Saudi.
Taman Ekuestrian Putrajaya ini diiktiraf sebagai padang ekuestrian terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Piawaian padangnya juga mendapat pengiktirafan Persatuan Polo Malaysia dan bertaraf antarabangsa.

Kalau masih ingat pada Sukan Sea 2017 yang lalu, sukan polo dan Taman Ekustrian Putrajaya ini begitu menjadi tumpuan orang ramai. Semuanya kerana seorang kerabat DiRaja dari Brunei, iaitu Putera Abdul Marteen Bolkiah. Gadis-gadis dan mak gadis yang selama ni tak minat (tak berapa ambil tahu pun) pasal sukan polo dan ekuestrian, tiba-tiba jadi teruja dengan sukan ni.... semua penangan Prince Marteen.
Sebelum memulakan aktiviti di Taman Ekuistrian ini, rombongan kami diberikan sedikit maklumat mengenai Taman Ekuestrian Putajaya ini serta aktiviti yang akan kami lakukan di sini.
Untuk pagi ini kami akan di bawa untuk :
- Aktiviti Joy Ride
- Melawat stable (kandang kuda) untuk lihat aktiviti penjagaan kuda
- Makan tengah hari di Rallegra Cafe Taman Ekuestrian Putrajaya

Taklimat disampaikan oleh pihak Taman Ekuestrian Putrajaya |
Menungang Kuda / Horse Riding
Untuk sessi menunggang kuda pagi ini, kami disediakan 3 ekor kuda. Kuda padi (poney horse), kuda polo dan kuda 'lupa pulak jenis kuda'😊.
Menunggang kuda polo ni rupanya berbeza dengan menunggang kuda padi yang kecil tu. Besar dan tinggi kuda ni.
Sebelum bemula 'joy ride' ni, Mat Drat diajar cara duduk atas kuda dengan betul dan teknik menyeimbangkan badan. Ada teknik dia rupanya, bukan main duduk dan terus jalan je... Pengalaman menunggang kuda padi kat taman tema dan seumpamanya tu, sangat lain... kat situ naik je kuda, kuda pun terus jalan. Tak ada ilmu yang dapat, tapi di sini berbeza.
1. Kelas Belajar Menunggang Kuda (Riding School)
Untuk kelas belajar menunggang kuda (Riding School), terdapat pakej yang boleh dipilih samaada :-
- Beginner
- Intermediate
- Advance
Untuk package-package Riding School, boleh dapatkan info di laman web dan Facebook Page yang akan Mat Drat share di akhir etry ni nanti.
2. Joy Ride
Jika tak nak ambil pakej belajar dan datang suka-suka untuk menunggang kuda, pun boleh. Di sini juga disediakan pakej 'Joy Ride'.
Waktu : Selasa - Ahad (8:30am-10:30am) dan (4:30pm-6:30pm)
Lokasi : Paddock Area
Pertanyaan :019-930 7794 / enquery@tep.my
Stable Tour
Untuk yang ingin melawat stable, pihak Taman Ekuestrian Putrajaya ada menyediakan 2 pakej :
- Package A : RM 15 Nett per pax (Tour Only)
- Package B : RM 25 Nett per pax (Tour + Meal)
Tapi untuk pakej stable ni, kena booking in advance 5 hari sebelum serta minimum booking 10 paxs untuk sekali tour.
Pihak-pihak sekolah yang nak bawa anak-anak murid untuk lihat aktiviti penjagaan kuda, mungkin boleh consider untuk kesini.

Lokasi : Stable

Makanan yang disajikan memang mantap....menyengat... dan lagi best, kita makan sambil ber'view'kan padang polo yang menghijau... Memang menarik.
Mat Drat juga dimaklumkan, Rallegra ini dibuka kepada awam ye. Jadi boleh datang untuk menjamu selera di sini. Ada kupon FAVE (Groupon) Mat Drat share di bawah.
Menunggang kuda polo ni rupanya berbeza dengan menunggang kuda padi yang kecil tu. Besar dan tinggi kuda ni.
Sebelum bemula 'joy ride' ni, Mat Drat diajar cara duduk atas kuda dengan betul dan teknik menyeimbangkan badan. Ada teknik dia rupanya, bukan main duduk dan terus jalan je... Pengalaman menunggang kuda padi kat taman tema dan seumpamanya tu, sangat lain... kat situ naik je kuda, kuda pun terus jalan. Tak ada ilmu yang dapat, tapi di sini berbeza.
Pesanan
Kuda ni pantang dia, jangan sekali kali duduk / berdiri di belakang dia. Dia tak boleh nampak di belakang, jadi kalau dia perasan ada sesuatu di belakang dia, dia akan menendang. Jadi amat bahaya berada di belakang kuda.
Beramah mesra dengan kuda dahulu... |
Jom berkuda... |
Sedang belajar cara pegang dan duduk yang betul.. |
Masih ber'tatih' lagi... |
Dan terus bertatih.... |
Sessi belajar menunggang kuda |
Kuda dah tahu time makan 'dia' dah tiba... jadi kuda pun dah start berjalan ke stable dan tak nak ikut arahan. Jadi kena bagi makan dulu... sebelum sessi joy ride berakhir |
Kelas Menunggang Kuda
Untuk orang ramai yang ingin menunggang kuda, boleh lah datang ke Taman Ekuestrian ini.1. Kelas Belajar Menunggang Kuda (Riding School)
Untuk kelas belajar menunggang kuda (Riding School), terdapat pakej yang boleh dipilih samaada :-
- Beginner
- Intermediate
- Advance
Untuk package-package Riding School, boleh dapatkan info di laman web dan Facebook Page yang akan Mat Drat share di akhir etry ni nanti.
2. Joy Ride
Jika tak nak ambil pakej belajar dan datang suka-suka untuk menunggang kuda, pun boleh. Di sini juga disediakan pakej 'Joy Ride'.
Waktu : Selasa - Ahad (8:30am-10:30am) dan (4:30pm-6:30pm)
Lokasi : Paddock Area
Pertanyaan :019-930 7794 / enquery@tep.my
Penjagaan Kuda
Untuk sessi ke dua, kami di bawa ke bahagian stable untuk melihat kuda-kuda yang berada di kandang serta penjagaannya. Selain kuda-kuda Taman Ekuestrian Putrajaya ini sendiri, juga terdapat kuda-kuda perseorangan yang diletakkan di sini untuk penjagaan oleh pihak ekuestrian.
Sessi melawat stable |
Kuda pun faham waktu dia kena mandi... elok je tak bergerak |
Untung kuda ni... 'kasut'pun ada orang tolong basuhkan |
Manja kuda ni.... jarang dapat jumpa kuda putih macam ni... |
Stable Tour
Untuk yang ingin melawat stable, pihak Taman Ekuestrian Putrajaya ada menyediakan 2 pakej :
- Package A : RM 15 Nett per pax (Tour Only)
- Package B : RM 25 Nett per pax (Tour + Meal)
Tapi untuk pakej stable ni, kena booking in advance 5 hari sebelum serta minimum booking 10 paxs untuk sekali tour.
Pihak-pihak sekolah yang nak bawa anak-anak murid untuk lihat aktiviti penjagaan kuda, mungkin boleh consider untuk kesini.
Waktu : Selasa - Ahad (8:30am-10:30am) dan (4:30pm-6:30pm)
Lokasi : Stable
Pertanyaan :019-930 7794 / enquery@tep.my
Gambar : Sumber FB Taman Ekuestrian Putarjaya Lawatan Stable Tour dari sebuah sekolah |
Gambar : Sumber FB Taman Ekuestrian Putarjaya Lawatan Stable Tour dari sebuah tadika |
Rallegra Restoran
Selesai sessi melawat stable dan melihat aktiviti penjagaan kuda, kami di bawa ke Rallegra Restoran untuk makan tengah hari.Makanan yang disajikan memang mantap....menyengat... dan lagi best, kita makan sambil ber'view'kan padang polo yang menghijau... Memang menarik.
Mat Drat juga dimaklumkan, Rallegra ini dibuka kepada awam ye. Jadi boleh datang untuk menjamu selera di sini. Ada kupon FAVE (Groupon) Mat Drat share di bawah.
Meriah... |
Panas-panas balik dari stable... memang sedap kena ABC |
Menu paling meletop.... Asam Pedas Ekor Lembu. Perghhhh |
Dan di bawah ini pula promosi Rallegra Restoran yang Mat Drat jumpa di FB Taman Ekuestrian Putrajaya.
Dengarnya, buffet berbuka puasa di sini juga antara yang sentiasa menjadi tumpuan. Nanti ada info lanjut, Mat Drat akan update di sini.
Sumber : FB Page Taman Ekuestrian Putrajaya
Mediterranean Mix promotion at FAVE
RM60 for 2pax please click link below 👇👇
Fave.com!*Products shown are for illustration purposes only* |
Aktiviti Lain
xxxxxxx
Selain dari 3 aktiviti di atas ( menunggang kuda, stable tour dan menjamu selera di Rallega Restoran), di sini juga sebenarnya boleh dibuat beberapa aktivit.
Mat Drat lihat di FB Taman Ekuestrian ini, ada yang datang untuk buat family day, ada yang buat majlis di Rallega Restoran dan ada juga aktivit menaiki kereta kuda.
Dari Facebook Page, kereta kuda ni boleh naik di Dataran Putra dan beroperasi setiap hari dari pukul 8 malam hingga 10 malam (Sabtu & Ahad 8 - 11 malam).
Beberapa jam sahaja Mat Drat di sini, Mat Drat rasakan ia satu lawatan yang cukup menarik dan seakan mengundang Mat Drat untuk datang lagi bersama anak-anak. Rasanya pasti Mat Drat akan datang....
Okey..selamat menunggang kuda!!

Persint 5, 62200 Putrajaya
Okey..selamat menunggang kuda!!
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
saya nak tanya, berapa lama ambil masa untuk stable tour?
ReplyDelete