5 Langkah Yang Perlu Dibuat Apabila Passport Hilang di Luar Negara.
Baru ni Jabatan Imigresen mengeluarkan statistik dimana sebanyak 31,287 passport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun sehingga 2 Jun. Tak sampai setahun je dah lebih 31,000 passport hilang.
Alasan paling tak 'tahan' tu, 22,475 beri alasan 'tak ingat simpan di mana", 2,858 pula kata hilang masa pindah rumah. Alasan-alasan lain tu seperti tertinggal dalam kenderaan awam (termasuk kapal terbang), tercicir dari beg atau dompet, dicuri atau di rompak. Ni alasan yang biasa.
Mengikut statisik tu juga, kehilangan di luar negara tak banyak iaitu yang tertinggi dilaporkan hilang di Australia iaitu 43 passport, diikuti Singapura (41), Hong Kong (11) dan 10 di Perancis, kebanyakannya akibat rompakan atau kecurian atau tercicir dari poket dan sebagainya.
Kehilangan passport di luar negara sebenarnya akan amat-amat memeritkan. Mood nak bercuti akan terganggu atau silap-silap akan hilang. Yang pasti nak balik ke Malaysia memang confirm tak lepas. Bukan sahaja nak terbang balik tak lepas, nak bergerak pun risau takut-takut ditahan pihak berkuasa di sana.
Kehilangan passport ni akan lebih memeritkan apabila flight nak balik dalam beberapa jam lagi atau pun dalam masa satu hari. Kemudia ia akan menjadi bertambah memeritkan lagi bila kita berada di negara yang besar dimana pejabat Kedutaan Malaysia agak jauh. Dan akan berkali-kali memeritkan apabila duit kat poket tak ada!!!
Biasa kes hilang passport di luar negara ni disebabkan kecurian, dan akan hilang bersama-sama dengan wallet dan segala duit dan kad di dalam tu.
Sebelum lihat apa yang perlu dibuat apabila passport hilang, kita CUBA la dulu buat persediaan jika passport hilang. Orang kata beringat sebelum kena.
Buat Perkara ni Sebelum Travel
Biasa sebelum travel saya akan buat persedian berikut.
- Snap gambar passport. Save di handphone dan sent juga di email/whatsapp. Menjadi amalan Mat Drat juga, Mat Drat akan create group whatsapp apabila ke luar negara walaupun hanya travel berdua sahaja.
- Photocopy passport beberapa salinan. Biasanya Mat Drat buat salinan untuk simpan sendiri, salinan untuk isteri dan juga salinan simpan di beg bagasi.
- Bawa siap-siap 2-3 keping gambar saiz passport. Standbykan sahaja mana tahu terkena.
- Saya selitkan (sorok) sedikit duit di dalam bagasi untuk kegunaan kecemasan
- Yang ni pun boleh try, salah satu kad debit yang diaktifkan untuk transaksi luar negara pun selit sekali dalam bagasi. Tapi kena jaga elok-elok la.
- Dapatkan maklumat kedutaan atau pejabat konsulat yang terdekat dengan destinasi kita nak travel. Sama dengan gambar passport tadi, Mat Drat akan sent ke group whatsapp dan juga ke email sendiri.
- Kalau rajin, email ke Wisma Putra untuk inform yang korang akan ke negara sekian-sekian dan nak rajin lagi bagi itinerari sekali. Wisma Putra akan maklumkan kepada pejabat kedutaan kita. Ini penting juga sebenarnya jika berlaku sesuatu tak diingini di luar negara, maka pihak kedutaan akan cepat memberi bantuan. Contoh rusuhan atau bencana kat negara yang korang nak travel tu.
Semasa Travel dan Hilang
Jagalah passport semasa travel sebaik mungkin. Ada sesetengah orang kalau travel akan letak passport dalam safe box di hotel dan berjalan dengan salinan passport. Mat Drat kalau travel pula akan letak dalam poket seluar jeans depan.
Memang Mat Drat tak akan letak dalam pouch beg atau beg galas. Pernah sekali di Barcelona, Mat Drat perasan beg galas seperti sedang dibuka zip, nasib baik perasan dan cepat-cepat alih muka dan 'minah salleh' tu kata tangan dia tersangkut. Di Paris pun pernah sekali, tiba-tiba dihimpit rapat masa nak naik tren padahal laluan kiri kanan kosong. Agaknya ini antara cara depa mencopet kot.
Okey, bagi yang kehilangan passport di luar negara semasa travel tu, cuma perlu 5 langkah ni. 3 langkah perlu dibuat diluar negara untuk membolehkan korang balik ke Malaysia, manakala 2 langkah lagi perlu dibuat sekembalinya korang di Malaysia.
xxxxx
Langkah Perlu Dibuat Apabila Passport Hilang
1. Maklumkan pihak hotel dan minta bantuan
- Kalau dekat dengan hotel dan boleh balik ke hotel, ini yang perlu dibuat dahulu.
- Minta bantuan pihak hotel untuk hubungi Kedutaan Malaysia atau Pejabat Konsulat. Maklumkan keadaan korang kepada pegawai Kedutaan supaya mereka aware kes korang.
2. Buat report polis di balai polis berdekatan
- Mintalah bantuan pihak hotel atau sesiapa yang dapat membantu untuk bawa korang ke balai polis terdekat. Akan sedikit susah apabila passport hilang bersama wallet dan segala duit-duit. Jadi tips pecah-pecahkan duit sangat penting terutama jika travel seorang diri atau berdua. Skill buat muka sedih mungkin diperlukan di sini dan merayulah untuk hantar ke balai polis. Buatlah skill macam mana pun untuk minta dihantar ke balai polis, yang penting report polis dapat dibuat. Kalau tak, tak balik Malaysia la korang.
- Report polis ni sangat penting kerana ia diperlukan untuk buat Passport Sementara dan untuk claim insuran (jika ada beli travel insuran).
- Buat report kena jelas dengan maklumat nama, tempat hilang atau 'last seen' dan juga masa.
3. Pergi ke Kedutaan Malaysia
- Kita kena ke Kedutaan Malaysia untuk mendapatkan Passport Sementara (Sijil Perakuan Cemas). Ada passport sementara ni barulah kita dapat balik ke Malaysia.
- Korang akan diminta isi borang perakuan dan juga akan diinterview sedikit. Cerita kena betul. Gambar dan duit juga kena standby siap-siap ye.
- Rupa Sijil Perakuan Cemas (Passport Sementara) ni lebih kurang macam passport tapi berbeza warna dan fungsinya. Ia hanya boleh digunakan SEKALI dan SEHALA. Guna untuk melepasi sempadan dan balik ke Malaysia sahaja.
- Di kedutaan nanti, minta bantuan pegawai untuk hubungi pihak bank untuk batalkan kad-kad debit/kredit korang kalau hilang.
- Di kedutaan tu juga nanti, kalau dah tak ada duit cuba la tanya apa yang mereka boleh bantu. Lagi-lagi kalau flight dah terlepas. Oh ya, cuba hubungi syarikat penerbangan seawal boleh untuk maklumkan untuk tukar tarikh penerbangan.
- Satu lagi, tanya betul-betul bila passport sementara boleh siap. Mungkin pada hari sama dan mungkin tak boleh siap dalam masa sehari.
- Passport Sementara ni kena simpan elok-elok sebab perlu diserahkan kepada pejabat imigresen apabila sampai di Malaysia nanti.
Dah bila dapat passport sementara tu, bolehla arrangekan semula tiket penerbangan balik ke Malaysia.
Tapi di airport nanti bersedia apabila ditanya di kaunter imigresen (pasti ditanya) kenapa nombor passport berbeza dengan nombor passport ketika masuk. Kena bersoal jawab sedikit lah. Hanya beritahu cerita sebenar dan tunjukkan sekali report polis. Salinan report polis sangat berguna lagi-lagi kalau negara tu bahasa Inggeris tidak berapa digunakan. Dan kat sini, salinan passport yang hilang pun tunjukkan sekali kalau ada.
Cuba lah juga sembang-sembang dengan pegawai di kedutaan, mana tahu mereka boleh hantar korang sampai ke airport. Mudah sedikit urusan nanti di sana. Cuba tak salah.... kalau dapat tu kira rezeki.
Passport korang yang hilang tu, kalau dijumpai semula TIDAK boleh diguankan semula ye. Dan maklumat passport hilang ni akan masuk ke database Interpol.
Dah sampai Malaysia
4. Buat Report Polis di Malaysia
- Sampai Malaysia, ambil masa untuk ke balai polis berdekatan untuk buat report. Report polis ni pun penting untuk memohon passport baru.
- Elok pergi ke balai polis yang 'besar sedikit' sebab report passport hilang ni kena detail. Tak detail nanti imigresen reject permohonan passport baru.
- Report kat Malaysia pun sama, kena detailkan macam mana boleh hilang, letak passport di mana, masa passport hilang dan juga tempat/alamat passport hilang.
5. Buat Passport Baru di Imigresen
- Ada masa, pergilah buat laporan dan mohon passport baru. Lambat pergi nanti, takut passport sementara pulak hilang, tak pun report polis tu hilang. Kan dah banyak kerja nanti.
- Bawa sekali report polis luar negara, passport sementara dan report polis Malaysia.
- Minta borang report passport hilang dan borang mohon passport. Kat borang tu nanti juga dikepilkan sekali Surat Akuan Bersumpah dan perlukan chop Pesuruh Jaya Sumpah.
- Contoh borang 👉👉 Borang Kehilangan Passport Malaysia
Dan satu lagi, passport yang HILANG dan DIJUMPAI semula tidak boleh digunakan dan maklumat akan disalurkan ke Interpol. Masuk senarai Interpol tu... 😃
Denda Passport Hilang
Setakat ni tak ada dengar lagi kena bayar denda kalau passport hilang. Cuma perlu bayar harga buat passport sahaja. Tetapi awal tahun hari tu, ada juga dengar ura-ura yang Imigresen ingin mengenakan penalti kepada mereka yang kehilangan passport. Mat Drat tak pasti dah dikenakan atau tidak.
Dan Mat Drat turut kongsikan di blog ini:
👉👉 Beza Passport dan Visa
👉👉 Pas Sempadan / Boarder Pass ke Thailand & Indonesia
👉👉 Passport Kumpulan Lebih Menjimatkan
👉👉 Pas Sempadan / Boarder Pass ke Thailand & Indonesia
👉👉 Passport Kumpulan Lebih Menjimatkan
👉👉 Buat Passport di UTC Sentul
👉👉 Renew Passport Online
Akhir kata .... selamat bercuti.
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
terbaik.aku kje sg beg kena curi..semua dlm beg dokumen penting termasuk pasport.. info sgt berguna..thank you bro..
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan
Deleteterbaik.aku kje sg beg kena curi..semua dlm beg dokumen penting termasuk pasport.. info sgt berguna..thank you bro..
ReplyDeletemoga dimudahkan urusan bro
DeleteMat drat, apa akan jadi kalau border pass kita hilang di thailand. Tetapi kita berjaya keluar dri thailand tanpa mggunakan pas sementara?
ReplyDeleteSaya rasa perlu report polis utk elak apa apa sekiranya ada pihak yg salah guna passport kita tu nanti.
Deletemengambil berapa lama untuk membuat passport baru
ReplyDelete