Saturday, 12 March 2016

Lounge di Hamad International Airport - HIA

...bersambung dari post sebelum ini.... Terima Kasih Qatar Airways....

Hamad International Airport - HIA

Lounge di Hamad International Airport HIA
Pak Arab dari QatarAirways yang sponsor tiket kami...



Jika sebelum ini saya share berkenaan layanan 5 bintang untuk Business Class di udara, entry ini pula serba sedikit saya kongsikan berkaitan layanan khas untuk penumpang Business Class di Hamad International Airport (HIA).





Hamad International Airport (HIA)  ini merupakan hub penerbangan Qatar Airways. Dari sini, sebut sahaja nak ambil penerbangan ke ceruk mana… Afrika, Asia, Europe, America… semua ada. Qatar Airways adalah airline yang paling pesat berkembang sekarang dan memiliki penerbangan ke lebih 150 destinasi di seluruh dunia.

Kalau Emirates, Hub penerbangan mereka di Dubai dan Ethidah di Abu Dhabi


Kiranya kami ada 3 pengalaman berbeza semasa di Hamad International Airport - HIA ini ;

1. Sewaktu transit
2. Sewaktu arrival
3. Sewaktu departure



Klook.com

1. Transit di Doha (Kuala Lumpur - Barcelona )

Ini pengalaman kami sewaktu transit Penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona.

Setelah membuat pelbagai pertimbangan, saya memilih untuk mengambil penerbangan Kuala Lumpur – Barcelona dengan transit paling singkat di Doha, iaitu kami hanya ada dalam 2 jam 40 minit di Airport HIA ini. Kira okey la untuk selesaikan urusan tuntutan hadiah tiket ke Stadium Nou Camp, Barcelona serta urusan pertukaran penerbangan ke Barcelona.

Kami tiba di HIA , Doha Qatar pada jam 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) setelah 7 1/2 di dalam penerbangan. 5.30 pagi di sini telah nampak matahari terik dan di luar telah mencecah 33 degree. Memang panas keliahatan di luar.

Kalau anda bekejar untuk next flight, pastikan masa transit mencukup untuk perkara-perkara emergency! Kalau dapat gate hujung, nak sampai ke terminal untuk pertukaran flight… boleh mengah berjalan, lagi lagi kalau ada bawa anak-anak.

Kat sini saya tak berapa paham dengan pak arab ni, ruang di laluan ini cukup luas dan lapang, tapi hendak berhenti sekejap untuk hilangkan lenguh2 pun tak boleh. Cepat je pak guard dia suruh teruskan perjalanan.

Untuk makluman Airport ini agak sibuk, pastikan laluan betul samaada ke bahagian “Transit” atau ”Arrival”.

Sewaktu kami tiba, kami antara yang paling awal keluar dari pesawat. Macam biasa, penumpang biz class keluar dahulu.



Sewaktu kami tiba di bahagian transit, suasana agak kelam kabut, terlalu ramai penumpang yang menunggu untuk melepasi bahagian pemeriksaan untuk ke penerbangan seterusnya.  Agak panjang barisan mereka yang menunggu giliran. Biasa lah pemandangan macam ni di hub penerbangan yang menjadi antara pilihan penumpang di dunia.



Nasib baik kami ada boarding biz class, jadi terus melalui pintu khas. Itupun ada juga beberapa penumpang tiket biasa yang menggunakan laluan ini kerana masa mereka agak suntuk untuk mengejar penerbangan seterusnya.



Paling awal keluar dari pesawat




Setelah masuk ke kawasan terminal utama, perkara pertama saya kena cari adalah Giant Teddy Bear warna kuning sebagai meeting point kami untuk menuntut hadiah kami. Teringat kata pak arab di dalam telefon sewaktu menghubungi saya “…find a big yellow teddy bear. Very big!”

Giant Teddy Bear ni kira ikon Hamad International Airport ni. Boleh kata kalau yang sampai sini, mesti bergambar dengan bear besar ni.

Kiranya teddy bear ni tempat meeting point la. Rupanya dibelakang teddy bear ni ada kaunter informasi. Jadi kami berurusan di kaunter ini.

Dengarnya Teddy Bear ni adalah yang terbesar didunia dan berharga lebih USD 1 juta dan di’wakaf’kan oleh tuan empunya kepada Airport ini. Agaknya tak ada tempat nak letak kat rumah, jadi diletakkan di Airport… terjaga dan selamat. Bijak… bijak…



Big Yellow Teddy Bear Hamad international Airport
Big teddy bear



Ini adalah majlis ringkas penyerahan hadiah  kepada kami iaitu tiket VVIP ke Perlawanan Barcelona FC di Stadium  Nou Camp. Yang pasti ini bukan dermawan dari negara arab yang sanggup bagi berbillion ringgit tu.... ala, yang derma duit 1MDB tu!

Setelah 30 minit menunggu, akhirnya Par Arab ni datang hulurkan hadiah kami



Kemudahan di HIA
Di HIA ini, pelbagai kemudahan disediakan di sini,  butik, restoran, cafe, surau, transit lounge dll. Dan yang paling penting, kemudahan wifi turut disediakan secara percuma di dalam terminal ini. Untuk kelajuan internet yang lebih, boleh langgan tapi kena sedia maklum lah… harga internet di Doha agak mahal.

Duty Free di HIA
Di HIA ini, butik-butik free duty agak banyak, jadi jika anda dalam transit untuk pulang ke Malaysia bolehkan ambil transit yang panjang dan buat la sedikit aktiviti shopping menyopping disini. Tepuk poket tanya selera…. Kami tak explore lebih disini kali ini kerana masa pun agak suntuk, jadi kami terus ke boarding gate untuk penerbangan kami ke Barcelona. Transit lounge pun kami tak singgah.


Panggilan untuk penumpang pesawat ke Barcelona kedengaran dan 8.10 pagi pesawat kami berlepas ke Barcelona.


>> Baca pengalaman kami di Barcelona 4H3M <<<

>> Baca pengalam kami di Paris 3H2M<<


Untuk penerbangan balik ke Malaysia, kami ambil penerbangan dari Paris dan akan bermalam 1 malam di Doha. Kami pilih penerbangan yang akan tiba paling awal di Doha dan penerbangan balik ke Malaysia paling lewat keesokan harinya. Jadi dapatlah lama sedikit di Doha.


Lounge di Hamad International Airport HIA 


Ada beberapa Lounge di sini. Tapi senang kita bezakan Arrival Lounge, Transit Lounge dan Departure Lounge.



Transit Lounge (Kuala Lumpur - Doha - Barcelona )

Memandangkan kami punya transit untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona hanya dalam satu jam lebih di sini, jadi kami tak ke Lounge. 

Nak makan, dah makan macam-macam dalam flight. Baik masa yang ada kurang satu jam, kami pusing-pusing dalam area airport ni.



Arrival  Lounge (Paris - Doha )

Kami gunakan kemudahan Arrival Lounge ini semasa tiba dari Paris dan di mana kami 'perlu' menginap satu malam di Doha, Qatar. Memang syarat di tetapkan oleh pihak Qatar Airways yang mahukan kami menginap di Doha ini. 

Kena la melawat negara kelahiran Qatar Airways ni, dan kena la promote Doha sikit.

Memandangkan kami tiba di sini dari Paris agak awal, jadi sementara hendak menunggu waktu check-in di Hotel, kami beristirehat dahulu di Arrival Lounge di HIA ini. 

Arrival Lounge sewaktu kami tiba sedang di naik taraf, jadi kami diminta ke Lounge sementara. Penumpang Business Class dan First Class boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma.


Kami masuk ke sini, suasana lengang dan tiada penumpang yang menggunakannya. Mungkin kebanyakan penumpang business Class dan 1st Class akan terus ke hotel atau pun pak arab Qatar sendiri, jadi mereka akan terus pulang ke rumah mereka sendiri. Buat apa nak melepak di loung ni kan bila dah sampai destinasi.


Sewaktu berbual dengan petugas di meja kaunter, dimaklumkan kami berdua penumpang pertama yang masuk hari ini. Kami hanya berdua tetapi pelayan kami sampai empat orang. Macam VIP rasanya. Kononnya rancang nak berehat-rehat sekejap di sini dalam 2 jam untuk recharge tenaga sebelum meronda-ronda di Doha. 

Baru duduk sekejap, datang la pelayan offer itu dan ini. Bersungguh-sungguh suruh kami makan. Kesian kat chef yang telah sediakan makanan, kami yang kekenyangan makan di dalam flight Paris- Doha tadi terpaksa juga la merasa apa yang terhidang kat sini. Makanan pelbagai tetapi selera dah tak ada sebab kekenyangan.


Akhirnya kami makan juga la sebab kasihan kat chef yang bersusah payah sediakan pelbagai pilihan makanan walau pun tak ada pengungjung. 


Terasa seperti Lounge ini kami yang punya…. 
Boleh makan sepuas-puasnya. Boleh guling-guling sebab tak ada orang

Isteri saya ... sampai tak tahu nak pilih apa. 


Selepas mengisi perut, kami melelapkan mata di ruang bilik yang agak kecil. Tiada sofa dan tiada katil untuk tidur. Mungkin kerana ini lounge sementara sahaja. Kami buat style kami, susun kerusi dan jadikan katil.


Dalam jam 11 pagi lebih, untuk segarkan diri kami mandi disini. Bilik air cukup bersih dan kemas. Tip Top. Kelengkapan lengkap disediakan termasuk tuala, sabun, shampoo, body lotion dll. Kalau dalam pesawat diberi jenama Giorgio Armani, di sini pun sama.


Betapa tak ada kerja nya mereka-mereka ini, sampaikan ada tiga orang pekerja yang menunggu saya sewaktu saya hendak mandi. Mereka menunggu di luar bilik mandi dan tak sabar-sabar nak masuk ke bilik air apabila saya selesai mandi. Tak sabar nak lap semua kesan-kesan percikan air rupanya. Patut saya masuk tadi kering semacam je bilik air ni.

Di sini disediakan bilik conference dan bilik komputer ala ala cyber cafe. Dalam bilik yang ada lebih kurang 10 komputer ni pun, ada 2 orang pekerja. Setiap kali saya lalu, bersungguh-sungguh la mereka ni mengelap meja dan kaki kerusi yang memang sedia berkilat tu. Agaknya pak arab ni memang garang kot… sebab tu mereka takut betul kalau nampak tak ada kerja.


Apabila kami bersiap-siap untuk keluar, datang la pula pelayan suruh kami tunggu sekejap sebab chef akan serve lunch dalam 10-15 minit lagi. Emmm…. rezeki jangan di tolak, kami tunggu sekejap untuk menu lunch disediakan. Kesian pulak kat chef kalau tak ada orang nak makan masakan dia... jadi kami tunggu.


Lunch time…. Ini Lounge, ana yang punya. ha ha ha…..

Nampaknya buffet lunch yang disediakan, hanya kami sahaja yang makan. Kesian chef, masak macam-macam tapi yang makan kami berdua sahaja.

Selesai memenuhkan perut, kami terus menuju ke hotel penginapan kami, Hotel W Doha.


>> Baca pengalaman kami di Doha 2H1m <<<


Departure ( Doha - Kuala Lumpur )

Kami ke sini semasa penerbangan kami dari Doha ke Kuala Lumpur.

Doha ( DOH) 19:45 – Kuala Lumpur (KL) 7:55 ( 7 jam 10 minit)

Dari Hotel W Doha kami menaiki teksi. Minta pihak hotel uruskan. Tambang dikenakan sebanayak QD 60. Disini rupa-rupanya, disediakan entrance khas untuk Business dan First class. Apabila teksi berhenti sahaja, terus akan datang seorang petugas menyambut dan mengangkat beg-beg kita dari teksi dan kita di bawa terus ke kaunter check-in.



Gambar Staff Departure 1
Sebelah saya tu petugas yang menyambut kami dari teksi, dan membawa beg-beg kami sehingga ke kaunter check-in. Banayak kaunter disediakan, jadi tidak perlu beratur. 


Gambar Staff Departure 1
Petugas kaunter very friendly. Urusan dipermudahkan tanpa banyak songeh.


Selesai urusan check-in, kami dibawa terus ke laluan pemeriksaan imigresen dan kastam. Tak perlu kelam-kabut kerana penumpang busines class ada laluan dan petugas khas Selesai urusan check-in, imigresen dan kastam….

Selesai pemeriksaan, boleh la kami mulakan aktiviti shopping menyopping (window shopping)


Dan kami terus ke Lounge yang menanti...



Departure Bussiness Class Lounge 

Lounge ini cukup luas dengan menyediakan dua ruang makan di 2 tingkat. Tangga dan lif disediakan, tak larat naik tangga boleh naik lif..... maklumlah dah letih berjalan. 


Makanan "berat" disediakan di atas termasuk makanan ala-carte yang boleh di request dari chef. Sewaktu kami makan-makan di tingkat bawah, 2 kali pelayan datang untuk maklumkan kami banyak pilihan makanan di tingkat atas dan chef menanti di atas.Oleh kerana 2 kali dipesan, jadi kami naik jugalah ke tingkat atas.


Klook.com


Masa untuk menikmati makanan yang disediakan…. 

Suasana Business Class Lounge... cukup luas dan selesa. 2-3 kali ganda dari Golden Lounge kat KLIA. Lagi ramai manusia. 



Untuk maklumat mengenai Hamad International Airport, baca disini…HIA




Baca catatan seterusnya untuk pengalaman kami bercuti ke Barcelona - Paris - Doha atas tajaan Qatar Airways







BOOK YOUR FLIGHT WITH QATAR AIRWAYS


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.