Pages

Monday, 23 April 2018

PERCUTIAN KE KOREA - Tips dan Panduan Melancong





Mat Drat cuma nak share beberapa info yang dapat membantu. Tips dan panduan ni Mat Drat akan tambah dari masa ke semasa.

Mat Drat baru je balik dari Seoul, tak sempat nak menulis dan berkongsi detail mengenai trip ni, tapi sebab ada yang bertanya jadi Mat Drat share sikit info dulu.

Untuk detail, nanti boleh baca travelog percutian Mat Drat ke Seoul ni, sedikit hari lagi Mat Drat akan kongsikan.


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat


Edited : 
Travelog Trip Seoul boleh baca di link di akhir entry ini. Mat Drat dah upload.


INTRO TRIP PERCUTIAN KE SEOUL


Ni trip Mat Drat bersama 17 orang... Boleh la kata ini lebih kurang ini adalah trip 'budget' mengejar Cherry Blossom. Last year Mat Drat ke Busan, Korea tapi terlewat 2 minggu...semua bunga sakura dah gugur.

Trip ni 6H4M dengan penerbangan MAS
  • Berlepas            Isnin 11:30 pm, tiba di Seoul Selasa 7:10am
  • Bertolak Balik     Sabtu 11:00 am, tiba di KL 4:30 pm

Total Kos tak sampai RM 2,550 seorang all in termasuk tiket flight, makan, hotel, tiket entrance, airport transfer dan tiket tren. 

Untuk senang kira... Mat Drat gunakan currency rate 10,000 KRW = RM40 (tapi waktu tukar hari tu, 10,000 KRW = RM37.77).

Pecahan kos lebih kurang (bundarkan ke ratus), tapi ini tak termasuk kos shopping souveniour dll ye.
  • Flight  RM 1,200 - MAS beli waktu MATTA Fair Online
  • Hotel  RM   400 - seorang utk 4 malam (bilik twin single RM 200/nite)
  • Makan RM  250 - Kami makan di restoran sekali sehari sahaja (lunch atau dinner sahaja)
  • Makan RM 50 -  Makanan Ready To Eat (Brahim's, My Chef dan Adabi
  • T Money Card RM 100 - Beli T Money untuk memudahkan bergerak menggunakan subway metro.
  • Tiket Entrance RM 550 - Everland Theme Park, N Tower, River Cruise, Nami Island, Gravin Museum 
    Mat Drat dapat jimatkan kos tiket sebab banyak order melalui KLOOK untuk tiket entrance. Memang banyak jimat...



    KUPON DISKAUN KLOOK


    Kalau ada kupon Diskaun Klook, lagi jimat. 
    Mat Drat akan share dari masa ke semasa kupon diskaun KLOOK yg ada di link ini
    👉👉 KUPON DISKAUN KLOOK  👈👈





    1. MASA PALING BEST KE SEOUL KOREA


    Suasana di Nami Island.
    1. Winter 2. Spring 3. Autumn 4. Summer




    Masa paling best bagi Mat Drat adalah musim autumn atau pun musim spring. 

    MUSIM BUNGA : SPRING dan FULL BLOSSOM (Mac - May)
    • Ni paling ramai pelancong ke Seoul
    • Average temperature (Mac - 10℃, Apr - 18℃, May - 23℃). Tapi malam lagi sejuk. 
    • Waktu ni bawa la jacket tebal ye.
    • Spring ni cantik dengan bunga-bunga terutama kalau kena tepat dengan full blossom.
    • Tahun ni rezeki Mat Drat ke Seoul memang tengah full blossom.
    • Tahun sebelum ni, Mat Drat ke Busan tetapi tarikh tak kena full blossom. Sampai di Busan waktu tu  dah seminggu lebih dari full blossom dan sakura pun dah gugur.
    • Masa kat Seoul last year, terpaksa beli jacket tebal di Busan sebab jacket yang Mat Drat bawa tak tebal. Tak tahan sejuk kat.


    MUSIM PANAS : SUMMER (Jun - Ogos)
    • Musim ni Seoul paling panas, tapi tak sepanas kat Malaysia.
    • Average temperature (Jun - 27℃, Julai - 29℃, Ogos - 29℃). Tapi malam akan turun sedikit.
    • Waktu ni pun tempat tarikan masih ramai orang biasanya. Kalau kat pantai macam Hyuandae Beach kat Busan tu, waktu ni akan dipenuhi dengan orang berjemur..
    • Kalau nak datang waktu ni, datang la waktu penghujung Summer sebab tak panas sangat...waktu tu dah nak masuk Autumn

    MUSIM LURUH : AUTUMN (Sept - Nov)
    • Musim Autumn pun ramai peminat sebab taman-taman di Seoul akan cantik dengan daun-daun keguguran.
    • Average temperature (Sept- 26℃, Oct - 20℃, Nov - 12℃). Malam akan turun lagi. Kalau hujung bulan Nov tu memang dah start sejuk sebab dah nak masuk winter.
    • Kalau ke Nami Island....cantik sangat pemandangan dia. 


    MUSIM SEJUK : WINTER (Dec - Feb)
    • Kalau yang minat bercuti musim winter, boleh la. Hotel pun biasanya murah sikit, dan tempat tarikan pun tak berapa ramai sangat.
    • Average temperature (Dec- 4℃, Jan - 2℃, Feb - 4℃). Kalau malam tu memang kena pasang heater la baru boleh tidor. Nak basuh muka waktu ni pun tak sanggup ooo...sejuk. 
    • Mat Drat tak suka bercuti musim Winter sebab
      • Beg luggage besar sebab kena bawa pakaian musim sejuk
      • Tempat lawatan banyak tutup awal sebab malam sangat sejuk
      • nak jalan-jalan waktu malam, kurang sesuai sebab sejukk 

    2. FLIGHT KE SEOUL

    Biasa orang ke Seoul akan pilih AirAsia atau MAS.
    Mat Drat pernah try compare Korean Air, tapi mahal sikit la... AirAsia dan MAS juga murah.

    Tahun ni Mat Drat ke Seoul dengan MAS, tahun lepas ke Busan dengan AA.

    Kebetulan masa Mat Drat pergi ni MAS gunakan pesawat AirBus A380 800 untuk ke Seoul, mungkin sebab permintaan tinggi kot. Airbus A380 ni pesawat double deck ye.

    Baca perkongsian travelog Mat Drat - Day 1 untuk perkongsian tips dapatkan deck atas tanpa bayar lebih. (link dihujung entry ni)

    Masa penerbangan lebih kurang 6 jam 15-30 minit.

    Kalau naik AA, order la makan (in flight meal)... sampai di Seoul sana nanti perut tak lapar dan tak pening-pening nak cari makanan.


    Flight Malaysia Airlines

    Departure 
    a. 2:15pm , arrival 9:45pm
    - sampai dah malam, kira terus tidor hotel.
    - itinerari di Seoul kira start esoknya la

    b. 23:15pm , arrival 6:30pm
    - sampai awal pagi. Kira kita tidor dalam pesawat la.
    - sampai je Seoul, boleh drop beg kat hotel dan mulakan itinerari
    - kira jimat la satu malam kos hotel sbb tido dalam flight kan...


    - Mat Drat naik penerbangan 23:15. Sampai di Seoul pagi esok, terus start itinerari.


    Cek tiket Malaysia Airline ⇒ Malaysia Airlines

    ....................................................



    Flight Air Asia

    Departure 

    a. 00:50am , arrival 8:20 am
    - sampai awal pagi. Kira tidor dalam pesawat la.
    - sampai je Seoul, boleh drop beg kat hotel dan mulakan itinerari

    b. 7:20am , arrival 14:50pm
    - sampai dah petang, boleh terus ke hotel.
    - boleh buat aktiviti santai atau ke destinasi berdekatan hotel pada sebelah petang/ malam





     AIR ASIA PROMOSI BELI SEKARANG




    Untuk cari tiket murah, boleh cuba Airpaz. Airpaz ni macam Skyscanner atau CheapAir, mereka ni bandingkan harga tiket flight.  Senang macam Trivago la, cuma Trivago tu bandingkan harga hotel.





    TRAVEL INSURAN / TAKAFUL

    Nota : ( Edited 13.10.2019)
    Mat Drat rasa perlu kongsi juga perkara ni.. Kepentingan Travel Insuran / Takaful yang 'cashless'

    Kita pastinya buat segala persiapan untuk mengharapkan perjalanan dan percutian kita lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Jika berlaku juga sesuatu musibah, kita tak boleh elak, tapi sekurang-kurangnya kita ada perlindungan untuk meringankan bebanan kita.


    Apa pun, Mat Drat harap semua yang baca blog ni dan bercuti, sentiasa dalam peliharaan Ilahi di dalam perjalanan pergi dan balik serta semasa percutian.


    Biasa Mat Drat akan guna Etiqa Takaful bila ke oversea. Rasanya tak pernah ambil insuran/takaful dari airlines atau third party semasa beli tiket tu.


    Etiqa Takaful ni rasanya coverage dia lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;

    1. TAKAFUL. 
    Kita muslim, seboleh-bolehnya ambillah product takaful. Tinggalkan product konventional.

    2. Cashless. 
    In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. Kat overea, kos hospital dan perubatan sangat lah mahal.
    Kalau kena bayar deposit je dulu pun, susah juga nak cari duit on the spot tu.

    Dan dah biasa juga rasanya kita dengar dan terbaca kes-kes rakyat kita terpaksa minta bantuan sebab kos perubatan terlalu mahal di oversea.

    3. Rebate 25%. 
    Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.
    Terbaru, Mat Drat baca kisah En Kamarol Khahar, beliau berkongsi pengalaman ayah beliau dimasukkan ke hospital di Seoul.

    Alhamdulillah, urusan beliau sekeluarga dimudahkan kerana banyak pihak hulurkan bantuan (wang ringgit, nasihat dan kepakaran).

    Bila baca ni, memang betullah insurance yang 'cashless' ni sangat penting. 




    .............................................................................. 

    3. VISA KE KOREA


    Jangan risau, setakat blog ni ditulis, rakyat Malaysia masih tidak memerlukan VISA untuk ke Kore.

    Tapi tak tahu lah masa akan datang, bila banyak sangat kes orang kita masuk Korea buat 'hal'.

    Macam Australia, bila rakyat Malaysia mohon VISA ETA je, cukup ketat mereka filter.

    Dah dapat VISA ETA pun, tak tentu boleh masuk Australia lagi ye!!

    .............................................................................. 

    4. POCKET WIFI


    Kalau nak jimat,trip ramai, rasanya lebih jimat sewa pocket wifi. Antaranya  Visondata Samurai Wifi atau pun running man Wifi.

    Untuk Samurai Pocket Wifi
    1. Sehari dalam RM 28 
    2. Data 1 GB / day
    3. Up to 5 device
    4. Coverage area oleh Optus
    5. Tahan sehingga 6 jam.
    6. Pick up dan return di KLIA/KLIA2

    Kalau dekat area Mid Valley/ Mont Kiara, boleh collect kat situ. Atau kalau rasa nak suruh courier, pun boleh.  Nak pickup di Mid Valley/ Mont Kiara, mesti sehari sebelum. Untuk pickup di KLIA/KLIA2, mesti hari yang sama.

    Device pocket wifi Samurai ni tahan sehingga 6 jam, jadi nak jimat bateri jangan la on sepanjang masa. Jangan lupa bawa power bank.

    Cara nak Order pocket wifi
    1. KLIK Link ni Visondata Samurai Wifi ,
    2. Pilih negara nak ditujui ,
    3. Pilih kuantiti unit nak (1,2,3....) ,
    4. Masukkan maklumat departure dan arrival ,
    5. Pilih lokasi nak pickup dan return.

    Visondata pocket WiFi


    ..............................................................................

    Tapi tak tahu lah masa akan datang, bila banyak sangat kes orang kita masuk Korea buat 'hal'.

    Macam Australia, bila rakyat Malaysia mohon VISA ETA je, cukup ketat mereka filter.

    Dah dapat VISA ETA pun, tak tentu boleh masuk Australia lagi ye!!

    .............................................................................. 


    4. INCHEON AIRPORT 


    Boleh kata pemeriksaan di sini agak keta, cuma tidak seketat nak masuk dan nak keluar Australia.
    Ingat pesanan ni,
    jangan bawa sebarang item yang boleh di kategorikan sebagai senjata walaupun dietakkan di dalam check-in bagasi.

    Untuk penerbangan balik, liquid atau gel jangan bawa lebih dari had. Nnati beli banyak-banyak kosmetik, kena buang je. Barang-barang ni check-in kan sahaja.


    5. AIRPORT TRANSFER

    Dari Incheon Airport boleh pilih nak ke Seoul samaada nak menaiki 
    1. Airport Tren Arex
    2. Bus 
    3. Teksi. 
    Grab car di sini agak susah dan sangat limited rasanya (ikut pengalaman) jadi kami tak guna grab car sebab mereka ada hailing app Korean sendiri.




    1. Airport Tren (AREX)

    Klook.com



    Nak paling jimat dan mungkin paling cepat, naik Airport Tren AREX.

    Maklumat lanjut untuk menaiki tren ni boleh layari laman web 👉👉 Airport Tren AREX

    Tren akan berlepas dari Terminal 2, kemudian singgah di Terminal 1 dan akan menuju ke Seoul. 

    Di Seoul, turun di Seoul Station.
    Kemudian sambung naik subway metro ke hotel. Bergantung kepada lokasi hotel. Nasib baik, perlu naik 1 tren shj, nasib tak berapa baik kena naik 2 tren (tukar lane tren).
      Tambang tren : KRW 9,000 (Dewasa) / KRW 7,500 (Kanak-kanak)

      Nak jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK AREX. Boleh dapat lebih 15% diskaun. Masa Mat Drat ke Seoul hari tu, KLOOK offer harga RM24  RM30 sahaja. 



      Dari Incheon Airport boleh naik tren sama ada 

      1. Tren non-stop 
      • tren tanpa henti ke Seoul
      • tren berhenti di Seoul Station
      • Masa perjalanan 51 minit (Terminal 2) / 43 minit  (Terminal 1)
      2. Tren berhenti-henti. 
      • tren berhenti di beberapa station
      • tren berhenti di Seoul Station
      • Masa perjalanan 66 minit (Terminal 2) / 59 minit  (Terminal 1)

      Jadi kalau nak terus ke Seoul, boleh naik tren Non-Stop.

      Atau install dulu app Kakao Metro dan lihat option mana paling cepat dan memudahkan ke hotel.

      Pengalaman Mat Drat naik tren di Korea (Busan dan Seoul), masa sangat tepat. Nak jumpa tren lambat 1 minit pun susah.


        Tapi Mat Drat tak cadangkan sangat naik tren ni ke Seoul jika yang datang tu 'berfamily dengan anak-anak' sebab.....
        • Dari Airport Tren (AREX) di Seoul, kita perlu menukar tren subway metro untuk lane dalam Seoul pulak. Mungkin 1 atau 2 kali kena tukar tren bergantung kepada kedudukan hotel yang kita pilih.
        • Boleh la bayangkan contohnya pelancong dengan family datang Malaysia dan dari KLIA mereka naik ERL ke KL Sentral, kemudian sampai KL Sentral kena tukar pulak tren LRT/MRT atau Monorail, bergantung kepada lokasi hotel mereka.  
        • Bayangkan kita dengan anak-anak dan luggage yang banyak, dan kita keletihan 5-6 jam penerbangan baru sampai dari KL, kemudian perlu angkat beg yang besar dan berat, menaiki tangga di station metro
        • Station metro di sini ada yang sampai 3 layer ye. Lift biasa digunakan untuk mereka yang OKU, Warga tua da ibu mengandung ye. 
        • Jarang orang biasa sihat walafiat gunakan life ni . 
        • Kedudukan lif ni mungkin di bahagian /direction lain dengan Exit orang biasa. Jadi kena menapak jauh sikit la.
        • Dan tren metro di sini, sangat padat untuk sesetengah lane terutama awal pagi dan sebelah petang.
        • Dan kemudian dari last station metro, kita perlu menapak dengan beg (berat dan besar) ke hotel, kesian kat anak-anak. Kalau hotel sebelah station tak ada la masalah sangat.
        • Jadi, yang 1st time sampai Seoul ni, Mat Drat rasa mungkin tak sesuai sebab mungkin perlu kan masa bawa untuk sesuaikan dan memahami system metro di Seoul. Lagi-lagi kalau bawa family.

        Pesanan Ikhlas
        Kalau datang bercuti bawa orang yang berumur (mungkin ibu bapa), seboleh-bolehnya kurangkan pergerakan berjalan kaki. Mat Drat tak akan lupa bila berselisih dengan satu family dari Malaysia yang bawa orang tua (mungkin ibu dia), berjalan kaki mendaki bukit menuju Masjid Seoul. Tinggi bukit tu dan agak jauh dari Station Metro. Patut naik la teksi dari metro station tu. Kesian sangattttt.



        2. KAL Bus Limousine

        Klook.com

        Nak jimat dan lebih selesa boleh juga consider naik bas KAL Limousine yang disediakan dari airport.  

        Bas KAL Limousine ini adalah perkhidmatan bas Airport ke Bandar Seoul yang cukup selesa.

        Bas akan berhenti di station-station atau bus stop yang ditetapkan. Kalau hotel depan atau berdekatan bus stop tu, lebih senang naik bas ni dari naik tren. 

        Ada beberapa bas, setiap bas ada nombor dia dan laluan yang berbeza.

        Pastikan lokasi hotel, dan kenal pasti lokasi bus stop terdekat. Nak kepastian, email shj pihak hotel dan tanya mengenai bas airport transfer.

        Macam Morning Sky Hotel hotel yg Mat-drat duduk, kena ambil bas route 6015.

        Kalau naik tren, kena tukar tren...kena naik tangga ....akan meletihkan jika bawa beg, lagi-lagi jika tren tu penuh dan crowded.

        Boleh layari laman web rasmi untuk detail  http://www.airportlimousine.co.kr/html/index.php

        Tiket boleh dibeli di Airport, ada kaunter tiket bas.

        Tambang dalam KRW 15,000 (RM 60).

        Nak jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK KAL Limousine Bus . Tak semua route bas ada dijual di Klook.

        Ada diskaun disediakan. Masa Mat Drat ke Seoul hari tu, KLOOK offer RM52 RM60 sahaja. 

        Nak jimat lagi dan lagi, intai kod jupon diskaun KLOOK di link yang Mat Drat share kat atas. 


          Naik bas limousine ni, kita tak pening-pening nak fikir angkat beg naik tangga dan tukar tren. Kira tak letih sangat berbanding naik tren. Pandangan Mat Drat la.....

          Tips : 
          1. Cari lokasi bus stop KAL Limousine  di yang paling berdekatan dengan hotel kita. Nak senang, try tanya pihak hotel.
          2. Biasakan view di google map, persekitaran dan street view bus stop yang kita akan berhenti.
          3. Try 2-3 kali di Google Map, route dari bus stop ke hotel. Nanti nak menapak, tak la tersesat jalan. Kita pun dah biasa lihat keadaan jalan kat area situ. Walaupun hanya di Google Map, percayalah sangat membantu.
          4. Inilah yang Mat Drat buat, bawa 17 orang pertama kali tiba di Seoul semuanya lancar...


              3. Teksi / Private Van

              Klook.com

              Kalau datang beberapa orang, dari naik bas mungkin boleh consider naik teksi/private van ni.

              Bila kongsi-kongsi kos, akan lebih kurang harga naik basa sahaja. Lebih pun mungkin beberapa ringgit sahaja TETAPI lebih selesa.

              Mat Drat pilih option ni masa trip ke Seoul hari tu.
                Mat Drat naik airport transfer yang disediakan oleh 3rd party. Tak nak letih-letih naik tren dan tak nak letih menapak dari bus station/stop ke hotel walaupun jarak tak jauh.

                Maklumlah baru sampai awal pagi, nak terus ke hotel. Badan pun letih lepas 6 jam penerbangan.
                  Mat Drat ambil Large Taxi ( kita boleh pilih saiz transport). Harga pun tak mahal, kongsi 6-7 orang jatuh dalam RM 60 je, macam tambang naik bas limousine je. Yang ni Mat Drat ambil Starex, sesuailah untuk bilangan 6-7 orang. Naik di airport depan gate dan berhenti depan pintu hotel. Tak letih.

                  Cuma kalau tiba di Seoul awal pagi (flight tengah malam), traffic ke SEOUL memang agak jem. Mat Drat hari tu Airport ke Hotel di Myeondong hampir 1 jam 30 minit. Memang jem.





                    Boleh pilih beberapa operator yang sediakan, boleh pilih di 👉👉 KLOOK Teksi Limo.

                    Senang, Order di Klook - print voucher - di Airport mereka dah tunggu kita. 

                      Klook.com



                      6. HOTEL DI SEOUL

                      Area yang paling digemari untuk menginap adalah di sekitar Myeong-dong. Kira kawasan tumpuan pelancong dan berdekatan dengan tempat-tempat tarikan untuk dilawati.  

                      Kat area sini ada 1 restoran Makanan Halal yang dimiliki rakyat Malaysia yang menyajikan masakan Korea. 

                      Restoran Kampungku - terletak di jalan menuju ke Namsan Tower.

                      Dan di area Myeong-dong ni, nak shopping senang. Beberapa stops (station) sahaja jika nak ke Myeong-dong market, Namdaemung Market, Insadong Market atau pun ke Dongdaemun Shopping District. Ni semua tempat tumpuan pelancong dan orang tempatan 'menyopping'

                      Memilih hotel di SEOUL ni kena perhati juga, ada sesetengah hotel tak terima kanak-kanak bawah 7 tahun. Jadi sebelum booking, baca term n cond betul-betul.

                      Jika nak pilih hotel boleh consider juga hotel-hotel lain yang sempat Mat Drat 'intai' hari tu....



                      Hotel di area Myeong-Dong 

                      Mat Drat suka area ni sebab 
                      • Dekat dengan restoran Kampungku
                      • Dekat dengan Metro station
                      • Dekat dengan Namsan Tower
                      • Dan paling seronok, dekat dengan Myeong-dong Market
                        Hotel yang Mat Drat rasa menarik dan masuk dalam shortlist Mat  Drat tempoh hari adalah

                        Intai-intai punya intai, Mat Drat tak dapat bilangan bilik yang nak di area sini. Nak dapat dalam 10 unit bilik dengan twin single bawah RM 200, memang agak susah area sini. Ye la, nak cari 10 unit serentak untuk 4 malam... memang susah la, kena pulak peak season (cherry blossom).


                        Akhirnya Mat Drat booking Morning Sky Hotel. Mat Drat share detail kat bawah.




                        Airbnb di area Seoul 

                        Asalnya Mat Drat intai-intai penginapan di airbnb, untuk jimat. Ni kan percutian bajet ke Seoul.
                        Tapi memandangkan 'rombongan' Mat Drat ni ramai, boleh kata tak jumpa unit di airbnb yang boleh muat hampir 20 orang di lokasi yang dicari.
                        Yang ada tu pun, ada separuh yang terpaksa tidur di atas sofa, jadi rasa tak fair pulak kat kawan-kawan yang kena tidur di sofa. Jadi Mat Drat pilih hotel sahaja.

                        Bagi yang pergi tak ramai dan ingin lebih jimat, mungkin boleh consider menginap unit yang ditawarkan oleh airbnb.


                        Rasanya ramai yang tahu kan, yang airbnb ni pilihan untuk penginapan yang lebih jimat sebab kebanyakkannya tuan rumah sewakan rumah mereka kepada pelancong. Jadi jangan expect macam duduk hotel pula kalau tempah di airbnb.

                        Kalau rajin mencari, rezeki akan dapat airbnb yang murah dan cukup selesa. Check betul-betul ye, takut harga tak mahal tapi bila campur cleaning fee, fee itu dan fee ini, harga jadi lebih mahal pulak dari hotel.


                        Nak jimat lagi boleh pm/email Mat Drat untuk dapatkan link harga jimat. Mungkin boleh dapat JIMAT sehingga RM120 untuk tempahan pertama


                        Yang nak cari penginapan di AirBNB, boleh guna link ni dan guna kod ni untuk dapat kredit RM 120. Banyak tu!!

                        👉👉     Airbnb Kredit RM 120    

                        Ada kawan Mat Drat dah ada akaun, jadi dia tempah melalui isteri dia sebab nak jimat RM 120. RM 120 tu..... banyak.

























                          Morning Sky Hotel

                          Mat Drat menginap di Morning Sky Hotel sbb murah dan konsep dia macam IBIS Hotel. Simple dan kontemporari.

                          Rate satu malam dalam RM 200 untuk twin single / deluxe.

                          Walau tak dapat hotel area Myeong-Dong, dapat Morning Sky pun okey sebab tak jauh dari Station Metro. Nak ke Myeong-dong pun 4 stop je kalau tak silap.




                            Ni faktor tambahan Mat Drat menginap di sini
                            • Depan Hotel ada mini park
                            • 200 meter dari bus stop untuk naik Bas Airport (Di panggil KAL Limosuine Bus)
                            • Yang nak ke Seoul dari airport menggunakan bas Limousine, boleh la consider hotel ni.
                            • 350-400 meter dari station Metro terdekat iaitu station Euiljiro 4(sa) Ga. Di sini ada 2 line metro, iaitu Line 2 (Hijau) dan Line 5 (Purple)
                            • 700-800 meter dari station metro Dongdaemun History & Culture Park. Di sini ada 3 line metro, iaitu Line 2 (Hijau) dan Line 5 (Purple) dan Line 4 (Biru)
                            • Tiap-tiap malam Mat Drat melepak di Dongdaemun History n Culture Park ni... Jalan kaki je.







                            7. TEMPAT MENARIK DI SEOUL

                            Okey.... Trip ni Mat Drat dapat jimatkan kos sebab sebahagian tiket entrance Mat Drat beli melalui KLOOK

                            Itinerari dan buat siap-siap, jadi tempat nak tuju dah tetap. Jadi tak risau nak beli tiket melalui KLOOK ni. Lagi pun, kebanyakkan tiket untuk entrance tempat menarik tu 'open ticket'.

                            Nanti di entry-entry berikutnya baru Mat Drat share travelog Mat Drat dengan kawan-kawan melawat tempat menarik di Seoul ni. 

                            Sangat enjoy dengan pemandangan yang sangat menarik. Sehari menapak 15,000 - 20,000 step pun tak terasa...

                            Antara tempat menarik yang menjadi  pilihan untuk disinggahi

                            1. Namsan Tower
                            2. Gyeongbokgung Palace
                            3. Nami ISland
                            4. Morning Calm Garden
                            5. Everland
                            6. Han River Cruise
                            7. Myeon-dong Tourist Centre
                            8. Gravin Museum
                            9. Cheonggycheon Stream
                            10. Dongdaemun Historical & Culture Park
                            11.Grand Mosque -Itawon


                            Boleh baca terus ke Travelog Trip Seoul Mat Drat untuk lokasi menarik yang Mat Drat lawati. Link setiap lokasi ada di akhir blog entry ni. Detail Mat Drat kongsikan.





                            Klook.com
                            Klook.com



                            KUPON DISKAUN KLOOK


                            Jangan lupa gunakan kod diskaun - link di awal blog entry ni 




                            8. TEMPAT SHOPPING MURAH DI SEOUL
                            Mat Drat senaraikan beberapa tempat yang biasanya menjadi tumpuan orang-orang kita menyopping kalau ke Seoul.

                            1. Myeong-dong Market- shopping kosmetik
                            2. Namdaemun Market - shopping souveniour dan brooch
                            3. Itaewon Market -  - shopping souveniour
                            4. Insa-dong Market  - shopping souveniour
                            5. Dongdaemun District - shopping

                            Boleh klik link ni... 



                            Must-buy Item di Seoul (Barang Mesti Beli di Seoul)
                            Dan biasanya barang-barang yang akan dibeli jika ke Seoul ni adalah

                            1. Barang kosmetik
                            2. Souveniour dan brooch
                            3. Fashion
                            4. Hanbook (baju tradisional)


                            Tak cukup cash
                            Tak cukup cash jangan risau, pergi mana-mana bank yang terdekat yang ada simbol CIRCUS/ VISA Plus...Keluarkan cash di situ. Tapi jangan lupa aktifkan dulu kad debit sebelum ke luar negara.

                            Mat Drat dah agak biasa withdraw duit kat luar negara, tak suka bawa cash banyak-banyak. Yang Mat Drat ingat, Mat Drat pernah keluarkan duit cash di Indonesia, Korea, Arab Saudi dan di Qatar.

                            xxxxxxxzzz









                            9. TEMPAT MAKAN HALAL DI SEOUL



                            Nak cari makanan halal di Seoul ni tidak lah terlalu sukar. Cuma kena pandai susun itinerari supaya tidak buang masa menuju ke restoran halal. 

                            Cari restroran halal berhampiran tempat kita nak tuju atau pun di sepanjang jalan menuju ke situ. 

                            Susun itinerari elok-elok, jadi tak buang masa kehulu kehilir cari tempat makan.

                            Masakan arab/india banyak tapi kami hanya mencari Restoran yang menyajikan masakan korea. Memang dah azam, datang Seoul kali ni tak nak makan di restoran India/arab dan tak nak makan kebab. Nak cari makanan Korea sahaja.


                            Antara tempat kami makan adalah 
                            • Restoran Kampungku, Myeongdong
                            • Restoran di Nami Island 
                            • Restoran Eid di Itawon.


                            Nanti di entry Tempat Makan Halal di Seoul, Mat Drat share detail mengenai tempat makanan halal di Seoul ini, lengkap dengan gambar dan lokasi.
                            Boleh klik link ni... 




                            Halal / Muslim Friendly
                            Setahu Mat Drat, status Halal / Muslim Friendly di Seoul di boleh kita bahagikan kepada 4 kategori.
                            1. Halal Certified
                            2. Muslim Self-Certified
                            3. Muslim Friendly
                            4. Pork Free

                            Beza setiap kategori ni, Mat Drat terangkan juga di link "Tempat Makan Halal Seoul " atas tadi.



                            Nasi Segera - Ready To Eat
                            Untuk jimat, boleh bawa makanan / nasi 'segera' ke sini. 
                            Mat Drat dapat jimat sebab sehari hanya sekali makan di restoran, dan sekali lagi makan nasi segera. Trip budget la katakan...

                            Antara yang Mat Drat bawa adalah 
                            • nasi goreng pelbagai jenis dari jenama Brahim's
                            • nasi arab/kabshah/biryani dari  My Chef 
                            • nasi putih My Chef  makan dengan lauk dlm tin Adabi.



                            Antara yang Mat Drat bawa jenama My Chef ni iaitu Nasi Arab Ayam Kabshah, Nasi Biryani Kambing dan Nasi Biryani Ayam. 



                            My Chef
                            My Chef ni pertama kali Mat Drat bawa produk dia ke luar negara. Kawan yang kenalkan produk ni sebab dia biasa bawa produk ni kalau travel ke luar negara.

                            Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi My Chef, tempah online dan product akan sampai dalam beberapa hari. 
                              Beli online lagi jimat. Sesuailah dengan Tag Line dia HALAL, MUDAH dan LAZAT. 

                              Beli lebih akan dapat diskaun lebih. Kalau duduk area Shah Alam, boleh juga order online dan self pick-up macam Mat Drat hari  tu.
                                Ni semua tak perlu nak masak-masak, semua dah ready untuk di makan. Cuma perlu masukkan di dalam microwave untuk panaskan dan makan. Ada masa tu, bila dah malam dan lapar....malas nak masukkan dalam microwave, Mat Drat masukkan dalam kettle yang air tengah mendidih je. Sedap je makan...



                                Brahim's
                                Product Brahim pun Mat Drat banyak juga beli tempoh hari. Kebanyakan yang Mat Drat beli adalah 'nasi'nasi goreng segera'

                                Jadi, sarapan pagi di sini, kami makan nasi goreng dan lauk segera dari tin termasuk sambal.

                                Nak jimat, boleh terus beli di kilang Brahim yang terletak di Bangi. Kalau setakat 2-3 packet, tak payah la ke sini, tak padan bayar kos minyak dan tol.



                                Lauk dalam tin (Adabi)
                                Satu lagi, biasa Mat Drat ke luar negara akan bawa juga rendang/ kari yang dah ready dalam tin tu, biasanya jenama Adabi. 

                                Beli roti di luar negara untuk makan dengan rendang/kari ayam atau daging tu untuk sarapan. 

                                Kali ni Mat Drat bawa juga nasi putih My Chef, yang dah siap masak... cuma perlu panaskan je. senang....dan jimat

                                  Nasi Putih di Seoul
                                  Kalau tak nak bawa nasi putih siap-siap dari Malaysia, boleh beli nasi ni kat Seoul je. 

                                  Di 7E banyak nasi ni. Panaskan di microwave dan boleh makan terus dengan lauk tadi.

                                  Harga dalam KRW 1,200 .....lebih kurang RM 4.00



                                    Nasi Putih Korea Murah
                                    Nasi ni KRW 1,200 je... 



                                    Banana Milk / Banana Uyu
                                    Kawan pesan hari tu, nanti sampai Seoul jangan lupa try Banana Milk.

                                    Di 7E ada jual. Tiap-tiap hari Mat Drat minum, sehari 2-3 botol.

                                    Siap beli dan bawak balik Malaysia lagi (nak habiskan baki duit syiling, pergi 7E.... beli habiskan syiling)




                                    MENU SEDAP MESTI CUBA DI KOREA

                                    Datang Korea, cuba la beberapa menu di bawah ni. Mat Drat 1st time makan makanan korea di sini.
                                    Dah balik Malaysia, kalau rasa 'rindu' makanan Korea, Mat Drat makan di Dubuyo.

                                    Antara menu wajib cuba :
                                      1. Bibimbap
                                      2. Bulgogi
                                      3. Kimchi
                                      4. Samgyetang
                                      5. Banana Milk / Banana Uyu





                                      10. ITINERARI SEOUL 5H4M

                                      Sebagai panduan asas, itinerari kami

                                      Day 1
                                      7:10 am : Tiba di Seoul
                                      Gerak ke Hotel - Check In

                                      Namsan Tower
                                      Dinner di Restoran Kampungku
                                      Shopping di Myeong-dong Market - shopping alat solek / mask / aloe vera
                                      Cheonggycheon Stream


                                      Day 2
                                      Nami Island  
                                      Lunch di Nami Island
                                      Morning Calm Garden
                                      Han Rainbow  River Cruise
                                      Dongdaemun District - shopping

                                      Day 3
                                      Everland
                                      Namdaemun Market - shopping

                                      Day 4
                                      Gyeongbokgung Palace
                                      Myeong-dong Tourist Centre
                                      Namdaemun Market
                                      Dinner di Itawon
                                      Itawon - Grand Mosque
                                      Insadong - shopping

                                      Day 5
                                      06:00 am : Gerak ke Airport
                                      11:00 am : Seoul ke Kuala Lumpur

                                      Detail Itinerari, ada Mat Drat share link di akhir blog ni. Lengkap sikit Mat Drat kongsikan, termasuk cara ke situ dan info-info berkaitan.




                                      11. T-Money Card

                                      T-Money ni untuk penjimatan bila menggunakan public tranport di Seoul.
                                      Kad ni boleh digunakan untuk airport limousine, bas, subway dan teksi.

                                      Untuk diskaun (jimat), kalau tukar mode of transport, pastikan tukar dalam masa 30 minit. Contoh dari naik tren tukar ke bas.
                                      T-Money ni macam kad Touch n Go la kalau kat Malaysia. 

                                      Ini kad prepaid, boleh beli di convenient store macam di 7E dan top up di situ. Kedai yang jual T-Money akan ada sign T-Money.
                                      Harga Kad T-Money ni KRW 2,500.  Boleh top-up minimum KRM1,000. Mat Drat top-up KRW 30,000, cukup untuk 4 hari. Tapi bergantung kepada itinerari masing-masing.
                                      Kad ni pun boleh guna kat 7E. Malam sebelum balik, Mat Drat habiskan baki dengan beli Banana Uyo kat 7E. Banyak bawak balik Malaysia Banana Uyo hari tu. Malas nak claim refund kat airport.
                                      Kad ni boleh dipindah milik, nanti balik Malaysia pass la kat siapa-siapa yang nak travel ke Seoul. Tak pun simpan je, mana tahu akan ke Seoul lagi.

                                      Boleh layari laman web / facebook KTO (Korean Tourism Board), kadang-kadang dia buat promosi dan bagi kad ni percuma. Tapi kena collect la di KL.

                                      Kad ni kalau tak habis guna kredit dalam tu, boleh claim refund di airport



                                      12. Subway / Tren Metro

                                      Kat Seoul ni Line Subway ada sampai 9. 

                                      Dan 9 line subway ni bersambung dengan line keretapi lain, terutama inter City tren. 

                                      Macam kat KL, line LRT kita ada 2 line je (Petaling dan Ampang), lepas tu ada Monorail, dan MRT. Dan line LRT dan MRT ni bersambung dengan line Komuter pul.

                                      Subway kat sini sentiasa penuh, tetapi jangan risau sebab frequency dia sangat cepat.

                                      Kalau biasa naik LRT/MRT, InsyaAllah tak akan ada masalah di sana.
                                      Station di Seoul ni, untuk tukar line tren ada yang memerlukan kita berjalan kaki agak jauh sehingga 500-750 meter.

                                      Station subway kat sini, 3 level (tingkat) tu biasa. Yang 4 tingkat pun ada.

                                      Escalator ada kat subway station TAPI kita kebanyakan station, memerlukan kita gunakan tangga untuk keluar dari station.
                                      LIF di subway station ni mereka tak guna sangat kecuali OKU, Warga emas dan mereka yang bawa strorller baby. Orang sihat, memang tak akan guna lift ni.

                                      Ingatan. Bila guna escalator, duduk di bahagian kanan tepi untuk beri mereka yang nak bergerak laju. Jangan conquer kiri kanan macam kat Malaysia ye.

                                      Seoul Korea Subway Station Map
                                      Antara station yang paling banyak tingkat..4 tingkat untuk subway sahaja.
                                      Kemudian 1 tingkat lagi untuk keluar ke jalan atas

                                      Seoul Korea Subway Station Metro
                                      Kami lelaki gentleman... bagi awek-awek duduk sepanjang perjalanan





                                      13. Sim Kad

                                      Jangan lupa beli simkad datang ke Korea sebab kita akan sangat memerlukannya.

                                      Harga dalam KRW 34,900 (1GB) atau KRW 49,900 (2GB). 

                                      Untuk senang, beli di airport kerana kebanyakkan kedai di sini boleh berbahasa English. Jadi senang berurus niaga.

                                      Sim Kad dengan data sangat penting untuk
                                      • Guna google map, tunjuk direction
                                      • Guna di metro App, senang nak plan bila naik tren.
                                      • Hubungi group member, kalau dah shopping atau kat tempat-tempat tertentu kita mesti akan bergerak secara berasingan.
                                      • Boleh video call dengan anak-anak kat rumah
                                      • Kaki upload FB, boleh upload on the spot. Tak pun sekali sekala boleh buat live video
                                      Sim Kad Murah Seoul Korea
                                      Sim Kad di Airport Seoul. Ada beberapa kedai jual.



                                      14. App untuk Tourist  di Seoul Korea

                                      Mat Drat share beberapa app yang sangat membantu sewaktu di Seoul ye, boleh la download jika app ni belum ada di hp.

                                      1. Google Translate
                                      - Di Korea boleh kata kebanyakkan akan menggunakan bahasa Korea. Jadi Google Translate sangat membantu.

                                      2. Google Map
                                      - Membantu sangat bukan sahaja untuk lihat lokasi tetapi juga best option untuk ke sesuatu tempat. Kita boleh dapat real time info seperti jadual tren atau bas.
                                      - Pengalaman Mat Drat tertinggal bas dari Morning Calm Garden untuk ke Seoul, Google Map ni lah yang bantu untuk naik bas lompat-lompat dan dapat kejar tren yang sepatutnya Mat Drat naik.

                                      3. Kakao Map
                                      - Mat Drat rasa Kakao Map pilihan terbaik app untuk train, bus dan map jika di Seoul Korea.
                                      - Sangat membantu

                                      4. Waze
                                      - Boleh la install kalau nak memandu di sana atau nak check driver teksi guna laluan mana.
                                      - Tapi pengalaman Mat Drat di Korea, rasanya pemandu teksi mereka tak macam sesetangah negara. Boleh dipercayai mereka ni.

                                      5. Korail
                                      - App untuk train. 

                                      6. Kakao T
                                      - App untuk teksi. Juga membantu.

                                      7. XE Currency
                                      - Untuk yang malas nak congak-congak dan nak elak tersalah 'convert' RM vs KRW sewaktu membeli. 
                                      - Mat Drat buat nota kecil je, tulis RM 10, RM 20, RM 50, RM 100 dalam KRW berapa. Masa nak beli, kalau tak ingat, Mat Drat refer je nota kecik ni.

                                      8. Weather App
                                      - Sangat membantu untuk yang itinerari keluar pagi smapai lewat petang atau malam.
                                      - Kita tahu lewat petang hujan taua tidak, atau berapa suhu. Jadi senang nak bawa jacket tebal yang mana hari tu.
                                      - Mat Drat bawa 2 jacket pergi sini hari tu. Dan 1 lagi light jacket.



                                      15. Pakaian Sesuai

                                      Mat Drat pergi bulan April - Autumn. Malam sangatlah sejuk, dalam 9-12 celcius.

                                      Untuk siang, light jacket dah cukup., 

                                      Untuk malam, elok bawa jacket tebal atau winter jacket. Kalau suka berjalan malam macam Mat Drat.

                                      Kasut....percayalah, kasut sukan / sport shoes sangat membantu kerana kita akan banyak berjalan dan banyak turun naik tangga di station subway. Average steps yang Mat Drat melangkah di sini, dalam 15,000 - 20,000 sehari. Banyak tu...

                                      percutian ke seoul
                                      Kami kesejukan...sementara menunggu geng perempuan shopping di Myeong Dong Market.
                                      Waktu ni sekitar 8pm...dalam 10-11 celcius.




                                      16. Lain - lain

                                      Universal Adapter
                                      Jangan lupa bawa universal adapter. Bila beli yang 'universal', biasanya pin untuk Korea akan ada. Pergi je DIY atau Mydin, bawah RM 10 boleh dapat. Bawaklah 2-3.

                                      Power Bank
                                      Jangan lupa bawa. Kita keluar hotel awal pagi, dan balik lewat petang. Banyak akan guna handphone untuk ambil gambar dan guna untuk app dan maps

                                      Multiple Socket
                                      Kalau bawa, ia akan sangat membantu sebab di bilik hotel mungkin plug ada 2-3 sahaja. Nanti tak la berebut nak caj hp, power bank, wifi pocket, camera dll

                                      Kad Debit - aktifkan
                                      Jangan lupa aktifkan sebelum ke oversea. Kita tak tahu bila kita memerlukannya.

                                      Bukan sahaja perlu untuk saat kita kehabisan tunai untuk shopping, tetapi terjadi kes-kes tertentu yang memerlukan cash, kita dah ready untuk keluarkan cash.

                                      Contoh, berlaku kemalangan atau sakit, cash diperlukan sebab kita jarang bawa cash berlebihan.  Waktu ni , debit card sangat membantu.

                                      Travel Insurance
                                      Ingat ye, di oversea ni kos ubat dan hospital agak mahal. Ada negara sangat mahal.

                                       Mat Drat kalau ke oversea, tak pernah tak ambil insuran, walaupun ke Indonesia atau Thailand. Tak salah beringat sebelum kena.

                                      Harga insuran/takaful tak mahal mana. 

                                      Ambillah yang cashless, in-case kena masuk hospital , tak la kita atau waris kita pening nak cari cash beribu ringgit atau puluh ribu ringgit.

                                      Rasanya kita dah biasa baca kes warga Malaysia menghadapi masalah apabila terpaksa masuk ke hospital di luar negara.

                                      Cadangan Mat Drat, boleh consider ambil TAKAFUL ETIQA. Mat Drat biasa ambil Etiqa Takaful sebab cashless.


                                      Makanan Dalam Flight
                                      Makanan dari dalam flight,kalau tak habis jangan bawa turun ye.




                                      Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye....




                                      Percutian ke Seoul

                                      Tips dan Panduan 
                                       Travelog Seoul - Day 1 

                                       Travelog Seoul -Day 1

                                       Travelog Seoul -Day 1

                                      Travelog Seoul -Day 2

                                      Travelog Seoul -Day 2

                                      Travelog Seoul -Day 3

                                      Travelog Seoul -Day 4


                                      Travelog Seoul -Day 4

                                      Travelog Seoul -Day 4
                                      Travelog Seoul -Day 4

                                      Travelog Seoul -Day 5




                                      Tempat Shopping Murah di Seoul


                                      Itenerary Ke Seoul 5H4M


                                      ~Mat-Drat ~

                                      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

                                      33 comments:

                                      1. wah menarik.. parking tepi dulu.. 16 org ni family atau kawan2?

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. TQ Singgah.... kawan2... 30++ sampai umur 60 tahun.

                                          TQ komen sbb baru teringat Travelog SEOUL ni belum tulis. Balik London kena sambung tulis... TQ again

                                          Delete
                                      2. salam .. bila nak sambung tulis travelog seoul.. blh buat rujukan nk p mgu ni hahaha

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Wasallam.... He he he..
                                          Mood nak menulis blog baru dtg minggu ni, duk sibuk upload cerita trip London - Edinburgh.

                                          Cik / puan balik nanti share sikit kat sini ye. Mlm tadi baru siap separuh day 1... 😁😁😊😊

                                          Delete
                                      3. Sy nk pegi bln disember ni..masih mencari2 tmpt yh menarik

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Saya tgh tulis travelog Seoul, lagi bbrapa hari saya start publishkan... Nanti jemput baca...

                                          Delete
                                      4. Nice sharing Mat Drat...boleh sy tahu/advise apps apa yg senang utk guide kita naik train mana, platform mana, then kalau naik bas, bas no berapa?

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Utk tren... Saya pakai KAKAO.

                                          Bas, kami naik sekali je (terpaksa masa dari Nami Island / Morning Garden) saya guna Google Map je.. Sgt membantu dan tepat

                                          Delete
                                      5. Nice sharing Mat Drat. InshaAllah sy dan isteri akan ke seoul awal bulan 3 nnt. Boleh advise x apps apa yg sesuai utk guide kita to use public transport? Apps yg guide contohnya train platform mana, tambang berapa, and no bas kalau nak guna bas.

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. TQ bro... Sambung jawapan atas tadi.

                                          Utk bas di KAKAO pun ada, tapi dah terbiasa guna google map. Lagi pun hari tu, sekali je naik bas.

                                          Selamat Bercuti 👌

                                          Delete
                                      6. slm, mat drat. boleh kongsikan dgn sya, link harga jimat di air bnb. maaf, sya x jumpa cara nk pm mat. Terima kasih

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Wasallam.. Sory lambat reply.

                                          Saya dah letakkan link di atas, 😊

                                          Delete
                                      7. Pakai visa tak pergi korea?

                                        ReplyDelete
                                      8. Hi boleh mintak emel mat drat tak? Sbb nak guna kod airbnb tu

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Boleh try klik link Travelog London saya...

                                          Bawah Title "sebelum berlepas"
                                          Item 5 (Booking Hotel), ada link ke AirBNB... Tak payah masukkan kod


                                          https://mat-drat.blogspot.com/2019/01/travelog-percutian-ke-london-day-1.html?m=1

                                          Delete
                                        2. Sbb kalau email... Saya kena cari kod semula, dah tak ingat ��

                                          Delete
                                      9. Hai.. nak tanya yg airport bus tu boleh beli kat kaunter on that day atau memang kena book awal?

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Hai... Airport bas tu boleh je beli kat airport.

                                          Beli awal kat Klook tu kalau nak diskaun. Kalau beli kat Klook, jgn lupa print voucher dan redeem tiket di kaunter tiket (termasuk tiket balik kalau ada beli)

                                          Delete
                                      10. Nice sharing mat drat. Info ni sesuai untuk first time traveller yang nak ke Seoul. Simple je info tapi padat. Well done.

                                        ReplyDelete
                                      11. nk guna klook on the spot boleh ke?ke memang kne print voucer

                                        ReplyDelete
                                      12. Setiap item/product berbeza.

                                        Ada dpt confrmation on the spot, adabyg 1 day.

                                        Ada yg kena print voucher, ada yg boleh pakai app.

                                        Apa pun baca syarat/term setiap item (cara redeem)

                                        ReplyDelete
                                      13. mknan yg berunsurkn daging boleh bwk.msuk ke..ada ckp x boleh

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Pengalaman 2 kali bawa makanan (ready to eat), tiada masalah. Yang penting semua makanan dipack dari Kilang, bukan home made.

                                          Tak tahu la pula kalau skrg ada peratursn baru

                                          Delete
                                      14. Info sangat berguna Encik..time winter everland bukak ke?.Cari pskej yg gi main ski dan Everland x dapat..tetingin buat trip sendiri tanpa pakej..tp bimbang x larat nak turun naik train. Naik teksi okay ke?

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. Everland buka, cuma mungkin rugi sikit sbb
                                          1. Mungkin Ada ride yg tutup
                                          2. Sejukkkk, takut Tak tahan lama lama.
                                          Advantage, Tak payah Q panjang, sbb Tak ramai orang.

                                          Delete
                                        2. Naik teksi pun okey, janji install app Dan download Google translate siap2.

                                          Pengalaman Naik teksi di BUSAN, (kecuali airport transfer), susah nak jumpa driver yg boleh speaking.

                                          Kita sebut destinasi depa tak faham, sbb slang Kita berbeza.

                                          Boleh DIY, Saya suggest ke Everland atau Nami Island, terus ambik shuttle bus.

                                          Delete
                                      15. Assalamualaikum bang mat.. Terbaik sangat sharing ni.. Terima kasih memudahakan Semua orang.. Moga Allah akN sentiasa memudahakan urusan mu Aamiin.. Minta izin save link k. Tq bang.

                                        ReplyDelete
                                        Replies
                                        1. waalaikumussalam. TQ Singgah blog saya.

                                          Terima kasih juga atas doa. Semoga abang peng juga sentiasa dimurahkan rezeki

                                          Delete
                                      16. wah bestnya jalan korea...teringin nak jalan jugak lepas covid ni...

                                        ReplyDelete

                                      Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

                                      Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.