Pages

Wednesday, 25 April 2018

The Eye Shop Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata


Ini kali Mat Drat nak share cerita lain sikit.... bukan bab travel atau Cuti-Cuti Malaysia tapi pasal kalau tak ada benda ni, travel atau percutian tu 'kureng' sikit 😃

Yang Mat Drat maksudkan, cermin mata... Bagi yang bercermin mata tu, tanpa cermin mata....  nak bergerak pun susah, apatah lagi nak menikmati keindahan tempat yang dilawati. 

Okey, kali ni Mat Drat nak share sikit pasal satu kedai cermin mata yang lain sikit... The Eye Shop Optometry. Kedai cermin mata ni terletak di Bangi ye.

Sebenarnya ada sebab Drat boleh boleh share cerita pasal kedai cermin mata ni. Mat Drat tulis ni betul-betul lepas 3-4 hari Mat Drat balik bercuti ke Seoul. 2 minggu sebelum Mat Drat ke Seoul, Mat Drat di datangi ejen unit trust Mat Drat.... Mat Drat tengok dia lain macam je kali ni, rupa-rupanya spek mata baru.... Oh okey, patut la berseri je....Ejen unit trust Mat Drat ni pun kaki travel jugak, baru balik beberapa bulan buat trip backpacker Shanghai dan Beijing. Seronok jugak follow trip dia... sebab tu Mat Drat suruh di datang opis, saje nak dengar cerita live dia. Tak puas baca di Facebook dia. 😊 

Dan masa tu terasa nak buat spek baru pulak sebelum ke Seoul ni... Tengok bergaya je dia ...

Kemudian selang 2-3 hari, ada sorang kawan Mat Drat share di group WhatsApp pasal The Eye Shop ni. Dan secara automatik Mat Drat teringat yang dia ni pernah post di Facebook pasal dia buat spec dengan layanan service 1st class di The Eye Shop Optometry ni. Jadi Mat Drat cari di Facebook dan jumpa la Facebook Page The Eye Shop ni...

Yang mencari.... ni dia 👉👉 Facebook  The Eye Shop Optometry


1st Impression di Facebook Page
Masa Mat Drat intai-intai Facebook Page The Eye Shop ni, Mat Drat rasa tertarik pulak nak ke sini pasal......Ada beberapa video owner kedai ni, Puan Fair (Kenal masa Mat Drat ke kedai) keluar bersiaran di TV berkongsi mengenai penjagaan mata. Mesti special dan banyak tips dan ilmu yang dia boleh kongsi ni.







Layanan Istimewa di Kedai The Eye Shop Optometry
Kebetulan Mat Drat ada urusan di Bangi pada hari tu, jadi lajak terus ke kedai ni. Dari luar seperti kedai cermin mata yang lain TAPI bila masuk je kita akan mula rasa sedikit kelainan.

Masuk sahaja di dalam, terasa suasana kedai yang sedikit berbeza. Dan teringat posting kawan Mat Drat yang kata servis di sini...1st class.

Mat Drat di persila duduk di sofa yang disediakan, cukup selesa. Jarang rasanya kedai cermin mata sediakan sofa sebegini (Tak pernah jumpa lagi).


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Ringkas....Kemas...dan Selesa

Tengah intai-intai bingkai cermin mata yang ada, petugas kedai hidangkan kepada Mat Drat (dan kawan) orange juice dan sepiring brownies. Dan kebetulan, baru nak menjamah brownies yang dihidangkan owner kedai tiba ke kedai. Jadi boleh la kami berbual panjang sikit.

Ops.... Semua pelanggan dan bakal pelanggan yang ke sini memang dihidangkan dengan air dan brownies ni. Kata Puan Fair, brownies homemade ni ye... Ada ke pernah jumpa pergi kedai buat cermin mata, dapat layanan macam ni... Ni baru intro je....


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata





Puan Fair
Mat Drat ni kira jenis yang mudah nak berbual kalau bertemu dengan orang yang peramah. Jadi bertemu dengan Puan Fair ni, banyak la yang kami bualkan. Tapi sebenarnya lebih kepada sessi soal jawab. Macam-macam yang kami tanya (Mat Drat dan kawan) dan panjang lebar pulak Puan Fair ni jawab. Memang bidang dia la katakan... Paling seronok kami dengar pasal perkongsian Puan Fair ni mengenai penggunaan contact lense dan bab buat lasik. 



The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Puan Fairuz yang lebih selesa dipanggil Puan Fair

The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Selalu keluar majalah, surat khabar dan tv rupanya Puan Fair ni


Kami berdua ni belum lagi tanya pasal 'bingkai cermin mata' atau pakej yang sesuai pun, tapi masih bab general mengenai penjagaan mata. Tak lokek ilmu dan nampak ikhlas dia berkongsi ilmu dan pengalaman dia.

Rasanya kawan yang temankan Mat Drat lagi macam-macam tanya. Bila ditanya, dan dijawab dengan panjang lebar dan mudah difahami buat kita seronok nak terus tahu macam-macam.

Puan Fair ni sebenarnya seorang Optometris. Dulunya dia ni pernah bekerja di sebuah hospital swasta di bahagian lasik. Jadi tahu sangat pasal pro n con buat lasik ni. Kalau yang datang ke sini, berpeluang jumpa dia bolehlah tanya dia.

Bila dia berhenti dari hospital tersebut, Puan Fair membuka The Eye Shop Optometry ini. Dan dah hampir 8 tahun dia menguruskan kedai cermin mata ni.


Dan hari ni juga selepas diterangkan, baru Mat Drat tahu rupanya di kedai cermin mata biasanya yang bantu kita semasa buat cermin mata tu mungkin Optician dan Optometris. Dan tak banyak kedai yang ada Optometris katanya, biasa yang ada hanyalah Optican.

Apa yang beza Mat Drat faham perbezaan Optican dan Optometris adalah
  • Optician yang juga dikenali sebagai juruoptik, di mana tugas utama dia adalah tertumpu kepada pemeriksaan mata untuk menentukan jenis rabun yang dialami 'pesakit'/pelanggan serta menentukan kanta yang sesuai. 
  • Manakala Optometris pula, mereka adalah pengamal kesihatan mata yang mempunyai kelayakan untuk melakukan pemeriksaan mata secara komprehensif serta mampu memberikan khidmat nasihat mengenai rawatan yang perlu. Mereka juga boleh mengeluarkan laporan pemeriksaan mata untuk dirujuk kepada doktor mata.
  • Dan Opthamologist pula merupakan mereka yang berada dikedudukan atas dari Optometris. Kira doktor mata yang mampu membuat rawatan dan pembedahan mata.








Pelbagai Pilihan bingkai yang ada

Seperti mana-mana kedai cermin mata, The Eye Shop juga menawarkan pelbagai jenama dan design. Ikut citarasa dan budget masing-masing ye.

Trend terkini rasanya yang design saiz besar.... Nasib baik Mat Drat ni jenis tak follow tren atau fashion, kalau tak....letih juga nak tukar spek selalu.


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Jom intai-intai bingkai dulu...

The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Antara jenama yang ada di sini...

The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Yang berkenan di hati...
The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Susah juga nak pilih spek ni sorang-sorang, 
biasa wife yang pilihkan mana yang sesuai




The Eye Shop Optometry - Pemeriksaan Mata komprehensif
Okey.... Dah pilih spek...Jom kit acek mata pulak.

Ni Mat Drat baru nak share apa yang betul special mengenai The Eye Shop ni.

Mat Drat ni boleh kata 1-2 tahun sekali pasti akan ke kedai cermin mata untuk tukar cermin mata. Paling lama boleh bertahan pun rasanya 3 tahun je. Sama je rasanya dengan mereka-mereka yang lain yang menggunakan cermin mata. 2-3 tahun sekali mesti melawat kedai cermin mata.

Sebelum cerita lebih, Mat Drat nak beritahu yang kedai ni tawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma ye. Boleh je datang secara walk in. Untuk pemeriksaan secara komprehensif, pun boleh cuma kena buat appoinment awal kerana Puan Fair sahaja yang boleh lakukan pemeriksaan mata secara komprehensif. 

Pemeriksaan mata komprehensif ni nak buat kat klinik swasta/hospital swasta 'makan' ratus-ratus ye, kalau di hospital kerajaan pula kena tunggu turn lama. Jadi yang nak buat tu, boleh datang ke sini. Pelanggan hanya akan di caj untuk laporan yang dikeluarkan.


Ops satu lagi...... dah berbelas tahun Mat Drat jadi pengguna spec dan berulang 2-3 tahun sekali ke kedai spec, inilah kali pertama tahu ada kedai yang tawarkan perkhidmatan ni... Dan percuma pulak tu.

Tak banyak kedai yang mapu sediakan alat dan mesin sebegini untuk pemeriksaan mata ye....


Jom lihat apa tu pemeriksaan mata komprehensif yang ada.... 


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata


1. Pemeriksaan Rabun (Cek Power)
Yang biasa buat spek, biasa dengan alat ni. 'Dihujung' sana akan ada 'belon udara'. Dengan alat ni, preskipsi awal rabun kita akan diketahui.


Nasib baik masa cek mata ni Mat Drat tak boleh lihat 'menyeberangi' mesin ni, kalau tak 'Dari Mata Boleh Turun ke Hati ni' 😍😄



Dah selesai pemeriksaan 'basic' ni, Mat Drat di bawa ke bilik untuk 'gelap' untuk pemeriksaan mata seterusnya.


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata





2. Pemeriksaan Mata
Yang ni Mat Drat tak tahu nama alat ni ye. Tapi dengan alat ni, kita boleh lihat dengan jelas keadaan mata kita dan keadaan di belakang mata (kornea) kita. Untuk yang ada masalah mata, mungkin pemeriksaan ini dapat membantu mengenal pasti punca sesuatu Optometris dapat mencadangkan jenis rawatan yang sesuai.


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
1st ime diperiksa mata guna alat ni sebenarnya

The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Screen akan tunjukkan keadaan mata kita...
Nanti akan diexplain jika ada 'sesuatu'

The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Masa dengar sedikit penjelasan dari Puan Fair mengenai status kesihatan mata


3. Foropter - Mesin baru untuk ganti Trial Set Konvensional


Seriusly Mat Drat tak tahu benda ni apa awalnya. 

Bagi yang biasa buat spec, biasa kita akan diberi 'satu spec' percubaan yang akan ditukar-tukar jenis kanta dan ketebalan kanta untuk memilih kanta yang sesuai untuk kita. Biasanya kita akan dikehendaki baca di 'Stellan Chart' yang mana tulisan dan nombor disusun secara menurun dengan saiz yang semakin mengecil. Dan kita juga akan diuji warna yang mana lebih terang sama ada hijau atau merah. Yang bias abuat spec, tahu la....

Dengan alat ni.... tak ada dah benda tu... semua komputerized dan lebih selesa untuk kita. Step by step...


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Ready...
The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Dan 1st time juga guna alat ni... memang lebih selesa


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Kata Puan Fair juga, alat ni pun digunakan untuk tentukan masalah 'juling' seseorang



Pengunaan alat/mesin Foropter ni telah menggantikan fungsi pemeriksaan menggunakan 'trial set konvensional' tu.

Tetapi Mat Drat pun tergatal mulut, "tapi rasa tak puas pulak tak dapat guna cermin mata tebal tu, main tukar-tukar kanta. Jadi kat sini dah tak guna la ye"

Rupa-rupanya, alat tu masih ada... ada sebelah Mat Drat je... Terus Puan Fair buka kotak dan minta staff dia pakaikan kat Mat Drat... 😄😄


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Ha ha ha...merasa juga pakai cermin mata tebal ni...  nak jugak cara tradisional😄😄 

4. Periksa umur mata vs umur


Tak tahu pun ada pemeriksaan ni sebenarnya. Yang pernah Mat Drat cuba adalah menguji 'tahap' umur tulang kita. Yang tu diuji tahap umur tulang kita selari tak dengan umur kita.

Yang ni, pemeriksaan ringkas untuk menguji tahap 'umur mata'. Paun Fair kata okey la sebab umur mata Mat Drat hanya tua 2 tahun je dari umur Mat Drat....

Bagi Mat Drat, test ni lebih kepada nak menguji tindak balas mata kita terhadap sesuatu. 

Siap buat dua kali test ni.... he he he. Nak result umur muda tapi tak dapat.



The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Sedang di test umur mata



5. Periksa Retinoskopi


Yang ni pemeriksaan khas untuk golongan tertentu seperti kanak-kanak yang masih belum tahu membaca. Mat Drat tak di test la dengan alat ni tapi Puan Fair terangkan sedikit.... Puan Fair kata, kanak-kanak bawah 7 tahun biasanya daya tumpuan mereka agak rendah, jadi alat ini dapat membantu Optomtris.


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata
Puan Fair dengan semangat explain pasal alat Retinoskopi ni

Okey... itu lah sedikit perkongsian pengalaman Mat Drat buat pemeriksaan mata di sini. Siapa-siapa yang nak buat spek baru tu,boleh la kesini... selain banyak pilihan, boleh juga dapatkan pemeriksaan mata komprehensif di sini.




Pemeriksaan Mata komprehensif Percuma 2 Hari

Okey.... Puan Fair WhatsApp Mat Drat masa Mat Drat masih di Korea. Katanya The Eye Shop akan buat program Pemeriksaan Mata Komprehensif secara percuma untuk dua hari.

Sewaktu program itu nanti, pemeriksaan mata akan dilakukan oleh Certified Optometrist dengan menggunakan pelbagai peralatan. 

Orang ramai boleh datang untuk dapatkan :

  • PERCUMA 10 pemeriksaan mata (yang Mat Drat kata kat luar kos 'makan' ratus-ratus)
  • PERCUMA khidmat nasihat dari Certified Optometrist





The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata

The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata


The Eye Shop Optometry Bangi - Service Terbaik Membuat Cermin Mata




Untuk yang ingin ke sini :

The Eye Shop Optometry
G-6, Jln 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia

Call 03-8912 2871

Lokasi : 👉👉Google Map



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

..............................................................

4 comments:

  1. assalam tuan..sy razali...di eye shop ni...ada harga harga yg biasa2 je ke...tq

    ReplyDelete
  2. Wasallam Tuan,
    Harga biasa biasa tu agak subjektif jugak tu..
    Masa saya ke sini tempoh hari buat pilihan, kebanyakkan model dari jenama terkenal.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.