Pages

Saturday, 17 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 4 : NAMI Island


Percutian Bajet Seoul Nami Island


Trip Seoul bersambung ke hari kedua. 

Itinerari hari ni Mat Drat akan ke :
  1. Nami Island
  2. Morning Calm Garden
  3. Han River Cruise (Rainbow Cruise)
* Petite France : Tak dapat pergi sebab kesuntukan masa, kami lama di Nami Island dan petang nak mengejar Han River Cruise yang last departure 6:30pm


NAMI ISLAND

Nami Island atau Namiseom Island destinasi wajib percutian ke Seoul. 

Kalau ke Seoul dan tak jejak kaki ke Nami Island ni.... boleh kata kehilangan la satu 'kenikmatan' bercuti ke Seoul.

Lagi-lagi generasi yang sempat menjadi penonton setia dan peminat drama korea WINTER SONATA (2003), memang wajib ke sini.

Di sini lah lokasi 'ciuman' pertama drama tu....sampai siap ada tugu kat sini. Kih kih kih... tempat hot nak ambik gambar ni.


INFO
Terletak di area Gapyeong, ditengah-tengah Sungai Han River, 63 km dari Seoul. Terbentuk dari pembinaan empangan Cheongpyeong


Nama 'NAMI' sempena General NAMI, seorang tokoh pahlawan Korea.

Jika ke Nami Island, biasa pelancong juga akan ke Petite FranceMorning Calm Arboretum dan berbasikal Gapyeong Rail bike.


MASA TERBAIK KE NAMI ISLAND

Bagi Mat Drat Nami Island ni bila-bila pun kita pergi akan cantik. 

Spring
Pasti cantik dengan bunga-bunga yang berwarna warni, terutamanya kalau kena dengan full blossom.

Autumn 
Pun ramai suka ke sini waktu autumn, dengan daun-daun keguguran di tanah yang cukup menawan. Teringat drama Autumn in my Heart.

Winter
Cuma kalau boleh elak la musim Winter, sebab pasti sejuk....menggigil nanti.

best time to visit nami island  winter autumn summer spring
....






CARA UNTUK KE NAMI ISLAND

Untuk ke sini, 2 pilihan transport yang biasa digunakan. Boleh pilih naik  
- keretapi / train
- bas 

Inilah pilihan paling sesuai sebab murah.


1. TRAIN (Pilihan 1)
Mat Drat pilih option ni.

Pilihan naik train mungking sedikit meletihkan kerana perlu naik 3 jenis transport ni untuk sampai ke Nami Island
  • train subway metro
  • train ITX
  • shuttle bas Gapyeong / Teksi tren untuk ke Nami Island
    Masa perjalanan keseluruhan lebih kurang 2 1/2 dari hotel ke Nami Island. Elok gerak awal. 

    Kami breakfast awal dengan nasi goreng Brahim's, ada moicrowav kat  hotel disediakan. Sebelum 7.00 am kami dah gerak dari hotel.

      INFO DAN TIPS NAIK TRAIN KE NAMI ISLAND

      Jangan lupa install app seperti KAKAO Metro untuk memudahkan merancang perjalanan. Google Map juga sangat membantu. Jadual train dan bas adalah real time, jadi kita boleh rancang perjalanan kita.

      1. SEOUL KE GAPYEONG
      Perlu naik Train ITX Korail ke Gapyeong. Maknanya dari hotel, naik subway metro dan perlu tukar ke Train ITX Korail Gyeongchun Line

      Train ITX Gyeongchun Line ni bukan subway ye tapi adalah train atas darat, macam komuter la.

      Untuk naik train ITX ni, Mat Drat cadang naik di Station Cheongnyangyi atau Station Sanbong. 

      Station Cheongnyangyi dan Station Sanbong ni adalah Transfer Station yang connected  antara subway metro dan Tren ITX. 


      Station Sanbong ni station ke-3 selepas Chongnyangyi, jadi ia lebih dekat dengan Gapyeong.
      Perlu pilih nak naik train ITX dari Station Cheongnyangyi atau Station Sanbong, bergantung kepada lokasi hotel. Pilih yang dekat dan paling senang. 

      Elakkan tukar tren subway di station utama atau station yang perlu berjalan kaki jauh.

      T-Money tak boleh guna untuk beli tiket Tain ITX Korail ni.

      Perjalanan dari Station Cheongnyangyi ke Station Gapyeong, ambil masa 1 jam. 


      2. GAPYEONG KE NAMI ISLAND
      Boleh naik teksi atau Shuttle Bus Tour Gapyeong.
      • a. Teksi 
      • KRW 4000-5000 (RM15-RM18)
      • Ambil masa kurang 10 minit
      • b. Shuttle Bus Tour Gapyeon
      • KRW 6000 (RM20) / KRW 4,000 (kanak-kanak)
      • Ambil masa 20 minit.
      Mat Drat tak naik teksi sebab trip ni 17 orang, susah nak pecah-pecah teksi.
      Lagi pun dengan tiket Gapyeong Shuttle Bus tu, boleh guna pergi balik dan ke destinasi lain, bukan ke Nami Island sahaja.


      Bas shuttle Gapyeong 
      Tiket bas boleh pakai untuk sehari, boleh turun naik disepanjang perjalanan. 

      Bas akan berhenti di beberapa tempat menarik yang biasa dikunjungi orang, antaranya ;
      • Nami Island
      • Petite France
      • Morning Calm Fraden
      • Rail Bike
      Mat Drat rasa, 3 tempat ni (dari 4 yang Mat Drat senaraikan kat atas) dah cukup untuk kita habiskan masa seharin di area Gapyeong ni. Kalau pergi 4 lokasi, rasanya tak sempat.



      CADANGAN TRAIN DARI SEOUL KE NAMI ISLAND
       Mat Drat : Dari Hotel (Morning Sky Hotel) ke Nami Island 
      1. Dari hotel, naik  subway metro  Line No 2   dari Station Euiljiro 4 sa ga ke Station Wangsimni.
      2. Dari Station Wangsimni, naik subway metro  Line GJ Gyeongui-Jungang    dan turun di Station Cheongnyangyi.
      3. Di Station Cheongnyangyi, naik ITX Train ke Gapyeong Station.
      4. Dari Gapyeong Station, naik Shuttle Bus Gapyeong ke Nami Island

       Cadangan 1: Train  dari Myeong-dong ke Nami Island  
      1. Naik subway metro  Line No 4 dari Station Myeong-Dong ke Station Dongdaemun.
      2. Dari Station Dongdaemun, naik subway metro  Line No 1  dan turun di Station Cheongnyangyi.
      3. Di Station Cheongnyangyinaik ITX Train ke Gapyeong Station.
      4. Dari Gapyeong Station, naik Shuttle Bus Gapyeong atau teksi ke Nami Island.



       Cadangan 2: Train  dari Myeong-dong ke Nami Island  

      1. Naik subway metro  Line No 4 dari Station Myeong-Dong ke Station Seoul.
      2. Dari Station Seoul, naik subway metro  Line No 1  dan turun di Station Yongsan.
      3. Di Station Yongsannaik ITX Train ke Gapyeong Station.
      4. Dari Gapyeong Station, naik Shuttle Bus Gapyeong atau teksi ke Nami Island.





      Train ITX to Nami Island Gapyeong Station
      Train itx Korail ke Gapyeong
      Sumber : Wikipedia
      Train to Nami Island Gapyeong Station
      Cari sign ke train ITX Gyeongchun Line 
      Dari Station Cheongnyangyi menuju ke Station Gapyeong

      Train to Nami Island Gapyeong Station
      Dalam tren ITX ni baru la kami merasa duduk...
      dalam subway tadi kena berdiri je sepanjang perjalanan.

      Train ITX to Nami Island Gapyeong Station
      Sampai station Gapyeong. 
      Yang nak ke toilet kena selesaikan urusan cepat sebab perlu 'berebut' pula nak menaiki bas.
      Kami mengejar masa ... dari Nami Island nak menuju Morning Calm Arboretum dan ke River Han Cruise

      Train ITX to Nami Island Gapyeong Station
      Ada peta besar...destinasi lawatan menarik sekitar Gapyeong ni sebelah kaunter tiket bas.

      Percutian Bajet Seoul Nami Island Gapyeong Station Shuttle Bas
      Shuttle Bus Gapyeong
      Ini bas kedua selepas kami sampai Gapyeong Station.
      Bas yang pertama tiba, kami tak muat sebab yang beratur dah ramai di bus stop ni. Maklumlah trip Mat Drat ni 17 orang... bas pertama tak muat untuk semua 17 orang, kalau berpecah-pecah susah nanti.

      Percutian Bajet Seoul Nami Island Rail PARK Rail Bike
      Plan asal nak mengayuh basikal di sini, tapi bila kira-kira masa macam tak sempat.  Jadi kami cancell plan nak mengayuh basikal. Terus ke Nami Island.
      Bas akan ke sini dahulu sebelum ke Nami Island. 


      Percutian Bajet Seoul Nami Island
      Selepas 20 minit dalam bas...akhirnya sampai di parking kereta Nami Island.
      Kira kami awal sebab parking lot kereta pun belum penuh.
      Petang bila balik dah agak penuh parking lot ni
      Percutian Bajet Seoul Nami Island
      Kereta kurang tetapi bas-bas yang bawa pelancong dan rombongan dah banyak yang sampai... semua nak elak 'kesesakan beli tiket dan elak kena beratur nak naik feri.

      Percutian Bajet Seoul Nami Island
      Bergambar dulu...



      2. BAS 'shuttle Seoul ke Nami Island'  (Pilihan 2)
      Kalau tak nak naik train, boleh pilih naik shuttle bas ke sini.

      Ada bas terus ke sini, pilihan naik dari dari Insa-dong, Namdaemun dan Myeong-dong.

      Sampai sini boleh terus naik feri ke Nami Island.

      Pakej Bas yang disediakan, ada macam-macam
      1. Return Ticket : Seoul - Nami Island
      2. Return Ticket : Seoul - Nami Island dengan tiket feri / Zip Wire
      3. Return Ticket : Seoul - Nami Island dan tempat lain seperti Petite France dll
      Bas bergerak dalam 9:30 am dan dijangka tiba 11:30 am. Waktu ni orang dah agak ramai di Nami Island.

      Ada pakej bas sahaja (return), ada pakej bas sekali dengan tiket Nami Island (termasuk feri).

      Pakej Bas yang disediakan, ada macam-macam. Jadi boleh pilih mana yang sesuai.
      1. Return Ticket : Seoul - Nami Island
      2. Return Ticket : Seoul - Nami Island dengan tiket feri / Zip Wire
      3. Return Ticket : Seoul - Nami Island dan tempat lain seperti Petite France dll

        Tambang Shuttle Bas (Tiket Bas Sahaja)
        • Dewasa : KRW 15,000 (return)/ KRW 7,500 (sehala)
        • Kanak-kanak : KRW 15,000 (return)/ KRW 7,500 (sehala)

        Masa Bas bergerak ( rujuk maklumat pakej detail sebelum booking)
        Antara lokasi pick-up
        • Dari Insadong : 9:30am (sebelah bus stop tourist di Tapgol Park)
        • Dari Namdaemun : 9:30am (hadapan bus stop tourist di Namdaemun Market, South entrance)
        • Dari Myeong-dong : 9:30am (diantara Shinsage Mall bangunan baru dan lama) 
        • Dari Nami Island : 4:00pm (kena balik naik feri sebelum 3:30pm dari Nami Island)
        Tempahan : +602 753 1247 atau melalui KLOOK
        Tempahan melalui KLOOK dilink di bawah (KRW 27,000) termasuk tiket feri. Tiket feri Nami Island =  KRW 13,000


        Klook.com


        Klook.com



        TIKET MASUK KE NAMI ISLAND

        Tiket Feri / Visa Entry

        Nak masuk Nami Island, kena beli tiket dulu ye. Orang memang agak ramai, jadi mungkin perlu beratur sedikit.

        Tak ada tiket, tak boleh naik  ferri ke Nami Island.

        Nak ke 'pulau' Nami Island ni hanya ada 2 pilihan iaitu naik feri atau Zip-Wire. Beli tiket antara salah satu ni, kira dapat lah tiket masuk.

        Biasa orang naik feri je. Nak naik Zip Wire ni sesuai untuk yang suka adventure, berani dan tak gayat. Dari 17 orang rombongan Mat Drat ni, hanya 5-6 orang je yang naik Zip Wire ni.

        Tapi bila balik semua kena naik feri ye.


        Harga Tiket Nami Island
        Feri : KRW 13,000 (return tiket). Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma.
        Zip Wire : KRW 38,000 Termasuk tiket ke Nami Island. Balik naik feri, tak payah beli tiket lain dah.


        Jadual 
        Feri Nami Island
        07:30 am - 09:00 am :  setiap 30 minit
        09:30 am - 18:00 pm : setiap 10-20- minit
        18:00 pm - 21:40 pm : setiap 30 minit


        Zip Wire Nami Island
        April - Okt : 9:00am - 19:00 pm
        Nov - Mac : 9:00 am - 18:00 pm


        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Tiket Masuk
        Kaunter Tiket . Nama je ' ENTRY VISA',  tapi tiket sebenarnya.

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Tiket Masuk
        Kaunter IMIGRATION .  
        ENTRY VISA akan diperiksa untuk masuk (tiket masuk).

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Tiket Masuk
        Berjaya menjejakan kaki ke Republic Nami Island . 
        'Negara' ke 9 yang Mat Drat lawati. 

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Ferry Nami Island
        Feri Nami Island

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Tiket Masuk
        Atas feri...penuh..

        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Captain feri je pun.. hensem ...  
        betullah Korean ni, muka sepesen je

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Ferry
        Menghampiri Nami Island. Bendera Malaysia pun ada atas feri

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  Ferry
        Jelas kecantikan pokok-pokok dengan pelbagai warna sakura di NAMI Island ni

        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Akhirnya... terjejak juga kaki ke Nami Island selepas 15 tahun drama WINTER SONATA


        Percutian Bajet Seoul Nami Island Zip Wire
        Untuk yang tak nak naik feri...pilihlah naik Zip Wire..

        Percutian Bajet Seoul Nami Island Zip Wire
        Ada berani ke Nami Island dengan Zip Wire???
        Bawah tu feri ke Nami Island
        Kemudahan Basikal / Tren di Nami Island
        Nami Island ni agak luas, jadi mungkin 3-4 jam pun tak sempat nak cover semua kawasan. Jadi nak lihat keseluruhan Nami Island ni elok la guna basikal. 

        Yang nak mengayuh basikal pun boleh, boleh kayuh ikut mana yang kita nak pergi. Boleh pilih basikal 1 seat atau 2 seat. Pilih mana suka. Jimat masa dan tenaga pakai basikal ni.

        Option lain naik tren keretapi (tren Unicef) untuk buat satu pusingan.

        Mat Drat dan isteri, sampai-sampai je terus naik tren  untuk pusing keliling Nami Island. Kemudian baru ronda-ronda jalan kaki di Nami Island ni.

        Tren yang Mat Drat naik bawa pusing satu pulau, okey la sebab dapat lihat ke kawasan belakang pulau, nak berjalan sampai ke belakang rasanya tak sanggup...jauh dan pasti meletihkan.








        Harga sewa basikal
        1 seat :  KRW 4,000 (30 minit) / KRW 7,000 (1 jam) 
        2 seat : KRW 8,000 (30 minit) / KRW 14,000 (1 jam) 

        Tren unicef : KRW 3,000 (sehala - satu pusingan) 

        Nota :
        Basikal dalam Nami Island ni boleh beli kupon masa kat sini.
        Jangan keliru basikal dalam Nami Island dengan Gangchon Rail Bike ye. Basikal (rail bike) Gangchon tadi yang sebelum tiba di Nami Island.

        Gangchon Rail Bike 
        Ni rail bike di Gangchon, bukan dalam Nami Island.
        Pemandangan memang cantik, menyusuri Bukhangan River.
        Mat Drat terpaksa ketepikan pilihan menaiki Gangchon Rail Bike sebab kesuntukan masa.


        Klook.com




        Surau dan Makanan Halal di Nami Island
        Surau dan restoran makanan halal ada di sini. Surau terletak di bangunanyang sama dengan restoran halal. 

        Percutian Bajet Seoul Nami Island Makan Halal
        Restoran Asian Cuisine menyajikan makanan halal.

        Percutian Bajet Seoul Nami Island Makan Halal
        Asian Cuisine

        Percutian Bajet Seoul Nami Island Makan Halal
        Antara menu yang ada.
        Harga di antara KRW 9,000 - KRW 12,000 untuk 1 set.




        Percutian Bajet Seoul Nami Island Makan Halal surau
        Musolla atau surau terletak di tingkat atas. Bersebelahan dengan Asian Cuisine  tadi.

        Gambar kami sekitar  Nami Island
        Mat Drat kongsikan antara gambar-gambar di Nami Island.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Kami yang tak berapa berani.... kami naik feri. Yang lain naik Zip Wire.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Ada rakan Mat Drat yang berbasikal, ada juga yang terus berjalan menikmati suasana Nami Island.
        Mat Drat pula mulakan dengan menaiki tren UNICEF ni, dapat lihat keseluruhan pulau (pusing 1 pulau), kemudian baru mulakan aktiviti memenatkan kaki  mengexplore Nami Island ni.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Area di bahagian belakang pulau yang tidak ramai pengunjung.
        Tak ramai yang sanggup berjalan kaki sampai ke sini.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Dah pusing 1 pulau, Mat Drat dan isteri makan dulu. Apa yang di bawa kami makan je, perut dah agak lapar sebab di hotel tadi sarapan sikit je.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Ramai juga yang makan sambil bersantai di sini.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Nyaman...Damai....


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Antara pokok sakura yang masing penuh dengan bunga....cantik...

        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Memang seronok berjalan di Nami Island ni lagi-lagi kalau jalan berdua.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Menuju ke 'centre' Nami Island.
        Kat situ ada restoran halal dan ada surau.
        Tak jauh dari situ, juga lokasi wajib dituju jika ke Nami Island ni,
        iaitu lokasi pengambaran drama WINTER SONATA.

        Selfie dulu satu kali...


        Kalau dah boleh main sorok-sorok ni, kira memang tengah happy la ni...

        Unik... Entah betul atau tidak ni pokok pensil.


        Jom belajar bahasa di Nami Island


        Mencari toilet... di sini.
        Musolla dihadapan lagi.

        • Ini dihadapan restoran Asian Cuisine
          Cantik tugu ni, walau pun Mat Drat tak faham apa ditulis, Mat Drat ambil je gambar.
          (Gambar senget tu abaikan)



        Percutian Bajet Seoul Nami Island
        Menarik apa yang ditulis. Tapi tak pasti ini satu seni atau vandilisme.


        Jumpa lagi sakura yang tengah full blossom


        Member satu office. Tahun lepas kami dah ke Bangkok bersama, tahun ni panjang sikit langkah kaki.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island  WINTER SONATA
        Lokasi Drama WINTER SONATA.
        Tugu depa bercium tu tak payah share la....

        Percutian Bajet Seoul Nami Island  WINTER SONATA
        Lokasi yang wajib jika ke NAMI Island ni.
        Sangat cantik ....



        Percutian Bajet Seoul Nami Island  WINTER SONATA
        Jumpa pokok cantik je...kami bergambar.


        Percutian Bajet Seoul Nami Island  WINTER SONATA
        Letih bergambar berdiri, kita bergambar duduk pulak...

        Macam-macam la depa ni.... arca ni pun dibuat besar-besar. Tak senonoh betul.



        Ni dah balik dari Pulau Nami. Ni menunggu bas shuttle Gapyeong. Next destinasi adalah ke Morning Calm Arboretum



        Okey....bersambung ke entry berikutnya.... Morning Calm Arboretum

        Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





        Percutian ke Seoul

        Tips dan Panduan 

         Travelog Seoul - Day 1 


         Travelog Seoul -Day 1


         Travelog Seoul -Day 1


        Travelog Seoul -Day 2


        Travelog Seoul -Day 2

        Morning Galm Garden 
        Han River Cruise

        Travelog Seoul -Day 3

        Travelog Seoul -Day 4

        Travelog Seoul -Day 4

        Travelog Seoul -Day 4
        Travelog Seoul -Day 4

        Travelog Seoul -Day 5


        Tempat Shopping di Seoul
        Itenerary Ke Seoul 5H4M



        ~Mat-Drat ~



        Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

        14 comments:

        1. Wah seronoklah Nami Island. Rasa terbayang macam dalam drama Korean pula. Kalau dah tempat cantik, semua gambar kita nak kongsikan pengalaman tu kan. Lengkap entri ni dengan scheduled dan jenis transportation. Btw, kalau dalam RM berapa agak2 nya sewa basikal etc?

          ReplyDelete
          Replies
          1. Betul tu...rasa nak share semua gambar Dan pengalaman.

            Delete
        2. Wow nak pergi jugak! Selalu nampak dalam kdrama tapi belum ada peluang untuk pergi Korea lagi.. Kalau masa autumn tu pasti cantik gambarnya kan?

          ReplyDelete
          Replies
          1. Betul tu... ramai yg suka pergi Masa Autumn

            Delete
        3. Agak lengkap penerangan diberikan boleh dibuat rujukan. Tak pernah lagi datang ke sini tapi kalau berpeluang nak pg juga. Tq for the info

          ReplyDelete
        4. Bestnya wak. Teringin juga nak pergi sana.Terima kasih sebab share info lengkap. Berguna sangat untuk siapa yang pergi.

          ReplyDelete
        5. Seronok baca perkongsian ini. Lengkap dan memudahkan perancangan bagi sesiapa yang nak melawat ke sana kelak. Enjoy your holiday!

          ReplyDelete
        6. Bestnya tengok itenari akak. Lengkap dan menarik. Nanti nak copy schedule akak ni. Ruby nak travel sendiri nanti. Terima kasih akak

          ReplyDelete
          Replies
          1. Buat DIY mmg best.. sesuaikan dgn Masa Kita

            Delete
        7. 13000 krw tiket feri tu termasuk tiket ke nami Island ke? Sbb kami nak pergi sendiri. Kalau booking klook kena ikut jadual depa. Kalau tak masuk.. Brp harga tiket nami Island kalau beli kat sana yer? Terima kasih

          ReplyDelete

        Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

        Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.