Pages

Saturday, 17 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 5 : Morning Calm Arboretum dan Han River Cruise





Trip Percutian Seoul hari kedua bersambung lagi.
Destinasi seterusnya hari ni adalah Morning Calm Arboretum (Garden) dan Han River Cruise


MORNING CALM ARBORETUM

Morning Calm Arboretum (Morning Calm Garden) ni sebuah taman yang cukup cantik. Di sini ada lebih 300 jenis tumbuhan, dengan keluasan yang agak luas.

Ada 20 theme garden dan 2 exhibition room di sini, memang besar. 

Kira kalau datang sini, kira kita menikmati keindahan taman la...

Yang minat macam Mat Drat, sesuai la.  



Tiket Masuk Morning Calm Arboretum
Dewasa : KRW 9,000 / KRW 8,000 (weekday)
Remaja : KRW 6,500 / KRW 6,000 (weekday)
Kanak-kanak : KRW 5,500 / KRW 5,000 (weekday)




Gapyeong Shuttle Bas
Dari Nami Island kami menaiki shuttle bas Gapyeong ke Morning Calm Garden Arboretum. 

Kalau yang ada masa di area Gapyeong ni, Mat Drat cadangkan dari Nami Island boleh ke Petite France dahulu, menarik juga Petite France ni bila lihat laman web mereka. 



Bas Gapyeong Shuutle ni dari Nami Island akan melalui dan Petite France dalam menuju ke Morning Calm Garden. Masa perjalanan lebih kurang dalam 15 minit. 



Untyuk jadual Gapyeong Shuttle bas ni, boleh rujuk laman web www.gptour.go.kr


Tiket yang Mat Drat beli awal pagi tadi dari Gapyeong Station masih boleh digunakan. Bus shuttle Gapyeong ni macam konsep hop. In hop off la, kita boleh turun naik ditempat yang ia berhenti dengan tiket yang sama. Valid untuk sehari. 


Route Bas ni dari Gapyeong Station akan ambil masa 1 jam 30 minit ke destinasi terakhir iaitu Morning Calm Arboretum. Dan perjalanan patah balik dari Moring Calm Garden ke Gaoyeong Station juga akan ambil masa 1 jam 30 minit juga.

Antara tempat yang disinggahi sepanjang route tu nanti yang adalah Nami Island, Rail Park, Petite France dan Morning Calm Arboretum. Ni antara yang  destinasi utama la...


Okey, Mat Drat dan rakan-rakan sepatutnya menaiki bas yang lebih awal ke Morning Calm Garden. Tapi kami terlepas bas tu sebab ada yang ahli kumpulan yang tak sempat naik feri dari Nami Island ke 'tanah besar'.

Bas Gapyeong Shuttle yang kami naik ni, sepatutnya kami naik untuk perjalanan dari Morning Calm Garden ke Gapyeong Station, tetapi kami naik menuju ke Morning Calm Garden. Nak buat macam mana, bas awal dah terlepas. 

Tiba di Morning Calm Garden, bas ni akan berhenti untuk 15 minit (lebih kurang) sebelum memulakan semula perjalanan berpatah balik ke Gapyeong Station. 


Konon-kononnya kami nak naik bas ni semula untuk ke Gapyeong station, jadi kami semua berpakat nak bergambar kat bahagian luar sahaja, dan akan naik bas ni semula untuk ke Gapyeong station.

Kira berhenti sekejap je kat sini, dan tak masuk Morning Calm Garden. 15 minit masa diberi untuk bergambar kat luar dan diperkarangan tempat ni. 



Tapi bila dah start bergambar, semua seronok pulak...  Jadi kami pakat beli tiket masuk dan semua masuk ke dalam taman. Bergambar dan menikmati keindahan taman ni... 

Setelah lebih kurang 1 jam habiskan masa di Morning Calm Arboretum, kami patah balik ke Seoul untuk Han River Music Cruise (Rainbow Cruise).

Mat Drat kalau pergi mana-mana, kalau ada river cruise memang akan naik cruise. Oleh kerana ground trip ni Mat Drat yang in-charge, jadi river cruise ni aktiviti wajib Mat Drat buat. 

Bila keluar dari Morning Calm Garden ni, shuttel bas tadi dah memang tak ada la.  Shuttle bas yang berikutnya pun belum tiba. Timing dah memang lari. Dalam hati, confirm river cruise terpaksa dibatalkan sebab confirm tak sempat sampai sebelum 7:30pm kat Seoul.


Bas Lompat-lompat Gapyeong
Kalau dah itu rezeki kita, memang tak kemana. 

Bila Mat Drat try guna google map...  mencuba alternatif ke Seoul, rupanya masih sempat sampai sebelum 7:30. 

Kami hanya perlu naik bas local (bas tempatan) dari sini ke station subway terdekat  iaitu station Cheongpyeong. 

Dan dari station Cheongoyeong, kamai terus naik tren ITX ke Seoul. Kira dah 'potong' masa perjalanan sebab tak perlu patah balik ke belakang ke Gapyeong Station.

Tren ITX selepas singgaj station Gapyeong akan melalui station Cheongpyeong, kira rezeki kami la... 

Local Bas Gapyeong  nombor 31-17 ni memang 'point' akhir dia di Morning Calm Arboretum ni, dan kebetulan masa Mat Drat try kat Google Map tu, bas ni dah memang ada...dan tunggu nak jalan je. 

Kelam kabut Mat Drat jerit kat kawan-kawan ajak naik bas ni. Memang agak kelam kabut masa tu. 

Bayar tiket pada driver bas. Bas pun gerak. 

Cuma bas agak kecil macam bas mini sahaja. Bila kami 17 orang naik bas ni , dah hampir separuh bas ni di 'conquer' oleh kami.

Dah naik bas, baru Mat Drat tanya driver bas...betulke bas ni ke station subway... yup,  dia kata betul. Bas akan ke station Cheongpyeong

Bas ambil masa perjalanan lebih kurang 35 minit ke station Cheongpyeong ni. Lagi jimat masa berbanding patah balik ke Station Gapyeong, cuma perlu bayar tambang lain la. Kira tiket bas shuttle Gapyeong tu hangus la.. 



Gambar Mat Drat di Morning Calm Arboretum

Mula-mula kami bergambar di area luar sahaja...makin banyak bergambar, makin seronok. Last-last semua decide nak masuk ke dalam Morning Calm Graden ni.



Seronok bergambar dengan sakura berwarna warni..


Di bawah payung sakura putih...


Asyikkkkk


Dan kami mulakan sessi habiskan masa dalam 45 minit di dalam taman ni pula....

Jom...

Masuk masuk je...lagi banyak pokok sakura...adussss


Jambatan gantung untuk ke seberang. Taman terletak di seberang.
Jangan risau, jambatan gantung ni tak bergoyang


Boleh bergambar atas jampatan...tak bergoyang pun..

Pokok Bonzai pun banyak...cantik..



Bonsai...


Bersungguh Pok Jib, sahabat Mat Drat ni bergambar... 


Sahabat trip ni...Pok Jib dan Abam Halmi


Ada la juga bunga tulip....


My boss... Terbaik la boss...


Pokok Sakura yang hanya tinggal bunga, tiada daun...



Kami orang Malaysia memang la 'kemaruk' tengok pokok sakura ,
ni aso aso Jepun pun sama... sibuk jugak nak bergambar.


Belakang tu sangat cantik waktu penuh dengan sakura.
Kami datang ni banyak dah gugur.


Yang ada masa panjang, bolehlah berjalan ke area belakang tu...


Geram betul tengok sakura kat sini...



Dan sedikit gambar sebagai kenangang naik bas dan tren ke Cheongpyeong. Penting dikongsi sebab decision naik bas lompat-lompat ni dibuat on the spot.


Bas kecil ni kami yang penuhkan. Ni sahabat Mat Drat, MAJ yang banyak susun itinerari kami di Seoul.


Antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke Cheongpyeong Station

Sampai juga akhirnya ke station Cheongpyeong..


Bila boss tunjuk sign victory, Mat Drat pun happy la... 


Yez...ada tren ITX . Betullah station ni.


Uncle ni... walau pun tua tapi baik dan peramah. Dia risau kami tersalah naik tren, sanggup dia naik tangga ke platform di tingkat atas dan tunggu tren kami sampai.
Tak dapat berbual banyak dengan dia sebab sorang guna bahasa itik, sorang guna bahasa ayam.

Kami naik tren ITX, sampai station Samdong dan tukar ke tren Subway untuk Han River Cruise. 1 jam lebih dapat duduk dalam tren ITX, sempatlah kami hilangkan lenguh kaki.



HAN RIVER CRUISE




Selepas 2 jam lebih perjalanan dari Morning Calm Garden / Arboretum, dalam 6.15pm kami sampai ke station terdekat.

Terpaksa Mat Drat berlari ke kaunter tiket, takut tak sempat beli tiket. Cruise yang kami nak naik ni departure 7:30pm.

Cruise ni Mat Drat tak beli tiket melalui KLOOK sebab risau macam tak sempat je nak patah balik kejar cruise ni dari Nami Island / Morning Calm Garden. 

Beli tiket river cruise melalui KLOOK Ni untung sbb harga diskaun, tapi dia dah fixed date dan masa. Kalau beli, kena make sure boleh sampai awal.

Kalau dah beli dan tak sempat naik cruise, kira tiket tu burn la....s

Mat Drat masukkan river cruise dlm itinerari hari ni sebab esok punya itinerari dah penuh sampai petang/malam dan hari berikutnya pun sama. Memang ada petang ni je untuk slot river cruise, tu pun kena berkejar.


Harga Tiket Cruise (Eland Cruise)
Han(Hangan) River Cruise ni ada beberapa jenis / pakej dan operator. Yang paling top dikendalikan oleh ELAND. Yang sesuai dengan kita, ambil yang tanpa dinner iaitu ada 4 pakej.

Cek laman web dia dulu ye untuk info terkini.
http://www.elandcruise.com/

2. Hangang River Stories Cruise (KRW 15,000) / Klook : KRW 14,000
  • Daily: 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, and 5:00pm
  • Monday to Friday: 11:30am (from September to October)
  • Saturday, Sunday and Korean pubilc holiday: 11:30am (from November to December)
  • Duration: 40 minutes
  • Cruise route: Yeouido - Dangsan Railway Bridge - Yeouido
  • Guitar Performance
  • Please Note: The duration of the 11:30am cruise will be 70 minutes

2. Hangang River Moonlight Cruise (KRW 19,000) / Klook : KRW 18,000
  • 9:00pm, daily
  • Duration: 40 minutes
  • Cruise route: Yeouido - Dangsan Railway Bridge - Yeouido
  • Live Performance


3. Hangang River Music Cruise (KRW 25,000) / Klook :KRW 24,000
  • Sunday-Friday: 7:30pm 
  • Duration: 70 minutes
  • Cruise route: Yeouido - Banpo Bridge - Yeouido
  • Live Performance

4. Hangang River Firework & Music Cruise (KRW 35,000) / Klook :KRW 33,000
  • Every Saturday 7:30pm
  • Public Holiday tertentu pun ada pakej ni
  • Duration: 70 minutes
  • Cruise: Yeouido Dock - Banpo Bridge - Yeouido Dock
  • Live Performance




Klook.com


Mat Drat pilih Eland Hangang River Music Cruise sebab harga agak murah dan sesuai dengan itinerari kami.  Dan tertarik dengan Banpo Bridge Rainbow Fountain. Nampak cantik je... 70 minit cruise agak lama, Mat Drat rasa agak berbaloi bayar.

Live Performance tu ada band jazz perform... Mat Drat tak layan pun...

Nak ambil yang pakej firework, macam tak berbaloi nak bayar sampai KRW 35,000 dan kena tunggu sampai lewat malam pulak.

Nak ambil moonlight cruise, memang agak murah tapi kena tunggu 9pm, macam dah lewat sangat. Rainbow fountain pun macam tak dapat rasanya.


Banpo Bridge Rainbow Fountain Operating Hours: (Copy dari website)
From April 2018 onwards, Banpo Bridge Rainbow Fountain will start operations. Operating hours may be be subject to stop or change depending on the weather conditions (rainy weather, strong winds, etc.) or activities of the day

Below are the operating hours for your reference
April-June & September-October
Weekdays: 12:00pm, 8:00pm, 8:30pm, 9:00pm
Weekends: 12:00pm, 7:30pm, 8:00pm, 8:30pm, 9:00pm
Duration: 20 minutes
July-August
Weekdays: 12:00pm, 7:30pm, 8:00pm, 8:30pm, 9:00pm
Weekends: 12:00pm, 7:30pm, 8:00pm, 8:30pm, 9:00pm, 9:30pm
Duration: 20 minutes


Lokasi Eland Cruise : 290 Yeouidong-ro, Yeoeuido-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul

Naik tren dan turun di station Yeouinaru dan keluar di EXIT 3.
Pergi ke sebelah kiri, ada laluan sepanjang sungai dan akan jumpa terminal Eland Cruise. Kaunter tiket mengadap terminal.

Google Map : Lokasi Google Map








Gambar sepetang di Han River Cruise



Kaunter tiket. Terletak opposite dengan terminal feri.
Nak senang, beli melalui KLOOK je



Jangan lupa soft drink coplimentary...Tak ambil rugi.



7:30pm... masih belum gelap

Ada beberapa cruise lain yang akan sama sama ber'cruise'


lebih kurang 8:00pm. dah mulai gelap

Cruise.... banyak rupanya cruise yang lain


Menikmati pemandangan bangunan metropolitan Seoul dari sungai Hangan


Moonlight Cruise mesti lah menikati pemandangan bulan kan...
bulan nun di puncak bangunan tu.
Tapi camera hp tak mantap, gambar tak clear.


Live band...layan sekejap je masa melintasi rainbow fountain.
Deck atas basah kena air, jadi semua lari ke bawah layan performance live band ni.


Yang di nanti...Bando Bridge Rainbow Fountain


Feri akan berada beberapa minit di bawah pancutan air pancut rainbow ni.


Selesai ber 'cruise'.
Di luar terminal feri ni rupanya malam gak meriah..
Macam waterfront la lebih kurang


Ada juga yang sanggup melepak dalam kesejukan malam kat sini..
lebih kurang 9:00pm dan suhu waktu ni 11℃


Dari sini, kami semua balik ke hotel. Semua dah keletihan. Tapi Mat Drat berehat sekejap je kat hotel, sebelum keluar semula ronda-ronda di area Dongdaemun. 

Dongdaemun ni kira fashion disctrict. Tapi Mat Drat lebih suka menikmati beberapa monumen dan bagunan yang unik di sini.

Bab Dongdaemun ni Mat Drat cerita di entry berikutnya nanti.



Okey....bersambung ke entry berikutnya.... Trip Seoul Day 3

Dan link-link lain yang berkaitan trip ni.
Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.