Pages

Tuesday, 15 October 2019

ITINERARY KE PERTH - Perkongsian Trip Budget DIY 5H5M


Itinerari Percutian Ke Perth


INTRO


Perkongsian pengalaman percutian / melancong ke Perth, bersambung lagi. Kali ni Mat Drat kongsi Itinirery Percutian Perth ni. 

Itinerari Trip Perth 2019 ni Mat Drat dah prepare hujung 2018 lagi sebab trip yang bersambung-sambung sebelum dan selepas trip Perth ni. 

Awal tahun 2019 Mat Drat mengerjakan Umrah. Persiapan kena awal. Dan balik Umrah, 2 minggu kemudian ada trip ke Pulau Tioman. Dan selang 2 minggu selepas balik dari Pulau Tioman, baru trip ke Perth ni dan terus bersambung dengan Trip Turkey.

Perkongsian sebelum ni, lebih kepada tips dan panduan bagi mereka yang ingin ke Australia khususnya ke Perth, dan mungkin juga boleh digunakan untuk mereka yang ingin bercuti ke Gold Coast, Sydne, Melbourne dan lain-lain lokasi di Australia.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat



👇👇
  PERCUTIAN KE PERTH  
Tips dan Panduan


.............................................................................

ITINERARY KE PERTH - Trip Percutian 2019

Mat Drat kongsi sedikit itinerary perjalanan Mat Drat sepanjang di Perth ni secara ringkas sahaja.  Untuk detail dan gambar-gambar di lokasi, Mat Drat akan share di Travelog Trip Perth dari Day 1- Day 5.

Trip 6H6M ni trip DIY, semua plan sendiri. Walaupun 6H6M, tapi 5 hari sahaja untuk ronda Perth sebab day 6 tu balik KL. Ni Trip Family dengan anak-anak, ada yang dah nak dewasa, ada yang remaja, ada yang kanak-kanak. Jadi kena plan betul-betul supaya itinearari sesuai untuk semua.

3 perkara penting melibatkan kos yang WAJIB...

Kenderaan +- AUD 840 ( RM 2,400)
Kos untuk 5 hari 
- Sewa : AUD 556
- Petrol : +- AUD 250
- Parking : +- AUD 30

Mat Drat sewa Hyundai Imax (Starex). Kos sewa termasuk child seat, insurance premium (full) dan unlimited millege dan juga Airport pickup.

Mat Drat sebanarnya tempah Van Toyota H-Ace (sebab Imax tak available), tapi bila nak pick-up kereta, syarikat bagi IMAX, kebetulan masa sampai Imax available sebab penyewa return kereta awal.

Kalau sewa Van ni rugi sikit sebab rate mungkin mahal dan susah sikit nak parking. Ada shopping complex atau apartment tak boleh masuk, sebab tinggi. Kalau tak boleh masuk, kena park di jalan. Jadi kena bayar parking pulak lagi.

Detail perkongsian mengenai public transport, sewa kenderaan dan memandu di sini, Mat Drat share di entry sebelum ni. (link Tips dan Panduan tadi).


Penginapan : AUD 950 ( RM 2,700)
Ni kos apartment 2 bilik  di Perth CBD (ditengah Perth) untuk 5 malam. Jimat bab makan sebab boleh masak di sini tanpa was-was. Parking dalam bangunan. Owner Melayu yang lama menetap di Australia, Dato Burn.

Lokasi di Hay Street, City Centre (Perth CBD)
Rate : AUD 150/nite ( 4 pax). Tambahan AUD 10/pax satu malam jika lebih 4 orang.

Untuk tanya / reserve, boleh whatsapp : 017-264 2689 Apartment Perth Muslim

Detail perkongsian mengenai tips penginapan, juga Mat Drat share di entry sebelum ni. (link atas tadi). 

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 





Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth
Apartment. Living hall luas. Ada sofa bed.

Penerbangan AirAsia : RM 650 ++ (seorang) return

Kuala Lumpur ke Perth :

  • Berlepas : Sabtu 12:05 am /  Tiba Perth : 05:35am (Sabtu)
  • Sabtu tengah hari bila sampai terus start itinerari
Perth ke Kuala Lumpur :
  • Berlepas : Khamis 6:05 am (Khamis) / Tiba Kuala Lumpur : 11:35am (Khamis)
  • Rabu masih dapat full day di Perth
Jadi ada 5 hari untuk pusing Perth
.............................................................................






.............................................................................

DAY 1 - Sabtu

Jumaat
Lepas sekolah sessi petang, terus gerak ke Salak Tinggi. Mat Drat park kereta di Salak Tinggi Park n Ride untuk jimat.

Memandangkan hari ni Jumaat, start cuti sekolah, ELITE Highway hala ke KLIA/KLIA2 memang jem (sangat jem). 9:00 pm baru sampai Salak Tinggi. Nasib baik dapat kejar tren 9:15, jadi sempat lah sampai KLIA2 sebelum 10:00pm.

Selesai drop beg, 11pm ke boarding area. 12:05 berlepas. Alhamdulillah.

  DAY 1- SABTU  

Itinerari Hari ni
05:35 am - Tiba Perth Airport
09:30 am - Ambil kereta
10:30 am - King Park & Botanic Garden
01:30 pm - Check-in apartment
02:30 pm - Elizabeth Quay / Swan River
06:00 pm - Cottesloe Beach
09:00 pm - Apartment


05:35 am : Perth Airport. 
Urusan imigresen dan kastam (Australia Border Force) tak ada masalah, semua lancar. Tips mengenai VISA ETA, Rayuan Visa dan makanan yang dilarang bawa di, sim kad murah di perkongsian sebelum ni. Masa beli sim kad, suruh mereka setting terus dan pastikan sim kad boleh guna.

08:30 am : Airport Transfer 
Termasuk dalam sewa kenderaan (AUD 20 - return). Pickup dari syarikat kereta sewa tiba dan bawa ke premis syarikat untuk urusan pendaftaran, bayaran dan ambil kereta.  Jarak tak jauh, dalam 15 minit sahaja. .

Nota :
Lebih memudahkan jika dapat sewa kereta dari syarikat besar yang beroperasi di Airport Perth seperti Hertz, Avis, Trifty dan Europcar.  Ada lagi beberapa syarikat lain. Boleh sewa dari syarikat besar ni dari paltform Rentalcars.comBoleh compare harga terus

Sebelum booking, cek juga waktu return yang sesuai dengan flight kita. Ada sesetengah hanya benarkan return kereta sebelum 12am, atau ada yang benarkan sehingga 1-2 am. Cek dulu ye!



09:30 am : Dapat kereta
Booking Van Toyota Hiace sebenarnya sebab kereta 8 seater tak ada. Tapi rezeki sampai kat sini, ada penyewa pulangkan kereta awal. Dapatlah Hyundai Imax (Starex0. Petrol masa ambil full dan pulangkan pun kena full.

Jangan lupa cek kiri kanan depan belakang kereta, pastikan tiada kemek dan cakar. Calar kecil atau cat serpih atau seumpamanya, ambil je gambar dan suruh mereka tanda di borang sewa kereta. Kecuali mereka kata, yang tu tak apa.


Start itinerari Mat Drat.....

11:00 am : King Park & Botanic Garden (Lokasi Pertama)
Lunch - picnic di King Park & Botanic Garden
Apartment tak dapat check in awal, paling awal pun dalam 2:00 pm.  Jadi nak drop beg pun macam tak padan.

Dari airport, singgah di kedai / mini market untuk beli air, roti dan buah-buahan untuk lunch kami  9picnic lunch).

King Park ni luas. Picnic di sini tiada masalah, yang penting jaga kebesihan.
Bawa la alas siap-siap, sebab meja limited dan takut dah penuh terutamanya weekend.

Parking kereta jangan jauh sangat. Australia ni tak la safe sangat terutamanya bila park kereta di tempat tourist ramai.

Gambar-gambar dan detail, Mat Drat kongsi di entry 

Percutian Perth King Park & Botanic Garden
👇👇
 Travelog Perth 1- 
 King Park & Botanic Garden 



01:00 pm : Check In Apartment
Owner inform unit available. Terus gerak ke apartment. Kebetulan lokasi tak jauh, kurang 10 minit dah sampai apartment. Berehat dalam 1 1/2 jam di apartment sebelum keluar semula.


02:30 pm : Elizabeth Quay / Swan River Cruise
Lokasi tak jauh dari apartment, kurang 10 minit.
Parking kereta agak mahal area sini, AUD 17 (RM 50) per entry.

Beberapa tempat menarik sekitar sini 
- Jangan lupa bergambar di Spanda
- The Bell Tower

- Bersiar di Elizabeth Quay Bridge
- Bersiar dengan Swan River Cruise

Gambar-gambar dan detail, Mat Drat kongsi di entry 


👇👇
 Elizabeth Quay 


Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay
👇👇
 Swan River Cruise 




06:00 pm : Cottesloe Beach
Sessi mengejar sunset. Ini salah satu pantai yang Mat Drat sempat singgah di Perth.

Gambar-gambar dan detail, Mat Drat kongsi di entry di bawah beserta pantai-pantai lain yang Mat Drat pergi.
ut baca entry sebelum ni... 

👇👇
Cottesloe Beach 
& Scarborough Beach



06:30 am : Balik Apartment
Makan malam : Masak nasi + ayam masak kurma + sambal bilis
Berehat dan tidur. Maklumlah dah lebih 24 jam tak tidur.



Picnic di King Park & Botanic Garden
Picnic di King Park & Botanic Garden

Percutian Perth Itinerari Perth
Di Spanda Elizabeth Quay


Percutian Perth Itinerari Perth Elizabeth Quay
@Spanda Elizabeth Quay
Percutian Perth Itinerari Perth Swan River Cruise
Swan River Cruise
Percutian Perth Itinerari Perth Swan River Cruise
Swan River Cruise
Percutian Perth Itinerari Perth Swan River Cruise
Mengadap Perth dari South Perth




Percutian Perth Itinerari Perth Elizabeth Quay Bridge
Perth , view dari Elizabeth Quay Bridge


Percutian Perth Itinerari Perth Cottesloe Beach
Cottesloe Beach.
Terlewat beberapa minit, matahari dah terbenam



Percutian Perth Itinerari Apartment Murah
Apartment

Percutian Perth Itinerari Apartment Murah
Ruang dapur
Percutian Perth Itinerari Minimarket halal food
Minimarket berdekatan dengan apartment.
Dalam 300-400 meter sahaja.
Ada meat halal section

Sardin pun ada... sebelah halal
dan di kiri, non-halal product

............................................................................. 


DAY 2 - Ahad

Itinerari Hari Ke-Dua (Fremantle Area )
08:00 am - Sarapan di rumah
08:45 am - Bergerak ke Fremantle
09:30 am - E Shed Market, beli Souveniour
11:30 am - The Roundhouse
01:00 pm - Kailis Fish Market / Cicerello's
02:30 pm - The Rainbow Container
03:00 pm - Coles Fremantle - (Macam Tesco)
03:30 pm - South Mole Lighthouse ( Green)
04:00 pm - North Mole Lighthouse ( Red )
05:00 pm - Apartment
06:00 pm - Scarborough Beach
08:30 pm - Apartment

* nota
Itinerari macam ni rasanya sesuai kalau sewa kenderaan sebab kalau naik public transport, memang tak dapat cover semua tu.  Dan itinerari day 2 ni, memang pack dan memenatkan..

08:00 am : Apartment
Sarapan pagi ni makan nasi goreng je dengan lauk segera dalam tin.
Masak nasi (bawa beras sendiri) dan guna perencah nasi goreng adabi. 
Telur dan ayam beli di Golden Hay Sipermarket malam tadi.
Jimat, sedap dan kenyang.

09:30 am : E-Shed Market ( Aussin Souveniour)
Perjalanan ke Fremantle ambil masa 35- 45 minit sahaja.
Datang awal, senang nak cari parking kereta. Jangan lupa bayar parking ye.
Untuk senang, park sahaja di hadapan E-Shed.
Mat Drat pilih hari ke-dua ke sini sebab E-Shed market hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Kebetulan sebulan dua sebelum ke sini, di TV3 tengah top dengan drama lakonan Zaharah McWilson. Dan salah satu lokasinya di area Fremantle ni adalah di The Roundouse dan The Rainbow Container. 

Sebelum ke sini pun Mat Drat sempat berjumpa Zahara McWilson dalam satu event anjuran AirAsia.

Aussin Souveniour
Boleh la luangkan masa dalam sejam di sini. Lagi ramai ahli rombongan, lagi lama akan ambil masa.

2 tempat yang biasa orang kita shopping souvenior kat Fremantle ni adalah di
  • Aussin, E-Shed atau
  • Freo Souveniour, Market Street.
Dalam E-Shed ni ada restoran yang sajikan makanan halal ye.


11:30 am : The Roundhouse
On the way nak ke Kailis Fish Market atau Cicerello's untuk makan Fish n Chip tu boleh singgah The Roundhouse.

The Roundouse ni ada sejarah dia. Dan yang penting, pemandangan dari atas ni memang cantik.


01:00 pm : Kailis Fish Market atau Cicerello's  
Orang kata, kalau  ke Perth dan tak makan fish n chip kat sini, kira tak lengkap la trip tu. Jadi Mat Drat pun follow jugak la.
Kebetulan hari ni Ahad, memang penuh. Terpaksa menunggu juga sementara dapat meja kosong.

Kailis dan Cicerellos ni sebelah menyebelah je, mana yang kosong kita duduk je.

Kalau bawa sos dari Malaysia tu, jangan lupa bawa juga ke sini kalau tak kita makan tanpa sos la. Tak disediakan ye sos di sini.


02:30 : The Rainbow Container

Antara landmark baru di Fremantle dan Perth amnya. Semakin terkenal selepas drama lakonan Zahara McWilson tu.

Datang sini, park di lot parking di Beach Street dan bergambar la kat sini. 
Jangan park tepi jalan utama. Mat Drat nampak satu van bawa orang kita main suka je park tepi jalan utama tu. Please la tinggal lah perangai pelik-pelik tu kat Malaysia, tak payah bawa ke sini.

Mat Drat ada juga terjumpa beberapa orang yang menapak dari Freamantle. Agak jauh juga gayanya dia berjalan kaki dari bus stop terdekat tu.

03:30 pm : South n North Mole Lighthouse
Tak ramai rasanya orang akan ke sini. Hanya rumah api / lighthouse.
Dua lighthouse terletak dihujung tanjung Fremantle Harbour, dipisahkan oleh terusan di antaranya.

Tiada apa di sini, hanya rumah api. Sesuai untuk yang ingin memancing atau sekadar singgah untuk bergambar.  Suasana sunset sangat cantik tetapi Mat Drat tak tunggu sunset di sini sebab ada lokasi lain yang lebih menarik... Scarborough Beach.

Tak ada bas nak ke South Mole Lighthouse (green) ni ye. Boleh jalan kaki (santai walk), lebih kurang 1-1.5km dari E Shed.

Dari South Mole Lighthouse nak ke North Mole Lighthouse (red) ambil masa dalam 15 minit dengan kereta.  Mat Drat datang sekejap sahaja di dua-dua lokasi, hanya untuk bergambar.

Gambar-gambar dan detail, Mat Drat kongsi di entry 

Percutian Ke Perth Itinerari

👇👇
 Travelog Perth - 
Fremantle


06:00 pm : Scarborough Beach
Asalnya balik apartment dulu, tinggalkan anak-anak sebab kesian kat mereka dah keletihan. Bila Mat Drat nak gerak ke Scarborough Beach, semua pulak nak ikut.

Mat Drat semata-mata ke sini nak kejar sunset. Semalam terlewat beberapa minit sewaktu ke Cottesloe Beach.  Pantai sini memang sangat cantik, lagi-lagi bila waktu matahari terbenam. Peminat sunset je tahu nikmat melihat keindahan sewaktu sunset.

Tapi sayang, sampai sini, siap parking kereta,matahari terbenam dah.... esok try lagi sekali.


Jom layan sedikit gambar Day 2



























Terlewat beberapa minit... terlepas saat paling best.

..............................................................................

.............................................................................

DAY 3 - Isnin


Itinerari Hari Ke-Tiga ( Swan Valley)

08:00 am - Sarapan di rumah dan bertolak
09:30 am - Carversham Wildlife Park
12:30 pm - The Margerat Chocolate
01:30 pm - The Grape House
02:00 pm - Swan Valley Mosque
03:00 pm - Charcoal Chicken Express (tapau)
04:00 pm - Picnic @ King Park & Botanic Garden
05:15 pm - Gerak ke Scarborough Beach
05:45 pm - Scarborough Beach
08:00 pm - Apartment

08:00 am : Apartment
Sarapan pagi, wife masak nasi goreng lagi. Jimat dan mengenyangkan. 

08:30 am : Bergerak ke Swan Valley 
Swan Valley ni 25 minit sahaja dari Perth. Tak jauh. Jadi boleh berkereta atau dengan bas. Swan Valley ni lanscape dia lain dari lain-lain tempat di Perth. Kawasan ni lebih tenang dan rasa relax je. Tak rasa hiruk pikuk.

Sebenarnya Mat Drat plan nak ke Caversham Wildlife Park je untuk bawa anak-anak bermain dengan kangaroo. Tak ada pun 'Swan Valley' ni dalam itinerari asal Mat Drat.

Baca-baca blog pun, boleh kata, banyak share pasal Caversham je. Dan bila baca juga, macam senang je naik bas ke Caversham ni.  Plan asal, memang Mat Drat nak guna public transport je kat Perth ni, cuma waktu nak ke Pinnacle dan Mandurah je nanti baru sewa kereta. Tapi, person in charge yang Mat Drat sewa kereta, En Rashidan kata rugi kalau ke Swan Valley naik bas.


Rugi sebab akan buang masa dan di sana banyak tempat menarik yang boleh disinggahi balik dari Caversham Wildlife Park.



09:30 am : Carversham Wildlife Park
Ini destinasi utama jika ke Swan Valley, atau lebih tepat lagi orang ke Swan Valley sebab Caversham ni. Lagi-lagi orang Malaysia !


Caversham Wildlife Park ni terletak di dalam Whiteman ParkJadi dalam Whiteman Park ni ada lagi tempat lain yang agak menarik. 




12:30 am : The Margeret Chocolate Company, Grape House dan Swan Valley Mosque
Kalau berkereta, dari Carversham Wildlife Park boleh ke The Margeret Choholate Company, Grape House dan singgah Swan Valley Mosque.

Banyak lagi tempat lain yang menarik yangboleh disinggahi di Swan Valeey ni. Sini kawasan relax....tenang....

Boleh baca detail di link bawah ni.




3:30 am : Charcoal Chicken Express, Picnic ni King Park Garden dan Scarborough Beach
Balik dari Swan Valley ni, boleh lunch di Charcoal Chicken Express. Antara restoran/cafe makanan halal yang diminati di Perth. Sedap...

Kalau penuh, beli tapau dan picnic di King Park macam Mat Drat.

Kalau minat sunset, pun boleh follow itinerari Mat Drat dengan ke pantai lagi. Tak pun pergi la ronda-ronda Perth



Jom layan gambar



































............................................................................ 

DAY 4 - Selasa

Itinerari Hari Ke-Empat (Yancheap)

07:00 am - Bergerak
09:30 am - The Pinnacle Desert
11:00 am - Bergerak
11:30 am - Brunch
01:00 pm - Lancelin Sand Dunes
02:00 pm - Bergerak
04:00 pm - Harbourtown - Shopping
06:00 pm - Apartment

07:00 am : Bergerak ke Pinnacle
Jarak hampir 200 km, jadi kena gerak awal. The Pinnacle ni kira selalu jadi 'ikon' Percutian Perth. Oleh kerana The Pinnacle ni jauh, ada beberapa tempat lain boleh ditujui untuk mengisi itinerari jika ke sini.

Untuk itinerari ke area sini, lokasi wajib semestinya 
- The Pinnacle
- Lancelin Sand Dunes.

Jika ke kawasan ni, selain 2 tempat 'wajib' di atas, boleh tambah ke lokasi lain yang menarik tetapi Mat Drat tak pergi. Senarai di bawah ni; 
- Two Rock Beach
- Yancheap National Park
- Lobster Shack
- Hillary's Boat Harbour
- Sorrento Quay

Pergi dan balik, gunalah route Indian Ocean Drive. Memandu di India Ocean Drive  coastal route ni memang best, memang cantik. Langit membiru dan laut terbentang luas. Ada beberapa 'view point' yang boleh disinggahi sebelum tiba di The Pinnacle jika berminat. Akan nampak signboard nanti.

Boleh baca di link di bawah untuk Indian Ocean Drive, The Pinnacle dan Lancelin Sand Dunes


Mat Drat share sikit gambar

Antara sajian pemandangan sekitar 50km menghampiri The Pinnacle









............................................................................. 

DAY 5 - Rabu

Itinerari Hari Ke-Lima ( Mandurah  & Shopping di Perth )

08:00 am - Bergerak
10:00 am - Mandurah Dolphine Watching Cruise
11:30 am - Bergerak
01:00 pm - Belmont Forum (Shopping Mall)
02:30 pm - Lunch di Belmont Forum
03:00 pm - Bergerak
03:30 pm - Apartment (solat)
04:30 pm - Chemist (shopping perfume dan supplement)
05:30 pm - Blue Boat House
06:30 pm - Apartment

Boleh baca di link di bawah 
............................................................................. 


DAY 6 - Khamis

Itinerari Hari Ke-Enam 

03:00 am - Bergerak dari apartment
04:30 am - Perth International Airport
06:30 am - Berlepas ke Kuala Lumpur
12:00 pm - KLIA
02:30 pm -Alhamdulillah sampai rumah

Sebagai penghujung perkongsian itinerari, 2 link yang wajib di baca 


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

7 comments:

  1. Replies
    1. Rasanya kita pergi mana mana part Australia ni, balik mesti teringat je... Tenang, bersih... relaxxxx je suasana kat sana

      Delete
  2. terima kasihhh atas info y sangat detail dan sgat membantu..nak tanya,klo sewa kereta disana stesen minyak senang jumpa x..tgok gambar kiri kanan mcm tanah gurun je..risau juge..saya akan ke perth ogos ni..tq mat drat..trip korea pun saya baca dri blog ni sgt2 membantu. terima ksih banyak2 tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih puan singgah blog saya...
      Utk ke The Pinnacle shj mcmn susah sikit cari station minyak, jadi elok isi petrol/diesel penuh siap2, selain station petrol agak kurang (jauh), harga luar bdr pun mahal sikit...

      Delete
  3. Wah, menarik betul percutian di Perth ni dan terima kasih di atas perkongsian full internary untuk trip di Perth ni. Kalau dah abis PKP nanti mana atau ada rezeki ke sana, boleh refer ni

    ReplyDelete
  4. Seronok nya cuti2 Perth.. Mmg ada dlm list juga nk ke sini tp blum smp lg.. Tq share itinerary and budget .. Bole jdkn panduan

    ReplyDelete
  5. Terasa sangat hendak bercuti, akan tetapi musim pkpb ini di tambah covid ini memberi kesan kepada kita semua. Sabar banyak2 ya. hehe. Selamat hari rya

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.