Pages

Wednesday, 16 October 2019

Travelog Perth Part 1 : King Park & Botanic Garden

Percutian Perth King Park & Botanic Garden


Travelog Percutian Mat Drat di Perth bermula.

Sebagai permulaan, Mat Drat share lokasi pertama Mat Drat singgah di Perth ni, iaitu King Park & Botanic Garden.

Tapi sebelum tu, jemput baca entry sebelum ni... ðŸ‘‡ðŸ‘‡



👇👇
Itinerari Percutian Perth


.............................................................................

KING PARK & BOTANIC PARK


Intro

Orang kata, lokasi wajib jika ke Perth.  Mat Drat setuju, memang wajib ke sini!
Mat Drat 2 kali ke sini.

Jika ada masa, luangkah la masa 1/2 hari di sini.

Taman yang menghijau dengan flora dan fauna. Sangat luas , 400 hektar dan terletak di atas bukit.

Laman Web Rasmi : https://www.bgpa.wa.gov.au/kings-park



Apa Boleh Buat Di Sini

Relax je
Datang sini dan relax je, rasai ketenangan dan kedamaian King Park . 
Bukan senang nak dapat suasana mcama ni.

Lihat Keindahan Perth
- Pagi dan petang : View Perth dan Swan River
- Malam pula boleh lihat view Perth yang bercahaya. Cantik.

Berjalan santai
Berjalan di sekitar Fraser Ave pun seronok. 
View Perth dari sini pun cantik.
Info lebih mengenai Fraser Avenue / Fraser Presint

Berpicnic 
Bawa makanan dan hamparan, enjoy makanan dan suasana.
Lokasi untuk picnic boleh intai di 'picnic Area'
Di kawasan ni ada beberapa meja, ada toilet. Parking kereta pun tak jauh.


Explore It
Selain tu boleh ke beberapa tempat yang Mat Drat senaraikan ni, bergambar atau menikmati suasana di sini.

Setiap tempat ni Mat Drat link kan ke Google Map, boleh lihat gambar-gambar di kawasan tu dan baca review atau komen. Kalau sesuai dengan jiwa, boleh la pergi.
  1. State War Memorial
  2. DNA Tower
  3. Giant Boab 'Gija Jumulu' (poko besar berusia 
  4. Federation Walkway (bushland walk trail)


.............................................................................


.............................................................................

Cara Ke Sini

Kereta
Paling senang dengan kereta.
Mat Drat cadangkan park di kawasan berhampiran pines picnic area.
Sini ada picnic area, toilet, ada padang luas, pokok-pokok cantik dan view Perth yang mendamaikan.
Parking free.

Bas Tranperth 935
Bas ni free dari Adelaide atau St George Terrace.
Turun betul-betul di King Park. Mat Drat cadangkan turun di Fraser Avenue sama ada di bus stop 'Fraser Av Before King Parkatau bus stop 'Fraser Ave King Park


King Park & Botanic Garden Map
KING PARK MAP (FRASER AV)
www.bgpa.wa.gov.au

.............................................................................

Picnic di Day 1

Hari pertama sampai, sementara nak check in apartment, Mat Drat ber'picnic' dahulu di sini.

Singgah mini market, beli roti, minuman, buah-buahan dan makan kat sini.

Hari ni Sabtu, tak ramai orang pun. Mat Drat sampai dalam jam 11am ++

Percutian Perth Picnic King Park & Botanic Garden
Letih + mengantuk +  lapar. 

Percutian Perth Picnic King Park & Botanic Garden
Cukuplah alas perut makan sandwich telur dan sardin

Percutian Perth Picnic King Park & Botanic Garden
Anak-anak lain dah mula bersiar-siar, Mat Drat ambil masa merehatkan diri.
Dia orang dalam kereta dan flight, sempat tidur.

.............................................................................
 

Picnic di Day 3

Hari ke-tiga Mat Drat ke sini lagi. Tapi kali ni sebelah petang pulak.

Hari ni Isnin, pun tak ramai orang yang berpicnic, cuma ada 2-3 family (macam Asian) yang sama-sama picnic di area sini.

Balik dari Swan Valley (Caversham Wildlife Park) kononnya nak singgah Charcoal Chicken, tapi restaurant penuh. So Mat Drat tapau dan decide makan kat sini.


Percutian Perth Picnic King Park & Botanic Garden
Nasi briyani beli dari Charcoal Chicken.
Burung-burung kat belakang tu menunggu masa je, selamba je dia terbang sambar ayam yang kita pegang!!

Percutian Perth Picnic King Park & Botanic Garden
Perut lapar... selera semua makan

Percutian Perth Picnic King Park & Botanic Garden
Ada meja disediakan, tapi limited.
Dah siap makan, baru meja ni kosong
............................................................................. 

Bersiar-siar di Day 3

Siap makan di sini, Mat Drat ambil peluang relax, bersantai dan menikmati suasana di sini.

Mat Drat kongsikan gambar di area Fraser Ave ni...

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Masa untuk bersiar-siar

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Enjoy the moment

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Seronok baring kat sini

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Hari makin petang, bayang-bayang semakin panjanggggg

drinking fountain Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
1891 dibina drinking fountain untuk public water supply

drinking fountain Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Drinking Fountain

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Si kecik paling seronok..

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Santai petang

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Menikmati keindahan

Percutian Perth  King Park & Botanic Garden
Memang seronok..boleh berlari ke sana ke sini



King Park & Botanic Garden Perth View
2 beradik yang kamcing

King Park & Botanic Garden Perth View
Mr Mat Drat n Mrs Mat Drat

Sunset  King Park & Botanic Garden Perth View
Menikmati keindahan Perth

Sunset  King Park & Botanic Garden Perth View
Yeaszzz

Sunset  King Park & Botanic Garden Perth View
Kononnya nak menunggu sunset, tapi Mat Drat tukar plan ke pantai.
Jadi tak sempat sunset disini


Okey.... Part 1 selesai...

Sambung ke Part 2 pula, Elizabeth Quay dan Swan River Cruise

............................................................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

2 comments:

  1. Menarik! Kalau nak ke Aussie nanti LeYa boleh jadikan entry ni sebagai rujukan. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. tgk gambar-gambar ni .. meluap rasanya nak pergi ke Australia.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.