Pages

Thursday, 17 October 2019

Travelog Perth Part 2 : Elizabeth Quay




Travelog Perth Day 1 bersambung lagi. Untuk entry ni Mat Drat kongsi sedikit mengenai sepetang Mat Drat di Elizabeth Quay.

Entry sebelum ni...

Percutian Perth King Park & Botanic Garden
👇👇
 Travelog Perth 1- 
 King Park & Botanic Garden 


.............................................................................

ELIZABETH QUAY


Intro

Elizabeth Quay ni kira kawasan Waterfront di tebing Swan River. Kira kawasan yang dibangunkan untuk tarikan pelancong dan pelbagai projek lain.

Nama Elizabeth ni di ambil dari Queen Elizabeth II. Rasanya ramai tahu dahulunya Australia adalah di bawah jajahan British dan hanya merdeka pada tahun 1931.

Sebab tu Australia ada di dalam Sukan Komenwell.

Info tambahan : Papua New Guinea pula merdeka dari Australia pada tahun 1975.

Apa Yang Menarik Di Sini

Relax dan bersantai
Datang sini boleh je habiskan masa dengan bersiar-siar di sepanjang area Elizabeth Quay ni.

Beberapa tempat menarik sekitar sini
- Elizabeth Quay Pedastrian Bridge
- Esplanade
- The Bell Tower
- Public Art

Public Art
Ada beberapa publoic art yang agak unik dan cantik di sini.
Antaranya
- Spanda
- The First Contact
- Status of Bessie Rischbeith

Aktiviti Lain
- Naik Cruise Swan River








Cara Ke Sini

Kereta
Mat Drat ke sini dengan kereta.
Satu je masalah bila datang dengan kereta, parking area sini memang mahal.
Parking tepi jalan, sangat limited dan maksimum pun mungkin 1-2 jam, bergantung kepada lokasi.
Parking Wilson atau CPP, boleh cecah AUD 16-17 untuk sekali masuk.

Untuk yang nak park, boleh intai-intai lokasi parking sekitar sini di link ni.
👉👉 Senarai parking di Elizabeth Quay

Mat Drat parking ketreta di CPP Convention Centre, kena dalam AUD 17 sekali masuk. 

CAT Bus - Bus Free
Blue CAT Bus berhenti di The Bell Tower (stop 12217).



Klook.com

.............................................................................


Sedikit Gambar di sekitar Elizabeth Quay

Akhirnya... dapat satu keluarga ke sini


Santai petang

Santai petang
Rezeki anak-anak dapat jejak kaki ke Perth




Spanda... Landmark Elizabeth Quay juga la ni

Tak ada kerja, bagi anak-anak main air di BHP Water Park ni

Biarkan mereka bersiar-siar...
Seagull memang banyak di sini.




The First Contact

Sambil bersiar-siar di atas Elizabeth Quay Pedastrian Bridge

Merenung....

Ambil angin di atas Eliabeth Quay Pedastrian Bridge

Elizbeth Quay.
Jom, naik Swan River Cruise pulak

Entry berikutnya ... Swan River Cruise



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

.................................................................

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.