Pages

Sunday, 20 October 2019

Travelog Perth Part 3 : Swan River Cruise

Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay
View Perth dari Perth South


Travelog Perth Day 1 bersambung lagi. Untuk entry ni Mat Drat kongsi sedikit mengenai Swan River Cruise

Entry sebelum ni...


👇👇
 Travelog Perth 1- 
 Elizabeth Quay  


.............................................................................

SWAN RIVER

Salah satu keindahan Perth ni yang Mat Drat tertarik adalah pemandangan dan ketenangan Swan River.

Swan River ni 'mempercantikkan' pemandangan Perth apabila biasan bangunan-bangunan tinggi terpampang di permukaannya, lagi-lagi sewaktu malam.

Menikmati sunset di sini juga berbaloi, agak cantik.

Jika bersiar-siar di Elizabeth Quay ni, ambillah juga peluang menikmati keindahan Perth dari view yang berbeza iaitu dengan Swan River Cruise.


Swan River Cruise

Ada beberapa pakej cruise di sini. 

Untuk 'private cruise', boleh la intai-intai pakej diantaranya
  • Captain Cook Cruise
  • Litttle Fery Company
  • Crystal Swan Cruise
Bagi yang datang dengan budget yang keta macam Mat Drat, boleh la hanya menaiki ferry Transperth ke Perth South.

Ni feri 'public transport' yang hubungkan Elizabeth Quay dengan Mends St Jetty, Perth South.

.............................................................................xxx




.............................................................................xxx

Transpert Ferry Elizabeth Quay ke Perth South

Ini ferry yang dikenadlikan oleh Transperth. Mat Drat naik ferry ni je untuk 'feel' cruise'.

Ferry ni berulang alik dari Elizabeth Quay ke Mend's St Jetty yang terletak di Perth South. Perjalanan ambil masa dalam 15 minit sahaja, singkat je tak lama pun.

Jadual Ferry ke Perth South
Ferry bermula operasi seawal 6:30am sehingga 11:30 pm. Tapi cek jadual sebab ia berubah ikut musim.

Kekerapan bergantung kepada waktu, ada setiap 15 minit dan ada setiap 30 minit.

-Jadual Ferry  
https://www.transperth.wa.gov.au/Timetables/Details/ferry/ferry

Tambang Ferry ke Perth South
Tambang AUD 3.00 (Adult) dan AUD 1.20 (Child)

Kalau ada tiket Transperth (naik train atau bas), boleh guna untuk ferry ni juga. Jadi mungkin tak perlu tiket untuk naik ferry. 

Naik di Mana ?
Naik ferry di Jetty di Elizabeth Quay, berhampiran Spalsh atau BHP Water Park.

Tiket boleh di beli di kaunter. Simpan tiket return untuk perjalanan balik. Kalau hilang, nanti balik kena beli tiket lain.


Perth South
Di sini tiada apa sangat sebenarnya, sekadar menikmati pemandangan Perth dari sini.

Kalau nak ke Perth Zoo, boleh juga. Jarak hanya dalam 700 meter sahaja.

Mat Drat di sini dalam25-30 minit sahaja.  Balik ke Perth dengan ferry yang berikutnya. Ferry setiap 15 minit sewaktu Mat Drat ke sini.


Klook.com




Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay Ticket Jetty
Jetty Transperth Ferry Elizabeth Quay untuk naik ferry

Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay Ticket Jetty
Jetty terletak berhampiran BHP Billiton Water Park ni
Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay Ticket Jetty
Seagull memang banyak kat sini
Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay Ticket Jetty
Elizabeth Quay Jetty


Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay Ticket
Pilihan tiket. Ada self service machine

Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay
Anak-anak la yang seronok

Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay
Suasana dalam ferry


Perth Swan River Cruise Elizabeth Quay
Dalam ferry

Perth Swan River Cruise Mend's St Jetty
Bersantai di Perth South. Di hadapan ni ada mini playgroud, so anak-anak main kat situ la.

Perth Swan River Cruise Mend's St Jetty
Tak ada apa yang boleh dibuat... nak minum-minum, macam tak berapa yakin kat cafe di jetty ni

Perth Swan River Cruise
Berehat sambil melayan gelagat mereka-mereka yang berkayak
Perth Swan River Cruise
Berkayak sambil berdiri ni memang kena ada kemahiran.



Perth Swan River Cruise
Perth..

Perth Swan River Cruise
Relax....sebelum balik ke Perth


Dari sini, bersiar sekajap di Elizabeth Quay sebelum ke Cottesloe Beach untuk sunset.

Pantai-pantai di Perth yang Mat Drat kunjungi, akan Mat Drat share dalam satu entry  nanti.

Okey, entry berikutnya Travelog Perth Day 2 : Fremantle 

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 











No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.