Pages

Wednesday, 16 January 2019

PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN : Tips dan Panduan Bercuti 2020 Update




PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej


PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN : Tips dan Panduan Bercuti ( Update 2022 )

Mat Drat baru selesai menulis trip Pulau Redang, dan terasa nak menulis semula pasal Pulau Perhentian.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow


https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : art_matdrat
......

Di entry ni Mat Drat share sedikit perkongsian mengenai percutian ke Pulau Perhentian terutamanya berkaitan info dan tips. Semoga dapat beri manfaat kepada mereka yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian.

Sebelum cerita panjang, kalau nak baca perkongsian pengalaman pertama Percutian Pulau Perhentian (sewaktu mula menulis blog), boleh baca di entry ni...

PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej



.....................................................................................

1. PULAU PERHENTIAN - Intro n Info

  • Terletak di Terengganu. Semua dah tahu kan...
  • Antara pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian  pulau di negeri Pahang/Terengganu... selain  Pulau Redang dan Pulau Tioman.
  • Ops satu lagi, jangan lupakan Pulau Kapas. 
  • Bila sebut Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman ni.... Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih' ... 
  • Percutian ke Pulau Perhentian ni sangat sesuai tak kiralah ia percutian bersama keluarga, percutian bersama rakan-rakan atau pun percutian pasangan.
  • Ramai juga yang datang di sini untuk percutian ber'Honeymoon'. Memang bagus, suasana aman, damai dan pemandangan sangat cantik. Pasti tinggalkan kenangan manis.
  • Pulau Perhentian ni ada dua pulau ye .... Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Kedua-dua ada tarikan tersendiri. Nanti di bawah Mat Drat share lebih sikit.
  • Untuk ke Pulau Perhentian, kena naik bot dari jeti Kuala Besut.

2. Masa Paling Sesuai / Best ke Pulau Perhentian

  • Kebanyakkan resort (boleh kata semua la) di Pulau Perhentian ni akan ditutup dari November sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun. 
  • Ada sesetengah resort / chalet akan ditutup sehingga Mac.
  • Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat.  Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll). Bot nak ke Pulau Perhentian  pun tak beroperasi.
  • Dan musim paling best dan terbaik ke Pulau Perhentian ni adalah pada bulan April - September.
  • Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun.
  • Awal Mac pula, biasanya musim tengkujuh/ hujan mulai reda. Waktu ni mungkin ombak masih agak kuat.
  • Dan kena ingat juga, cuaca ni pun sukar nak jangka. Ada kala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit.
  • Dan kalau pergi bulan April - September tu, memang bukan musim tengkujuh/monsun tapi kalau hujan anggap kira nasib tak berapa baik la.
  • Ingat, ada juga pihak yang terima tempahan/offer package untuk ke sini seawal Februari !! Cuma kalau awal sangat tu perlu beringat, 
    • kalau ombak kuat, snorkeling mungkin tak dapat
    • aktiviti pantai pun mungkin tak dapat
    • silap hari bulan, hari yang di booking utk ke Pulau Perhentian tak dpt naik bot sebab ombak kuat.

 3. Pulau Perhentian ke Pulau Redang ? Pulau Tioman ?  

  • Ada yang tanya Mat Drat, Pulau Perhentian ke Pulau Redang yang best?
  • Bagi Mat Drat, dua-dua pulau best. Bergantung kepada individu dan jenis trip. Pulau Tioman pun best jugak. Jangan dilupakan...
  • Beberapa faktor perlu ambil kira sebelum decide nak ke pulau mana satu
    • Tengok budget
    • Pergi dengan kawan-kawan atau keluarga
    • Aktiviti utama untuk apa? Bersantai sahaja atau nak snorkeling atau pun scuba diving.
  • Nota : 
    • update 2019 - Mat Drat ke Pulau Tioman 2019, best... 
    • update 2021 - baru-baru ni ke Pulau Kapas, pun best jugak. Ni kira bercuti selepas PKP tamat.

1. Pulau Perhentian
  • Mat Drat pilih Pulau Perhentian waktu trip dahulu sebab
    • Kos percutian nampak lebih murah
    • Pilihan hotel resort/ chalet lebih banyak
    • Nak makan agak banyak pilihan (keluarga agak besar)
    • Tempat snorkeling untuk anak-anak lebih banyak yang sesuai.
  • Waktu Percutian ke Pulau Perhentian bersama keluarga tu, anak-anak memang happy gila...3H2M, penuh aktiviti. Relax dan enjoy.
  • Balik dari situ,anak-anak terus minta nak datang lagi. Seronok....
  • Ada yang kata (tanya kawan-kawan) waktu tu, Pulau Redang kos percutian mahal sikit. Mungkin sebab kos makan kot .....

2. Pulau Redang
  • Mat Drat ke Pulau Redang pula, tapi kali ni dengan rakan-rakan.
  • Dan balik dari Pulau Redang ni, Mat Drat suka Pulau Redang sebab.... (semua sebab snorkeling)
    • Snokeling depan resort Laguna Redang Island Resort - sangat best, coral cantik dan siap boleh kejar anak ikan yu.
    • Snokeling di laut dalam - betul-betul best. Ikan terlalu banyak dan pelbagai.
    • Sessi snorkeling mencari penyu - sangat puas hati, penyu sangat jinak (mungkin sebab lapar kot). Penyu tanpa segan berenang dengan kita. Tak macam snorkeling kat Pulau Perhentian di 'Turtle Point', masa Mat Drat penyu semua malu...semua di dasar laut.
    • Bersantai di snorkeling di Marine Park pun best....... pantai pun cantik.
  • Jadi kalau tak bawa anak-anak kecil, Mat Drat rasa Pulau Redang lagi best kalau aktiviti snorkeling jadi keutamaan.


Untuk trip Percutian Pulau Redang yang baru ni, jemput baca ...

3. Pulau Tioman  (Edited 07.07.2019)

Mat Drat ada juga ke Pulau Tioman 2019... Besttttttttt, sangat la bestttt ☺️

Jemput baca Percutian Mat Drat ke Pulau Tioman  ðŸ‘‡ðŸ‘‡



4. Pulau Kapas (Edited 20.07.2020)
Awal Julai baru ni Mat Drat ke Pulau Kapas pula.  
Kira cuti cuti Malaysia Pasca Covid-19 la. 2H1M,  cukuplah. 

Besttttt.... relax je...  ☺️

Ada ramai juga yg buat Day Trip ke Pulau Kapas..

Nanti Mat Drat update pasal Pulau Kapas ni. 

Percutian ke Pulau Kapas


.........................................

 Pakej Pulau Perhentian Murah 2020  

Mat Drat ke sini dengan travel agent D' Namie, kawan dari Poto Travel yang rekemenkan. 

Waktu tu Mat Drat ambil pakej ground sahaja dengan dia. 
- return boat Kuala Besut - Perhentian
- pakej snorkeling

Mat Drat tak ambil pakej hotel dengan dia sebab dah booking resort awal-awal. 
Sebenarmya booking pakej sekali hotel dengan dia lagi murah.  Murah dan senangkan kita. 

Kalau yg dah booking hotel tu,  better ambil terus ground pakej dgn mereka. Senang,  kita sampai jety je mereka dah tunggu.  Takde kita pening-pening kepala masa tu. 

Whatsapp dan tanya je pakej yg available. Tak kisah, full board pakej atau ground pakej sahaja. Semua ada.

Pakej daily return pun ada, tapi rugila pergi Pulau Perhentian tapi tak bermalam.

1. Pakej 2H1M serendah RM 219 /pax. 

MURAH tu sebab termasuk 
1. return bot (bot pegi balik pun dah RM 70)
2. penginapan 1 malam
3. snorkeling trip (6 points) dengan snokeling gear n guide
Dapat pula lagi
4. 1 X lunch (bungkus) sebelum bertolak naik bot
5. Sehelai T-Shirt Microfiber
6. purple beg (senang isi brg masa snorkeling dan ke pantai)
Lagi BEST sebab ada pakej yang termasuk 
7. complimentary fiber/ transapernt kayak untuk 1 jam.
8. complimentary return boat ke Long Beach (Day 1) bagi yang menginap di Pulau Perhentian Besar. Ini ikut pakej yang dipilih ye.

Naik kayak transaprent ni, kalau post kat IG..boleh dapat banyak LIKE ooo... he he he. 

Dulu-dulu, naik naik kayak transaprent ni kat Mabul je. Sekarang kat Perhentian pun dah ada. Best oo....

2. Pakej 3H2M serendah RM 259 /pax. 

Percayalah... yang pergi Pulau Perhentian 2H1M, ramai yang rasa rugi... Bukan apa, sebab tak puas menikmati keindahan dan ketenangan Pulau Perhentian.

Ada budget lebih sikit, ada cuti lebih...pergilah 3H2M. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. 

Nanti Mat Drat share...

3. Pakej Ground serendah RM 155 /pax (dewasa) dan RM 105 (kanak). 

Yang dah booking resort atau chalet sendiri (mungkin dapat special rate), boleh ambil pakej ground dengan mereka. Harga pakej bergantung lokasi resort atau chalet.

Boleh kata, pakej ground dapat macam pakej di atas kecuali takde penginapan sahaja. Ada pakej pun dapat 1 hour complimentary transaprent kayak.


👉👉 Na D'namie Perhentian

Pekej Pulau Perhentian Murah 2021
      Pakej Pulau Perhentian Murah Bajet 2021


.............................................

Pilih Pulau Perhentian Besar atau Perhentian Kecil ?

  • Soalan ni pun sering ditanya "Perhentian Besar atau Perhentian Kecil"
  • Seperti Mat Drat bagi tahu tadi, Pulau Perhentian ada 2 iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil
  • Mana satu yang lebih bagus, Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar sebenarnya sangat subjektif. Tapi hasil dari pembacaan dan pengalaman Mat Drat...... Mat Drat akan ringkaskan di bawah.
  • Kedua-dua pulau terdapat banyak resort.
  • Jika menginap di Pulau Perhentian Kecil, masih boleh ke Pulau Perhentian Besar. Hanya perlu sewa bot (di sini panggil teksi air). Teksi air banyak terdapat di sini.
  • Mat Drat menginap di Perhentian Besar, 2 kali ke Perhentian Kecil.
  • Pastikan minta life jacket jika menaiki teksi air ni, walau pun jarak perjalanan agak dekat.



Pulau Perhentian Map Kecil Atau Besar
Pulau Perhentian Map


A. PULAU  PERHENTIAN  KECIL

  • Boleh kata  di Pulau Perhentiian Kecil terdapat 3 kawasan tumpuan utama iaitu
    • Long Beach
    • Coral Bay / Teluk Aur
    • Kampung Nelayan
  • Resort banyak terdapat di area Long Beach dan Coral Bay (tengok map kat atas)


1. Long Beach
  • Kawasan tumpuan terutama pelancong Mat Salleh dan mereka yang suka ala-ala backpacker.
  • Pantai di sini memutih dan memanjang.
  • Ombak mungkin sedikit kuat kerana ia mengadap terus Laut Cina Selatan.
  • Di Long Beach ada jeti, jadi jika menginap di kawasan sini, bot akan turunkan penumpang di jeti ini.
  • Perkongsian Mat Drat ke Long Beach sewaktu trip dahulu 
👇👇👇👇👇👇👇
  • Sebelah malam, kawasan ni agak meriah dan happening. Jadi  sebelah malam, mungkin akan ada 'sedikit bunyi bising' di pantai.
  • Nak makan di area Long Beach tiada masalah, banyak cafe d terutama di resort-resort. Harga lebih mahal sikit je dari kedai makan / cafe biasa.
  • Nak murah, menapak je ke restoran,warung atau cafe di Coral Bay / Teluk Aur. Ada jalan pintasan. Mat Drat dah lalu jalan pintasan tu.
  • Kawasan ni 'pencemaran mata' susah sikit nak elak sebab Minah Salleh agak ramai. 
  • Antara hotel atau resort di sini
  • Juga terdapat beberapa chalet dan 'inn'..
    • Perhentian Tropical Inn
    • Perhentian Tivolli Inn
  • Mat Drat pesan...sebelum book tu ... Lihat kedudukan resort/ in / chalet tu sama ada jauh atau tidak dengan pantai DAN jangan lupa baca review (kalau ada)

Resort pilihan ramai di Long Beach...

Mimpi Perhentian Hotel Resort Best Pulau Perhentian

Bubu Resort Hotel Resort Best Pulau Perhentian




Long Beach PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej
Pencemaran mata di Long Beach. Bawa anak-anak memang tak berapa sesuai


Long Beach PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej
Ada je yang berjemur... minah salleh pakai 2 pieces je



2. Coral Bay / Teluk Aur
  • Juga merupakan kawasan tumpuan terutama pelancong tempatan.
  • Resort di kawasan ni kena booking awal sebab selalu habis awal.
  • Juga terdapat beberapa chalet kecil yang di uruskan oleh individu tetapi tiada kemudahan tempahan secara online.

Hotel dan Resort pilihan ramai di Coral Bay...
  • Di kawasan ini berdapat beberapa kedai makan selain restoran/cafe yang terdapat di resort.
  • Untuk ke Coral Bay dari Long Beach (dan sebaliknya) ada 2 pilihan:
    • boleh menaiki bot laju, ambil masa hampir 15 minit. 
    • ikut jalan pintasan trek jalan kaki, kurang 15 minit berjalan. Mat Drat guna trek ni je, tak naik bot pun.
  • Menginap di sini boleh menikmati suasana petang cantik ketika matahari terbenam / sunset.
  • Sambil layan sunset boleh berkayak, boleh minum-minum di warung tepi pantai

Coral Bay  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej
Suasana petang di Coral Bay. Bersantai sambil makan.


Coral Bay  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej
Suasana petang di Coral Bay. Waktu sunset / matahari terbenam


Coral Bay  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej
Berkayak di petang yang indah..

  • Pemandangan sunset cukup indah di sini. Boleh ke entry Mat Drat sewaktu trip dahulu , Mat Drat kongsi gambar ketika suasana sunset di Coral Bay
👇👇👇👇👇👇


3. Kampung Nelayan
  • Kampung Nelayan ni merupakan kawasan penempatan utama penduduk Pulau Perhentian. Terdapat pelbagai kemudahan di sini, jeti yang selesa, ada klinik, balai polis, tadika, sekolah dll.
  • Di sini juga terdapat sebuah masjid cukup cantik di tepi laut, orang sini gelar masjid tersebut sebagai Masjid Putih. Cantik masjid ni. 
  • Mat Drat suka pemandangan di sini , dengan keadaan air yang jernih dan bot-bot yang berwarna warni. Cantik je nampak...

Kampung Nelayan  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Jeti Kampung Nelayan, Perhentian Kecil


Kampung Nelayan  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Antara kedai makan di Kampung Nelayan - bersebelahan jeti.


Kampung Nelayan  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Kawasan sosio ekonomi utama penduduk Pulau Perhentian, jadi agak sibuk dengan bot di kawasan ini.


  • Nak mencari barangan keperluan sepert air mineral, sardin, maggi, telur dan seumpamanya (barangan asas) boleh la cari di sini. Cuma harga agak mahal sedikit berbanding tanah besar tetapi agak murah jika banding dengan kedai-kedai di resort di Pulau Perhentian ni.
  • Makan di kampung nelayan di pulau ini lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Ada beberapa gerai di kawasan berdekatan jeti.
  • Di kawasan kampung nelayan setahu Mat Drat tiada hotel/resort, jika ada pun mungkin chalet,homestay, hostel ataupun motel. 
  • Antara chalet atau 'inn' di sini


Anis Perhentian Chalet Pulau Perhentian






Perkongsian Mat Drat ke Kampung Nelayan sewaktu trip dahulu
👇👇👇👇👇👇


B. PULAU  PERHENTIAN  BESAR

  • Di Pulau Perhentian Besar juga terdapat banyak hotel/resort yang selesa terutama mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak.
  • Kebanyakan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian adalah di sekitar Pulau Perhentian Besar ini.
  • Resort-resort di Perhentian Besar juga banyak yang menawarkan aktiviti mengambil lesen Scuba Diving.
  • Kedai makan / restoran/ cafe di area sini terletak di resort itu sendiri. Jadi harga makanan adalah harga restoran/cafe ++ - Harga makan di sini lebih kurang je dari 'tanah besar'. Nasi goreng contohnya, RM 10 - RM12 sepinggan. Kira boleh terima lah sebab tong gas kat sini pun harga dekat RM 50 setong. Mahal nak angkut dari Kuala Besut!
  • Hotel dan resort di Pulau Perhentian Besar ini boleh lah Mat Drat katakan tertumpu kepada 3 kawasan ini iaitu
    • Teluk Pauh - Main Beach
    • Taman Laut - Teluk Keke
    • Teluk Dalam (Deep Bay)
  • Selain 3 kawasan ni, terdapat juga beberapa resort / chalet di lokasi lain 

1. Teluk Pauh Area dan Main Beach
  • Pantai yang canti terutama di hadapan Perhentian Island Resort (PIR).
  • Manakala pantai di hadapan Coral View Resort pula agak banyak coral, sesuai dengan nama resort tu sendiri.

Teluk Pauh  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Teluk Pauh - Di hadapan PIR


Teluk Pauh  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Pantai di hadapan PIR - Perhentian Island Resort


Teluk Pauh  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Di hadapan Coral View Resort. Banyak kawasan berbatu di sini

Teluk Pauh  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Depan Coral View Resort

  • Coral View Resort, The Reef Chalet, The Barat Perhentian Resort dan Mamas' Chalet terletak di 'Main Beach' dan ia mengadap Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil.
  • Perhentian Island Resort (PIR) terletak di Teluk Pauh dan mempunyai jeti dihadapan resort. Jadi yang menginap di sini, akan turun di jeti PIR ini. Di kawasan hadapan PIR ini juga sesuai untuk aktiviti snorkeling
  • Coral View Island Resort (CVIR) pun Mat Drat suka sangat dari dulu. Resort cantik, pantai depan cantik. Banyak coral dan batu-batu... memang view cantik la...  petang-petang boleh lepak kat cafe CVIR, minum coklat panas sambil menikmati angin bayu Pulau Perhentian.


The Barat Perhentian
The Barat Perhentian



Teluk Pauh  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
Pantai di hadapan The Reef , sebelah The Barat Perhentian






Hotel dan Resort pilihan ramai di kawasan Main Beach dan Teluk Pauh...



Perhentian Island Resort







Mama's Chalet




2. Taman Laut - Teluk Keke Area 
  • Di kawasan antara Taman Laut Pulau Perhentian ke Teluk Keke juga terdapat beberapa chalet yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.
  • Lokasi tepat kawasan ni boleh di lihat di map di link resort / chalet di bawah
  • Chalet  yang terdapat di kawasan ini
Hotel dan Resort pilihan ramai di Taman Laut dan Teluk Keke...



      • Kawasan Teluk Keke juga menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk snorkeling. Ada port untuk camp site juga di sini.
      • Pantai di Teluk Keke ni agak landai dan memanjang, dan airnya cukup jernih.

      Teluk Keke  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
      Pantai di Teluk Keke

      Teluk Keke  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
      Pantai di Teluk Keke memang tumpuan pelancong dan pengunjung berkelah dan bersnorkeling


      Teluk Keke  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
      Penghujung Teluk Keke


      Teluk Keke  PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN
      Ikan-ikan di persisir pantai di Teluk Keke




      • Chalet  yang terdapat di kawasan ini
      Hotel dan Resort pilihan ramai di Taman Laut dan Teluk Keke...








    • 3. Teluk Dalam Area (Deep Bay) 
      • Selain Kawasan Main Beach ke Teluk Pauh dan kawasan Taman Laut Pulau Perhentian ke Teluk Keke, kawasan Teluk Dalam juga terdapat beberapa chalet.
      • Lokasi 'Teluk Dalam' boleh di lihat di map di link resort / chalet di bawah
      • Antara resort dan chalet di kawasan ini adalah


      Pakej Murah Pulau Perhentian Fauna Chalet Resort
      👉 Nash D'namie Perhentian


      .............................................

      Loading...




      ........................................

      Transport Ke Kuala Besut

      • Untuk ke Pulau Perhentian, kena ambil bot laju dari jeti Kuala Besut
      • Dan untuk ke Kuala Besut, ada 3 pilihan
        • Dengan Kereta
        • Dengan Kapal Terbang
        • Dengan Bas

      Percutian ke Pulau Perhentian KUALA BESUT
      Welcome to Kuala Besut !



      1. Dengan Kereta

      • Perjalanan ke Kuala Besut dari Plaza Tol Gombak ambil masa 5-6 jam.
      • Jarak Tol Gombak ke Kuala Besut lebih kurang 500 km, dengan melalui Lebuhraya KL - Karak dan Lebuhraya Pantai timur (LPT dan LPT 2).
      • Sediakan peruntukan kos tol lebih kurang RM50 sehala. 
      • Di Hentian Gambang, pastikan tangki minyak kereta dipenuhkan semula sebelum menyambung perjalanan.
      • Ada juga yang berminat melalui Lebuhraya KL-Karak dan ke Gua Musang sebelum ke Kuala Besut.
      • Laluan ini lebih dekat (420 km), lebih jimat tol (hanya tol KL-Karak sahaja) TETAPI, masa perjalanan sedikit lebih lama sebab hanya guna highway sampai ke Bentong sahaja.

      Parking di Jeti Kuala Besut
      • Tempat parking awam agak terhad.
      • Tempat parking berbayar ada, RM10 / sehari (tak sure kalau dah naik)
      • Bila kita memandu memasuki kawasan Jeti Kuala Besut ni, akan ada yang bertanya kepada kita sama ada inginparking kereta atau tidak.
      • Jika ingin park, elok dropkan dahulu beg dan anak-anak (kalau bawa anak-anak) sebelum hantar kereta untuk park.
      • Boleh terus tanya rate parking sewaktu booking mana-mana pakej, biasa mereka boleh booking kan terus lot parking.

      2. Dengan Kapal Terbang
      • Nak jimat masa, naik kapal terbang je.
      • Turun di Lapangan Terbang Kota Bharu dan ambil teksi ke Jeti Kuala Besut.
      • Jarak lebih kurang 60km , 1 jam pejalanan. 
      • Airport KB ke Jety Kuala Besut boleh naik
        • Teksi : Dalam RM 80-100/teksi
        • Grab : Kawan kata dalam RM 60-70
        • Airport transfer pakej : RM 30 one way. Boleh booking terus dengan ejen

      2. Dengan Bas 

      • Nak jimat duit, dan tak nak letih boleh consider naik bas sahaja.
      • Ada bas terus ke Terminal Kuala Besut ni dari destinasi tertentu.
      • Kalau dari KL, boleh naik di TBS dan terus ke Jeti Kuala Besut.
      • Dari terminal ke Jeti Kuala Besut dalam 1 km. Boleh ambil teksi sahaja.




      Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut





      ................................................

      Bot ke Pulau Perhentian

      • Untuk ke Pulau Perhentian, kena naik bot laju dari Jeti Kuala Besut.
      • Bot laju akan ambil masa 30- 45 minit ke Pulau Perhentian, bergantung kepada kedudukan resort kita.
      • Bot akan berhenti dari satu resort ke satu resort.
      • Tak semua resort / chalet di Pulau Perhentian ada jeti sendiri.
      • Bagi resort / chalet yang tiada jeti, akan ada bot / sampan kecil akan menunggu di persisir pantai. Penumpang akan berpindah ke bot/sampan kecil dan perlu bayar tambang tambahan dalam RM5 untuk ke pantai.
      • Nak senang, carilah resort atau chalet yang ada jeti berdekatan. Kebanyakkan ada.

      Tambang Bot ke Pulau Perhentian

      • Tambang bot pergi balik RM70 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak).
      • Perlu bayar Tiket Marine Park (RM5) seorang.
      • Perlu bayar caj kepada Majlis Perbandaran Kuala Besut juga. Caj tak ingat...
      • Tiket boleh beli di kaunter atau pun melalui ejen jika ambil pakej dengan ejen.
      • Elok datang dengan dah ready semua pakej, tiket bot ye.

      Jadual Bot ke Pulau Perhentian

      • Kuala Besut ke Pulau Perhentian
        • 9.00 pagi hingga 4 petang sahaja.
        • Bot tiada masa tetap. Bot penuh, akan jalan.
        • Elok sampai awal.
        • JANGAN la plan mencuba bot terakhr. Bukan apa, takut terlepas atau bot penuh. Haru nanti, terpaksa bermalam di Kuala Besut.
      • Pulau Perhentian ke Kuala Besut
        • 8.00 pagi, 12 tengah hari dan 4 petang. Pilih nak balik naik bot waktu mana satu.
        • Sewaktu check-in, inform terus kaunter resort atau chalet waktu kita nak balik. Pilih bot 8 pagi, 12 tengah hari atau 4 ptg.
        • Bot 12 tengah hari biasanya akan penuh, dan perlu tunggu. 
        • Malam sebelum balik, re-confirmkan lagi sekali dengan kaunter waktu kita nak balik.
        • Pihak resort / chalet akan arreange kan dengan pihak bot.
      Bot ke Pulau Perhentian
      Jeti Kuala Besut. Bot laju ke Pulau Perhentian

      Percutian ke Pulau Perhentian jETI KUALA BESUT
      Suasana Jeti Kuala Besut

      Percutian ke Pulau Perhentian Jeti Kuala Besut
      Bot-bot laju untuk perjalanan Kuala Besut - Pulau Perhentian

      Percutian ke Pulau Perhentian Jeti Kuala Besut
      Satu bot tidak terlalu ramai. Life jacket jangan lupa pakai ye

      Percutian ke Pulau Perhentian Jeti
      Antara jeti di Pulau Perhentian. Tak semua resort / chalet ada jeti

      Percutian ke Pulau Perhentian Jeti
      Bagi resort / chalet yang tiada jeti, bot kecil akan jadi perantara antara bot laju dan pantai ke resort/chalet.

      Percutian ke Pulau Perhentian Jeti
      Suatu waktu dahulu. Mat Drat menginap di The Barat. Tiada jeti tapi ada platform terapung. Platform ni berguna kalau bot lambat sampai, kita menunggu di sini. TAPI sekarang dah ada jetty.

      Percutian ke Pulau Perhentian Jeti
      Ni sewaktu balik. Family ni terpaksa tunggu sebab bot nak bawa mereka ke Kuala Besut sampai agak lewat.







      Aktiviti di Pulau Perhentian

      • Ada beberapa aktiviti yang biasa dilakukan di sini. Antaranya
        • Snorkeling
        • Scuba diving
        • Bersantai di Pantai
        • Berkayak
        • Mendaki ke Kincir Angin
      1. Snorkeling
      • Ada beberapa lokasi snorkeling yang menarik di sini. Boleh dapatkan pakej snorkeling dari ejen-ejen. Elok deal sebelum ke Pulau Perhentian.
      • Jika tidak jumpa ejen, boleh juga cari sewaktu di Pulau Perhentian. Di sana nanti akan jumpa signboard operator-operator yang tawarkan pakej snorkeling dan scuba diving. Boleh cari contact mereka di pantai-pantai utama atau pun tanya sahaja pihak resort / chalet.
      • Lokasi snorkeling yang biasa
        • Depan resort (bergantung kepada lokasi resort)
        • Teluk Pauh
        • Turtle Beach
        • Teluk Keke
        • Taman Laut Pulau Perhentian
        • Turtle Point
        • Shark Point
        • Latar Air Berani
        • Teluk Rawan (Romantik Beach)

      snorkeling Percutian ke Pulau Perhentian
      Sessi snorkeling di Teluk Pauh.
      Sessi water confident untuk anak-anak


      snorkeling Percutian ke Pulau Perhentian
      Snorkeling di Teluk Keke


      snorkeling Percutian ke Pulau Perhentian
      Sessi snorkeling di deep sea , di Sharp Point


      snorkeling Percutian ke Pulau Perhentian
      Di pantai rawan (ada kata pantai romantik)


      • Pengalaman Mat Drat bersnorkeling dahulu...
        • 👉👉 Snorkeling di Shark Point / Deep sea



      2. Scuba diving
      • Ada banyak operator di sini. Beberapa kenalan Mat Drat pun ad ayang dapat lesen PADI di sini.
      • Boleh cek dengan pihak resort. Tapi biasanya yang nak ambil lesen PADI, dah tahu resort mana atau scuba diving mana yang bagus di sini.

      3. Bersantai di Pantai
      • Petang-petang boleh bersiar di pantai sambil menikmati keindahan pantai.
      • Berjalan di pantai sebelah pagi pun sudah cukup menenangkan diri dengan ketenangan suasana di sini.
      • Sambil berehat di pantai, boleh la main pasir dengan anak-anak.
      • Kalau menginap di Coral Bay, boleh layan sunset yang indah.
      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian
      Masa bermain pasir..


      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian
      Aktiviti pantai

      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian
      Awal pagi meronda di pantai....menikmati ketenangan

      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian
      Ni aktiviti lain sikit, kumpul gamat. Rasanya hanya di hadapan The Barat Perhentian


      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian  gamat
      Rasanya hanya di hadapan The Barat Perhentian







      4. Berkayak
      • Di sini juga ada berkayak. Ada beberapa beberapa operator berhampiran resort tertentu.
      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian Berkayak
      Berkayak di Coral Bay


      5. Ke Kincir Angin /Wind Mill
      • Bagi yang mampu mendaki 'bukit' atau anak tangga, jangan lepaskan peluang ke kincir angin yang terletak di Perhentian Kecil.
      • Pemandangan dari atas ni memang cantik.
      • Boleh tanya operator-operator taxi air (bot), sama ada mereka boleh hantar ke sini.

      ...........................

      Makan Murah di Pulau Perhentian

      • Harga makan di Pulau Perhentian ni mahal sedikit dari tanah besar ye. Mahal sikit je...
      • Harga sedikit mahal sebab semua bahan mentah (kecuali hidupan laut) di bawa dari tanah besar.... semua kena naik bot. Macam gas memasak pun dekat RM 50 se-tong.
      • Contoh sepinggan nasi goreng kampung, di sini harga anatara RM 10-RM15.
      • Ini kalau harga di cafe cafe yang terletak di resort / berdekatan resort.
      • Satu pilihan nak makan sedikit murah, boleh makan di cafe atau warung yang terdapat di Kampung Nelayan, Perhentian Kecil.
      Aktivit Percutian ke Pulau Perhentian
      Kedai makan di Kampung Nelayan


      Makan Murah Percutian ke Pulau Perhentian
      Fresh Coconut di Coral Bay RM 5

      Makan Murah Percutian ke Pulau Perhentian
      Di Long Beach... RM 7

      Makan Murah Percutian ke Pulau Perhentian
      Contoh harga di sini

      Makan Murah Percutian ke Pulau Perhentian
      Contoh harga di sini





      Tips Lain sebelum ke Pulau Perhentian

      • Kasut : Pakai kasut yang sesuai ke sini. Selipar juga sangat penting terutama kalau berjalan di pantai. Kadang-kadang di pantai ni ada serpihan kaca, jadi elok berselipar.
      Percutian ke Pulau Perhentian
      Selipar je senang nak ke pantai / pulau



      • Beg : Kalau bercuti ke pulau, bawa lah beg galas dan janganlah guna beg beroda. Senang untuk bergerak terutama di pantai. Tapi kalau menginap di resort yang memang ada jeti bersambung terus ke resort, mungkin guna beg beroda tak ada masalah.
      Percutian ke Pulau Perhentian  BEG
      Beg galas / backpack lebih sesuai.


      Percutian ke Pulau Perhentian
      Bayangkan kalau guna beg beroda, dan terpaksa bertukar bot. Kan susah.


      • Air Mineral : Ingat ye, di pulau biasanya agak panas. Dan selepas snorkeling kita akan cepat dahaga. Jadi bawalah air mineral lebih sedikit. Di sini, air mineral agak mahal.
      Percutian ke Pulau Perhentian
      Bekalan air mineral habis di sessi snorkeling ke -3, terpaksa anak-anak minum bercatu



      • Power Bank: Jangan lupa bawa sebab sesetengah resort/chalet tak provide elektricity 24 jam. Kena cek dengan resort / chalet.
      • Multiple Socket :Di sini, plug / suiz di setiap bilik agak limited, tambahan pula tak semua resort / chalet provide 24 hours electricity. Jadi Multiple socket sangat membantu untuk caj handphone di waktu malam.
      • Kipas Kecil : Kalau ada, bawa lah. Kipas kecil yang guna USB. Kalau malam-malam agak panas, kipas tu sangat berguna.
      • Torch Light : Pun sangat berguna kalau bercuti di pulau. 
      • Snorkeling set : Kalau ada, boleh je bawa. Tak perlu sewa di sini.


      Ini dahulu buat waktu ni. .

      ~Mat-Drat ~



      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

      Copy Link di atas dan share link ni ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!




        38 comments:

        1. Bang mat amik pakej mane utk aktiviti air?

          ReplyDelete
        2. mat drat ada no tak? boleh tak saya nak hubungi mat drat nak tanya something psl percutian ke perhentian sbb saya
          blur ni tak tahu apa apa psl perhentian

          ReplyDelete
          Replies
          1. Di sini pun ok. Kalau boleh jawab, saya jawab kan atau reader lain jawab kan.

            Saya di O/Sea skrg, trip 2 minggu lebih

            Delete
          2. Mungkin ambik masa lama sikit utk reply.

            InsyaAllah trip tuan/puan ke P. Perhentian dimudahkan

            Delete
        3. Bg yang bawa anak2 kecil dan ramai yg mana lebih sesuai perhentian kecil agau besar?

          ReplyDelete
          Replies
          1. Saya suka P.Besar... Lebih tenang utk anak2

            Delete
        4. Kalau pegi dgn family better amik pakej siap2 dgn resort or asing2

          ReplyDelete
          Replies
          1. Terpulang. Saya ambik asing sbb pakej dah tetapkan resort.

            Kalau ambil asing asing, elok confirm pakej snorkeling awal-awal dgn ajen. Senang nanti

            Delete
        5. di pulau perhentian kecil boleh scuba/snorkeling x

          ReplyDelete
          Replies
          1. Saya tak sure port utk snokleing. Tapi biasa pakej snorkeling, bot akan bawq ke P. Besar.

            Delete
        6. di pulau perhentian kecil boleh scuba/snorkeling/?

          ReplyDelete
        7. Nurul Hamizah Binti Mizan12 May 2019 at 15:32

          Assalammualaikum. Anggaran harga teksi air dlm berapa ringgit ya?

          ReplyDelete
          Replies
          1. Waalaikumusalam. Berbeza ikut lokasi. Di sana akan ada diletakkan harga. (di kaunter)

            Delete
        8. salam, nk tye kalau naik kapal terbang, turun airport kota bharu or kuala terengganu lagi dekat?

          ReplyDelete
        9. Salam..if prgnant ok ke naik bot laju tu?? Plan nak ke p.phentian bln 8.. time tu sy dh 7bln..

          ReplyDelete
          Replies
          1. emmm...... dah tujuh bulan tu. jaga-jaga ye kalau pergi.

            Jeti Besut ke Pulau Perhentian naik bot, jauh juga tu dan hentakan ombak tu kena jaga-jaga.
            Personnely, saya macam tak berapa setuju kalau puan pergi.

            Saya tak arif sangat tapi pengalaman ke Pulau Langkawi dahulu (trip pertama), ada makcik di sana tak bagi saya bawa wife naik bot sebab wife tengah pregnant 6 bulan rasanya. Masa tu kami nak ambil pakej island hoping. Ingat lagi makcik tu kata, tak payah la "nanti datang semula, baru naik bot, terhentak-hentak dalam bot tu bahaya"

            Dan tahun lepas, dapat bawa wife ke Langkawi lagi seklai...

            Delete
        10. Salam, pesisir pantai perhentian island resort dgn coral view resort bersambung x? Boleh berjalan kaki ke sepanjang pesisir itu / klu duduk di PIR, hanya boleh nikmati pantai hadapan PIR sahaja? Tq

          ReplyDelete
          Replies
          1. Wasallam. Bersambung, ada laluan.

            Dari PIR boleh ke Coral View, ke Reef terus ke The Bharat Perhentian (resort saya menginap)

            Delete
        11. tq for sharing.sgt bermanfaat. semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezekiii.

          ReplyDelete
          Replies
          1. Aaamin...semoga tuan/puan juga sentiasa dimurahkan rezeki

            Delete
        12. Jelas semua. Terima kasih atas info. Plan nk pergi April 2020 bersama anak2. 1st time ke Pulau 😄.

          ReplyDelete
        13. Hotel mane yg ade jeti dia sendiri utk ke pulau?

          ReplyDelete
          Replies
          1. Antara yg ada...

            Perhentian Kecil boleh ke
            - Mimpi Resort, Long Beach
            - Shari La dan Ombak Resort, Coral Bay

            Perhentian Besar
            - Perhentian Island Resort
            - The Barat Perhentian (jeti kecil)

            Delete
        14. depan resort ni ada pantai yang boleh kanak2 main air x?mean xde coral

          ReplyDelete
          Replies
          1. kami stay The Barat Perhentian, depan ni pantai tak beraa best nak best mandi.
            Kami menapak ke PIR. Perhentian Island Resort

            Delete
        15. Salam bang..antara redang n perhentian mana lg sesuai utk bawa anak kecik..lebih kepada main pntai..sbb anak x reti nk snokeling

          ReplyDelete
          Replies
          1. bagi saya... macam Perhentian kot, area Teluk Pauh Perhentian Besar pantainya agak landai dan sesui anak2 mandi. Sbb saya sty area sini

            Pantai depan PIR landai, kat sini saya ajar anak2 snorkeling.

            Area Long Beach, ombk kuat. Area Teluk Aur/Coral Bay (P. Kecil) pun ok rasanya, cuma agak crowded

            PIR mmg agak tenang sikit.. saya suka.

            Cuma la intai2 view resort2 di area2 lain. Mungkin ada yg okey juga utk anak2.

            Redang pun landai pantai dia. Terutama depan Laguna Redang dan pantai2 brseblhan dia... ada bbrapa resort/chalet kat area situ

            Delete
        16. Terbaik pos ni bang. Byk info. Terima kasih. Cuma saya nak tanya, tahu tak tentang kos dan masa kalau nak pergi redang dari pulau perhentian?

          ReplyDelete
          Replies
          1. boleh roger shbt saya Adli. Boatman kmi semasa di Redang

            Dlm post P. Redang saya ada share nombor dia, atau email/whatsapp saya

            Delete
        17. Kalau tak pandai berenang pun boleh jugak ke main snorkling ni?

          bila dah pakai life jacket ni, boleh ke kita nak menyelam?bukan ke benda tu akan buatkan kita terapung?

          Kalau ambik pakej snorkeling, wallet/phone semua tu kita tinggal atas bot ke?



          Maaf banyak tanya... ;)

          ReplyDelete
          Replies
          1. sorry , terlepas pandang soalan ni. Walau dah lama, saya jawab juga ye.

            1. Tak pandai berenang, boleh snorkeling. Snorkeling di tepi pantai sahaja sehingga confident.

            2. Snorkeling , kita kan bermain di atas permukaan air sahaja. Kita akan terapung-apung. Menyelam tak pakai pelampung. Yang menyelam ni geng scuba diving. Mereka lihat coral dan hidupan di dasar support dengan gas oksigen dan suite.

            3. Bawa beg water proof. Jgn bawa wallet, cukup bawa cash sekadarnya. HP biasa letak dlam beg kalis air (pouch) dan bawa bersama. Nak tinggal punbolehm pesan pada boatman dan pastikan bot tu bukan sharingf bot

            Delete
        18. Terima kasih ats info. Sy pun pernah stay dekat barat. Dulu abk free n easy. Buat sdr jer sbb nk ikut bajet. Nie nk try bwk family besar. Tue la msh fikir nk bt sdr atau abk pakej. Harga memang jauh beza... Pening

          ReplyDelete
        19. Saya nak tanya.. kmi skluarga rncg nk ke pulau perhentian besar bawa ank2 kcik

          1- kt sana ada transport utk jalan2 1 pulau x?
          2- sy mgkin akn stay di coral view island, kemudahan apa yg ada berdekatan situ contoh kedai runcit, kedai makan, klinik atau lain2

          ReplyDelete

        Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

        Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.