Pages

Wednesday, 1 August 2018

Trip Bercuti Bandung Day 1 - Floating Market Lembang



Untuk entry ke-3 ini, Mat Drat sambung 'travelog' day 1 Trip Bandung ni dengan kongsi destinasi berikutnya iaitu Floating Market Lembang.

Entry ni bersambung dari entry sebelum ni...
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Kopi Luwak dan Kebun Begonia


FLOATING MARKET (Destinasi Ketiga)

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Keluar dari Kebun Begonia, kami terus menuju ke Floating Market. Jarak tak jauh mana, tak sampai 1km pun...

Floating Market ni agak luas sebenarnya, kalau nak 'meronda' puas-puas dalam ni dan bersantai-santaian, rasanya akan ambil masa lebih kurang 3-4 jam.

Kami tak lama di sini, hanya sekitar 1 3/4 jam je. Itupun ada tempat tak pergi, dan banyak aktiviti / ride tak naik. Mat Drat pesan kat anak-anak, kat sini tak boleh lama-lama sebab lepas ni nak ke Farm House (yang ada Rumah Hobbit tu).

Kalau yang dah pernah ke 'Floating Market' di Thailand atau Vietnam, Floating Market Lembang ni lain sikit ye...  Di Thailand dan Vietnam tu, floating market kita akan menyusuri sungai/terusan dan banyak kedai/gerai disepanjang sungai/terusan tu. Di sini pula, tasik buatan ni mereka sediakan bot kecil/sampan dan kita boleh ke kedai/market yang terletak di tebing tasik ni. 

Sepanjang 1 jam lebih Mat Drat di sini, tak nampak ramai pun yang naik bot/sampan kecil ni. Rata-rata lebih suka berjalan disekitar Floating Market ni....


Dalam 1 jam 1/2 tu, Mat Drat sempat

- minum-minum santai tepi tasik tu (sebelah pintu masuk)
- meronda di taman bunga (Rainbow Garden). Kat sini paling lama, sebab mak , ayah dan anak2 semua 'mabuk' nak bergambar.
- lepak santai di Kota Mini / Miniatur Keretapi'

Kira Mat Drat menjelajah sebahagian sahaja dari Floating Market ni... malas nak jalan jauh-jauh ke dalam.  Sampai di area Kota Mini, kami rileks sekejap dan naik ride/main game apa yang ada sebelum patah balik untuk keluar. 



Jadi di sini ada beberapa aktiviti yang menarik, nak 2 jam boleh....3 jam pun boleh...ikut minat dan kesesuaian masing-masing.



Sedikit info mengenai Floating Market ni:


Lokasi  : ðŸ‘‰ Google Map Floating Market Lembang

Address :  Jalan Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat,  Jawa Barat.

Telepon:+62 22 2787766


Bayaran Tiket : (Tak kira umur ye)

Weekend - Rp 15,000 seorang (+- RM 4.20) 
Weekday - Rp 10.000 seorang (+- RM 2.80)  

Tiket ni layak dapat air secawan ye...free je. Kat kaunter tu kita boleh pilih air apa yang nak.

Bayaran Parking(Ini tak termasuk harga sewa van ye)

Bas - Rp 20,000
Kereta - Rp 10,000


Sewa Stroller
Ada kaunter yang sediakan perkhidmatan sewa stroller dan basikal. Kaunter terletak di sebelah kanan selepas memasuki Floating Market ni.
Waktu Mat Drat masuk ke sini, anak kecil dah tidur, jadi perkhidmatan sewa stroller ni sangat-sangatlah membantu.... Tak mahal pum, jangan risau.


Secara amnya Mat Drat rasa tempat ni juga sangat sesuai untuk dilawati lagi-lagi kalau bawa anak-anak...  Tiket nya murah, dan pemandangan di sini juga cantik. Ada aktiviti yang menggembirakan anak-anak.. Kita bercuti ni, lihat anak-anak happy, kita pun akan rasa happy juga.

Jangan lupa masuk ke sini dengan handphone dan power bank yang cukup bateri ye...








Jom layan sikit gambar Mat Drat n family di sini... cerita kat gambar lagi senang
(maaf lah...entry trip Bandung ni memang banyak gambar ....)


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Boleh naik bot yang bersambung tu... ikut masa yang ditetapkan.
Kaunter tiket dijual di hadapan 'jeti' kecil ni

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Mat Drat tak berapa yakin naik sampan kecil tu sebenarnya...
Kecik sangat rasanya...


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Sambil menunggu bot...boleh lepak minum di sini dahulu.
Tengah-tengah minum, kami decide 'tak payah' la naik bot panjang tu, lambat sangat nak menunggu.

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Selfie satu.....




Kota Mini 

Kat sini ada beberapa aktiviti yang pasti menyeronokkan anak-anak..... jom


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Kota Mini...Bermain...Belajar...Berfoto Ria!!! Ayoooo


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Kota Mini...Bermain...Belajar...Berfoto Ria!!! Ayoooo


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Sekali sekala jadi macam budak0budak makan gula-gula kapas...


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Seronok juga kayuh beca ni.... lagi seronok kalau duduk ada yang kayuhkan...



Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Memang meletihkan..... lagi lagi kalau bawa yang dewasa!!


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Seronok akak-akak ni datang jauh dari Jakarta




Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Masa bermain dengan kambing biri-biri pulak...


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Anak-anak sekarang yang boleh kata dah susah nak jumpa biri-biri


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Lapar biri-biri ni... untung tokey, pengunjung beli makanan dan bagi makan pada biri-biri mereka.

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Senyum Kambing... 



Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Landskap yang cukuop menarik...


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Nasib baik ada stroller untuk di sewa di sini...selesa 'baby' tidur..


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Rileks sekejap dengan ikan....


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Rileks sekejap dengan ikan....



Rainbow Garden

Kat sini tak ada apa selain bunga...bunga...bunga... Yang minat bunga tu pasti seronok....

Jadi layan gambar la lagi ye...



Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Welkam to Rainbow Garden


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Ingat ...jangan memetik bunga yang ada walau segeram mana pun nanti.

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Memang mendamaikan pemandangan dari atas ni...
latar belakang yang cantik


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Drama.....

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Terpersona bila dikelilingi bunga -bunga

Drama lagi...

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Menikmati keindahan....


Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Menikmati keindahan....






Dan bila nak balik tu jangan lupa redeem air percuma yang diberi ye untuk setiap tiket yang kita beli.



Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Minum dulu sebelum melangkah keluar dari Floating Market

Bercuti Bandung Floating Market Kota Mini Lembang
Selesai bersantai-santaian di Floating Market

Bersambung di entry berikutnya ....
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Farm House Susu Lembang





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


4 comments:

  1. Lebih kurang sama antara satu tempat dengan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sama....cuma di setiap tempat tu ada 1-2 product tarikan dia yang lain dari yang lain

      Delete
  2. mat drat pakai fon apa?ctk gambar semua sharp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nova 2i je.
      Tapi gambar2 yang saya update di blog, dah di-reduce-kan size... jadi kualiti kurang sikit.

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.