Pages

Wednesday, 1 August 2018

Trip Bercuti Bandung Day 1 - Farm House Susu Lembang



Untuk entry ke-4 ini, Mat Drat sambung 'travelog' day 1 Trip Bandung ni dengan kongsi destinasi berikutnya iaitu Farm House Susu Lembang.

Entry ni bersambung dari entry sebelum ni...



FARM HOUSE SUSU LEMBANG (Destinasi Keempat)


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang


Destinasi seterusnya untuk Day-1 kami ini adalah ke Farm House Susu Lembang. Jarak dari Floating Market tak jauh mana, lebih kurang 3 km sahaja jadi hanya ambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.

3 sebab Mat Drat masukkan Farm House Susu Lembang ni (selain di suggestkan oleh Gunawan) adalah
- Nak ke rumah Hobbit ( nak ke New Zealand jauh sangat)
- Seronok tengok mereka yang dah ke sini, bergambar dengan pakaian 'Dutch'
- Nak merasa susu biri-biri yang di katakan segar di sini...

Secara amnya, tempat ni lebih kurang macam Kebun Begonia dan Floating Market di mana di sini juga menyajikan pemandangan yang agak cantik....sangat sesuai untuk bergambar... 

Yang menjadikan ia sedikit berbeza adalah kerana ia ia turut menyediakan kawasan yang bercirikan eropah, France n Belanda.

.



.


Ketika kami tiba di sini, hujan renyai-renyai mula turun sekejap-sekejap. Jadi pergerakan kami agak terbatas sewaktu mula tiba. Dan sebab tu juga, di awal-awal kami memakai baju kot yang agak tebal...sejuk...


Kami pun tak lama di sini, hanya sekitar 1 lebih je. Hari pun hujan renyai-renyai sekejap-sekejap, jadi tak boleh lama. Dan hai juga sudah agak lewat petang dan anak-anak pun dah macam nampak sedikit letih... Cukuplah sejam...

1 jam tu dah cukup untuk kami :
  1. Menuju ke rumah Hobbit dan bergambar.
  2. Kemudian pergi ke area Belanda untuk sewa pakaian Dutch. - bergambar lagi.
  3.  Ke kawasan 'petting zoo'. Tak bergambar pun, sebab anak-anak dah bermain dengan kambing biri-biri masa di Floating Market.


Selain tu boleh juga singgah di Curug Mini, Sungai Gembok Cinta, Gedung Serba Guna dan Lapangan Alun-Alun.

Jangan lupa, tiket yang kita bayar tu juga termasuk secawan susu murni (susu segar) di sini...Ada kaunter khas untuk redeem. Jangan tak redeem.



Sedikit info mengenai Farm House Susu Lembang ni:

Lokasi  : ðŸ‘‰ Google Map Farm House Susu Lembang

Address : Jl. Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat

Telepon:+62 22 8278240022



Bayaran Tiket : (Tak kira umur ye)
Rp 25,000 seorang (+- RM 7.00) 

Bayaran Parking(Ini tak termasuk harga sewa van ye)

Kereta - Rp 10,000



Jom layan gambar.....



Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Rasa cantik pulak kawasan ni...hijau je...


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang Rumah Hobbit
Rumah Hobbit...Ingatkan dulu kat New Zealand je ada

Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang Rumah Hobbit
Rumah Hobbit...


Ke Kawasan 'Eropah'



Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang


Nak lebih menikmati ke'eropah'-an, kita sewa la baju yang ada di sini. Baju untuk gegirl memang nampak menarik, tapi untuk lelaki rasa macam biasa-biasa je.... Jadi kami ambik baju untuk gegirl je la....



Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Tempat menyewa Costume Holland ni terletak di tingkat atas.
Baju Holland je yang ada ye.


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Dengan  Dutch Lady


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Dutch Lady

Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang


Di kiri kanan ni kedai-kedai menjual pelbagai barangan dan juga ada cafe


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Di flatform yang mreka sediakan untuk pengunjung  menikmati pemandangan...

Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Di flatform yang mreka sediakan untuk pengunjung  menikmati pemandangan...


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Mendung.... Macam kat Genting lak, sekejap-sekejap hujan..sekejap-sekejap kabus..


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang



Ke Peeting Zoo....tengok apa yang ada...


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Signboard ke Petting Zoo dan Toko Susu


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Kaunter menukar susu murni 
Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Minum susu murni depan kambing biri-biri !!



Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Petting Zoo

Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Masa kat Floating Market, baby tidur. Sekarang turn dia bermain dengan biri-biri


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Satu lagi rumah 'hobbit'. Yang ni terletak di area Petting Zoo


Bercuti Bandung Farm House Susu Lembang
Selesai lawatan ke Farm House Susu Lembang...



Check-in Hotel 

Dari sini kami terus ke hotel Promenade untuk check-in. Jam pun dah 6pm lebih, hari dah nak gelap. 

Mat Drat pilih The Promonade Hotel di Jalan Cihempelas ni sebab harga yang agak murah dan suka konsep dia yang agak kotemporari, simple tapi selesa. Ala-ala iBIS Hotel.

Mat Drat pilih hotel di area Cihempelas ni sebab tempat ni memang antara tumpuan pengunjung. Selain tu sebab
    • Shopping souveniour atau mencari t-shirt senang di sini, banyak kedai-kedai murah. 
    • Ada CIWALK (Cihampelas Walk). CIWALK ni shopping complex yang sangat ramai pengunjung.
    • Banyak fast food dan restoran/cafe (di CIWALK), seang nak makan.
    • Teras Cihampelas juga tempat menarik untuk disinggahi kalau menginap di sini.

Antara hotel-hotel lain yang Mat Drat intai-intai di kawasan ni sebelum memilih The Promanade adalah Aston Tropicana HotelDe Batara HotelThe Regia dan tapi sebab last minit banyak yang dah fully booked... Mat Drat pilih The Promonade Hotel  sebab yang ni je available 3 bilik untuk 2 malam.



CIWALK dan TERAS CIHAMPELAS

Nasib tak berapa baik, anak kecil yang setahun lebih mula tunjuk tanda nak demam. Mungkin sebab perubahan cuaca yang agak sejuk di sini.  

Siap berehat dan selesai mandi mandi, kami ke CIWALK untuk cari ubat demam untuk anak kecil. Ubat demam boleh beli di farmasi yang terdapat di sini, tak payah pergi klinik. Jarak pun tak jauh dari hotel, dalam 200 meter je.

CIWALK (Cihampelas Walk) ni  shopping mall la yang lebih kurang macam shopping mall yang bersepah kat Malaysia.

Untuk makan malam, kami cari yang simple dan senang...makan fast food je kat area CIWALK ni. Di sini juga banyak cafe-cafe, jadi nak makan tak ada masalah.

Nak makan di kedai-kedai makan di Jalan Cihampelas ni pun boleh sebenarnya, ikut citarasa sendiri. Cuma nak cepat, kami makan di sini sahaja.







Banyak fast food di sini...senang nak makan


Siap makan, masa untuk intai-intai apa yang menarik di Jalan Cihampelas ni dan juga di Teras Cihampelas. 

Teras Cihampelas ni terletak di atas Jalan Cihampelas, di bina bagi mengumpulkan para peniaga meniaga dan menjaja di sini.

Nak beli t-shirt boleh la beli di sini...agak murah dan harga lebih kurang sama antara satu sama lain. Harga boleh tawar sikit di sini, jangan risau.


Salah satu kedai yang kami singgah...banyak juga membeli dengan brother ni.
Nama kedai 'Saudara'

Niat nak menyopping, jadi bawa beg siap-siap ye...
Senang, boleh sumbat je dalam beg.


Disepanjang jalan ni banyak kedai-kedai pakaian dengan tema mereka tersendiri.
Yang ni tema Mr Bean

Kedai pakaian - tema Minion


Selesai meronda di bawah (Jalan Cihampelas) kami ke bahagian atas pula iaitu Teras Cihampelas.



Bawah Jalan Cihampelas...Atas pula Teras Cihampelas

Jalan Cihampelas ni akan mulai sibuk mulai jam 8 pagi sehingga la waktu malam...
Nak melintas tu berhati-hati.....


Booth untuk Instagram ni sentiasa beruba-rubah seloka nya....
Kali ni seloka nya
"Biarlah Cinta Tak Berbalas, Biarlah Cician makin memeras, Yang Penting Happy di Teras Cihampelas"



Suasan malam di sini...siang agak lengang

Dah banyak dapat hasil, masa untuk balik ke hotel dan berehat secukupnya. Kalau yang menginap di area sini, bersebelahan Hotel Promonade ni ada kedai serbanika 24 jam ala ala 7E.

Tengah-tengah malam rasa lapar, Mat Drat ke kedai ni untuk beli mee segera... Pergi Indonesia takkan nak bawa makanan segera (maggi, Brahim's dari Malaysia kan...)

Satu lagi, si kedai serbanika ni juga ada bagi tawaran tiket murah ke Transtudio.... Baca di entry berikutnya ye...



Bersambung di entry berikutnya ....
👉👉 Percutian Bandung Day 2 -Transtudio Bandung





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡



7 comments:

  1. Yang best kiambing biri-biri bebas berkeliaran. Susu free sedap tak ? Perisa apa yang sedap?. Tempat ini boleh dilawati. Cantik pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu free memang sedap, sedap sebab free...he he he.

      perisa apa yang sedap, tak ingat la bro...order lain-lain, lepas tu tukar-tukar rasa anak beranak...

      Delete
  2. Replies
    1. petting zoo tak perlu bayar, kita bayar tiket masuk mula-mula je...

      Delete
  3. Terima kasih, berkongsi pengalaman sebagai panduan :) Boleh share juga tentang lunch & dinner? Ada bawa stok dari Msia/masak sendiri? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blog saya...
      say atak bawa stok makanan dari Malaysia, kat sini makanan halal tak ada masalah. Kat IndoMaret (kedai serbaneka) pun banyak makanan segera kalau lapar-lapar tengah malam.

      bab makan, supir kami yang uruskan sekali dalam satu hari. Jika lunch/dinner di restoran yang dia bawa, dinner/lunch kami makan di tempat kami lawati atau di sekitar hotel.

      Delete
  4. Mat Drat tak bermalam ni Lembang ye? Lembang dgn Bandar Bandung mcm jauh je.. 1 hari cukup ye jln2 di Lembang?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.