Pages

Monday, 12 March 2018

Aktiviti dan Tempat Menarik di Pattaya - Trip Pattaya Part III


Aktiviti Tempat Menarik di  Pattaya


Bersambung dari entry sebelum ni.... Tempat Makan Halal di Pattaya


Okey....selesai makan kami terus menapak ke Pattaya Beach. Takkan pergi Pattaya tak lepak di Pantai kan...

Selain ambil angin di Pantai Pattaya, kami ke situ juga untuk mencari pakej island hoping dan mencari tiket Alcaraz Show / Tiffani Show.

Dari hotel kami menapak je ke Pattaya Beach.... berjalan kaki ni boleh lah kita menikmati apa yang ada di Pattaya ni. Dari hotel (hostel) kami, tak jauh pun...dalam 1km je.


AKTIVITI DAN TEMPAT MENARIK DI PATTAYA 

Pattaya ni banyak tempat menarik dan banyak aktiviti menarik. Tapi pantainya tidaklah secantik di Krabi atau Phuket. Walau bagai mana pun, Pattaya tetap ada keunikannya tersendiri.

Aktiviti lain yang menarik kat Pattaya ni tak 'mengganggu' fokus kami menikmati aktivit pantai dan laut di sini....

Aktiviti sepanjang petang kat Pattaya Beach ni, Mat Drat tak dapat nak share gambar sendiri kecuali gambar dari google street view sahaja. Koleksi gambar Mat Drat hilang bersama laptop.



1. Pattaya Beach


Seperti yang Mat Drat bagi tahu, kami ke pantai memang untuk menikmati suasana petang di sini sahaja.

Jalan di hadapan Pattaya Beach ni cukup luas, banyak deretan kedai dan restoran. Hotel-hotel pun banyak.... 

Yang paling penting, di pantai itu sendiri  banyak disediakan tempat berteduh dan beristerirehat...bolehlah sambil berehat order air kelapa... Baru ada gaya berehat kat pantai...



Aktiviti Tempat Menarik di  Pattaya
Suasana di Pattaya Beach
Sumber : Google Street View


Aktiviti Tempat Menarik di  Pattaya
Macam ni la suasana petang tu... sambil berjalan menikmti sunset
Sumber : Google Street View

Aktiviti Tempat Menarik di  Pattaya
Banyak kerusi dan payung untuk berehat di Pattaya Beach ni.
Bayar dan boleh guna seharian.
Sumber : Google Street View

2. Walking Street Pattaya

Kami tersampai ke Walking Street ni tanpa sengaja. Memang kami berlima seorang pun tak tahu apa tu Walking Street sebenarnya....  

Tersampai ke sini pun, asalnya nak menapak ke Bali Hai Pier Pattaya. Bali Hai Pier Pattaya ni jety untuk aktiviti island hoping dan lain-lain. Konon-kononnya ke sini untuk cari pakej untuk island hoping, mesti area sini banyak ejen jual pakej island hoping... tapi lain lak jadi.

Jarak kami nak menapak dari Pattaya Beach ke Bali Hai Pier Pattaya tu dalam 800-900 meter je... tak la jauh mana...

Waktu kami sampai di Walking Street ni, tak la sesunyi macam gambar di bawah ni. Waktu tu dah banyak premis yang buka. Kami sampai matahari pun dah nak terbenam... Tapi gambar google street view ni macam waktu tengah hari rasanya.


Aktiviti Tempat Menarik di  Pattaya
Entrance Walking Street dari Pattaya Beach.Sumber : Google Street View

Bila masuk sahaja ke kawasan ni.... kiri kanan dipenuhi dengan restoran, pub-pub, go-go bar dan seumpamanaya.... hari dah nak menghampiri maghrib jadi tempat-tempat tu dah nak mula nak beroperasi. 

Pandangan makin terganggu dengan suasana kedai kiri kanan serta gadis-gadis bar di situ.... Ejen jual pakej island hoping langsung tak nampak dan Bali Hai Pier Pattaya masih jauh.

Last-last kami keluar dari Walking Street ni tanpa dapat apa-apa pakej island hoping. Elok la kami keluar sebelum iman tergugat .....

Aktiviti Tempat Menarik di  Pattaya
Walking Street pada waktu malam
Sumber : Google Street View

Lepas keluar tu baru dah Mat Drat google dan dapati Walking Street ni memang tumpuan pengunjung terutamanya lelaki yang ingin mencari hiburan...Kira Red Light area la....

Jadi kami patah balik dan singgah di beberapa ejen yang kami perasan ada di sepanjang Pattaya Beach tadi untuk mencari pakej Island Hoping. Tak banyak ejen yang ada dan harga semuanya lebih kurang sama sahaja... semua dah berpakat kot, jadi tak ada la boleh jumpa kedai yang bagi diskaun melampau.... 

Survey punya survey, akhirnya kami pilih satu pakej untuk island hoping dan termasuk transport. Operator akan pickup kami di hotel pagi-pagi esok, esok sahaja baru kami bayar... Tak bayar deposit pun waktu tu... atas tawar menawar.

Kalau setakat nak ke Kahn Island, boleh terus ke Bali Hai Pier Pattaya, tapi kami nak cari pakej.... island hoping, snorkeling, parasailing dan  sea walker.

Pakej yang kami ambik pun campur-campur... ikut masing-masing punya minat dan keberanian. Dan harga termasuk makan tengah hari.

Itu untuk aktiviti esok, untuk malam ni kami layan Alcazar Show...Mat Drat share last sekali kat entry ni.


Dua kativiti yang menarik yang Mat Drat dan kawan-kawan buat esoknya adalah ke Koh Larn Island dan Sea Tour Pakej.

3. Koh Larn (Koh Island) Tawaen Beach 


Koh Island ni antara tempat tujuan kalau ke Pattaya. Ada beberapa pantai tapi Tawaen Beach paling ramai pengunjung....sangat ramai. Pantainya landai dan airnya jernih sangat.

Kalau nak ke sini.... boleh naik public feri atau naik private bot. Nak naik ferry tu, tambang hanya 30 Bath dan perjalanan ambil masa dalam 45 minit. Ambik ferry ke Tawaen Beach ye, sebab ke Naban tu macam perkampungan Koh Larn (Island) ni. 


Tambang dan masa  boat / ferry ke Koh Larn Island
Sumber : Thailand Direct

Kalau yang ke Naban tu... nanti kena sewa transport (motor) atau naik songtaew pulak kalau nak kemana-mana...


Tambang dan masa  boat / ferry ke Koh Larn serta kadar sewa motor
Sumber : Thailand Direct

Mat Drat ke Koh Larn ni sebelah petang sebab kami ambil sea tour dengan private bot yang dikongsi dengan lebih kurang 10-12 orang lain. Selepas aktiviti parasailing, sea walker dan snorkeling baru kami ke sini. Tapi Mat Drat share pasal Tawaen Beach dulu, rasanya ramai yang akan kesini sahaja berbanding ambil sea tour pakej..



Suasana ni terminal Bali Hai Pier - memang ramai orang

Menuju ke bot... semua akan melalui pelantar ni, cuma untuk ferry awam akan naik hujung sikit.
Ferry boat ke Naban dan Tawaen Beach lain-lain ye, jadi pastikan naik ferry boat yang betul

Jom ke Tawaen Beach Koh Larn Island.... dah habis layan gambar Tawaen Beach, baru baca Sea Tour yang Mat Drat ambil.

Ni suasana ni Tawaen Beach.... memang meriah dan boleh kata terlalu ramai pengunjung. Tapi jangan risau, pantai ni luas dan memanjang.



Ni kami baru turun dari bot...
Memang ramai gila manusia kat sini...Kalau rasa kat Teluk Kemang PortDickson tu ramai, kat sini lagi ramai.
TAWAEN BEACH

Geram pulak tengok air jernih ni... jom mandi sambil cuci mata...

Pantai yang landai... ombak pun tak kuat. 



Mat Drat ke tengah sikit, masih boleh berjalan dan air masih di bawah paras dada.

Pantai Tawaen Beach ni cukup bersih.... landai dan memutih

Khemah khemah dan kerusi rehat tu kena bayar... tapi kami dah termasuk pakej
Boleh kata, waktu tengah hari memang penuh...
Di kawasan ni banyak makanan kalau nak beli, buah-buah la, lain tak tahu status halal.


Pakej kami termasuk makan tengah hari.... Tunggu apa yang disajikan. Jeng Jeng Jeng

Perut dah lapar main air dari pagi, lauk simple pun habis.
Tapi kami makan nasi lauk tembikai + udang bakar + ikan goreng je.
 Sayur dan ayam kami tak sentuh, tak yakin nak makan.

Dua orang (Couple) yang makan dengan kami ni, sama-sama naik bot dengan kami. Baru bertunang, dari China. Lepas Bangkok, mereka ke Pattaya dan akan ke ChengRai pula.

Dan mamat tu dah jadi kawan Mat Drat di Weechat. Bersungguh bila balik ke jety, dia suruh Mat Drat install WeeChat. China mana pakai Facebook dia kata. Sama macam Korea, mereka lebih suka pakai Weechat. Di Thailand pun sama  , mereka lebih banyak iklankan produk di Weechat dan Line.



Dan dunia lelaki... sebatang rokok boleh mengakrabkan lagi,
Ops kami berbual campur-campur, bahasa ayam dan itik sebab dia tak boleh berEnglish sangat, nasib baik kawan Mat Drat sorang ni boleh cakap Cina sikit.

Ni dah nak balik...dah makan...dah mandi laut....tunggu bot je nak bertolak.





4. Sea Tour Pattaya 


Okey, pakej yang kami ambil adalah pakej sea tour dengan merangkumi aktiviti 
- parasailing
- sea walker
- snorkeling
- island hoping di Koh Larn (yang kat atas tadi)

Boleh pilih nak ambil semua atau bolejh skip mana yang tak nak. Tapi kena ikut la bot tu kemana pergi, sebab join trip / tour yang sama.

Dari hotel, van ambil ikut waktu, cuma masa terbuang hampir sejam. Van pusing Pattaya pickup yang lain. Nasib kami, kami antara yang terawal van pick-up, jadi lama la kami dalam van sehingga semua di pick-up.

Yang join sea tour ni, bawa air mineral lebih sikit ye sebab memang panas ditengah laut.



Sejam lebih dalam van, akhirnya sampai ke Bali Hai Pier yang semalam kami nak kesini tapi tak sampai.
PATTAYA CITY 

Jam dan 10am...agak lewat.
Banyak buang masa pasal pick-up yang lain
Sementara menunggu dibahagikan ikut group, akan ada penjaja menjual macam-macam barangan seperti sunglasses, topi dll

Small group kami...untuk pakej sea tour ni


Mat Drat dan kawan naik private boat...sebab ambil pakej.

2 sahabat Mat Drat, abam Macho. 
2 orang lagi pula tumbang malam tadi... demam. Pagi-pagi kena tarik diri dari join sea tour ni. Jadi tinggallah kami bertiga.
10-12 orang semua untuk bot kami ni.
Safety First. Bagus mereka ni. Dipesan dan dpastikan semua pakai Life Jaket sebelum bergerak.
Teringat kisah Mat Drat ke Pulau Perhentian....Mat Drat yang minta Life Jacket tapi driver bot tak bagi... tak ada pun dalam bot 



Mula meninggalkan Pattaya City

Dan bot semakin lajuuuu....... 




Dan bot terus  lajuuuu menuju ke tengah laut.... dan Pattaya City semakin jauh.





Parasailing

Ni aktiviti pertama. Yang join atau tak, perlu turun di platform untuk tunggu rakan-rakan satu bot selesai ambil giliran. 

Seorang sekali je ye... Dan platform untuk parasailing ni di tengah-tengah laut. Ada beberapa platform lain juga yang Mat Drat perasan ada... dalam 2-3 lagi.

Elok juga dia buat di tengah laut ni, tak ada la risiko tersangkut di pokok dan sebagainya.... TAPI.... nanti, bawah sikit Mat Drat share...


Bila menghampiri platform, lihat orang-orang berterbangan, makin seronok lak.



Memang ramai yang naik naik parasialing ni... jadi kena beratur.Ikut group (bot)

Crew parasailing ni memang ramai, mereka kena bergerak pantas untuk siapkan yang nak berlepas dan juga bersedia untuk menyambut yang nak mendarat.

Ada satu kes tu, angin bertiup agak kuat, jadi platform pun dah beralih sikit kedudukannya. Sorang pompuan tu waktu mendarat hampir tersasar dan hampir jatuh ke laut, nasib baik ada sorang crew tu sempat terbang tangkap pompuan tu (macam penjaga gol tangkap bola). 

Kelam kabut sekejap masa tu... Kalau jatuh ke laut, tak tahu la apa jadi...

Crew-crew tu kana bertukar-tukar sekejap-sekejap sebab pelantar tu sangat panas, mana boleh tahan kaki lama-lama...terik.

Dan teringat satu kes beberpa bulan lepas, ada pelancong Mat Salleh dari Australia yang terlucut waktu naik parasailing ni. Terlucut dan jatuh ke laut....dan mati. Tinggi tu jatuh... Ni namanya malang tak berbau.  Jadi yang nak naik ni, jangan happy lebih-lebih sangat dan beringat juga ye.


Sedia untuk berlepas. 

Seronok ooooo.....

Nun di sana,.... banayk juga yang sedang 'terbang'

Selamat mendarat. Timing pemandu bot kena tepat, laju je sikit...mesti terlajak landing nanti.

Selesai.... 



Dah selesai... kena tunggu rakan satu bot yang lain  pula. 



Sea Walker 

Selesai aktiviti Parasailing, kami ke aktiviti seterusnya...Sea Walker. Lokasi agak jauh ketengah laut mungkin lokasi ni hidupan laut lebih menarik.

Aktiviti ni rasanya kat Malaysia tak ada. Aktiviti ni kita dipakaikan satu suit lengkap macam 'angkasawan' dan beserta oksigen, kemudian dilepaskan kita ke dalam laut (dasar) dan bolehlah kita merasai dan melihat suasana dasar laut.

Sampai kat lokasi, kami dipindahkan ke bot yang lebih besar untuk aktiviti ni. 




Sessi taklimat sebelum mula aktiviti. Ni di atas bot yang lebih besar.




Aktiviti ni tak lama, yang lama menunggu turn. Dah selesai, kita kena tunggu yang lain pula...



Snorkeling

Ni aktiviti ke-3, lokasi di sebuah pulau kecil. Snokeling ni tak ada yang ajar atau bagi taklimat, cuma diberitahu lokasi yang banyak ikan....lokasi yang bahaya. dan diberikan masa 1 jam untuk bersnorkeling.

Ikut masa sendiri.... Gambar tak ada ye, sebab tangan dan pakaian dah basah. Handphone pun kami tinggalkan di bot.

Macam snorkeling kat Pulau Perhentian atau Pulau Redang...cantik-cantik batu karang dan ikan kat sini.



Koh Larn Island

Ni aktiviti ke-4 untuk sea tour pakej ni. Suasana Koh Larn macam Mat Drat share kat atas tadi.


Ini menghampiri Koh Larn. Macam-macam jenis bot/feri ada.



Naik bot macam ni pun ada...pakai payung sendiri je ..Panas 


Macam tongkang je nampaknya...tapi ni rasanya untuk jarak dekat kot, mungkin bot transfer je dari bot besar 

Dah selesai di Koh Larn ni, masa untuk kami balik ke Pattaya City. Bot pun dah tunggu....


Naik bo kecil, boleh terus naik dari tepi pantai je



Selesai aktiviti sea tour. Letih....


Dan seperti biasa... cari la gambar sendiri kalau nak beli

Kami tak beli pun, sebab pakej kami termasuk dengan sekeping CD untuk tour ni.

TAPI bila balik, rupanya CD tu ada gambar kami sebelum naik bot je. lain-lain aktivit, semua pakai company punya video dan gambar...Terpedaya kami kat sini ...

Jadi, yang bercuti ke Pattaya tu, boleh la consider ambil sea tour pakej ni. Dah jalan jauh-jauh, rasailah aktiviti kat tempat ni kan...



5. Alcazar Caberat Show / Tiffani Show

Alcazar ni kami layan malam hari pertama, tiket kami beli di ejen tepi jalan yang kami jumpa. Tak ada survey-survey sebab masa dah singkat.

Mat Drat berdua je yang layan Alcazar Show ni. 2 lagi dah start nak demam dan seorang lagi, tak sanggup dia kata tengok Alcazar ni sebab .......bapuk semua.

Mat Drat bukan nak tengok pondan-pondan ni, tapi nak layan performance mereka.

Jumpa ejen yang jual ditepi jalan, dapat beli dengan harga diskaun. Tapi disuruh pula naik transport dia arranegkan. Transpot datang rupanya motor kapcai je, boncenglah Mat Drat berdua tanpa helmet ...1km ebih jugak tu.


Alcazar Caberat show ni pertunjukkan show macam musical la, tapi yang jadi artis semua pondan. Kalau tak baca pamplet, Mat Drat pun tak sangka mereka ni pondan.... memangtak nampak macam pondan mu, cantik mengalahkan pompuan pun ada.

Ada lagi satu show macam ni di Pattaya, Tiffani show. Tapi kata ejen yang jual, lokasi Tiffani Show jauh, tak sempat. Mat Drat sampai kat tempat Alcazar Show ni pun dah terlewat 5 minit.

5 minit lewat tu, terpaksa la kami berdua duduk di barisan paling belakang dan paling atas. Jauhhhhh ke belakang.

Laman Web http://www.alcazarthailand.com/en/site/index


Ada 17 segment semuanya dan untuk Melayu Dance pun ada ( tarian Melayu). Yang ni mereka nyanyikan lagu Dato' Siti Norhaliza.

Tarian mereka memang mantap, show memang tip top...Memang terhibur lah....  satu jam lebih pertunjukkan tu kira berbaloi la....






Selesai show, semua penari dan penynyi akan berada di luar dan waktu ni akan ramai la yang ambil kesempatan bergambar dengan mereka.

Satu model, 40 Bath ye. Ramai juga yang sanggup bergambar dengan pondan-pondan ni... Tak sangka uuuu....aw.!!!




Mat Salleh bukan kira apa...

Untuk 2H1M, rasanya ini sahaja 5 aktiviti/tempat yang sempat Mat Drat jelajahi kat Pattaya ni....




Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :
 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 

Percutian ke PATTAYA



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

2 comments:

  1. Salam berapa harga Sea Tour tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf....saya tak ingat.... tapi survey beberapa ejen, harga sama sahaja.....

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.