Pages

Thursday, 18 January 2018

Travelog Bangkok Part V - River Cruise

Bersambung dari entry sebelum ini, 




DAY-2 

Trip ke Bangkok di Day-2 diteruskan lagi.... Jika pagi tadi Mat Drat dan rakan-rakan menyusuri sungai di Damnoen Saduak Floating Market sebelum ke Elephant Village  dan Maeklong Railways Station Market, dan sebelah petang ni balik ke Bangkok City pula untuk meyusuri sungai Chow Phraya pula.

Okey, kereta api tiba di Maeklong Railways Station tadi sekitar 1:45pm. Dalam 2:30pm baru kami dapat bergerak dari situ untuk balik ke Bangkok.

Perjalanan makan masa lebih kurang 1 jam 30 minit, satu perjalanan yang agak lancar. Tapi sebelum menaiki Chow Phraya River Cruise, kami singgah dahulu di Masjid Haroon.



MASJID HAROON

Hari ni Mat Drat ke Masjid Haroon ni bawa rakan-rakan yang lain. Semalamnya Mat Drat dan Mr BAI dah kesini untuk 'cari masjid' ni dan juga untuk buat tempahan dinner untuk malam ni di sebuah restoran yang terletak di sebelah Masjid Haroon ni.






Pintu gerbang ke Masjid Haroon
Masjid ni bukan masjid yang besar ye, tapi masjid yang ada sejarahnya tersendiri.

Sedikit Sejarah Masjid Haroon
- Didirikan oleh Toh Haroon (Imigrated) dari Indonesia pada tahun 1828 sewaktu pemerintahan King Rama III 

Deretan kedai ni dah tutup sewaktu kami tiba sekitar jam 5pm.
(Ini gambar semalam - masih dibuka sebab awal)

Dengan Mr BAI pada hari semalamnya...
Datang nak pastikan kedudukan masjid dimana

Ruang Solat yang cukup selesa 

Mat Drat dan rakan-rakan, last makan masa kat Damnoen Floating Market pagi tadi. Sekarang dah dalam 5 petang, perut dah sangat lapar. Nasib tak baik, rupanya gerai-gerai tepi masjid ni dah tutup semuanya.

TAPI nasib baik, ada nampak satu makcik di lorong berhampiran masjid ni menjaja makanan. Bolehlah untuk alas perut.

Jadi siap makan, kami semua serbu kat makcik ni.... 


Perut dah lapar punya pasal - bantai je apa yang ada.
Rezeki makcik ni


Ni kawan Mat Drat.. Siap pesan, masukkan gambar aku dalam blog!!

Dan ni sorang lagi kawan Mat Drat.. 
Siap pesan juga, masukkan gambar aku dalam blog!!




Selesai solat dan tapaw sedikit makanan, kami semua bergegas ke jety untuk menaiki Cruise Chow Phraya River ni.

Walaupun jarak hanya dalam 800 meter, tetapi jalan kat Bangkok ni tersangat la sesak... 





CHOW PHARAYA RIVER CRUISE


Seperti mana-mana tempat, river cruise sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Jadi sama la h juga di Bangkok ini.

Sedikit info yang dapat Mat Drat cari sebelum ke sini dan juga info serta maklumat yang diperolehi semasa di Bangkok ini.


Chow Phraya River Cruise ni ada beberapa kategori. Mat Drat kategorikan 
- Hop-On Hop-Off Boat - Chow Phraya Tourist
- private river cruise 
private river cruise bot kecil


Hop-On Hop-Off Boat - Chow Phraya Toursit ( Murah )

- Mat Drat pilih river cruise ni sebab faktor harga tiketnya yang murah. Kira yang paling murah rasanya berbanding lain-lain operator yang jalankan package river cruise di Bangkok ni.

- Yang ni memang service untuk tarikan pelancong.

- Bot akan bergerak ikut jadual yang telah ditetapkan dan akan berhenti dibeberapa jeti/station. Boleh turun dan naik dengan satu tiket kalau beli 1 day pass river pass.

- Service ni bermula di Sathorn Pier (sebelah Saphan Taksin BTS Skytrain station) dan akan berhenti di hampir kesemua 'pier'/ jeti utama sepanjang sungai ini.

- Boat akan berlepas setiap 30 minit dan mengikut jadual yang ditetapkan.  Bot terakhir berlepas pada jam 6pm.

- Cruise ni ambil masa pergi balik dalam masa lebih kurang 1 jam kalau kita tak turun di mana-mana 'pier'. Kalau ambil 1 day pass, boleh turun dan naik di mana-mana 'pier' sepanjang hari tu.

- Antara tempat tarikan yang boleh dilawati disepanjang laluan itu adalah Wat Arun dan Wat Pho ( Temple), Grand Palace, The Maharaj, Chinatown dan Flower Market.

- Oleh kerana kami ambil last boat, jadi kami tak dapat turun di mana-mana 'pier'.... kira tak pergi la ke Grand Palacae atau pun ke Wat Arun...Kira kami tak Wat Gapo la kat sini....😊...Wat Donno je....😊.

- Yang nak ke Grand Palace, pastikan pakaian yang bersesuaian ye... Dan harga nak masuk pun boleh tahan juga rasanya...

- Untuk last bot, dari Sathorn Pier boat akan sambung perjalanan ke Asiatique... satu kawasan yanga gak happening ni waktu malam dengan ferries wheel ride besarnya, banyak restoran dan kedai-kedai.


Harga Tiket:
- 40 Baht : One Way Tiket
- 150 Baht : One Day River Pass
Bot akan bergerak ikut jadual yang telah ditetapkan dan akan berhenti dibeberapa jeti/station. Boleh turun dan naik dengan satu tiket.


Sebelum ronda-ronda Chow Phraya river ni... mai singgah pengalaman lain Mat Drat  berriver cruise 
- River Cruise di Paris ðŸ—¼ðŸ—¼
- Evening Cruise di Barcelona 
- Sunset Cruise di Kuching




Jom ronda-ronda di Sungai Chow Phraya ni.... 


Time Table Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
Map , Jadual dan harga tiket 

Time Table Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
Add caption


Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
Kaunter tiket agak lengang...

Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
Oleh kerana ni bot  'pelancong' yang murah... jadi perlu beratur.
Lambat kalu, bot penuh tak boleh naik dan kena tunggu next boat.

Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise

Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
4 Jejaka Malaya meronda sungai


Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
Cuaca agak mendung... jadi suasana sunset tak berapa cantik

Hop On Hop Off Boat Chow Phraya River Cruise
TQ Abam Lan aka Mr Cameraman II... Banyak tolong ambilkan gambar




Private River Cruise

- Kalau rasa tak ada 'class' naik naik bot hop-in hop-off ni, boleh la pilih Private River Cruise.

-Masa nak ke sini,  Mat Drat dah pun search di google mengenai private package tour river cruise. Bila tengok harga....emm, boleh tahan juga harga dia.

- Private River cruise  ni ada beberapa operator yang jalankan. Harga juga berbeza antara operator dan package. 

Harga Private River Cruise
Masa Mat Drat check harga package tour di website Thai River Cruise (salah satu operator), antara package yang ada  :
- Tour + Lunch = 1950 THB ( RM 240)
- Tour + Dinner= 15-0 THB ( RM 185)

- Rasanya paling seronok kalau ambik package river cruise + dinner. Menyusuri sungai Chow Phraya waktu malam memang ohsem. Memang cantik view waktu sunset dan waktu malam. Cuma harga agak mahal. 

- Mat Drat ada minta / request dari beberapa operator untuk package river cruise + dinner (muslim food), tetapi tiada yang dapat sediakan. Semua kata hanya ada international menu. 

- Jika nak ambil package river cruise sahaja pun boleh, kena rajin search untuk cari dari operator lain.

Ni antara private river cruise yang bertembung dengan Mat Drat di sepanjang cruise kami...



Chow Phraya River Cruise Boat
Chow Phraya River Cruise Boat

Chow Phraya River Cruise Boat
Chow Phraya River Cruise Boat

Chow Phraya River Cruise Boat
Chow Phraya River Cruise Boat





Private River Cruise Chow Phraya - Murah

- Di hari pertama (bukan DAY-1 ye), Mat Drat dan Mr BAI telah ke salah satu jety untuk berjumpa operator bot cruise yang kecil. Ambik operator yang kecil ni, harga lebih murah.

- Kami berdua ke jety Oriental Pier untuk lihat private tour yang lebih murah. Harga memang murah, tetapi Mat Drat tak jadi ambil package di sini bila lihat keadaan bot dan keadaan jety. Kurang selesa.



Bot yang ditawarkan...agak kecil. Sati bot boleh muat dalam 8 orang

Keadaan jety yang agak sempoi..

oleh kerana jety yang sempoi... 
anjing pun sempoi je melepak.. 

Ingatan
Dan di Sathorn Pier, di luar kaunter tiket juga terdapat beberapa 'ulat' yang menjual package boat tour. Mereka ni memang cekap nak promote dan menangkap kita, jadi berhati-hati.


Teknik nak lepaskan diri dari pujukan penjual...
terpaksa ambil gambar dengan 'thumb up' walaupun muka tunjuk tak suka!!



Dinner di Restoran Homes Cuisine - Day 2


  • Selesai ber river cruise, kami terus menuju ke Restoran Homes Cuisine.
  • Restoran Home Cuise ni terletak di sebelah Masjid Haroon dan berhadapan Embassy France (Duta Perancis).
  • Restoran yang cukup selesa untuk menjamu selera. 
  • Restoran menyediakan menu masakan India dan Thai.
  • Harga makanan tidak mahal dan kira padan dengan suasana di dalam ni yang agak privasi dan cukup selesa.

Lokasi di Google Map :  🚩🚩🚗 Restoran Homes Cuisine


Restoran Homes Cuisine Bangkok Halal Food
Restoran Homes Cuisine Bangkok




Restoran Homes Cuisine Bangkok Halal Food


Menu kami malam ni adalah menu masakan Thai. 

Sekitar jam 9.00pm, selesai menjamu selera, kami terus balik ke Hotel. Dan untuk aktiviti malam ada yang sambung berjalan je Neon Market dan ada yang berehat di bilik masing-masing kerana kepenatan.

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.