DAY-2
Trip ke Bangkok di Day-2 diteruskan lagi.... dari Damnoen Saduak Floating Market ke Elephant Village dan kini ke Maeklong Railways Station Market.
Maeklong Railway Market ni merupakan sebuah pasar tradisional Thai yang menjual pelbagai barangan segar seperti buah-buahan, sayuran dan makanan.
Apa yang special mengenai market ini adalah ia terletak dan tengah landasan berhampiran Maeklong Station. Bukan landasan kosong yang tak digunakan ye, tetapi landasan yang masih digunakan setiap hari.
Setiap hari, 6 kali (3 perjalanan pergi balik) kereta api akan melalui tengah-tengah pasar ini. Dan yang menariknya, bila kereta api lalu je, para peniaga akan turunkan khemah/payung mereka untuk beri laluan kepada kereta api. Dan apabila kereta api dah melepasi mereka, khemah/payung akan ditegakkan kembali dan perniagaan berjalan seperti biasa.
Ada sesetengah sayur dan buah-buahan yang diletak 'ngam-ngam' ditepi landasan, dan kereta apai akan lalu atas buah-buahan ini...
Kereta api ni ada jadual dia tiba di sini, jadi plan elok-elok masa ke sini. Jangan pula datang tapi bukan masa kereta api tak ada. Kira tak lengkap la ke sini kalau tak merasai suasana tu.
Dibuka setiap hari 6:00 am - 5:00pm
Jadual Kereta Api
Berlepas dari Maeklong Station 6.20am 10.20 am 2.30 pm
Tiba di Maeklong Station 9.45am 1.45pm 6.2pm
Lokasi : Kasem Sukhum Alley, Mae Klong
Peta Map 👉👉🚩🚩Maeklong Railways Market
1. Datang ikut jadual kereta api. Jangan main datang je, nanti tak dapat merasai suasana unik tu.
2. Tiba awal, ronda-ronda dahulu. Boleh beli buah tangan dan minum-minum di gerai di kawasan station ini.
3. Lokasi paling hampir dengan station, akan ramai orang dan untuk ambil gambar / video akan sedikit terganggu. Nak dapatkan view yang baik dan cantik, kena berjalan jauh sedikit dari station. (Tak jauh mana... cuma jauhkan diri dari crowded yang menunggu).
4. Walaupun kereta api ni sangat perlahan, dan hon dibunyikan serta ada pengawal.... PERLU ingat landasan ini tiada pagar pemisah dengan khemah/geri penjaja. Jadi berhati-hati terutama jika datang dengan anak-anak.
5. Main entrance memang crowded, walaupun kita dah tunggu awal di sini TAPI percayalah bila kereta api lalu sahaja.... pandangan kita akan terhalang kerana akan ramai yang tertumpu di sini untuk mengambil gambar dan video.
Mat Drat Belanja video satu...
Okey... jom ronda-ronda di Maeklong Railways Market ni
Dah minum... kalau rasa nak cari toilet, toilet ada di hujung station ni. Bayar ye. Jadi sediakan duit kecil
Okey....jom kita ke pasar pula...ronda-ronda pasar.
Itulah serba sedikit perkongsian Mat Drat ke Maeklong Railway Market ni.
Dari sini kami terus balik ke Bangkok untuk solat Asar (dan Dzuhur) di Masjid Haroon serta mengejar last boat untuk Chowpraya River Cruise.
Bersambung di entry berikutnya Travelog Part V - River Cruise
Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Maeklong Railway Station Market
Maeklong Railway Market ni merupakan sebuah pasar tradisional Thai yang menjual pelbagai barangan segar seperti buah-buahan, sayuran dan makanan.
Apa yang special mengenai market ini adalah ia terletak dan tengah landasan berhampiran Maeklong Station. Bukan landasan kosong yang tak digunakan ye, tetapi landasan yang masih digunakan setiap hari.
Setiap hari, 6 kali (3 perjalanan pergi balik) kereta api akan melalui tengah-tengah pasar ini. Dan yang menariknya, bila kereta api lalu je, para peniaga akan turunkan khemah/payung mereka untuk beri laluan kepada kereta api. Dan apabila kereta api dah melepasi mereka, khemah/payung akan ditegakkan kembali dan perniagaan berjalan seperti biasa.
Ada sesetengah sayur dan buah-buahan yang diletak 'ngam-ngam' ditepi landasan, dan kereta apai akan lalu atas buah-buahan ini...
Kereta api ni ada jadual dia tiba di sini, jadi plan elok-elok masa ke sini. Jangan pula datang tapi bukan masa kereta api tak ada. Kira tak lengkap la ke sini kalau tak merasai suasana tu.
Jadual
Jadual Operasi Maeklong Railways MarketDibuka setiap hari 6:00 am - 5:00pm
Jadual Kereta Api
Berlepas dari Maeklong Station 6.20am 10.20 am 2.30 pm
Tiba di Maeklong Station 9.45am 1.45pm 6.2pm
Lokasi : Kasem Sukhum Alley, Mae Klong
Peta Map 👉👉🚩🚩Maeklong Railways Market
Tips Ke Maeklong Railway Market
1. Datang ikut jadual kereta api. Jangan main datang je, nanti tak dapat merasai suasana unik tu.
2. Tiba awal, ronda-ronda dahulu. Boleh beli buah tangan dan minum-minum di gerai di kawasan station ini.
3. Lokasi paling hampir dengan station, akan ramai orang dan untuk ambil gambar / video akan sedikit terganggu. Nak dapatkan view yang baik dan cantik, kena berjalan jauh sedikit dari station. (Tak jauh mana... cuma jauhkan diri dari crowded yang menunggu).
4. Walaupun kereta api ni sangat perlahan, dan hon dibunyikan serta ada pengawal.... PERLU ingat landasan ini tiada pagar pemisah dengan khemah/geri penjaja. Jadi berhati-hati terutama jika datang dengan anak-anak.
5. Main entrance memang crowded, walaupun kita dah tunggu awal di sini TAPI percayalah bila kereta api lalu sahaja.... pandangan kita akan terhalang kerana akan ramai yang tertumpu di sini untuk mengambil gambar dan video.
Mat Drat Belanja video satu...
Okey... jom ronda-ronda di Maeklong Railways Market ni
Bersama sahabat Mat Drat.. Juga seorang runner dan hiker. Belakang papan tanda ni adalah bangunan station manakala bahagian dihadapan papan tanda ni adalah kawasan penjaja / market. |
Sebelum ke bahagian pasar...Kita ke kawasan station dahulu. "Maeklong Railway Station" |
Ini Station Maeklong. Di sini juga ada kedai-kedai runcit dan gerai minuman. Boleh lah minum kalau rasa panas dan dahaga. |
Bangkok ni panas... lagi-lagi kat station ni. Jadi kita minum air kelapa dulu |
Harga ikut saiz |
Dah minum... kalau rasa nak cari toilet, toilet ada di hujung station ni. Bayar ye. Jadi sediakan duit kecil
Dalam satu jam sebelum kereta api sampai, kawasan ini agak lengan. Pengunjung masih belum ramai. Jadi nak bergambar cukup selesa, cuma bergambar tanpa kereta api la... |
Okey....jom kita ke pasar pula...ronda-ronda pasar.
Pengunjung dah start ramai... |
Antara produk wajib beli di sini. Durian dan Mangga kering. Tempat lain tak dapat dengan harga macam ni. Beli...jangan tak beli, nanti menyesal |
Ikan kering ni tak payah beli laa ye walau di kira murah ni... Takkan nak simpan kat hotel pulak kan... |
Kereta api dah nak sampai....Hon dah bunyi... Para peniaga pun sibuk suruh semua pengunjung berlindung. Dan ini lah masa untuk cari port paling baik untuk ambil gambar. |
Buah-buah di bawah kereta api. Ngam-ngam oooooo... |
Jangan lupa lihat video yang Mat Drat share kat atas tadi ye....
Dalam beberapa minit, kereta api pun sampai di station. Dan pengunjung mula mengerumuni kereta api special ni. |
Bukti Mat Drat dah sampai.... 😊😊 |
Dengan seorang sahabat yang sama-sama dalam trip ni. |
Itulah serba sedikit perkongsian Mat Drat ke Maeklong Railway Market ni.
Dari sini kami terus balik ke Bangkok untuk solat Asar (dan Dzuhur) di Masjid Haroon serta mengejar last boat untuk Chowpraya River Cruise.
Bersambung di entry berikutnya Travelog Part V - River Cruise
Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :
~Mat-Drat ~
Salam mat...
ReplyDeleteDr bangkok g maeklong mat naik apa? Mn y lbh mudah? Bas ke train
Wasallam...
DeleteSaya naik van. Kami sewa utk 1 day dari Bangkok ke Damnoen Floating, elephant village n Maeklong Market
Boleh tau berapa sewa 1 day tu?
ReplyDeleteMaaf saya tak ingat. Puan boleh try tanya mereka. ada contact number di 1st blog post saya pasal Bangkok ni, tajuk "Tips Bercuti ke Bangkok"
DeleteSalam, boleh tak nak dptkn contact van tu?
ReplyDelete