Pages

Thursday, 29 August 2019

20 Tempat Dan Aktiviti Menarik di Kuching


TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI KUCHING


Kuching ni banyak tempat menarik untuk dilawati. Jika berada di siniu 2-3 hari, boleh menikmati cuti-cuti santai di Bandaraya Kuching ni.

Jika ada beberapa hari tambahan, boleh melawat ke lokasi yang lebih jauh sedikit dari Bandaraya Kuching ni.

Entry sebelum ni...



👉PERCUTIAN KE KUCHING 


.............................................................................

Kali ni Mat Drat share detail sikit tempat-tempat dan aktiviti menarik di Kuching.

Datang ke Kuching tu, rancang itinerari elok-elok dan ikut kesesuaian masing-masing.

Tempat dan Aktiviti Menarik di Bandaraya Kuching dan sekitarnya
1. Tugu Kuching
2. Waterfront
3. Jambatan Darul Hana / Musical Fountain
4. Kuching River Cruise
5. Fort Margherita
6. Kampung Budaya Sarawak
7. Medan Niaga Satok
8. Masjid Bandaraya Kuching
9. Taman Buaya Jong
10. Sarawak Regata
11. Rainforest World Music Festival
12. Little India
13. Masjid India Kuching / Masjid Terapung
14. Pasar Serikin
15. Fairy Caves
16. Rumah Panjang Annah Rais
17. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
18. Taman Negara Bako
19. Gunung Santubong
20. Pantai Damai


.............................................................................

TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI KUCHING


1. Tugu Kucing / Kuching Statue

Tugu Kuching Tempat Menarik di Kuching

  • Perkataan 'Kuching' ni ada yang kata ia berasal dari perkataan Kucing (Cat). Walau bagaimana pun, ada juga yang berkata ia tiada kaitan dengan Kucing kerana di Sarawak kucing di sebut Pusak dan Kuching berasal dari nama Cochin.
  • Walau apa pun, Bandaraya Kuching cukup sinonim dengan Kucing sehinggakan kucing itu sendiri seakan telah menjadi ikon Bandaraya Kuching.
  • Tugu Kuching DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) ini merupakan lokasi WAJIB untuk bergambar mereka yang datang ke Kuching, terutama kalau kali pertama ke sini.
  • Terletak berhampiran Waterfront, bersebelahan McD Kuching, Grand Margherita Hotel dan Riverside Majestic Hotel.
  • Di Kuching ni ada lagi beberapa tugu kucing, tetapi Tugu Kuching DBKU ini yang paling diminati dan paling menjadi tarikan utama. Mungkin kerana kedudukannya dan juga 'kucing-kucing' ini nampak lebih menyerlah berbanding 'kucing-kuching' lain.
  • Ada 9 ekor kucing semuanya, seakan melambangkan 9 Bahagian di Sarawak. Tetapi kini Sarawak telah ada 12 Bahagian!!
  • Mat Drat pesan, kalau pertama kali ke Kuching, jangan lupa bergambar di sini ye.
  • INGAT !! Hati-hati melintas jalan dan bergambar.

  • Bayaran : Tiada Bayaran
  • Waktu Operasi : 24 jam
  • Lama Web : Tiada


Cat Statue Tugu Kucing Kuching
Mat Drat 2019 di sini.
Promotion RWMF 2019 - Rainforest World Music Festival



Cat Statue Tugu Kucing Kuching di Waterfront
Tugu Kucing Kuching di Waterfront


.............................................................................

2. Waterfront Kuching

Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarwak
Waterfront di waktu malam
  • Waterfront ni juga merupakan destinasi yang sering di kunjungi pengunjung yang datang ke Kuching.
  • Penduduk local pun hujung minggu akan memenuhi kawasan sekitar Waterfront ni.
  • Aktiviti utama di sini :
    • Bersiar-siar
    • Menjamu selera digerai sepanjang waterfront ni
    • Membeli buah tangan / souveniour
  • Waterfront juga menjadi tumpuan kerana ia berdekatan dengan tempat-tempat dan aktibiti menarik lain seperti
    • Jambatan Hana
    • Bangunan Dewan Undangan Negeri & Fort Margherita
    • Kuching River Cruise
    • India Street dan Masjid India Kuching (Masjid Terapung)
    • Kampung Boyan (Makan dan membeli kek lapis/ ikan terubuk)
  • Di si ni juga merupakan lokasi acara tahuna Sarawak Regata. Sewaktu Sarawak Regata, kawasan sini sangat meriah.
  • Aktiviti malam di sini terutamanya hujung minggu dan piblic holiday, agak meriah mulai sebelah petang.
  • Boleh kata setiap malam minggu, boleh kata akan ada beberapa penghibur jalanan (busker) yang akan menghiburkan pengunjung di sepanjang waterfront ini.
  • Dan setiap malam juga, akan ada pertunjukkan air pancut berirama (musical fountain) yang akan berlatar belakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri. Jangan lepaskan peluang bagi mereka yang kali pertama ke sini. Tapi jangan bandingkan musical fountain seperti di Marina Bay Singapore.
  • Dan satu lagi, di sebarang jalan terletaknya juga deretan kedai menjual barangan tempatan dan souvenior dan kawasan ni di kenali dengan Waterfront Bazaar. Nanti Mat Drat share Waterfront Bazaar ni di entry 'Tempat Shopping Souveniour/Buah Tangan di Kuching.

Waterfront - Siang hari (weekday)



Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
Deretan kedai makan di sepanjang Waterfront
- Harga biasa-biasa je.


Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
Busker dengan persembahan tradisional berlatar belakangkan bangunan Bangunan Dewan Undangan Negeri.
Tak silap, mereka ni student. Sempat berbual dengan penyanyi malam tu.

Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
Layan brader ni pun sedap... 

Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
Ada juga beberapa gerai  menjual souvenior di area waterfront ni.

Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
Kek lapis pun ada di sini ye

Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
Gerai Kek Lapis Mira, Dayang Salhah bagi yang tak mahu menyeberang sungai.
Gerai di belakang White Barouk,


Tempat Aktiviti Menarik Kuching Sarawak
White Barouk
Belakang ni ada jetty untuk ke seberang. Kira sini adalah permulaan Waterfront


.............................................................................

3. Jambatan Darul Hana



  • Jambatan Darul Hana ini yang dirasmikan pada 11.11.2017 merupakan satu mercu tanda Kuching yang baru.
  • Darul Hana ini bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni.
  • Lokasi jambatan ini di Waterfront sudah pasti sering menjadi tumpuan pengunjung yang ke Kuching.
  • Jangan lupa bergambar di sini terutama sewaktu sunset, sudah pasti pemandangannya sangat cantik.
  • Di waktu malam pula, Jambatan Darul Hana ini akan bercahaya dengan sinaran lampu yang memang cantik. Bertambah cantik apabila warna-warna silih berganti.

Darul Hana Musical Fountain
  • Jika ke waterfront / Darul Hana ini pada waktu malam, jangan lepaskan pertunjukkan 'Darul Hana Musical Fountain'
  • Pertunjukkan ini diadakan setiap malam pada jam 8:30pm dan 10:00pm. Pertunjukkan ni akan berlangsung selama 15 minit dengan berlatar belakangkan  Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
  • Nota : Semak jadual terkini ye!!

Jambatan Darul Hana Waterfront Tempat Menarik Di Kuching Sarawak
Jambatan Darul Hana , menyambungkan Waterfront dengaBangunan Dewan Undangan Negeri dan Fort Margherita


Jambatan Darul Hana Waterfront Tempat Menarik Di Kuching Sarawak
Pemandangan petang di Jambatan Darul Hana 

Jambatan Darul Hana Waterfront Tempat Menarik Di Kuching Sarawak
Setiap petang, jambatan ini akan mulai dikunjungi pelawat


Jambatan Darul Hana Waterfront Tempat Menarik Di Kuching Sarawak
Jambatan Darul Hana - Malam

Jambatan Darul Hana Waterfront Tempat Menarik Di Kuching Sarawak
Jambatan Darul Hana - Malam
Darul Hana Musical Fountain
Darul Hana Musical Fountain

Video Musical Fountain Darul Hana


.............................................................................

4. Kuching River Cruise

Kuching River Cruise Tempat Menarik di Kuching


  • River Cruise memang aktiviti 'wajib' Mat Drat kalau travel kemana-mana.
  • Jadi Kuching River Cruise juga Mat Drat tak lepaskan.
  • Kuching River Cruise ni ada 2 ye. 
    1. Sarawak River Cruise (Bot Besar)
    2. Traditional Boat Cruise

a. Sarawak River Cruise (Bot Besar)

  • Ini cruise yang biasa dinaiki pengumjumg dan pelancong.
  • Kalau ke Kuching, rakan-rakan di sini pasti akan suggestkan naik river cruise ni.
  • Ada 2 cruise, boleh pilih samada 
    • Signature Sunset Cruise ; atau
    • CruIse Sightseing
  • Maklumat lanjut, boleh layari    https://www.sarawakrivercruise.com/
  • Signature Sunset Cruise
  • Ramai lebih berminat menaiki cruise ni
  • Pemandangan memang cantik menjelang senja
  • Kalau ingin naik dengan bilangan yang ramai dan hujung minggu, better call buat tempahan dulu. Takut penuh.
  • Waktu : 5.30 pm setiap hari.
  • Tempoh cruise : 1 jam 30 minit
  • Harga Tiket : RM 65 (Dewasa) / RM 32 (Kanak-kanak)
  • Tiket termasuk kordial, kek lapis dan pengunjung akan di hidangkan juga dengan persembahan tradisional

  • Sighseing Cruise
  • Cruise yang sama, cuma masa lebih pendek dan waktu berbeza.
  • Waktu : 3.00 pm (Sabtu dan Ahad shj) - bergantung kpd availability
  • Tempoh cruise : 1 jam 
  • Harga Tiket : RM 50 (Dewasa) / RM 30 (Kanak-kanak)
  • Tiket termasuk kordial, kek lapis.

Signature Sunset Cruise - Sarawak River Cruise
Laluan Signature Sunset Cruise - Sarawak River Cruise


Signature Sunset Cruise - Sarawak River Cruise
Baru memulakan cruise - cuaca cantik


Signature Sunset Cruise - Sarawak River Cruise
Sarawak River Cruise


 b. River Cruise (Tradisional Boat)


  • Bagi yang ingin ber'cruise' dalam bilangan yang kecil dan lebih adventure, boleh cuba river cruise dengan bot tradisional.
  • Pengalaman ber'cruise' dengan bot tradisional Orang Ulu ni memang betul-betul beri satu kelainan.
  • Ingat : Tapi Mat Drat bagi tahu awal-awal, cruise ni naik bot kecil ye.


  • Waktu : 6.30 pm setiap hari.
  • Tempoh cruise : 1 jam 
  • Harga Tiket : RM 30 (Dewasa) / RM 15(Kanak-kanak)
  • Tu harga published, tapi kat sana nanti biasanya dia jual harga lebih murah

.


Kuching Sunset Cruise - Sarawak River Cruise Boat Traditional
Kalau weekend, dalam 6pm dah kena ada di sini sebab bot kecil, takut penuh.

Kuching Sunset Cruise - Sarawak River Cruise Boat Traditional
Kalau niat nak ambil gambar dan menikmati keindahan sunset, elok duduk depan sekali 

Kuching Sunset Cruise - Sarawak River Cruise Boat Traditional
Inilah bot tradisional tu.!! Tak ramai pun.
Safety jacket ada di dalam bot

Kuching Sunset Cruise - Sarawak River Cruise Boat Traditional
Menyusuri bawah Jambatan Darul Hana dalam misi mengejar sunset


Kuching Sunset Cruise - Sarawak River Cruise Boat Traditional
Suasana cukup indah dan tenang...





Lari tajuk sikit... Mat Drat share link antara river cruise yang pernah Mat Drat rasai pengalamannya


.............................................................................

6. Fort Margherita
Fort Margherita Kuching Sarawak
Sumber : Sarawak Tourism 


  • Jika Melaka ada A Famosa, di Sarawak pula ada Fort Margherita.
  • Fort Margherita ini merupakan satu landmark atau monument yang penting dalam sejarah Sarawak. Ia berkait rapat dengan Dinasti Brook.
  • Fort Margherita yang  dibina pada tahun 1879 oleh  Charles Brooke, Rajah of Sarawak ini berseni bina seperti English Castle. Ia dibina bagi mengelak serangan para lanun.
  • Dan nama Margherita ini sebenarnya diambil sempena nama isteri James Brook itu sendiri iaitu Margeret Lili Alice de Windt.

  • Fort Margherita ni terletak di tepi tebing Sungai Sarawak, berhampiran Astana (Kediaman rasmi Yang di-Pertau Negeri Sarawak) dan bersebelahan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
  • Boleh datang ke sini dengan menaiki kereta atau pun berjalan kaki sahaja dari Waterfront dengan menyeberani sungai sama ada menggunakan perahu atau pun menyeberangi Jambatan Darul Hana.

Brooke Gallery 


  • Galeri James Brook di Fort Margherita telah mula dibuka pada 24 September 2016, bersempena 175 tahun tertubuhnya negeri Sarawak.
  • Galeri ini adalah projek kerjasama antara Sarawak Museum Department dan Mr Jason Brook, cucu kepada Rajah Muda terakhir dan Director kepada The Brooke Trust.
  • Pelbagai bahan sejarah berkaitan Dinasti Brook boleh dilihat di sini termasuk potret dan gambar-gambar. 
  • Tidak ketinggalan juga potret Rentap yang merupakan pahlawan dari bangsa Iban yang cukup sinonim dengan kata-kata semangatnya 'Agi Idup, Adi Ngelaban' yang bermaksud 'Selagi Hidup, Selagi Berjuang' ('Still alive, Still Fighting')

Fort Margherita Kuching Sarawak
Sumber : FB Fort Margherita

Fort Margherita Kuching Sarawak
Sumber : FB Fort Margherita


.............................................................................

5. Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Sarawak Culture Village
Sumber : Sarawak Culture Village
  • Kampung Budaya Sarawak yang terletak Pantai Damai ni boleh la dikatakan Destinasi Wajib bagi mereka yang bercuti ke Kuching, lagi-lagi jika datang buat kali pertama.
  • Boleh dikatakan juga, Kampung Budaya Sarawak ini merupakan destinasi pelancongan yang paling ramai dikunjungi di Kuching dan Sarawak.
  • Kampung Budaya Sarawak ni keseluruhannya berkeluasan 17 ekar (memang luas), dan memang terdapat 'penduduk' yang tinggal di sini.
  • 'Penduduk' di sini akan mempertontonkan kehidupan tradisional mereka, jadi di sini kita boleh kata sebagai one stop centre untuk mengenali budaya kaum-kaum utama di Sarawak.
  • Mereka akan berpakaian tradisional dan akan menjalankan aktiviti harian seperti biasa sambil mempertontonkan kepada semua pengunjung.
  • Di sini juga terdapat rumah-rumah tradisional kaum-kaum utama di Sarawak seperti Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina.
  • Ingat : 
  • Jangan lupa atau terlepas pertunjukkan budaya (tarian pelbagai kaum) yang diadakan pada jam 11:30am dan 4:00pm
  • Budget kan masa / susun itinerari dengan peruntukkan masa  2 1/2 - 3 jam di sini. (tak termasuk masa perjalanan)

Perjalanan ke sini
  • Jarak Kuching ke sini lebih kurang 35 km, dan hanya ambil masa lebih kurang 45minit - 1 jam.
  • Kereta sewa adalah pengangkutan paling ideal untuk kesini.
  • Setahu Mat Drat tiada pengankutan bas awam ke sini, tetapi pilihan menggunakan grab car boleh dipertimbangkan. Masalah guna grab car ni, bila nak balik nanti takut tak ada kereta pula.

Van Shutte 
  • Satu lagi pilihan, boleh guna Van shuttle ulang alik yang disediakan.  
  • Shuttle bertolak dari Grand Margherita Hotel 
  • Jadual bertolak :  9:15am, 12:15pm dan 2:15pm. 
  • Jadual balik : 11:15am, 1:15pm dan 5:15pm. 
  • Boleh contact Shuttle Service Hotline: 019 825 1619 (Halik)
  • Untuk detail dan maklumat terkini, rujuk https://scv.com.my/#getting-here

  • Waktu Operasi : 9:00am - 5:00pm ( Setiap Hari)
  • Harga Tiket : RM 60 (Dewasa) / RM 30 (Kanak-kanak 2-12 tahun)

    Hotel / Resort berdekatan
    • Ada beberapa hotel/resort yang berdekatan.
    • Mat Drat dulu pernah menginap di Damai Beach Resort, kira resort paling hampir dengan Kampung Budaya Sarawak ni.
    Resort-resort berhampiran Kampung Budaya







    Atau di 2 tempat yang menarik di bawah ni. Memang menarik konsep yang ditawarkan. Lokasi tidak terlalu jauh dari Kampung Budaya, dalam 5-6 km shj.


      Setiap pengunjung akan diberikan 'passport'


      Lokasi 'Wajib' berfoto apabila di Kampung Budaya ni

      Jangan terlepas menonton Pertunjukkan Budaya di sini


      Jangan terlepas menonton Pertunjukkan Budaya di sini

      .............................................................................

      6. Kubah Ria / Pasar Tamu Satok


      • Kubah Ria merupakan komplek yang menempatkan pasar, kedai-kedai dan medan selera. Lokasinya betuul-betul bersebelahan sungai menambahkan keunikannya.
      • Bagi yang ingin mencari bahan kering atau bahan basah, boleh lah kesini. 
      • Ada beberapa blok bangunan, yang membezakan jenis barangan yang dijual.
      • Ikan terubuk pasti antara yang dicari di sini.
      • Jika mencari pucuk midin, buah dabai umpamanya, di sini juga boleh ditemui.
      • Satu lagi  yang menjadi tarikan Kompleks Kubah Ria ni adalah medan seleranya. Ada beberapa kedai makan yangf sering menjadi tumpuan, antaranya Nasi Lemak Ganja dan Ayam Panggang Gerai 44. Di Entry berikutnya, Mat Drat share detail bab tempat makan sedap ni ye.

      • Pasar Satok pula adalah merupakan penempatan baru Pasar Ahad Jalan Satok.
      • Pasar Satok ini cukup meriah pada hari Sabtu Dan Ahad. Cukup terkenal dikalangan penduduk sekitar dan juga pelancong.
      • Boleh dikatakan di Pasar Satok ini kita dapat melihat pelbagai produk-




      .............................................................................

      7. Masjid Bandaraya Kuching / Masjid Lama Negeri


      • Ini adalah Masjid Lama Negeri Sarawak , dan juga merupakan sebahagian warisan Bandaraya Kuching.
      • Manakalau Masjid Petra merupakan Masjid Negeri yang baru. Masjid baru ni terletak di Petra Jaya.
      • Pertama kali bersolat Jumaat di Masjid Lama ni dahulu, Mat Drat rasa masjid ini cukup istimewa.
      • Senibinanya memang cantik terutamanya pembinaan kubahnya.
      • Sedikit sejarah mengenai Masjid Lama / Masjid Bandaraya Kuching ini.
      • Struktur bangunan masjid yang sedia ada sekarang merupakan binaan tahun 1968, bagi menggantikan binaan masjid dari kayu yang dibina pada tahun 1852.


        .............................................................................

        8. Muzium Kuching


        • Bagi yang baru pertama kali ke Kuching, jangan lupa melawat ke Muzium Kucing ni.
        • Mat Drat rasa, Muzium Kucing di Kuching ni adalah muzium kucing yang pertama wujud di dunia.
        • Seingat Mat Drat, lebih 20 tahun dulu Mat Drat dah jejak kan kaki di sini. Tu sewaktu kali pertama ke Kuching.
        • Di muzium ni terdapat lebih 2,500 koleksi kucing (Patung/Artifak Kucing yang diperbuat dari batu marmar, gelas, kristal, tembaga, seramik, porselin, memorabilia, lukisan lakaran, gambar dan lain-lain).


        • Waktu Operasi : 9:00am - 5:00pm ( Setiap Hari )
        • Harga Tiket : - (Bayaran untuk Kamera)

        .............................................................................

        9. Taman Buaya Jong / Jong's Crocodile Farm



        • Taman Buaya Jong juga merupakan satu destinasi lawatan yang menarik.
        • Tarikan di sini adalah Taman Buaya dan  Zoo
        • Aktivit menarik : Crocodile Feeding Demonstration dan Arapaima Feeding Demonstration
        • Sejarah penubuhan Taman Buaya Jong ini bermula apabila Yong Kian Sen membinanya pada tahun 1963. Dari hobi kini menjadi sebuah zoo.
        • Keluarga Yong ini agak terkenal di Sarwak kerana kecintaannya kepada hidupan liar. Minat ini turut diwarisi kepada anak-anaknya. Lebih kurang kisah Crocodile Hunter, Steve Irvin di Australia.

          • Waktu Operasi : 9:00am - 5:00pm ( Setiap Hari )
          • Harga Tiket : - (Bayaran untuk Kamera)



          .............................................................................

          10. Sarawak Regatta

          Sarawak Regatta
          Sumber : https://sarawaktourism.com

          • Sarawak Regatta ni merupakan acara tahunan di Kuching.
          • Jika datang berkebetulan dengan tarikh Sarawak Regatta ni, jangan lepaskan peluang merasai kemeriahannya.
          • Pengalaman Mat Drat melihat Sarawak Regatta ni memang seronok, memang cukup meriah dengan pelbagai bot dan perahu. Pelbagai aktiviti lain juga akan di adakan disepanjang Waterfront (lokasi utama).
          • Sarawak Regatta 2019 akan di adakan pada 1 - 3 November 2019.
          • Tahun ni ada sehingga 14 kategori perlumbaan bot dan acara ini akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta dan juga peserta dari negara jiran (Indonesia dan Brunei).
          • Bagi Mat Drat, paling menarik adalah acara 'Raja Sungai' di mana bot panjang dengan 3 pendayung  setiap bot akan beradu. Ini kira acara kemuncak.

          Sarawak Regatta
          Suasana ketika Sarawak Regatta
          Sumber : https://sarawaktourism.com





          .............................................................................

          11. Rainforest World Music Festival


          Rainforest World Music Festival 2019 2020
          Rainforest World Music Festival 2019
          Sumber : https://rwmf.net/


          • Rainforest World Music Festival (RWMF) juga merupakan acara tahunan di Kuching yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak.
          • Acara ini biasanya berlangsung selama 3 hari.



          .............................................................................

          12. India Street

          India Street Kuching
          India Street Kuching


          • Bagi yang ingin menghabiskan masa di Kuching, India Street juga satu pilihan.
          • Sepanjang jalan di India Street ni terdapat kedai-kedai dan gerai menjual pelbagai barangan terutamanya pakaian dan cenderahati. 
          • Kebanyakkan barang yang dijual di sini juga boleh didapati di Waterfront.
          • Bagi yang ingin mencari buah dabai, boleh juga ke sini. Jika bernasib baik, penjual akan menjual di sini, jadi tidak perlu ke Kubah Ria untuk membeli buah dabai.
          • Masjid India - Jika kita berjalan di sini, kita akan perasan sebuah masjid kayu kecil yang lama iaitu Masjid India. Ia dibina pada pertengahan kurun ke-19. Ia merupakan antara masjid tertua di Sarawak.

          • Lokasi : Jalan India (India Street)
          • GOOGLE MAP :India Street



          India Street Kuching


          Masjdi India India Street Kuching
          Laluan ke India Mosque / Masjdi India


          Sejarah Masjid India / Indian Mosque Kuching
          Sejarah Masjid India / Indian Mosque 
          Buah Dabai Kuching
          Buah Dabai di India Street



          .............................................................................

          13. Masjid Terapung / Masjid India Kuching




          • Masjid Terapung atau Masjid India Kuching yang terletak di tebing Sungai Sarawak ini merupakan mercu tanda dan tarikan terbaru Bandaraya Kuching selepas Jambatan Darul Hana.
          • Masjid India bandar Kuching ini dibina bagi menggantikan Masjid India yang asal. Masjid India asal (lama) dibina pada tahun 1834.
          • Lokasi Masjid India Bandar Kuching ini terletak di tebing Sungai Sarawak dan berhadapan dengan Masjid India asal (lama).
          • Pemandangan Masjid ini waktu senja (sunset) ketika matahari terbenam memang sangat cantik.
          • Pemandangan bertambah cantik ketika kita menyusuri Sungai Sarawak dengan Sunset Cruise.




          .............................................................................

          14. Pasar Serikin

          Pasar Serikin Tempat Dan Aktiviti Menarik di Kuching

          Pasar ni terletak di Serikin iaiitu berhampiran sempadan Malaysia - Indonesia, dan hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan datang hari lain, walaupun public holiday.

          Kebanyakkan peniaga adalah dari Indonesia dan pelbagai baranganan yang dijual di sini dari tekstile,  makanan ,  barangan hiasan dan lain-lain.

          Mat Drat hanya berminat dengan barangan tekstile jika kesini seperti kain pasang, langsir dan kain telekung. Agak murah dan menarik. Tetapi jangan bandingkan dengan harga jika membeli di Bandung Indonesia ye.

          Pengalaman Mat Drat sewaktu 'menyopping' di Bandung


          Pesanan Ikhlas
          • Elok sampai awal  kerana sekitar jam 11 pagi, keadaan akan terasa sangat panas. Jadi gerak awal dari Kuching kerana ia ambil masa dalam 1 1/2 jam perjalanan.
          • 11am di sini, umpama sudah 12 tengah hari jika di KL kerana Kuching awal 1 jam lebih kurang. Tambahan pula kawasan ni terletak di garisan Khatulistiwa, jadi waktu tengah hari matahari akan berada betul-betul di atas. 
          • Jika jumpa penjaja yang menjual telur penyu, elakkan dari beli, Kita jangan support perniagaan dan aktiviti menjual telur penyu ye.

          Nak dapatkan gambaran lebih, boleh singgah blog ni... Mat Drat jumpa agak detail penulis kongsi

          .............................................................................

          15. Fairy Caves

          Fairy Caves Tempat Dan Aktiviti Menarik di Kuching

          • Juga tempat yang menarik. 
          • Boleh singgah sewaktu otw balik dari Pasar Serikin.
          • Pesanan Mat Drat, elakkan ke gua pada waktu lewat petang ye.


          .............................................................................

          16. Rumah Panjang Annah Rais


          Rumah Panjang Annah Rais

          • Sarawak memang kaya dengan budayanya dan juga terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Melayu, Cina, Iban, Bidayuh antaranya. Setiap kaum ada identiti dan budaya mereka masing-masing.
          • Rumah Panjang Annah Rais, memberi peluang pengunjung melihat kehidupan dan budaya masyarakat Bidayuh.
          • Rumah Panjang ni umpama sebuah kampung, dan setiap keluarga akan dipisahkan dengan bilik masing-masing. 
          • Pengunjung yang kesini akan disambut dengan tarian dan minuman tradisi mereka. Bagi pengunjung muslim, jangan minum ye, kita cuma perlu tolak dengan beradab kerena meraka sedia maklum yang muslim tidak boleh minum.
          • Ada rakan Mat Drat bagi tahu, Rumah Panjang Annah Rais sekarang sudah agak berbeza jika dibandingkan dengan dahulu kerana sedikit unsur kemodenan telah masuk ke kawasan rumah panjang ini.

          .............................................................................
          17. Pusat Hidupan Liar Semenggoh

          Semenggoh Tempat Dan Aktiviti Menarik di Kuching
          Sumber : https://sarawaktourism.com

          • Pusat Hidupan Liar Semenggoh merupakan pusat jagaan dan peliharaan Orangutan.
          • Pengunjung yang kesini dapat melihat Orangutan dengan lebih dekat.Boleh kata Orangutan di sini 'semi wild' (separuh liar, separuh jinak).
          • Orangutan di sini, kebanyakkanya yang diselamatkan akan dijaga dan di ajar cara survival dihutan. Tiba  waktu yang sesuai, Orangutan ini akan dilepaskan ke hutan semulajadi untuk menjalani kehidupan sendiri.
          Semenggoh Tempat Dan Aktiviti Menarik di Kuching
          Sumber : https://sarawaktourism.com
          • Waktu Operasi :8.00-10.00 pagi dan 2.00-4.00 petang. (setiap hari)
          • Jangan terlepas feeding time. 09.00-10.00 pagi dan 3.00-4.00 petang.
          • Harga Tiket : RM 5 (dewasa)/ RM 3 (Kanak-kanak)
          Nota :
          Semak laman web rasmi untuk dapatkan info terkini jadual operasi dan harga tiket.

          .............................................................................

          18. Taman Negara Bako 

          Taman Negara Bako Kuching
          Ikon Taman Negara Bako

            Taman Negara BakoTempat Dan Aktiviti Menarik di Kuching


            • Taman Negara Bako sangat sesuai bagi mereka yang meminati alam semulajadi.
            • Ketengangan di sini, keindahan pantai dan juga air terjun menjadi faktor pengunjung ke sini.
            • Pengunjung juga dapat peluang melihat monyet Proboscis (monyet hidung besar) di sini. Kalau bernasib baik, kita juga berpeluang melihat ikan lumba-lumba Irawaddy sewaktu menaiki bot ke sini. 
            • Kebanyakkan akan pergi dan balik dalam sehari kerana penginapan sangat terhad di sana. Ada pun agak basic sahaja.

            Cara ke Taman Negara Bako

            • Perlu menaiki bot dari Jety Kampung Bako
            • Lokasi Jety Kampung Bako : Google Map Jety Kampung Bako
            • Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Jety ambil masa dalam 45 minit.

            • Tambang bot RM30/seorang untuk pergi balik. 
            • Perjalanan akan ambil masa dalam 25-30 minit.
            • Tapi ingat ye, bot hanya akan bertolak apabila keadaan air mengizinkan. Kalau air surut, kena tunggu air pasang dulu.
            • Perjalanan dengan bot laju, boleh kata beralun juga bila meredah ombak.
            • Bot akan turunkan di pantai, di Taman Negara Bako. Sampai di sana daftar dikaunter dan inform waktu nak balik. Pilih bot. Tak silap bot terakhir jam 4 petang.

            • Harga Tiket : RM 10 (ada kaunter di jeti Kampung Bako)

            • Untuk gambaran lanjut, boleh baca di cataitan perkongsian seorang blogger di blog beliau. Agak detail perkongsian beliau
            http://budakletrik.blogspot.com/2017/03/backpacking-bajet-kuching-part-2-taman.html


            .............................................................................

            19. Gunung Santubong
            • Bagi yang meminati aktiviti mendaki, boleh consider ke sini.
            • Mat Drat tak sampai ke sini, sebab sewaktu datang ke Kuching dengan rakan-rakan dahulu, kami berpecah kepada 2 kumpulan. 1 Group ke Santubong dan 1 group ke Pasar Serikin.
            • Bagi yang ingin ke sini, Mat Drat cadangkan baca 2 perkongsian di bawah, semoga bermanfaat
            https://jalanjalanpusingpusing.blogspot.com/2017/02/mendaki-gunung-santubong.html
            Nota :
            Sebaiknya dapatkan maklumat lanjut sebelum ke sini dan mendaki dengan ditemani mereka yang pernah ke sini.


            .............................................................................

            20. Pantai Damai

            Pantai Damai Kuching Sarawak

            • Mat Drat masukkan juga Pantai Damai sebagai salah satu tempat menarik di Kuching, mungkin ada yang ingin mencari 'Vitamin Sea' di Kuching.
            • Atau mungkin ada yang ingin bersantai di pantai selepas penat di Kampung Budaya Sarawak.
            • Lokasi Pantai Damai ini berdekatan dengan Kampung Budaya Sarawak.
            • Di sini terdapat Damai Sentral, untuk pengunjung menjamu selera.
            • Pengalaman Mat Drat di sini, waktu malam agak sunyi. Tetapi sebelah petang agak ramai pengunjung terutama hujung minggu.
            Ikon Pantai Damai

            Okey, ni sahaja dahulu 20 tempat yang Mat Drat kongsikan. Banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh dilawati, berganung kepada minat dan tujuan kita.

            Jemput baca di perkongsian-perkongsian berkiatan Trip Kuching ni





            ~Mat-Drat ~

            Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

            Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!