Pages

Thursday, 11 July 2019

Trip Tioman : Berjaya Tioman Resort



BERJAYA TIOMAN RESORT





Entry ni Mat Drat nak share sikit je mengenai Berjaya Tioman Resort, kira pengalaman 3H2M di sini.

Secara ringkasnya, ini adalah Pakej berkumpulan termasuk makan. Untuk jimat, kami ambil chalet dan berkongsi 4 orang satu unit. Memang agak sempoit, tapi okey je.

Pakej snorkeling kami ambil dengan pihak resort untuk 3 point (kira Island Hoping).

Mat Drat kongsi pengalaman melalui gambar di bawah ye...




Bilik / Chalet


Ni chalet kami. Dalam 100 meter dari lobby resort.

Unit agak kecil, tapi berpadanan dengan harga yang kami bayar. Mat Drat rasa, asalnya chalet ni 2 katil je kot dulu. Mungkin banyak permintaan yang nak kan harga lebih murah, jadi katil ditambah dan dapatlah  pihak resort tawarkan dengan harga lebih murah.

Padang di depan chalet kami. Luas dan bersih.
Pagi-pagi kami bersenam robik dahulu disini.


Kira chalet kami ni unit berkembar, sebelah menyebelah.
Setiap unit ada beranda sendiri.


3 katil di bilik kami... nampak sedikit sempit kan.
Tapi okey je, Mat Drat tak berkira bab tidur sebab datang sini nak buat aktiviti pantai pada harga jimat


Tu lagi satu katil dihujung kaki 3 katil tadi.
Bilik air pun okey. Kira okey la.



....................................

Makan (Breakfast/lunch/dinner)


Secara kasarnya, sangat berpuas hati. Variety dan sodap. Tak mengecewakan.



Ruang yang cukup luas. Selesa.
Sambil makan boleh ngadap laut dan swimming pool

Desert pun banyak...kira berpuas hati sangat

Pilihan yang ada. 


Paling rare dan memang Mat Drat suka.


Pesanan ikhlas penaja : SAVE TURTLE


Memang not bad at all....

....................................

AKTIVITI - Snorkeling
Pakej snorkeling yang kami ambil adalah untuk 3 point snorkeling. Ambil masa 1/2 hari.

Kira sebelah pagi sehingga tengah hari untuk trip snorkeling kami di sini.

Detail bab snorkeling, Mat Drat dah share di entry sebelum ni. Boleh baca entry terdahulu ye.



Lengkap. Penting kasut ni
Persiapan sebelum ke laut (snorkeling) dan sedikit taklimat.

Kadar sewa dan kadar penalti kalau hilang !!!!!

Terleka, terlalu asyik  dan terlupa daratan sewaktu sessi snorkeling ni!!





....................................






...................................




AKTIVITI LAIN


Kaunter Aktivit


Daily activities


1. Swimming Pool

Swimming pool pun ada. Tapi Mat Drat kalau ke pulau, memang tak berendam di swimming pool la


Tenang.... dengan view yang cantik

Pool untuk anak-anak pun ada


2. Sewa Basikal / ATV

Mat Drat dan beberapa rakan sewa basikal untuk ronda-ronda di dalam kawasan resort ni.

Resort ni agak luas, boleh kayuh sehingga ke jeti resort dan sehingga ke pintu gerbang resort.








3. Riadah Pantai

Volley Ball Pantai

Volley Ball Pantai

Beach ball (gol kecik)


4. Ronda-ronda di Pantai






Mat Drat share gambar je dulu, caption kemudian ye.


5. Menikmati keindahan sunset









6. Santai Malam










7. Kayaking







...................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

10 comments:

  1. Wah,bestnya.kalau bercuti dgn keluarga mesti best...

    ReplyDelete
  2. Dah pernah ke sini tahun 2004. Memang cantik kat sini cuma nak naik bot datang sini 2 jam ke 1 jam setengah tak ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... mmg agak jauh. dekat 2 jam jugak naik bot hari tu

      Delete
  3. Replies
    1. Resort ni dah tutup start Mid Jun utk major renovation

      Delete
  4. Salam bang, klu kita pegi sendiri ².. tak melalui ejen.. mean everything is done by ourself.. mcm aktiviti utk snorkeling kite amek mase kt sana je boleh ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je...sampai2 di jetty tioman, boleh terus cari2 n roger mereka.

      Tapi lagi senang, cari awal2 sblum ke sana

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.