Pages

Sunday, 14 July 2019

TIKET LEGOLAND MURAH - 4 Cara Beli Harga Murah


10 Tips Penting Masuk Legoland

Di sini, Mat Drat nak share cara nak beli tiket Legoland murah dan Mat Drat share secara detail cara beli di KLOOK.  Klook ni antara option beli tiket murah, setahun dua ni memang Mat Drat banyak beli tiket nak masuk tempat lawatan local dan oversea melalui KLOOK.

Antara pilihan yang Mat Drat tahu untuk dapatkan tiket Legoland murah;
  • Beli Awal Secara Online
  • Beli sewaktu promosi tertentu
  • Beli di MATTA Fair (kalau ada)
  • Beli di KLOOK
.............................................................................

Harga Tiket Legoland - Published Rate

Sebelum cari tiket Legoland murah, kita tengok dulu harga tiket Legoland seperti yang tertera di laman web Legoland.


Jenis Tiket 

     Adult     
    
Child/
 Senior  
  
Tiket 1 Day :
Theme Park Sahaja
RM 231
RM 185
Tiket 1 Day :
Water Park Sahaja
RM 157
RM 128
Tiket 1 Day :
Sea Life Sahaja
RM 95
RM 74
Tiket 1 Day - Kombo :
Theme Park + Sea Life
RM 278
RM 221
Tiket 1 Day - Kombo :
 Theme Park+Sea Life +Water Park 
RM 313
RM 250
Nota : Harga tiket pada 13.07.2019

Dewasa : 12-59 tahun
Kanak-Kanak : 3-11 tahun
Bawah 3 tahun : Percuma


Harga tiket Legoland terkini ni boleh disemak di 
https://www.legoland.com.my/book-visit/admission-tickets-and-annual-passes/



.............................................................................

1. Tiket Legoland Murah - Online Legoland

Untuk dapatkan tiket pada harga murah secara online di laman web Legoland, kena selalu layari laman web Legoland https://www.legoland.com.my.

Kadang kala, Legoland ada membuat promosi belian tiket secara online. Kalau kebetulan ada promosi, boleh dapatkan di laman web mereka.


.............................................................................

2. Tiket Legoland Murah - Sewaktu Promosi

Tiket Legoland Murah Julies
Contoh Promosi Tiket Legoland Murah
Tiket Legoland juga boleh dibeli pada harga murah jika ada promosi-promosi tertentu.

Contohnya Promosi oleh bank melalui Kad kredit. Pihak bank seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat, BSN dll akan memberi diskaun kepada mereka yang membeli tiket Legoland dengan menggunakan kad kredit mereka.

Selain itu, produk produk makanan terutamanya yang sinonim dengan kanak-kanak juga sering kali menawarkan promosi belian tiket Legoland.

Mat Drat pernah beli tiket Legoland murah dengan menggunakan kupon baucer yang dilekatkan di susu UHT Dutch Lady. Biskut Juilies juga pernah memberikan kupon diskaun untuk pembelian tiket Legoland.

Untuk promosi ini, kena 'aware' iklan-iklan yang keluar di kaca TV ataupun di corong radio. Bila ada promosi yang di war-warkan, dan kebetulan kita nak ke Legoland, bolehla terus sambar peluang yang ada.

.............................................................................

3. Tiket Legoland Murah - Di MATTA Fair

MATTA Fair yang diadakan setiap tahun juga platform untuk kita dapatkan tiket-tiket entrance seperti taman tema pada harga murah, termasuk Legoland.

Tetapi masalahnya, MATTA Fair boleh dikatakan hanya di adakan setahun sekali dan kita jarang merancang ke taman tema terlalu awal.

Jika kebetulan Legoland ada membuka kaunter / booth jualan tiket di MATTA Fair, jangan lupa untuk rebut jika kita memang 'PASTI' akan bercuti ke Legoland. Jangan lupa lihat 'validity' period, takut beli tak sempat guna sebab tiket dah expired.



.............................................................................

4. Tiket Legoland Murah - Beli di KLOOK

Satu lagi alternatif untuk dapatkan tiket murah adalah di KLOOK. Boleh kata sepanjang masa KLOOK tawarkan tiket pada harga diskaun.

Trip Mat Drat ke Seoul hari tu, banyak tiket-tiket entrance Mat Drat beli di KLOOK. Dan baru-baru ni Mat Drat ke Lost World of Tambun - Hotspring, juga beli tiket di KLOOK. Trip London pun Mat Drat guna KLOOK.

Harga Tiket Legoland di KLOOK

Semakan Mat Drat, tiket Legoland di jual di KLOOK pada harga.


Jenis Tiket 


     Adult     


Child/ 
Senior  
        
Tiket 1 Day :
Theme Park Sahaja

RM 231
RM 180

RM 185
RM 148

Tiket 1 Day :
Water Park Sahaja

RM 157
RM 123

RM 128
RM 102

Tiket 1 Day :
Sea Life Sahaja

RM 95
RM 76

RM 74
RM 59

Tiket 1 Day - Kombo:
Theme Park + Sea Life

RM 278
RM 221

RM 221
RM 175

Tiket 1 Day - Kombo:
 Theme Park+Sea Life 
+Water Park 
RM 313
RM 247

RM 250
RM 200

Tiket 2 Day - Kombo:
 Theme Park+Sea Life 
+Water Park 
RM 371
RM 347

RM 308
RM 289

Nota : Harga tiket pada 13.07.2019



6 sebab kenapa Mat Drat suka beli di KLOOK

  1. Dapat beli pada harga diskaun
  2. Tak perlu beratur di kaunter tiket. 
  3. Terus masuk dengan voucher (mobile atau printed)
  4. Dapat kredit dan kredit boleh guna untuk next purchase
  5. Boleh beli 'last minit'. Untuk Legoland, instant confirmation. Maknanya bila beli, terus dapat voucher dan terus boleh guna.
  6. Tiket (voucher) yang dibeli adalah open date.

Cara beli tiket di KLOOK


1. Klik link ni
 ðŸ‘‰ðŸ‘‰ TIKET MURAH LEGOLAND atau banner di bawah

Klook.com

2. Pilih Tarikh
- Pilih tarikh nak pergi
- Tiket (voucher) adalah open date (boleh pergi tarikh lain), jangan risau.
- Ada validity period / tarikh. Mat Drat check sewaktu tulis ni, tiket (voucher) valid sehingga 13 November 2019.
- Ingat : Semak Validity period ye sebelum beli sebab mungkin lain pakej berbeza validity period.

3. Pilih Pakej
- Ada beberapa pakej, ada Theme Park, Water Park dan Sea Life
- Pilih mana sesuai dengan masa masing-masing sama ada Theme Park sahaja atau Water Park sahaja atau pun nak Kombo Tiket 
- Mat Drat dulu ambil Kombo ( Theme Park + Water Park) untuk sehari je.
- Sedikit kelam kabut sebab pergi waktu cuti sekolah, orang agak ramai dan sesetengah ride terpaksa beratur lama.
- Kalau rasa pakej 1 Day tak cukup, boleh ambil pakej 2 Day.

- Kalau weekend, school holiday atau pun public holiday , di sana agak pack  dan crowded. Jadi mungkin terpaksa tunggu lama untuk setiap ride.


4. Buat Bayaran dan terima voucher
- Sebelum buat bayaran, intai-intai dulu kupon diskaun
- Jangan lupa gunakan discount code jika ada.
- Kalau tak ada, lihat di link di bawah

- Selepas buat bayaran akan dapat confirmation serta merta.
- Pastikan masukkan email yang betul. Elok log-in dari email yang biasa kita guna.
- Voucher akan dihantar ke email.
- Print voucher dan bawa ke Legoland untuk masuk nanti.
- Untuk 'selamat', print la 2-3 copy untuk buat backup. 1 copy En suami pegang, 1 copy cik Isteri pegang dan 1 copy letak dlm kereta. Ni nak elak terlupa bawa.


DISKAUN KLOOK

Sebelum buat bayaran, cuba klik link ni dahulu.

Mat Drat akan share kupon diskaun KLOOK terkini di sini. Kadang-kadang KLOOK juga beri diskaun lagi untuk promosi-promosi tertentu. 

Bertambah untung kita sebab

  • Beli harga murah
  • Dapat pula guna kupon diskaun
  • Dapat kredit untuk offset next belian

👉👉 KUPON DISKAUN KLOOK  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Tips Masuk Legoland


Sedikit perkongsian Mat Drat mengenai TIPS Masuk ke Legoland.

Jemput baca di ðŸ‘‰ðŸ‘‰ TIPS MASUK LEGOLAND  


...................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

19 comments:

  1. Menarik ini, tapi Naim tak berpeluang ke Johor lagi. Semoga lepas ini agar lebih murah lagi. hehe

    ReplyDelete
  2. Lom peRnah ke legoland.
    Teringin, tapi peluang lom ada...
    Tiket pun mahal, kan. Anak ramai :-) ha ha ha
    ..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsikan tips ni...dalam perancangan nak pegi masa cuti sekolah nanti...

    https://abamkoriee.com/family-time-kat-mykori-dessert-cafe-di-hujung-minggu/

    ReplyDelete
  4. Menariknya Klook ni. Banyak beza betul rate tiket tu. Berbaloi. Nanti kalau nak pi syira nak usha klook ni

    ReplyDelete
  5. Murahhh la berbanding harga asalnya tu. Tak mampu masuk klau harga asal tu. Huhuhu..
    Ada plan nak bercuti di JB. Tapi legoland letak tepi dulu. Haha..
    Nak bli tiket awal pun cuti belum apply lg.

    ReplyDelete
  6. Oh baru tau tentang klook ni. InsyaAllah lepas ni kalau ke Legoland lagi bolehlah saya beli dengan harga murah macam ni

    ReplyDelete
  7. yup BBL setuju kalu beli tiket theme park dalam klook memang murah & banyak diskaun. bukan setakat lokal theme park je, international pun ada. senang la lepas ni nak pergi legoland beli tiket dalam klook je

    ReplyDelete
  8. Uish.. menarik ni. Paling best beli guna Klook tu. Banyak giler diskaun dia. Patut la ada beberapa member yang selalu travel duk guna Klook. Lepas ni tau dah la nak survey kat mana yang murah.. hehe

    ReplyDelete
  9. Yeay tq mat drat story pasal klook. Terus cerita kt husband. Blh jimat almost rm20 tu. Plan juga nak pergi tp tak tahu lagi bila. In shaa Allah, esok lusa pergi lah kut hahaha

    ReplyDelete
  10. Baru tahu ni ada cara beli kat Klook. Thank you share. Kalau tak baca ni tak tahu alternatif guna Klook untuk beli tiket murah.

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang bagus. Tak pernah lagi beli tiket taman tema di Klook. Nanti nak try la, bawa anak2 holiday cuti sekolah akan datang

    ReplyDelete
  12. Menarik perkongsian ni. Siapa anak ramai berbaloi le. Sis belum pernah lagi ke Legoland, tak ada anak kecik nak pergi..kalau dapat pinjam anak buah yg kecik2 boleh le pergi nanti..hehehe

    ReplyDelete
  13. Bagus lah info ni nak beli tiket Legoland kita nak juga beli tiket masuk taman tema dan juga hotel kat sana nak bawa family pergi sana lah lama tak pergi ni mesti best....

    ReplyDelete
  14. Memang banyak beza ya. Penting sebelum membeli kita buat survey harga dulu. Then kita boleh dapatkan harga yang terbaik dan berbalo

    ReplyDelete
  15. Memang lagi untung kalau beli dekat Klook. Tapi aduhai, lepas discount pun still mahal juga ye hahah. Teringat lagi dulu pernah jalan-jalan satu family ke sini. Sanggup tak masuk lah sebab mahal betul ticket dia. Bagi adik-adik je masuk hahah.

    ReplyDelete
  16. Murah banyak dekat KLOOK tu. Liez pun ada plan nak g Legoland nak bawak anak-anak ni. Dah lama anak-anak bising nak ke sana tapi faham-faham je lah kan.. fulus belum cukup lagi.. boleh lah nnt liez ikut petua dptvtiket murah ni hihihi

    ReplyDelete
  17. Wahhh... boleh tahan jugak harga nak masuk legoland ni. Tak pernah sampai lagi, tapi memang ada pasang niat nak pergi walaupun sekali. Bagus info pasal pricing list ni, nanti boleh check out lagi promo bila dah nak pergi. Lagi2 KLOOK tu.

    ReplyDelete
  18. suka baca blog mat drat sebab lengkap dengan info , bagus untuk jadikan rujukan pada yang suka travel dan cuba tempat2 baru ...good job

    ReplyDelete
  19. klook. yes, setuju dengan mat walaupun saya jarang travel but selalu look up for any tiket murah. hajat nak ke aquaria klcc pun masih belum tercapai lagi ni. memang everytime check klook ni one of the place to book at cheaper price

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.