Pages

Tuesday, 9 July 2019

Tempat dan Aktiviti Menarik Pulau Tioman : Part 2





kita sambung perkongsian Tempat dan Aktiviti Menarik Pulau Tioman 




2. Scuba Diving

sumber : B & J Diving Centre

Bagi yang ingin melakukan aktivit selaman / scuba diving, di Pulau Tioman juga merupakan destinasi yang tepat.

Tak kisah la, mencari package leisure dive ataupun baru ingin mengambil PADI Open Water Cource , boleh ke mana-mana scuba diving centre yang terdapat di sini.

Antaranya laman web yang boleh dirujuk






.........................................


3. Beriadah dan bersiar di pantai






Tidak kisah datang bersama rakan, bersama family atau pun datang berdua berhoneymoon, beriadah di pantai terutama awal pagi atau lewat petang sangat menyeronokkan.

Bermain bola pantai, volleyball pantai atau hanya bermain pasir di pantai sudah cukup untuk kita melupakan bebanan kerja dan hiruk pikuk kehidupan bandar.

Kalau sekadar berjalan-jalan ditepi pantai sambil menghirup udara dan abayu laut, itu pun sudah cukup menyeronokkan dan mendamaikan.


.........................................

4. Menikmati keindahan Sunset









Jika bercuti ke Pulau Tioman, jangan lupa menikmati keindahan sunset di sini lagi-lagi jika cuaca cerah dan langit tidak berawan.

Bagi yang menginap di resort yang mengadap pantai terutamanya di kawasan Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Salang, berpeluang menikmati keindahan matahari terbenam ni.

Bagi yang biasa menanti sunset, sudah tahu waktu yang dia perlu berada di pantai.

Bagi yang baru-baru berjinak, pastikan kita sudah berada di pantai 3o minit sebelum matahari terbenam. 

Saat paling indah pastinya ketika saat matahari terbenam di ufuk barat dengan pemandangan ufuk merah. Suasana ini hanya berlaku beberapa minit sahaja, jadi pastikan berada di pantai dengan kamera atau handphone.


....................................................







.........................................

5. Mencerap Bintang









Ini juga aktiviti yang boleh dilakukan bagi mereka yang sukakan ketenangan dan kedamaian sambil melihat keindahan langit diwaktu malam.

Suasana pasti cantik jika kebetulan sewaktu bercuti di Pulau Tioman ini bulan sedang penuh mengambang dan langit pula cerah.

Untuk gambar yang memuaskan, cari tempat yang agak jauh dari gangguan cahaya dan bunyi yang kuat. Pasti hasil gambar angat memuaskan.

Tapi ingat, jika berada di pantai sehingga tengah malam, elok lah berteman!!

Jangan lupa bawa tripod sekali untuk hasil gambar night mood yang terbaik.


.........................................



6. Island Hoping 








Island Hoping juga aktiviti yang menarik untuk dilakukan di sini. 

Pulau yang jadi destinasi utama biasanya adalah Pulau Tulai, Pulau Batu Malang, Pulau Rengis, Pulau Chebah, Pulau Labas, Pulau Soyak dan Pulau Sepoi.

Biasanya harga pakej Island Hoping ni bergantung kepada bilangan pulau yang kita akan di bawa. Untuk Island hoping, ambil pakej 3 pulau sudah memadai sebab sambil island hoping, kita juga akan melakukan aktivit snorkeling yang pasti akan memenatkan.

Pakej-pakej island hoping jug aboleh didapati di operator-operator yang mengiklankan pakej-pakej mereka di lokasi tumpuan pengunjung seperti berhampiran jeti dan di resort-resort.

Mat Drat punya pakej....Pulau Tulai, Pulau Batu Malang dan Pulau Rengis. Sekali dengan aktiviti snorkeling


.........................................


7. Berbasikal / Motorsikal Mengelilingi Kampung 










Jika ada ruang masa yang agak kosong, boleh juga fikirkan untuk buat aktiviti ni, iaitu sewa basikal atau motorsikal dan ronda di Pulau ni.

Motorsikal agak banyak untuk di sewa terutama berhampiran jeti dan juga berhampiran resort tertentu.

Basikal pula boleh di sewa di sesetengah resort.

Pengalaman Mat Drat
Mat Drat sewa basikal dan ronda-ronda sekitar resort memandangkan resort yang Mat Drat diami memang luas.

Sejam selepas berbasikal, Mat Drat dan rakan menyewa motorsikal dan pusing sekitar Pulau Tioman. Lokasi di tuju ke Kampung Tekek, melepak di Kekek River walk, ke kedai bebas cukai. 

Hajat nak ke Kampung Juara dibatalkan kerana masa yang tak mencukupi kerana Mat Drat nak mengejar sunset pula.


.........................................



8. Jungle Trekking / Trek Hutan

Trek Tekek - Juara
Sumber : Wikitravel


Bagi yang berminat dengan aktiviti jungle trekking dan mempunyai masa, boleh consider untuk aktiviti ini.

Ada beberapa trek 'jungle trekking' di Pulau Tioman ni, dari pembacaan di wikitravel , antar trek tu adalah

Tekek-Juara, Tekek-Air Batang, Air Batang-Monkey Beach, Monkey Beach-Monkey Bay, Monkey Bay-Salang, Tekek-Paya, Paya-Genting.

Untuk maklumat lanjut mengenai trek ni, boleh rujuk https://wikitravel.org/en/Tioman




Sedikit Ingatan untuk aktiviti jungle trekking

  • Jangan seorang diri, paling kurang berdua. 3-4 otang lagi bags.
  • Bawa backpack kecil/beg galas untuk bawa air dan sedikit makanan
  • Jangan lupa torch light
  • Pakai kasut yang sesuai dan seeloknya pakai seluar panjang serta baju lengan panjang.
  • Handphone pastikan bateri penuh (bawalah power bank sekali)
  • Ingat, hutan ni akan gelap lebih awal. Jadi rancang masa balik yang sempat sampai ke tempat asal sebelum senja (1-2 jam sebelum)
  • Water taxi / 4WD agak mahal kalau tak sempat balik sebelum senja
  • Dan jangan lupa inform rakan-rakan lain sebelum masuk trek
  • Last sekali, elok study trek dan tanya pekerja resort. Biasa mereka akan tahu dan lebih arif



Pengalaman Mat Drat
Mat Drat tak berapa 'gemar' berjungle trekking terutama di pulau. Selain masa yang tak berapa cukup, pengalaman di Pulau Perhentian dahulu cukup beri peringatan kepada Mat Drat. 

Dan peristiwa (pengalaman) tersesat dengan rakan-rakan masa bersekolah dulu, masih ingat sehingga ke hari ni.




.........................................



9. Mendaki Gunung 



Dari pembacaan, di Pulau Tioman ni ada 2 gunung/puncak yang biasa di daki iaitu
- Gunung Kajang
- Gunung Nenek Semukut 

Gunung Kajang
1083 mete,  merupakan puncak tertinggi diu Pulau Tioman ni. 

Dari yang Mat Drat baca di wikitravel,
  • dinyatakan untuk ke Gunung Kajang ada 2 trail iaitu dari Kampung Paya atau Kampung Juara.
  • Trail dari Kampung Paya pun ambil masa 10 jam untuk mendaki, maknanya seharian mendaki dan turun. Mencabar tu dan pasti perlukan persediaan fizikal dan stamina yang mantap!!
  • Jadi, bagi yang berhajat mendaki gunung ni, dapatkan maklumat lanjut dari pihak-pihak tertentu dan pergi lah dengan jurupandu.
Boleh juga rujuk http://malaysiaseasports.com/packages1.html untuk maklumat lanjut. Mat Drat baca, nak ke situ memang perlukan yang berpengalaman luas dan dengan ranger yang berkelayakan. Sebabnya Gunung Kajang ni boleh kata agak jarang didaki, unexplored dan sesetengah sektor tertentu trek agak mencabar/tiada trek langsung.


Gunung Nenek Semukut
Terletak di Kampung Mukut dengan ketinggian 690 meter. 

Yang unik dan menariknya, ia tersergam dengan 2 puncak dan digelar dengan Twin Peak of Tioman dan juga sebagai Tanduk Naga (Dragon Horn).

Nak tahu detail, boleh baca keratan Harian Metro ni, agak detail penulis kongsikan pengalaman dan tips dia https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/10/276239/semangat-nenek-semukut


Pendakian ni memang betul-betul extreme, dari apa yang Mat Drat baca. Orang 'biashe-biashe' mcm Mat Drat tak lepa snaik ni!!

Dan sekali lagi, mendaki gunung ni bukan boleh 'terjah' je ye. 
Stamina kena betul-betul bersedia + kesihatan kena dalam keadaan baik + pengalaman kena ada+ guide / info kena dapatkan betul-betul + jurupandu bertauliah dan berpengalaman diperlukan.


Pengalaman Mat Drat

Mat Drat gemar sebenarnya mendaki gunung ni cuma stamina tak berapa nak kuat. Di sini tak sempat dan tak mampu nak mendaki gunung.

2 tahun lepas ada rakan sepejabat ajak mendaki Gunung Kinabalu, tapi selepas setahun persediaan, Mat Drat rasa tak cukup kemampuan untuk mendaki. Jadi tak mampu nak follow kawan-kawan tu. Mereka terus melangkah dan mendaki, sehingga ke Indonesia, dan Annapura camp rasanya dia dah sampai.






.........................................

10. Air Terjun Asah (Asah Waterfall / Mukut Waterfall)


Air Terjun Asah juga dikenali dengan Air Terjun Mukut. Merupakan salah satu air tejun (waterfall) yang terdapat di Pulau Tioman dan dikatakan antara yang tercantik di sini.

Ada trek dari Kampung Mukut.

Tak banyak yang Mat Drat jumpa mereka yang kongsi detail trip ke Asah Waterfall ni. Jadi yang nak ke sini, kena tanya-tanya orang di sini dan banyak google.

.........................................




11. Bermain Golf

Berjaya Tioman Resort - Golf
Sumber : Berjaya Tioman Resort





Bagi 'kaki' golf, di Pulau Tioman pun ada golf course bagi mereka yang nak habiskan masa dengan bermain golf.

Satu-satunya golf course, terdapat di Berjaya Tioman Resort.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari 
 https://www.berjayahotel.com/tioman/experiences/golf.html

Mat Drat menginap di sini hari tu, bukan sebab nak main golf ye!! 

.........................................


12. Membeli di Kedai Bebas Cukai









Satu lagi aktiviti yang boleh diisi di Pulau Tioman ni adalah dengan membeli di kedai bebas cukai.

Tapi Msat Drat pesan awal-awal,
- pilihan tak banyak 
- bukan tujuan utama mereka ke Pulau Tioman nak membeli belah
- harga coklat contohnya, tidak la semurah di Langkawi

Sebagai buah tangan, tak salah untuk membeli sedikit.

Mat Drat singgah di salah satu kedai yang terdapat di Kampung Tekek.

Kalau nak baca Trip Shopping di Langkawi, boleh baca di link bawah ni.





13. Berkayak



Bagi mereka yang suka berkayak, di Pulau Tioman juga ada beberapa resort/chalet yang sediakan kemudahan ni.


Mat Drat tak sempat nak berkayak sewaktu di sini, 2 petang di sini dah ada aktiviti lain jadi tak sempat nak berkayak.

Jadi bagi mereka yang ingin berkayak, cari waktu dan dapatkan maklumat awal tempat-tempat yang sediakan perkhidmatan ni.

Berkayak menjelang sunset, tu saat paling Mat Drat suka berkayak sebenarnya. Pengalaman Mat Drat sebelum ni Pulau Tioman dan Port Dickson






Rasanya itu dulu untuk perkongsian Mat Drat mengani trip Mat Drat ke Pulau Tioman ni.

4 entry semuanya, iaitu




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

2 comments:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.