Pages

Sunday, 5 August 2018

Percutian Bandung Day 3 - Glamping Lakeside Rancabali



Ini entry ke-5 untuk 'travelog' Trip Bandung ini.  Destinasi untuk hari ke-3 ini adalah ke area Ciwaley.

Sebelum tu, entry ni bersambung dari entry sebelum ni...


CIWADEY

Ciwadey ni merupakan kawasan tumpuan pelancong, ia merupakan kawasan percutian tanah tinggi ala-ala Cameron Highland.

Antara tempat menarik yang menjadi tumpuan dan kira wajib disinggahi jika ke sini adalah:

  1. Kawah Putih
  2. Glamping Lakeside & Pinishi Restoran
  3. Ladang Teh
  4. Ciwadey Hot Spring
Untuk ke sini, perjalanan ambil masa lebih kurang  1 1/2 jam ke 2 jam bergantung kepada traffik. Kami bertolak dari hotel sebelum 7am untuk elak kesesakan di Bandung. 

Perjalanan naik ke 'atas' akan melalui ladang strawberry di kawasan kampung yang turut menawarkan pengalaman untuk memetik strawberry. Tapi Mat Drat tak berhenti, sebab 2-3 straberry farm tepi jalan tu nampak macam tak berapa 'komersial'...macam ala-ala kadar je. Lagi pun pagi tu lepas hujan (dan masih renyai-renyai sekali sekala), rasa tak sesuai untuk memetik straberry. 

Straberry yang dijual ditepi jalan memang murah dan segar. Beli lah, boleh makan sambil dalam kereta.

Pemandu akan berhenti di satu tempat untuk beli tiket ke Kawah Putih, sediakan duit siap-siap.


.

.




Nasib Tak Baik jadi Nasib Baik
Mat Drat punya trip hari tu nasib tak berapa baik sebab Ciwadey baru dilanda ribut malamnya dan pagi tu, banyak pokok-pokok tumbang di atas jalan menghala ke Kawah putih dan Glamping Area.

Sewaktu kami berhenti untuk membeli tiket, kami di maklumkan tiket Kawah Putih tidak dijual kerana ia di tutup. Jalan ke atas pun baru dibuka semula beberapa minit sebelum kami tiba. Glamping Lakeside pun masih ditutup kerana kabus terlalu tebal dan jalan masih terhalang dengan pokok-pokok yang menghalang laluan.

Mat Drat sekeluarga hari tu kira bernasib baik sebenarnya sebab Gunawan tidak berkira dan kasihan kepada kami, kalau tak kami tak sampai ke Glamping Lakeside tu.

Walaupun dimaklumkan jalan ke Kawah Putih baru dibuka (Kawah Putih ditutup) dan jalan ke Glamping Lakeside masih ditutup, Gunawan masih cuba juga ke atas sebab Mat Drat kata ...."kita cuba sahaja lah, mana tahu sampai nanti dah di buka".
Nasib tak baik, jalan sedikit sesak kerana pembersihan jalan masih berlaku. Sampai di Kawah Putih, memang masih ditutup dan pak polisi banyak berkawal.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Glamping Lakeside juga dalam suasana kabus yang sangat tebal. Sampai di entrance, tak boleh masuk kerana ditutup. Dan kami patah balik ke bawah dengan sedikit hampa.

Lebih kurang 1 jam perjalanan turun (sebab jalan sesak tengah pembersihan), kami sampai di 'RnR'. Sewaktu membeli sedikit buah tangan, Gunawan maklumkan Glamping Lakeside dah dibuka semula tapi masih berkabus tebal.... dan tasik tak kelihatan. Kami kata okey, kita naik atas semula.

Ingat lagi kata Gunawan... Dia kasihan sama kami kerana datang jauh-jauh mahu ke Glamping tapi kebetulan kena ribut, sebab tu dia sanggup patah balik semula naik ke atas.

Dia kata, ini kali pertama kawasan Cidawey ni kena ribut seteruk ni...setahu dia.


Jom lihat perjalanan Mat Drat yang agak mencabar untuk sampai ke Glamping Lakeside masa trip hari tu....


Perjalanan Pertama kali - Sebelum berpatah balik



Mulakan pagi dengan senyuman...Gunawan siap pakai jaket, dia kata sejuk kat atas



Masih boleh senyum sebab belum tahu Kawah Putih dan Glamping ditutup


Kemudian terserempak banyak kenderaan yang turun semula.. Mulai rasa lain macam 


Tiket ke Kawah Putih / Glamping Lakeside

Pemandu akan memberhentikan kita di satu lokasi untuk membeli tiket sama ada untuk ke Kawah Putih arau pun ke Glamping Lakeside.

Tiket Kawah Putih
Individu : Rp 50,000 / seorang
Kenderaan Persendirian: Rp 150,000 / kenderaan
Kenderaan Local  : Rp 15,000 / kenderaan


Tiket Glamping Lakeside
Individu : Rp 20,000 / seorang
Kenderaan Persendirian: Rp 5,000 / kenderaan

Harga Tiket Kawah Putih dan Glamping Lakeside

Kami singgah di sini untuk membeli tiket. Tapi dimaklumkan Kawah Putih dan Glamping Lakeside ditutup.
Hmapir 15 minit kami menunggu, dengan harapan jalan dibuka.


Gunawan dapat maklumat, jalan baru dibuka semula jadi kami teruskan perjalanan ke atas. Tiket kami tak beli kerana Glamping Lakeside masih belum dibuka, in-case sampai di sana dan dibuka, dia kata boleh beli di sana sahaja.


Jalan baru dibuka, dan ada tempat masih terdapat pokok-pokok merentangi jalan. Sedikit sesak


Kena bersabar....Dengan harapan jangan hujan dan ribut semula sudah lah...


Hu hu hu....

Akhirnya kami sampai di pintu masuk ke Kawah Putih, tetapi tak boleh masuk. Ditutup kerana masih banyak pokok yang tumbang belum di alihkan di jalan bahagian dalam.
Ramai yang berpatah balik di sini, tetapi kami teruskan perjalanan ke Glamping Lakeside

Ramai Pak Polisi menjalankan tugas mengawal kawasan




Tidak banyak kenderaan ke Glamping kerana ia masih ditutup.


Kiri dan kanan menuju Glamping Lakeside adalah ladang teh tetapi tak boleh berhenti bergambar walau pun pemandangan cantik sebab hujan renyai-renyai.



Dan kami berpatah balik apabila tiba di entrance Glamping Lakeside...dengan sedikit hampa.



Hujan-hujan ni nampak orang jual jagung bakar.... sungguh menggoda


Jemput makan....

Strawberry fresh....ada beberapa tempat yang menjual di kawasan perkampungan Ciwadey ni, dekat area Hotspring. Murah dan segar.

Strawberry 'Petik Sendiri'



Area kawasan Ciwadey Hot Spring ni ada beberapa ladang strawberry skala kecil. Boleh la beli strawberry segar kat area sini.

Akhirnya kami singgah di 'RnR' ni untuk beli buah tangan sebelum balik ke Bandung.


Ketika sibuk membeli sedikit buah tangan, Gunawan maklumkan Glamping Lakeside dibuka semula. Dia kata boleh naik ke atas semula tapi itinerari petang ni terpaksa diubah sebab akan sampai semula ke Bandung lewat petang.

Kami kata okey je, dah alang-alang sampai sini kena la sampai juga ke Glamping Lakeside. 

Jadi kami naik ke atas semula walau pun jalan agak sibuk kerana ramai yang berpatah balik untuk naik ke atas.

Dan akhirnya sampai juga kami ke Glamping Lakeside Rancabali


GLAMPING LAKESIDE RANCABALI

Glamping Lakeside ni sebenarnya tarikannya terkenal dengan 2 perkara iaitu 
- tempat camping nya yang menarik
- Restoran Pinichi (bentuk kapal bahtera) di atas tasik
- pemandangan tasiknya yang cantik

Glamping tu disingkatkan dari perkataan Glamour Dan Camping dan jadilah Glamping. Kaki camping boleh la bercamping di area ni, sejuk dan pemandangan cantik.

Mat Drat ke sini hanya untuk menikmati keindahan pemandangan tasik dan juga menikmati suasana di atas kapal/bahtera tu.

Tapi bila sampai di sini, kabus masih sangat tebal. Tasik tidak kelihatan dari kapal (restoran Pinishi). Nak turun ke tasik juga tak boleh, kabus tebal sangat.


Jom layan gambar....


Sampai ke entrance Glamping Lakeside Rancabali... sudah dibuka

Parking area di Glamping Lakeside. Waktu sampai, kabus masih sangat tebal.


Jembatan Gantung untuk ke seberang, ke Restoran Pinishi (restoran kapal)

Menyeberangi Jambatan Gantung...


Menyeberangi Jambatan Gantung...


Tiba-tiba kabus ditiup angin....terus jadi cerah.


Kira lokasi wajib bergambar kalau sampai kesini...
Kapten....


Kerusi meja semua basah di lower deck ni, jadi tak dapat nak melepak di sini.. Kabus pun tebal (macam hujan je)


Bawah ramai sangat orang nak bergambar, nak duduk pun tak ada tempat, jadi kami naik ke deck atas.... lepak di atas sebab di deck atas atas yang berbumbung.


Baju seragam...'Teras Cihampelas' yang dibeli malam tadi di Jalan Cihampelas.
Baju seragam...'Teras Cihampelas' yang dibeli malam tadi di Jalan Cihampelas.
( gambar tak di rotate - tulisan terbalik)

Di deck atas ada kawasan berbumbung... boleh lepak sambil order makanan / minuman dari Restoran Pinishi ni.
Tapi waktu kami sampai, tak ada yang kosong, jadi kena berlegar di kawasan luar dulu...
ambil gambar lagi...

 


Lagi sekali, bila kabus ditiup angin...cerah seketika dalam 1-2 minit sebelum kawasan ni kembali berkabus. Jadi sempat la bergambar dengan berlatar belakangkan sebahagian tasik.





Pisang cheese panas dan roti bakar cukup sedap kat atas ni, maklumlah hujan-hujan dengan perut lapar...apa yang ada rasa sedap je


Chocolate panas memang kaw...


Lebih kurang 1 jam lebih kami di sini, kami bergerak balik... Masa banyak dihabiskan dalam perjalanan yang sedikit mencabar. Rezeki kami tak dapat menikmati sepenuhnya keindahan kawasan ni, dan juga tak dapat menjejakkan kaki ke Kawah Putih.





D' FASHION TEXTILE & TAILOR

Semalam balik dari Rumah Kain Sulam M-Collection, isteri beritahu kepada Gunawan dia mencari kedai yang banyak menjual kain Lace. Dan hari ni Gunawan bawa kami ke D' Fashion Textile & Tailor pula.

D' Fashion Textile & Tailor ni lebih besar daru Rumah Kain Sulam M-Collection, pilihan lagi banyak. Kami ke sini pun datang dengan tujuan lain. Jika semalam ingin mencari kain pasang bersulam dan telekung, kali ni pula mencari kain lace. Memang pilihan tepat.

Kebetulan tokey nombor 2 ada, sempat la beramah mesra. Nama dia dahtak ingat tapi cukup fasih bercakap Melayu. Rupanya beberapa tahun pernah meniaga di KL. 

Di sini juga boleh nak buat tempahan terus baju kurung ke, kebaya ke, baju melayu ke... Kalau yang tempah di sini la.

Kami beli, dan bawa balik je. Tempah kat Malaysia la, apa-apa hal senang.

Mat Drat tak la tahu sangat harga kain ni, tapi lihat isteri seronok membeli...memang sah lah harganya tersangat murah. Siap plan nak datang lagi pulak tu...

(Gambar Mat Drat kat sini, hilang bersama handphone yang rosak). Jadi tak ada lah gambar kami menyopping, memilih kain dan gambar tokey yang cukup peramah tu.

Lokasi : Google Map ke D' Fashion Textile & Tailor



Tempat-tempat shopping murah di Bandung ni nanti saya kumpulkan sekalikan di entry 
πŸ‘‰πŸ‘‰ Tempat Shopping Kain Murah di Bandung



BOEMI MITOHA - Restoran Masakan Sunda

Sebelum balik ke hotel (malam ni kami menginap di hotel lain, Gunawan bawa kami makan di Boemi Mitoha - restoran masakan sunda.

Restoran ni cukup selesa, kita dah seharian penat berjalan makan ditempat macam ni hilang letih sekejap. Harga tidak mahal, masih acceptable.

Beberapa rangkap slogan yang cukup menarik perhatian di sini antaranya 


"Anggap Saja Rumah Sendiri"

"Calon Menantu Wajib Traktir Makan Calon Mertua"

"Makan Rame-rame lebih nikmat"



Tempat-tempat makan sedap di Bandung ni nanti saya kumpulkan sekalikan di entry 

πŸ‘‰πŸ‘‰ Tempat Makan Sedap di Bandung




Boemi Mitoha - "Anggap Saja Rumah Sendiri"

Boemi Mitoha - "Calon Menantu Wajib Traktir Makan Calon Mertua"

Antara pilihan lauk yang ada...Memang banyak


Gunawan dah minta reservekan siap-siap rupanya... datangterus duduk.

Esok nak balik, malam ni baru Gunawan nak makan sekali. Itupun dia nak bayar dia punya sendiri!!

Kalau datang dengan bilangan yangramai, call dulu dan minta reservekan tempat. Nak order siap-siap menu pun boleh.




Hotel Budget - Hotel Karmila


Tujuan asalnya Mat Drat tukar hotel di Jalan Ir Hj Djuanda ni kononnya akan sampai petang di hotel ni dan sebelah malam nak menyopping di area sini... Memandangkan kami lama di Ciwadey tadi, sampai di sini pun dah malam. Jadi plan nak singgah di Factory Outlet di area berdekatan tak berkesempatan.

Hotel Karmila Hotel  boleh kata hotel budget la...sangat sempoi. Tapi kalau untuk tidur je tak de masalah. 

Kami sampai pun dah jam 8 lebih, dan esok dalam 8 pagi kami dah nak check-out dari hotel. Hotel sempoi macam ni tak ada masalah, harga pun murah tak sampai RM 80 satu bilik / nite. Ambik 3 bilik, cukup selesa untuk anak-anak.

















7 comments:

  1. Rugi le tak jejak kaki ke Kawah Putih. Cantik tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat mcm mana, time tu Ciwadey kena ribu. Insyaallah Ada rezeki boleh repeat semula nanti trip ni

      Delete
  2. Wahh..terima kasih sudi share info, jelas dan pjg lebarπŸ‘

    ReplyDelete
  3. TErima kasih atas perkongsian yang menarik dan jelas.

    ReplyDelete
  4. Mat kata kawah putih seorang idr 50000 tp ada pula caj kenderaan sendiri 150000.jadi kita sebagai pelancong bayar yg kenderaan atau individu? Maaf sy keliru

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.