Pages

Tuesday, 6 February 2018

Tempat Menarik di Bangkok Thailand - 10 Pilihan Mat Drat

Bersambung dari entry sebelum ini, 

👉👉 Travelog Bangkok Part V - Chow Phraya River Cruise 

Tempat Menarik di Bangkok Thailand



Tempat Menarik di Bangkok untuk dilawati

Thailand merupakan antara negara yang ramai menerima pelancong setiap tahun. Banyak tempat yang jadi tumpuan pelancong di Thailand ni seperti Bangkok, Pattaya, Phuket, Krabi dan Chieng Mai.

Dan pastinya Bangkok ibu negara Thailand tidak pernah lekang oleh pelancong sepanjang tahun. Pelbagai tarikan yang ditawarkan menyebabkan Bangkok cukup dikenali di seluruh dunia.

Bangkok, menawarkan banyak tempat menarik untuk dilawati, tak kira untuk percutian 2 hari, 3 hari atau pun 4 hari. 

Kalau yang datang bercuti lebih 4 hari, biasanya akan 'memanjangkan' lagi langkah dengan ke Pattaya atau pun mungkin ke Cheang Mai... (Macam Mat Drat hari tu😃)

Entry kali ni Mat Drat share tempat-tempat menarik di Bangkok yang boleh dilawati. Ada yang sempat Mat Drat singgah dan ada yang tidak sempat. Dan senarai ini ikut "best" dan "menarik" bagi pandangan Mat Drat 



1. Grand Palace


Grand Palace terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok dan ia menempatkan beberapa buah bangunan dan temple di dalam satu kawasan, termasuk 'Emerald Buddha'. Grand Palace ini boleh lah merupakan antara ikonik Metropolitan Bangkok dan Thailand itu sendiri.

Grand Palace adalah lokasi bersejarah yang boleh dikatakan wajib anda singgahi jika ke Bangkok. Ia merupakan sebuah istana yang dibina pada tahun 1782 dan  pernah digunakan sebagai tempat keluarga keluarga diraja selama 150 tahun dan juga sebagai puat pemerintahan pada waktu itu. 

Oleh kerana ia agak luas. iaitu sekitar 214,000 kaki persegi jadi peruntukkan masa untuk lawatan ke sini dalam 2 jam untuk menikmati keunikan Grand Palace ini. 

Website : http://www.palaces.thai.net/index_oct13.html
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 3.30pm)
Bayaran : 500 Baht

Alamat: Na Phra Lan Road, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon

Google Map : 🚘🚩 Map Grand Palace

Cara Ke sini : 
🚄 Ambil Silom Line and berhenti di Saphan Taksin Station (S6 Station) and keluar di Exit No. 2. 
🚤 Kemudian naiki Chao Phraya Express Boat to Ta Chang Pier (No.9). Dalam  5-10 berjalan kaki akan sampai ke entrance gate Grand Palace ni.




2. Chow Phrya River Cruise

Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Seperti di kebanyakan tempat pelancongan, river cruise sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Jadi sama lah juga di Bangkok ini.

Untuk detail perkongsian Mat Drat naik River Cruise ni dan gambar-gambar, boleh ke entry sebelum ini.

Chow Phraya River Cruise ni ada beberapa kategori. Mat Drat kategorikan 
- Hop-On Hop-Off Boat - Chow Phraya Tourist boat
- Private river cruise 
- Private river cruise bot kecil


Hop-On Hop-Off Boat - Chow Phraya Toursit ( Murah )

Kira river ni yang paling murah berbanding private river cruise di Bangkok ni. Ini satu tarikan pelancong di Bangkok. 

Bot akan bergerak ikut jadual yang telah ditetapkan dan akan berhenti dibeberapa jeti/station. Boleh turun dan naik dengan satu tiket kalau beli 1 day pass river pass.

Service ni bermula di Sathorn Pier (sebelah Saphan Taksin BTS Skytrain station) dan akan berhenti di hampir kesemua 'pier'/ jeti utama sepanjang sungai ini.



Boat akan berlepas setiap 30 minit dan mengikut jadual yang ditetapkan.  Bot terakhir berlepas pada jam 6pm.

Cruise ni ambil masa pergi balik dalam masa lebih kurang 1 jam kalau kita tak turun di mana-mana 'pier'. Kalau ambil 1 day pass, boleh turun dan naik di mana-mana 'pier' sepanjang hari tu.




Antara tempat tarikan yang boleh dilawati disepanjang laluan itu adalah Wat Arun dan Wat Pho ( Temple), Grand Palace, The Maharaj, Chinatown dan Flower Market. Yang nak ke Grand Palace, pastikan pakaian yang bersesuaian ye... Dan harga nak masuk pun boleh tahan juga rasanya...

Untuk last bot, dari Sathorn Pier boat akan sambung perjalanan ke Asiatique... satu kawasan yang agak happening ni waktu malam dengan ferries wheel ride besarnya, banyak restoran dan kedai-kedai.

Harga Tiket: - 40 Baht : One Way Tiket / Baht : One Day River Pass
Bot akan bergerak ikut jadual yang telah ditetapkan dan akan berhenti dibeberapa jeti/station. Boleh turun dan naik dengan satu tiket.

Private River Cruise

Kalau rasa tak ada 'class' naik naik bot hop-in hop-off ni, boleh la pilih Private River Cruise. Private River cruise  ni ada beberapa operator yang jalankan. Harga juga berbeza antara operator dan package. 

Harga Private River Cruise
Masa Mat Drat check harga package tour di website Thai River Cruise (salah satu operator), antara package yang ada  :
- Tour + Lunch = 1950 THB ( RM 240)

- Tour + Dinner= 15-0 THB ( RM 185)




3. Damnoen Floating Market

Tempat Menarik di Bangkok Thailand




















D.
Jika ke Bangkok takkan tak pergi ke floating market kan. Tak singgah kira tak lengkaplah trip ke Bangkok.

Di Bangkok (berdekatan Bangkok) ada beberapa floating market dan Damnoen Saduak Floating Market ni boleh kata yang paling famous dan paling ramai pengunjung dan pelancong.  Satu lagi floating market yang terkenal di sini adalah Amphawa Floating Market.

Dulunya (zaman dulu-dulu), di kawasan ini memang tempat berniaga memandangkan terdapat banyak terusan dibina di kawasan ini. Dan sejak 1971, kawasan ini dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong oleh kerajaan Thailand.

Damnoen Saduak floating market ni lebih 'tradisional', manakala Amphawa tu 

orang kata telah dimodenkan. Jadi nak rasa keaslian floating market, kena ke Damnoen la.


Ini tempat yang diubah dan diupgrade jadi destinasi pelancongan, jadi harga servis, barang-barang dan makanan.... adalah 'harga pelancong' ye. Sedikit mahal.



Memang banyak gerai-gerai di tepi sungai dan ada juga peniaga yang menjual dari atas bot. Pakaian ada, beg, souveniour, makanan, buah-buahan dan macam-macam la ada. Barang-barang selain makanan/minuman, kalau rasa boleh beli ditempat lain ELOK lah beli ditempat lain. Walaupun kita dah tawar menawar, percayalah harga yang kita dapat tu nanti masih mahal berbanding harga di luar.



Harga yang dijual agak mahal, jadi jangan segan silu untuk tawar harga. Kalau jumpa barang yang 'rare' seperti perhiasan, nak beli tu beli je la. Harga sendiri mahu ingatlah.


Untuk detail perkongsian dan gambar-gambar Mat Drat ke Damnoen Floating Market ni, dan gambar-gambar, boleh ke entry sebelum ini ye.

Harga Bayaran 
Harga bayaran bot/perahu adalah :
    • THB 2,000 (RM200) perboat untuk satu jam 
    • THB 3,000 (RM300)  perboat untuk dua jam
Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 9.00 AM - 2.00 PM
Jumaat - Ahad : 8.00 AM - 5.00 PM

Datang awal untuk elak suasana 'crowded' dan elak panas.




4. Maeklong Railways Station/ Market

Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Maeklong Railway Market ni merupakan sebuah pasar tradisional Thai yang menjual pelbagai barangan segar seperti buah-buahan, sayuran dan makanan. 

Lokasi tak jauh dari Damnoen Floating Market, jadi lepas berperahu boleh la lajak ke sini pula.



Yang special mengenai market ini adalah ia terletak dan tengah landasan berhampiran Maeklong Station. Bukan landasan kosong yang tak digunakan ye, tetapi landasan yang masih digunakan setiap hari.



Setiap hari, 6 kali (3 perjalanan pergi balik) kereta api akan melalui tengah-tengah pasar ini. Dan yang menariknya, bila kereta api lalu je, para peniaga akan turunkan khemah/payung mereka untuk beri laluan kepada kereta api. Dan apabila kereta api dah melepasi mereka, khemah/payung akan ditegakkan kembali dan perniagaan berjalan seperti biasa.


Ada sesetengah sayur dan buah-buahan yang diletak 'ngam-ngam' ditepi landasan, dan kereta apai akan lalu atas buah-buahan ini... 


Kereta api ni ada jadual dia tiba di sini, jadi plan elok-elok masa ke sini. Jangan pula datang tapi bukan masa kereta api tak ada. Kira tak lengkap la ke sini kalau tak merasai suasana tu. 

Untuk detail perkongsian dan gambar-gambar Mat Drat ke Maeklong Railways Market ni, boleh ke entry sebelum ini ye.



Bayaran : Datang sini tak perlu bayar tiket atau fee apa-apa. 


Jadual Operasi Maeklong Railways Market 
Dibuka setiap hari   6:00 am - 5:00pm

Jadual Kereta Api 
Berlepas dari Maeklong Station     6.20am     10.20 am     2.30 pm
Tiba di Maeklong Station              9.45am        1.45pm     6.2pm

Lokasi      :  Kasem Sukhum Alley, Mae Klong
Peta Map 👉👉🚩🚩Maeklong Railways Market



5. Elephant Village

Tempat Menarik di Bangkok Thailand

Gajah ni cukup sinonim dengan Thailand.  Memandangkan Chang Damnoen Saduak Housing (Elephant Village) ni ta jauh dari Damnoen Floating Market tadi, Jadi bolehlah singah ke 'perkampungan gajah' ini.

Kalau nampak signboard 'CHANG', CHANG ni maksud  GAJAH  ye. 

Jarak dari Floating market hanya dalam 2 km sahaja. 

Dilokasi berhampiran, ada satu lagi 'elephan village', tapi yang ni lebih besar iaitu 'Chang Puak Camp'. 


Lokasi di Google Map :  👉👉🚩🚩 Chang Damnoen Saduak Housing

Elephant Village ni tak besar mana, masuk pun percuma sahaja. TAPI kena bayar jika 
- nak beri gajah makan (beli harga makanan)
- naik gajah
- nak bergambar dengan gajah
- dan jangan lupa, kalau 'gajah' ni minta tips...

Untuk detail perkongsian dan gambar-gambar Mat Drat ke Elephant Village ni, boleh ke entry sebelum ini ye.




6. MBK Center


Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Shopping Mall di Bangkok ni rasanya lagi banyak dari KL. Antara shopping mall  yang besar dan utama adalah Centre ChitliomMBK CenterPantip PlazaSiam DicoverySiam CenterSiam ParagonTerminal 21 dan Central World. Kawasan Pratunam juga terdapat beberapa shopping mall yang sentiasa jadi tumpuan pengunjung.

Tapi rasanya kebanyakkannya shopping mall ni lebih kurang macam yang ada di KL juga kot. Kat KL kita ada Pavillion, Suria KLCC, Mid Valley, One Utama, Starhill dan macam-macam lagi la.... jadi kalau nak shopping mall, pergilah ke shopping mall yang 'lain sikit' di Bangkok ni.

Mat Drat ke MBK Center dan Terminal 21.

MBK Center Mall atau dikenali juga dengan 'MAHBOONKRONG' di antara shopping Mall yang menjadi tumpuan warga Thailand sendiri serta pelancong luar. Mall 7 tingkat yang cukup luas dan boleh kata one stop centre untuk membeli belah. Setiap tingkat mengkhususkan produk tertentu.



Barang Murah di MBK
Pakaian, t-shirt-t-shirt untuk suvenior, hand beg, beg bagasi dan pelbagai barangan souvenior ada di sini. Harga agak murah dan boleh tawar menawar.

Selendang Silk , Pashmina Silk juga banyak di sini. Perempuan tengok ni kalau tak borong, tak tahu la...Mat Drat sendiri pun terbeli banyak!!

Beg tangan jenama terkenal cukup banyak, jadi pandai-pandailah survey dan tawar menawar ye. Tengok kualiti dan buat pilihan.

Tempat Menarik di Bangkok Thailand
THB 199 lebih kurang RM 25

Jeans, beg bagasi dan barangan kulit pun ada. Ada satu kedai kulit tu, barang agak murah. Terletak di tengah-tengah floor yang banyak menjual baju-baju.

Kalau rasa tak cukup pusing kat bahagian dalam, di bahagian luar juga terdapat banyak kiosk-kiosk menjual perbagai barangan.  Pun murah-murah harga di sini.


Transport ke MBK
Paling dekat adalah station BTS National Stadium 'Lane Hijau Tua(National Stadium - Bang Wa).

Jika naik BTS 'Lane Hijau Muda' (Bearing - Mo Chit) pula, station BTS terdekat adalah Station Siam, tapi dari Station Siam perlu menapak dalam 600-700 meter ke MBK ni. 


Kalau malas menapak, tukar tren di Station SIAM, ambil lane Hijau Tua dan turun di station berikutnya... station Nasional Stadium station ni bersambung dengan MBK Centre Mall tu.




7. Terminal 21


Tempat Menarik di Bangkok Thailand



Terminal 21 ini mempunyai 9 tingkat dengan hampir 600 kedai/butik , memang perlukan masa untuk explore seluruh mall ni.

Dan setiap tingkat / floor ada tema ia sendiri seperti CarribienParis, Rome, Tokyo, Istanbul, London, San Francisco dan Hollywood.

Boleh lah sambil shopping (atau window shopping) tu, bergambar dengan ikon-ikon tempat-tempat yang menjadi tema setiap floor di sini.





Di sini harga lebih kurang macam kat KL je, banyak barang-barang 'branded' dan berjenama, jadi harga tu kita dah boleh agak.

Mall ni memang ia berkonsepkan / bertemakan ala-ala terminal lapangan terbang... ada 'arrival hall' dan ada 'departure hall'. Sesuai lah dengan namanya Terminal 21. Nak masuk pun, kena cek macam pemeriksaan kastam... tapi kebanyakan mall di Bangkok ni pun memang pemeriksaan keselamatan dia agak ketat. Kalau bawa beg je, mesti akan diperiksa.


Terminal 21 ni terletak berhampiran station BTS Asok.
Lokasi ni Google Map : 👉👉 Terminal 21


Tempat Menarik di Bangkok Thailand



Kalau ke Bangkok dan boleh ke shopping mall, JANGAN LUPA atau TIDAK SINGGAH ke pasar yang terkenal iaitu Chatucak dan 'night market' Neon Talad di Bangkok ni. Selalu jugak rasanya filem Hollywood buat shooting menggambarkan suasana market ni.

Di Thailand ni night market turut menjadi satu tempat tarikan pelancong. Ia dikomersialkan menjadi tempat yang wajib dilawati jika ke Bangkok.


8. Talad Neon Market


Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Talad Neon Night Market ni antara night market yang terbesar di Thailand dan cukup meriah.

Talad Neon Night Market ni terletak di area Pratunam, dan lokasi tepatnya adalah di sebelah shopping mall The Palladium.

Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Seperti mana-mana pasar malam, kebanyakan barangan yang dijual adalah tempatan, pakaian dan makanan.

Harga lebih murah berbanding shopping mall dan disini jangan segan untuk tawar menawar.

Waktu Operasi Talad Neon Night Market ni adalah 4.00pm - 12.00am

Lokasi ni Google Map : 👉👉 Talad Neon Night Market Pratunam


9. Chatucak Weekend Market


Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Ada satu lagi pasar yang cukup terkenal di Bangkok ni iaitu Weekend Chatucak Market.


Kalau weekend masih berada di Bangkok, WAJIB ke sini. 


Mat Drat tak sempat, sebab weekend berada di Pattaya tapi Mat Drat kongsikan info yang Mat Drat cari sebelum ke Bangkok.


Boleh rujuk web Weekend Chatucak Market http://www.chatuchak.org/

Info Mengenai Chatucak
  • Chatucak Weekend Market  (disebut juga Jatujak Market) ni merupakan salah satu pasar hujung minggu terbesar di dunia. 
  • Merangkumi 27 ekar dengan dibahagikan kepada 27 bahagian dengan terdiri hampir 15,000 gerai yang menjual perlabagi barangan dan makanan.
  • Chatucak Weekend Market ni cukup popular kepada pelancong, jadi weekend sahaja hampir 200,000 pengunjung memenuhi kawasan ini.
  • Apa yang dijual di sini....kira macam-macam barangan la, dari pakaian, perhiasan, bunga, makanan dan macam-macam la....

Lokasi ni Google Map : 👉👉 Chatucak Weekend Market

Waktu Operasi

  • Walaupun ia dikenali dengan Chatucak Weekend Market, ia juga dibuka pada hari-hari weekday lain mulai hari Rabu. 
  • Rabu - khamis: 6.00am - 6.00 pm ( Plants & Flowers )
  • Jumaat          : 6.00am - 6.00 pm ( Wholesale )
  • Sabtu-  Ahad  : 6.00am - 6.00 pm (Weeekend Market- Macam-macam ada)

Section di Chatucak
  • Boleh la di bahagikan Chatucak ni ikut section seperti berikut :
  • Clothing & Accessories (sections 2-6, 10-26) 
  • Handicrafts (sections 8-11) 
  • Ceramics (sections 11, 13, 15, 17, 19, 25) 
  • Furniture and Home Decoration (sections 1,3,4,7,8) 
  • Food and Beverage (sections 2, 3, 4, 23, 24, 26, 27) 
  • Plants and Gardening tools (sections 3, 4) 
  • Art and Gallery (section 7) 
  • Pets and Pet Accessories (sections 8, 9, 11, 13) 
  • Books (sections 1, 27) Antiques and Collectibles (sections 1, 26) 
  • Miscellaneous and Used Clothing (sections 2, 3, 4, 5, 6, 22, 25, 26)

10. Pilihan Mat Drat - Pergi la ke Pattaya.

Tempat Menarik di Bangkok Thailand


Nak masukkan tempat menarik ke 10 ni rasa macam tak adil untuk tempat-tempat lain yang menarik.

Kalau ikut pilihan Mat Drat, sambunglah sehari ke Pattaya macam Mat Drat. Boleh baca entry berikunya, Mat Dart kongsi sikit pasal trip ke Pattaya 2H1M

Jadi untuk yang masih mencari tempat menarik di Bangkok ni, Mat Drat cadangkan lihat di senarai yang dikongsikan oleh Tripadvisor di link 
👉👉 10 place to visit in Bangkok 


18 comments:

  1. Mat Drat ni kasi orang suspens laaaaa hahaha - Khai http://kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha... Nak buat macam mana.... yg MTC kena di utama kan, nanti tak dpt follow trip... 😁😁😀

      Delete
    2. salam wbt tuan .. kalau turun dmk ..mana tempat yang sesuai untuk sy cari hotel dan kawasan mana bnyk kedai makan .. shukumvit ke atau area2 lain bleh bagi no ke tuan ��28 flight ...research pasal bangkok habuk pun tarak..risau kene lipat harga je

      Delete
    3. wasallam... sorry lambat reply.

      mungkin boleh baca entry pertama saya ke Bangkok (percutian ke Bangkok - Tips), ada info dan cadangan hotel.

      bab tempat makan halal, tak ada satu kawasan yg katt situ ada banyak tempat makan kecuali di Arab Street. Tak silap Soi 3 (Sukhumvit), saya menginap di Soi 4 area situ.

      Delete
    4. https://mat-drat.blogspot.com/2018/01/percutian-ke-bangkok-thailand-tips.html

      Delete
  2. As Salam Tuan Mat,

    Boleh tak saya nk tau website utk sy booking Van di Thai Transport tu camna yea yg Tuan Mat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Puan, detail (website / nombor telefon dll) saya tinggalkan di ruangan komen di entry pertama saya utk trip Bangkok ni... "TIPS BERCUTI KE BANGKOKB

      Link ada di kolum entry entry lain trip Bangkok ni di atas

      Delete
  3. Maklumat yg berguna.. Tq tn😊

    ReplyDelete
  4. Nak masuk thailand kene ade paling kurang 10,000bhat ke? Maaf bertanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Ikut syarat perlu ada 10,000 Bhat. Sekali sekali mereka buat random check

      Delete
  5. Info terbaik..blh follow 😄

    ReplyDelete
  6. salam tuan. boleh kongsi dengan saya nombor telefon untuk kami sewa transport di bangkok? kalau tuan ada, terima kasih daun keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam. Maaf, saya tak save di hp.

      Nombor transport yg saya guna ada saya letak di posting pertama travelog bangkok sebelum ni. (ada link di atas)

      Delete
  7. salam tuan. boleh kongsi dengan saya nombor telefon untuk kami sewa transport di bangkok? kalau tuan ada, terima kasih daun keladi

    ReplyDelete
  8. Salam tuan, bila nak pegi lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam. Baru balik semalam Hatyai - Phattalung.
      Bangkok, tak pasti lagi bulan berapa.😊😊

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.