Pages

Monday, 8 January 2018

Travelog Bangkok Part I - Percutian ke Bangkok Thailand


Percutian ke Bangkok Thailand







Bersambung dari entry sebelum ni.. 👉👉Tips Percutian ke Bangkok 👈👈elok baca dulu untuk overview trip Bangkok ni keseluruhannya.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat



Nota :
Gambar-gambar sangat limited, jadi agak lambat sedikit untuk Mat Drat update gambar. Perlu korek dari pelbagai sumber. Sebahagian besar gambar untuk trip Bangkok & Pattaya ini telah di transfer ke Laptop di hari terakhir Mat Drat di Pattaya, dan Laptop tersebut hilang beberapa jam sebelum balik ke Kuala Lumpur. Kisah kehilangan yang cukup sadis!!!


Dulu-dulu, Thailand turut menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti kerana tukaran matawang menjadikan kita agak 'selesa' berbelanja di sini. Tetapi sejak dua menjak ni, kebanyakkan harga barang dan perkhidmatan di sini tidak 'semurah' dahulu, jadi nak berbelanja tu dah tak se'mewah' dulu.

Tetapi kalau compare tempat-tempat percutian lain seperti Australia, Korea dan Japan masih dikira murah la Thailand ni. 


Thailand ni banyak tempat pelancongan, cukup terkenal di seluruh dunia. Sebut sahaja Krabi, Phuket, Hatyai, Pattaya, Bangkok, Cheangmai.... pasti dipenuhi pelancong.

Okey... Kali ni Mat Drat share pengalaman percutian ke Bangkok 4H3M di Bangkok. Perkongsian ini dalam beberapa entry ye....So kena baca la apa yang Mat Drat share 4-5 entry ni nanti.



TRAVEL INSURAN / TAKAFUL

Nota : ( Edited 13.10.2019)
Mat Drat rasa perlu kongsi juga perkara ni.. Kepentingan Travel Insuran / Takaful yang 'cashless'

Kita pastinya buat segala persiapan untuk mengharapkan perjalanan dan percutian kita lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Jika berlaku juga sesuatu musibah, kita tak boleh elak, tapi sekurang-kurangnya kita ada perlindungan untuk meringankan bebanan kita.


Apa pun, Mat Drat harap semua yang baca blog ni dan bercuti, sentiasa dalam peliharaan Ilahi di dalam perjalanan pergi dan balik serta semasa percutian.


Biasa Mat Drat akan guna Etiqa Takaful bila ke oversea. Rasanya tak pernah ambil insuran/takaful dari airlines atau third party semasa beli tiket tu.


Etiqa Takaful ni rasanya coverage dia lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;

1. TAKAFUL. 
Kita muslim, seboleh-bolehnya ambillah product takaful. Tinggalkan product konventional.

2. Cashless. 
In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. Kat overea, kos hospital dan perubatan sangat lah mahal.
Kalau kena bayar deposit je dulu pun, susah juga nak cari duit on the spot tu.

Dan dah biasa juga rasanya kita dengar dan terbaca kes-kes rakyat kita terpaksa minta bantuan sebab kos perubatan terlalu mahal di oversea.

3. Rebate 25%. 
Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.
Terbaru, Mat Drat baca kisah En Kamarol Khahar, pengalaman ayah beliau dimasukkan ke hospital di Seoul.

Alhamdulillah, urusan beliau sekeluarga dimudahkan kerana banyak pihak hulurkan bantuan (wang ringgit, nasihat dan kepakaran).

Bila baca ni, memang betullah insurance yang 'cashless' ni sangat penting. 




.............................................................................. 







Percutian Ke Bangkok : Travelog Part I - Itinerari 4H3M 

Seperti yang Mat Drat bagi tahu di entry sebelum ni, Mat Drat ke sini dalam bilangan yang agak ramai dan Mat Drat tiba awal sehari awal berbanding rakan-rakan lain. Untuk memudahkan perkongsian, Day 1 adalah hari pertama Mat Drat di sini bersama rakan-rakan yang lain. Hari yang Mat Drat sampai di Bangkok sehari sebelumnya bersama seorang rakan, Mat Drat tak share la itinerari dia sebab hari tu memang terkejar kesana kesini. Terpaksa bekejar kesana kesini sebab nak pastikan perjalanan dan pergerakan rakan-rakan yang akan tiba di hari ni berjalan lancar.

Entry ni Mat Drat cerita konon-kononya Mat Drat baru sampai hari Day-1 ni ye.


DAY -1


Kami sampai di Don Mueng Airport ni sekitar jam 12.30pm selepas 2 jam penerbangan. Thailand lambat 1 jam, jadi terus pesan kepada rakan-rakan setkan jam ikut masa Bangkok untuk memudahkan pergerakan.

Tips 2:
Memang kemana-mana destinasi, kita perlu setkan jam ikut local time. Ini untuk elak kekeliruan jika ada buat tempahan transport dan sebagainya.


Pemeriksaan kastam tidak ketat mana, tak ada beg yang di periksa. (Tapi masa nak balik KL, 2 kawan kena buka beg dan keluarkan semua barang). Ni part akhir nanti Mat Drat share.

Airport Don Mueng ni tidak sesibuk KLIA arau KLIA2.

Opss...Sebelum tu nak bagi tahu, ada sebahagian dari kawan-kawan Mat Drat datang ke sini dengan menggunakan 'Passport Kumpulan/ Group Passport'. Passport yang dikongsi seramai 5 orang untuk 1 passport.






Ingatan 1:
Thailand sekarang menetapkan pelancong yang masuk ke negaranya perlu ada minimum amaun cash bagi mereka dari negara  free-visa, Malaysia termasuk dalam senarai. Ni sebagai langkah untuk elak pelancong datang kesini adalah untuk melancong dan berbelanja dan bukannya datang untuk bekerja secara haram.

Mengikut laman web di bawah, kadar minimum adalah 10,000 THB (individu) dan 20,000 (family).

Boleh rujuk : http://www.tourismthailand.my/travel_visa.php






Keluar sahaja dari kaunter imigresen di tingkat  atas, kami ke tingkat bawah untuk tuntut bagasi.  Airport ni memang kecik, tak letih nak berjalan seperti KLIA /KLIA2.


Percutian Ke Bangkok Airport Don Mueng
Dari Level Atas, lepas pemeriksaan Imigresen
Turun ke Level Bawah Tuntut Bagasi dan Pemeriksaan Kastam


Keluar dari pemeriksaan kastam, di bahagian lobi/ atau ruang legar arrival hall akan ada beberapa kaunter menjual simkad, kaunter kereta sewa. Boleh beli simkad di sini siap-siap, simkad tourism 7 hari tu rasanya dah berbaloi...299 Bath je. Cukup untuk pakai seminggu. Beli dan mereka akan tukarkan simkad, simpan elok-elok simkad Malaysia kita!




Menunggu rakan-rakan lain di Arrival Hall
- Airport yang tidak sibuk

Di sini ada beberapa kaunter menjual sim kad.


Kalau yang tak ada buat arrangement transport lagi untuk ke Bangkok City, boleh cari grab car, teksi atau ambil bas yang berada di luar airport. Dah beli sim kad, terus donwload App Grab Car. Tak sampai 10 minit, kereta sampai sebab grab car memang banyak standby area berdekatan airport.

Kami gunakan perkhidmatan van sewa- Syarikat ASIA STAR Thai Transfer.


Option lain transport dari Airport ke Bangkok City, boleh baca di perkongsian Mat Drat sebelum ni ye. Panjang lebar Mat Drat kongsikan.

Dari Airport pemandu van yang bawa kami tak ikut Highway, jadi ambil masa sedikit. Jika semalamnya hanya 45 minit naik grab car, kali ni hampir 1 jam baru sampai hotel.


Selesaikan urusan check-in rakan.

Selesaikan urusan check-in... kemudian bagi rakan-rakan hilangkan penat dalam3o minit sebelum bergerak ke lokasi pertama.... Makan Tengah Hari.

Makan Tengah Hari di Bangkok - Day 1

Untuk makan tengah hari di Day 1 ni, Mat Drat bawa rakan-rakan ke salah sebuah restoran makanan arab di Arab Street Soi 3.

Di Arab Stree ni ada banyak pilihan makanan.

Semalamnya, Mat Drat bersama seorang rakan telah ke Restoran Alif Laila dan Restoran ShahRazad yang terletak di Soi 3 ni untuk buat tempahan. Atas faktor tertentu (harga dan menu), kami berdua pilih untuk bawa rakan-rakan yang lain menjamu selera di Restoran ShahRazad.






Lokasi kedua-duanya berdekatan. Alif Laila ditepi jalan utama Soi 3, manakala Restoran ShaRazad di bahagian dalam. Di kawasan dalam ni pun banyak lagi restoran masakan arab/timur tenggah.

Lokasi Restoran Shahrazad - 👉👉 🚩🚩 MAPS
Lokasi Restoran Alif Laila  -  👉👉 🚩🚩 MAPS

Harga makan di ShahRazad ni lebih kurang kita makan nasi arab di Restoran Wadi Hadramawt atau Restoran Al Rawsha di KL.


Masjid / Surau di Bangkok 

Selesai makan, kami ke surau (boleh juga dipanggil masjid). Terletak dalam 200 meter dari Restoran ShahRazad tadi.
Surau ni terletak di dalam bangunan Hotel Middle East.
Dah solat (Jama' Dzuhur dan Asar) baru selesa untuk berjalan-jalan di Bangkok.


Surau masjid mosque Bangkok
Surau di dalam hotel ni

Surau masjid mosque Bangkok
Ruang solat yang cukup luas.



Tempah Suit Baju / Kot Murah di Bangkok

Seperti yang Mat Drat bagi tahu sebelum ni, sebab pilih hotel di kawasan Nana ni adalah untuk senang urusan tempahan baju.

Di sini, banyak tailor yang menawarkan perkhidmatan tempahan suit baju / kot pada harga yang agak murah. Jika dulu boleh kata murah, tetapi sekarang tidak la murah sangat sebab RM sedikit jatuh.

Ada pakej USD 199 (Lebih kurang RM 800++), USD 299... yang lagi mahal pun ada.

Kalau yang USD 199 tu dapatlah sehelai baju, seluar, suits dan tie. Lebih kurang kalau tempah di KL juga la. Tapi nak jimat, ambil pakej yang USD 299, baru berbaloi boleh dapat 2 pasang semuanya.

Harga ikut kualiti kain yang di pilih. Ada beberapa pakej. Bolej kata kualiti jahitan sangan bagus dan kemas.

Dan kebanyakan tokey tailor ni bukan orang Thailand, tetapi orang India yang telah lama menetap di sini.




Dalam masa 2 hari, tempahan suit baju boleh siap. Jadi kami buat pilihan petang ni, dan terus buat ukuran untuk tempahan. Lagi 2 hari nanti kami collect baju yang telah siap.










Window Shopping & Shopping di MBK Centre Mall Bangkok

Selesai buat tempahan baju, Mat Drat bawa kawan-kawan MBK Centre Mall. Memandangkan  ptg ni tiada aktiviti (free n easy) dan rakan-rakan agak keletihan, jadi jalan-jalan cuci mata cukup lah.

MBK Centre Mall atau dikenali juga dengan 'MAHBOONKRONG' di antara shopping Mall yang menjadi tumpuan warga Thailand sendiri serta pelancong luar. Mall 7 tingkat yang cukup luas dan boleh kata one stop centre untuk membeli belah. 


MBK Centre Mall Shopping Murah Bangkok
MBK Mall



Transport nak ke MBK ?

Sepanjang di sini, 4 kali  Mat Drat ke MBK ni... Ada je barang yang di beli apabila ke sini. 

Dan memandangkan Hotel Mat Drat berdekatan dengan Station BTS NANA, jadi Mat Drat guna tren BTS untuk ke sini.  Bab pengangkutan BTS Skytrain ni Mat Drat dah share di entry sebelum ni ye. Boleh baca di situ.

Dari Station Nana ke MBK Centre ni tak jauh pun, dalam 4 stop je. Mat Drat perlu turun di Station Siam, tapi dari Station Siam perlu menapak dalam 600-700 meter ke MBK ni.

TAPI, ada masanya Mat Drat rasa malas nak menapak 600-700 meter tu, jadi Mat Drat tukar tren di Station SIAM , 
dari 'Lane Hijau Muda' (Bearing - Mo Chit) ke 
'Lane Hijau Tua(National Stadium - Bang Wa). 

Ikutkan tak berbaloi tukar tren, sebab lepas tukar tren, kita perlu berhenti di Station berikutnya sahaja, Station National Stadium. Satu stop je pun, cuma tak perlu la menapak jauh-jauh. 

Terpulang, nak menapak ke MBK atau nak menunggu dan bertukar tren serta berhimpit dalam tren baru ke Station Nasional Stadium.

Station National Stadium ni, station terakhir untuk Lane Hijau Tua tu dan ia bersambung dengan MBK Centre Mall tu.

ATAU 
Kalau tengok depan hotel tu trafik lancar, panggil la GRAB Car. Tapi Mt Drat cakap awal-awal, trafik nak sampai MBK tu sangatlah jem terutama kalau sebelah petang dan malam.



Barang Murah di MBK
Pakaian, t-shirt-t-shirt untuk suvenior, hand beg, beg bagasi dan pelbagai barangan souvenior ada di sini. Harga agak murah dan moleh la tawar menawar.

Selendang Silk , Pashmina Silk juga banyak di sini. Perempuan tengok ni kalau tak borong, tak tahu la...Mat Drat sendiri pun terbeli banyak!!

Beg tangan jenama terkenal cukup banyak, jadi pandai-pandailah survey dan tawar menawar ye. 

Satu tingkat ada menjual pelbagai gadget dan perlatan elektronik. Kalaulah RM kita nilainya seperti dulu....sedapnya berbelanja!! 😋


MBK Centre Mall Shopping Murah Bangkok
THB 199


MBK Centre Mall Shopping Murah Bangkok
Pergi SIAM...Kena la beli baju PUTIH, Baru la pergi Siam...


Jeans, beg bagasi dan barangan kulit pun ada. Boleh kata semua ADA LA...cuma duit je tak ADA banyak !!

Ingat : Gerai-gerai di dalam ni tersangat banyak, dan survey-urvey la dahulu harga sebelum buat belian.

Kalau rasa tak cukup pusing kat bahagian dalam, di bahagian luar juga terdapat banyak kiosk-kiosk menjual perbagai barangan.  Pun murah-murah harga di sini.

Surau /Prayer Room di MBK
Kalau berjam-jam di sini, tak sempat balik hotel untuk solat, solat saja di surau yang disediakan di Tingkat 6. Cuma kedudukannya di kawasan parking kereta, jadi kena tanya kepada petugas di situ. Nak cari susah juga sebab MBK Mall ni luas.


Restoran Halal di MBK
Di tingkat atas (Tingkat 5) ada beberapa restoran halal. Tapi hari ni Mat Drat tak makan di MBK ye, sebab dari MBK ni Mat Drat terus menuju ke satu restoran Halal yang cukup terkenal di Bangkok ni dengan, iaitu Restoran Yusman.

Perkongsian bawah ni untuk panduan pembaca.

Restoran Yana  
-Masakan Thai dan harga kira berpatutan (harga dalam mall)
-Sepanjang trip ni, 2 Kali Mat Drat makan di sini.
-Mat Drat 'kecek' Kelate je dengan staff sini, sebab pelayan tu dari Selatan Thai.
-Boleh KLIK link Google Map ni untuk lokasi dan gambar 👉🍜YANA MBK 

The Fifth Food Avenue
-Depan Restoran Yana tu ada 'ala-ala Food Court" - The Fifth Food Avenue.
-Ada dua Restoran Halal yang Mat Drat jumpa iaitu Ali Arabic Food dan Chutney Indian Cuisine. Ada lagi satu restoran iaitu Restoran Jinbaran Bali, restoran ni sajikan masakan Indonesia, tapi Mat Drat tak perasan pulak  logo halal dia.
-Mat Drat makan di sini di Day 4, dah tak larat nak makan makanan Thai 
- Waktu Mat Drat makan di sini, ada promosi dari Thailand Tourism, pelancong yang bawa passport boleh tuntut air cordial/soft drink free. Sape tak suka benda free 😋



Dinner di Usman Thai Muslim Restoran, Bangkok - (Makanan Halal di Bangkok )

Sebenarnya kami dah buat tempahan untuk makan malam di sini. Semalamnya, Mat Drat dah datang ke sini untuk buat tempahan dan siap berjumpa dengan owner kedai lagi.

Usman Thai Muslim Restoran Makanan Halal
Usman Thai Muslim Restoran



Alamat : 259/9 Sikhumvit Road

Tel : +66 81 855 7124
Facebook Pagehttps://www.facebook.com/usmanthaimuslimfood/

Di Facebook, boleh tengok gambar-gambar antara mereka yang singgah makan di sini, juga menu-menu serta harga makanan.

Boleh KLIK link Google Map ni untuk lokasi dan gambar 👉🍜Usman Thai Muslim Restoran


Okey, restoran ni terletak di Sukhumvit 22, bersebelahan dengan Hotel Marriot Bangkok.

Untuk ke sini, dari MBK Centre Mat Drat naik tren dari Station National Stadium, tukar tren di Station SIAM dan terus ke sini dan turun di Station Phrom Phong. Jauh juga la nak menapak ke restoran ni, dalam 700-800 meter.




Menu... Menu utama adalah masakan Thai. Paling best bila makan Pulut Mangga dia...soft je pulut dia. 


Pergh....pulut mangga dia.... 😋😋😋😋


Tom Yam...Ambik kau Udang dia... 😋😋
Makan Time...... 



Harga.... Harga pun sangat berpatutan dengan suasana dan kualiti masakan. Memandangkan Mat Drat datang dengan bilangan yang agak ramai, owner bagi special price untuk kami.

Restoran ni pada waktu malam sekitar jam 8am, agak penuh dengan pengunjung. Jika datang dalam kumpulan yang besar, elok buat reservation terlebih dahulu sebab restoran ni memang menjadi pilihan utama pelancong  muslim terutamanya dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore.

Owner Yang Sangat Peramah
Encik Usman, owner kedai ni cukup peramah dan cukup baik. Lepas dinner di sini, terus kami berdua menjadi 'kawan' di FB. Antara pesanan dia yang Mat Drat ingat, kalau boleh elakkan merokok di luar kedai sebab sini kawasan rumah dan perlu hormat penghuni berdekatan terutama yang lalu lalang. 

Boleh kata, kalau datang in group...pasti akan dia post gambar korang di dalam FB Page dia. Dan boleh kata setiap hari dia akan ada di restoran ni. 


Murah.... Yang MURAH ni bukan Mat Drat nak cerita pasal harga makanan... Tapi pasal barang yang kami 'borong' di Usman Thai ni. Kain Pasang Sutera Thai, Pes Tomyam Usman dan juga Minyak Urut 'Hijau'. Bila dah dalam kumpulan yang ramai, bila seorang je beli makan yang lain-lain juga akan turut beli... dan bukan beli sikit-sikit ye.

Kain pasang sutera - MaT Drat beli 2 pasang. 
Pes Tom Usman - Mat Drat beli 2 tin
Minyak Urut 'Hijau' - Pun Mat Drat beli.

Pes Tom Yam tu dalam tin, di airport nanti jika nak balik ke Malaysia kalau di minta buka beg oleh pegawai kastam sebab tin ni...beritahu ia pes untuk masakan. Salah seorang kawan Mat Drat di minta buka beg sebab pegawai nak periksa beg... Terpaksa tunjuk dan explain pasal pes ni. Maklumlah kami ni beli kuantiti banyakkkkk... Bila yang pertama lepas, kawan-kawan di belakang pun lepas.

Minyak urut Hijau tu berbentuk balm... cukup berjasa kepada Mat Drat terutama bila masuk Day 3 di sini... Lenguh-lenguh kaki, terus hilang bila pakai balm ni. POWER!!!

Siap makan, ambil Grab Car dan terus balik hotel untuk rehatklan diri. Kawan-kawan dah keletihan dan Mat Drat pula dah terlalu letih sebab dah 2 hari terkejar ke sana ke sini.

Balik Mat Drat naik Grab Car je. Dah tak larat nak menapak ke BTS Station. Cuma bila malam, ambil masa juga nak dapat grab car... dalam 5-10 minit juga.


Rehatkan diri untuk esok satu hari lagi yang panjang dan pasti memenatkan....



Tamat Day 1.... Dan akan bersambung di Day 2...









30 comments:

  1. Salam Mat Drat. Amat informatif. Boleh bagi review tak kualiti jahitan yang ditempah di Bangkok tu? Untuk suit, dia ada panggil untuk second/third fitting tak? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.
      Yg tempeh suit dalam 6-7 orang je dari ramai-ramai kami. Nak bagi review tak berani juga, tapi rata2 semua puas hati ...kemas. cuma ada sorang dua ladies hari tu rasa kurang sikit cutting seluar.

      Second fitting memang ada. Third tak ada... tak sempat.

      satu lagi... ni berdasarkan tailor yang kami pergi... ada banyak tailor di kawasan ini ye

      Delete
  2. hai, sya nak bertnya adakah agensi pengangkutan yg blh kmi sewa d bangkok thailand untuk 32 orng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Cuba hubungi Syrikat Thai Transfer yg kami guna. Saya hari tu pun 32 org, jadi saya ambil 4 van (minibus) X 8 pax.

      Delete
    2. tq kerna respon blh sya tahu sewa van nii untuk satu hari brpa adakah sewa dia ikut hari atau pun ikut jam.

      Delete
    3. contact nombor di ruangan komen di entry sebelum dan selepas entry ini.

      Kami sewa (Kos per van)
      Airport transfer - 900 THB (One way)
      Tour (8-9 hours) - 2500 THB
      Sewa 4-5 hours - 1800 THB

      Delete
  3. salam, saya nak tanya tentang peringatan cash tu.. berapa minimum cash yg perlu di bawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10,000 THB individu, 20,000 THB family

      Delete
    2. wasallam...saya dah update amaun di entry saya. TQ

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Thai Transfer
    adress :
    183 Soi Charoennakorn Rd, Banglumpoolang, Klongsan, Bangkok, 10600

    contact :
    fax : +66 28601639
    mobile : +66 624029027
    tel. : +66 20033232
    tel. : +66 28607629
    www.thaitransfer.info


    Kami sewa (Kos per van)
    Airport transfer - 900 THB (One way)
    Tour (8-9 hours) - 2500 THB
    Sewa 4-5 hours - 1800 THB

    ReplyDelete
  6. Thai Transfer
    adress :
    183 Soi Charoennakorn Rd, Banglumpoolang, Klongsan, Bangkok, 10600

    contact :
    fax : +66 28601639
    mobile : +66 624029027
    tel. : +66 20033232
    tel. : +66 28607629
    www.thaitransfer.info


    Kami sewa (Kos per van)
    Airport transfer - 900 THB (One way)
    Tour (8-9 hours) - 2500 THB
    Sewa 4-5 hours - 1800 THB

    ReplyDelete
  7. As salam. Mat Drat. Nak tanya kalau kat bangkok hotel mana yg okay ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam. Di link sblum ni ada saya share

      Tips Bercuti ke Bangkok
      https://mat-drat.blogspot.com/2018/01/percutian-ke-bangkok-thailand-tips.html

      Delete
  8. As salam, Mat Drat. Kalau kat bangkok hotel mana yg okay ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry zack, terlepas pandang pertanyaan ni.

      Delete
  9. Salam,
    nak tanya tempeh baju tu klaunai train turun di Nana Station ke? Kedai buka jam berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam.. senang turun di station Nana, ada banyak tailor di kawasan situ.
      Buka pukul berapa saya tak pasti, mungkin 10am.

      Try search di google map 'NANA BTS Station' dan intai2 tailor yang ada kat situ

      Delete
  10. Salam Mat Drat... boleh tak share hotel yg berdekatan dgn MBK Center

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf puteri, lambat reply, ada beberapa hotel area situ. Saya tak sempat nak recall dan check map.
      Try klik link hotel di atas (agoda atau booking), dan view di map.

      Ada kesempatan nanti saya update utk info

      Delete
  11. salam Mat Drat, guide muslim ada contact x sana, utk free n easy

    ReplyDelete
  12. Mat nak tanya boleh tak kita dapatkan thai tourist guide. Bkn group, individual tourist..terima kasih na.. kap kum mang kap

    ReplyDelete
  13. Sorry ye memzaza, saya tak ada contact.

    ReplyDelete
  14. Salam abg mat, kalo naik grab sini..camne ye..kita kene apps yg sama kat malaysia dan bayar camne..kredit card ke bleh bayar cash...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam MrLei.
      Hari tu saya install di sana sbb mmg tak pernah pakai grab di Malaysia sebelum tu.
      Kawan lain ada yg pakai app yg install dari Malaysia.

      Kami bayar cash shj..

      Delete
  15. Salam tuan..utk transport 8-9 jam thb2500 termasuk duit petrol ke?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.
      Yup,termasuk tol, petrol Dan parking

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.