Pages

Monday, 21 August 2017

Travelog Percutian ke Busan Korea Selatan - Part I


Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Gamcheon Culture Village - Destinasi wajib di Busan




Annyeong-haseyo .....

Kali ni Mat Drat sambung perkongsian percutian ke Busan Korea Selatan ni dalam Travelog Busan.

Jemput baca dulu entry sebelum ni, sekurang-kurangnya tahu macam mana Mat Drat boleh tersampai ke Busan ni. Dan juga di entry sebelum ni banyak tips-tips bercuti ke Busan Korea Selatan yang Mat Drat kongsikan.

👉👉 Percutian Ke Busan Korea Selatan - Tips


Penerbangan ke Busan Korea

Penerbangan Mat Drat dengan Air Asia ke Busan pada jam 1.15 am. Seperti biasa untuk penerbangan antarabangsa, Mat Drat akan tiba awal di airport, paling kurang 3 jam awal. Tapi memandangkan kali ni naik Air Asia, Mat Drat tiba lebih awal sebab Air Asia ni biasanya penumpang agak ramai dan queue di kaunter agak panjang. Lagipun penerbangan ni Mat Drat tak boleh check-in secara online sebab terbang bersama baby, kena check-in di kaunter.

Dan seperti biasa juga Mat Drat  akan parking kereta di Putrajaya Sentral Park n Ride untuk lebih jimat. Dari situ akan naik tren KL Transit sahaja ke KLIA2.

👉👉 Parking Murah Ke KLIA / KLIA2

KLIA2
Sekitar jam 10.30 malam. Memang ramai orang.
Queue memang panjang di kaunter Air Asia di KLIA2 ni

KLIA2
Rezeki sebab dapat ke Lane yang baru dibuka.
Tak ada la beratur panjang.

KLIA2
Kecik-kecik dah dapat terbang ke Korea 

KLIA2
Sama flight ke Busan. Peramah amoi-amoi ni.
Bagus depa ni, pergi Busan bawa mak ayah
KLIA2
Ramai dah yang sedia menanti rupanya walaupun flight lagi 2 jam.
Biar awal jangan sampai terlewat,

 nanti tak dapat terbang kecoh pulak kat FB.



Untung juga terbang dengan baby ni.... bila dipanggil masuk pesawat, dapat masuk dahulu.

KLIA2 AirAsia
2 pagi masih belum tidur sikecik ni.
Pengalaman pertama la katakan...

KLIA2 AirAsia
Pesawat memang penuh.
Masing-masing berangan nak kejar sakura.

KLIA2 AirAsia Meal Nasi Lemak
Makanan disajikan dalam 2 jam sebelum mendarat.
Kira sarapan la...
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Menjelang subuh dan semakin menghampiri Busan



Gimhae International Airport , Busan Korea Selatan

Kami tiba di Gimhae International Airport Busan (PUS) sekitar jam 8 pagi. Pemeriksaan kastam tidak ketat seperti Australia atau New Zealand. Rasanya airport kat Thailand lagi ketat. Yang penting jangan bawa barang terlarang sahaja.

Selesai pemeriksaan kastam dan imigresen, Mat Drat terus ke arrival hall. Driver sedia menanti, risau juga sebenarnya sebab dia kata dia akan tunggu sehingga 1 jam 30 minit sahaja.

Bab makanan yang dibawa tiada masalah, apa yang kami bawa kat bawah ni semua boleh dibawa masuk tanpa diperiksa dan disoal.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport
Pemeriksaan Imigresen

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport
Cukuplah kot makanan ni untuk standby kalau-kalau lapar


Airport Transfer - Gimhae Airport ke Busan City

Kami di sini sebenarnya tak pening pasal bab airport transfer sebab semuanya di uruskan oleh ejen kami.  Driver sememangnya sedia menanti kami di arrival hall, jadi tak risau.

Untuk option transport ke Busan City, ada Mat Drat kongsikan di entry sebelum ni. Boleh pilih menaiki limousine (bas), tren, bas bandar atau teksi.

Mat Drat dijemput dan terus ke Hotel. Jauh juga rupanya ke Busan dan Haeundae, lebih kurang 1 jam juga perjalanan ke hotel. Mungkin faktor waktu pagi dimana hari bekerja jadi jalan agak sibuk.

Boleh kata sepanjang perjalanan 80% hanya akan nampak kenderaan buatan Korea seperti jenama Hyuadai, Kia, Syamyoeng, Daewoo dan Samsung!! Baru tahu Samsung juga ada keluarkan kereta, banyak pula tu dijalan raya.

Pemandu yang mengambil dan menghantar kami ni rasanya buat part-time kot jadi ala-ala 'grab / uber driver'. Sebab tak gaya driver teksi pun. Sepanjang perjalanan kami boleh berbual macam-macam perkara... bukan sahaja bab Malaysia dan Korea tetapi juga bab negara lain. Dia pernah bekerja di Thailand dan di beberapa negara Europe. Kira boleh tahan jugak la kot kerja dia, sebab datang pun ambil Mat Drat guna BMW.

Yang Mat Drat ingat, dia cukup terkejut bila Mat Drat bagi tahu baby yang ikut ni anak ke-x Mat Drat. Dia kata average di Korea, anak hanya seorang atau dua anak sahaja. Itu generasi dia. Generasi sekarang dia kata hanya seorang anak sahaja puratanya dan lambat pula tu kahwin. Jadi tak hairanlah sepanjang Mat Drat di Busan 4 hari ni, baby yang Mat Drat bawa ni sentiasa jadi tumpuan. Suka betul dia orang ni dengan baby....

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport
Stewardess Air Asia pun tunggu transport sama kami !!
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport
Bagi yang nak ambil bas ke Busan City, bus stop ada di lur terminal.
Cuma cari bus stop yang betul

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport Transfer
Pemandu yang mengambil kami.
TQ Astro dan Mayflower American Express utk service yang superb !

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport Transfer
Terus ke depan hotel


Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport
Jangan lupa ambil map dan tourist information di kawasan sini

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport Transfer
Jangan ingat kat Malaysia je  ada tol.
Kat Korea yang maju ni pun highway ada tol ye.


Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Gimhae Airport Transfer
Ketika melalui salah satu mercu tanda Busan.
Jambatan bertingkat . 
Setiap tingkat ada 4-5 lane.
Panjang dan lebar jambatan ni.


Hotel Novotel Hauendae, Busan Korea Selatan

Kami tiba di hotel lebih kurang 10 pagi. Nasib baik ejen check-in kami awal sehari. Jadi kami sampai, terus boleh masuk bilik dan tak perlu lah menunggu sehingga jam 2-3 petang untuk check-in. Bijak dan prihatin sungguh Elaine yang uruskan penerbangan dan penginapan saya. TQ Elaine.

Sebelum naik ke bilik, alang-alang dah di check-in kan awal sehari, kami terus ke restoran untuk breakfast. Pilihan makanan sangat terhad, jadi kami hanya makan buah dan telur rebus sahaja. Lain-lain makanan agak meragukan. Cukuplah untuk alas perut pagi ni.


Percutian ke Busan Kores Selatan Hotel Murah
Bilik kami. Kiranya agak kecil jika ikut pada harga.
Tapi okey je. 

Percutian ke Busan Kores Selatan Hotel Murah Haeundae
View depan bilik yang tak cantik.
Tak dapat sea view...
Bilik murah je walaupun RM 400++. hu hu hu


Busan City Tour - Bas Hop-In Hop-off

Seperti saya ceritakan di entry sebelum ni, hajat hati nak naik bas hop-in hop-off petang ni, tapi dah agak lewat. Terpaksa di batalkan atas saranan driver bas itu sendiri.

Maklumlah bergerak dengan baby kecil, kena fikirkan faktor dia juga. Sampai-sampai hotel, kena bagi dia berehat dahulu sebelum kami keluar memulakan penjelajahan bumi Busan.

Tiket tour ni tak silap dalam 15,000 won ( lebih kurang RM 55). Untuk detail, baca di entry sebelum ni, panjang saya cerita pasal bas city tour ni (Hop-in Hop-off).

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Hop In Hop Off Bus
Menunggu bas hop-in hop-off (tour bus) ... 
lagi 25 minit akan tiba

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Hop In Hop Off Bus
Kena kacau dengan jejaka K-POP... 

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik Hop In Hop Off Bus
BUSAN SEA LIFE Aquarium
 Sebelah hotel kami je, tapi takkan masuk sini pulak.
Aquaria kat KL ada. 





Jalan-Jalan Tempat Menarik Di Busan Korea Selatan

Oleh kerana tak dapat naik bas hop-in hop-off, kami terpaksa tukar plan petang ni dengan ke :
- Yongdusan Park
- Jagalci Market
- BIFF Square
- Gwangbokro Fashion Street 
- Gukje Market Tak sempat pergi petang ni walaupun dah plan

Mat Drat pilih 5 tempat ni sebab semuanya saling berdekatan.


Untung Mat Drat taip siap-siap itinerari trip Busan ni di handphone dan savekan di whatsapp. Jadi masa di bus stop tu juga Mat Drat terus tukar plan dari naik bas City Tour kepada naik tren subway untuk ke tempat menarik yang di atas tu. Jadi, Mat Drat terus menapak ke Station Subway Metro Hauendae Beach  yang jaraknya dalam 500 meter. 

Memang jadi amalan Mat Drat, mana-mana trip Mat Drat akan share itinerary di dalam group whatsapp. Walaupun jalan-jalan dalam negara sekalipun, Mat Drat akan share dengan anak-anak. Jadi mereka akan tahu masa yang mereka perlu bersedia dan juga destinasi yang mereka akan pergi. Semua boleh plan.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Letih juga berjalan 500 meter ni dengan baby!!
Nasib baik ada bangku...Arca pun cantik

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Tadi baby K-POP kat bus stop,
ni untie pulak sibuk nak main dengan baby kami


Pengalaman nak subway metro di Busan

- Tiket daily pass boleh dibeli untuk lebih jimat
- Tiket boleh dibeli di mesin di station metro. Tak tahu beli, boleh minta bantuan petugas.
- Jangan risau, mesin tiket ada pilihan bahasa Inggeris. Cukup senang di guanakan.
- Tapi mesin tiket ni hanya terima duit kecil, tak ada note kecil jangan risau sebab ada mesin tukar duit. Ini pun petugas di station metro yang ajar dan bantu kami.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Ada pilihan bahasa Inggeris. Jangan risau
Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Pilih daily pass

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Mesin tukar duit pun ada untuk kemudahan pengunjung.


- Bila nampak mesin tukar duit ni, Mat Drat teringat masa trip Paris dahulu. Nak beli tiket tetapi mesin hanya terima duit syiling. Nak tukar duit kecil, tiada kaunter berdekatan. Dah la station Gare Du Nord. Pening jugak Mat Drat hari tu sebab masa pun agak suntuk untuk mengejar tren ke Airport. Nasib baik waktu tu teringat kad debit telah diaktifkan dengan oversea transaction. Waktu tu di Paris dah tak terima kad debit/kredit tanpa PIN nombor.



- Boleh kata tren di Busan Subway Metro ni sentiasa penuh.
- Kalau bawa baby atau anak kecil, mereka akan beri keutamaan untuk baby dan ibu duduk.
- Mat Drat sendiri, dua kali di suruh duduk walaupun tak dukung baby, hormat mereka pada ibubapa yang ada baby kot.
- Mereka agak peramah terutama warga veteren.
- Beberapa kali juga warga Busan ni beri sesuatu (soft toy) dan coklat kepada baby. Mungkin amalan mereka saling memberi.
- Apa yang mereka beri tu (coklat), akan Mat Drat beri pula pada kanak-kanak lain kalau jumpa. Nak makan rasa tak yakin.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Station pertama yang dijejaki.
 Subway Haeundae Beach station

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Tren subway ni sentiasa penuh.
Jarang sangat tak penuhnya...
Patutlah boleh ada movie zombie di Train To busan


Nak cerita sikit pasal mamat k-pop berdua ni. Nama sorang tu Sam, sorang lagi dah tak ingat. Ni la orang pertama yang offer kami berdua duduk dan beri toys pada kami. Mula-mula saya tolak toys tu, tapi dia kata bukan untuk saya tapi untuk baby kami. Hik hik hik.

Kata dia, dia terpaksa sambung belajar di US kerana degree di Korea terlalu biasa, jadi mereka terpaksa tambah value kepada degree mereka.

Betullah apa yang saya pernah baca, di Korea memang agak sukar untuk mencari kerja kecuali betul-betul cemerlang. Kalau tak, ada degree tapi terpaksa la kerja apa yang ada dulu.

Panjang juga kami berbual..... peramah. Kami turun di station Saemyeon dan mereka siap nak tunjuk next platform untuk kami sambung tren kami. Tu kalau ke tempat orang kita kena selalu senyum dan ramahkan diri.

Jadi jangan ingat di Korea ni mereka tak boleh berbahasa Inggeris, boleh je...

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
 Dipelawa duduk oleh mamat K-POP berdua ni semasa pertama
kali menggunakan tren subway.
Peramah,  Dua-dua baru habis study di US.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Signboard di station subway metro sangat jelas.
Direction ke 'tempat menarik" akan dipaparkan.

Percutian ke Busan Kores Selatan Tempat Menarik
Station subway metro utama - station Seomyeon.
Track tren pun 2-3 tingkat.
Disini paling banyak kami menukar tren


Di Station Nampo ni ada kedai jual baju tebal bundle. Cukup murah hanya 2,000 won (RM 8) yang Mat Drat beli ni. Ini terpaksa beli sebab baju sejuk tebal kami tinggal di hotel, jadi kena beli yang besar dan boleh tutup baby sekali.

Di sini juga ada kedai runcit, nak beli makanan minuman halal tak ada masalah. Makanan dari Malaysia dan Indonesia seperti biskut dan mee segera pun ada.



2,000 won je. Sambar je la... tak sampai RM 8 pun.
Buat persediaan malam ni yang agak sejuk.


Nak pilih baju pun susah sebab tokey kedai sibuk nak main dengan baby.

Biskut potato ni pun ada. Kat Malaysia jual 0.50 satu,
kat sini dalam 2OO won je dalam RM 0.80 


Tu kot tebal warna merah yang kami beli 2,000 won je. 
Terpaksa beli dan terus pakai sebab kesian kat baby kesejukan..

bersambung di entry berikutnya... Travelog Part II





No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.