Pages

Monday, 5 September 2016

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir 3H2M



Memandangkan saya baru balik dari Cuti Cuti Malaysia ke Kuala Terengganu, jadi saya ambil kesempatan untuk buat entry throwback berkenaan Cuti Cuti Malaysia saya ke Tasik Kenyir.

Trip ke Tasik Kenyir ini adalah trip 3H 2M di mana saya menempah 2 unit Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Cukup murah hanya RM 60 satu malam seunit untuk bungalow 3 bilik. Cuma nak dapat slot kosong, memang susah.... kira nasib la kalau dapat buat tempahan untuk hujung minggu.

Sebenarnya beberapa bulan juga saya mencuba untuk membuat tempahan baru dapat slot yang cantik 3H2M di hujung minggu ini . Biasa tu yang saya lihat hanya ada kekosongan ti tenagh minggu (weekday) atau pun Ahad sahaja.

Tempahan RPP boleh di buat di www.bph.gov.my. Untuk tempahan , kena ambil tahu tarik tempahan di buka. Jadual seperti berikut :



Perjalanan Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir


Untuk ke Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir, tetamu rumah peranginan perlu menaiki bot dari Pengakalan Gawi yang terletak berhampiran Kuala Berang. Perlu hubungi penyelia rumah peranginan untuk arrangement waktu ketibaan kita dan waktu bot menunggu. Ini bagi memudahkan semua pihak.

Saya maklumkan kepada Encik Alias (penyelia rumah peranginan) yang kami akan tiba sekitar jam 2 petang. Jadi perancangan perjalanan adalah untuk sampai di Pengkalan Gawi sekitar jam 1.15-1.45 petang.





Kami melepasi Plaza Tol Gombak sekitar jam 7 pagi. Kami akan mengikuti Lebuhraya KL-Karak, dan kemudian terus masuk ke LPT 1 dan LPT2 sebelum menuju terus ke Kuala Berang dan Pengkalan Gawi.

Perjalanan di sambut dengan mentari pagi
Jarak dari Plaza Tol Gombak ke Pengkalan Gawi melalui LPT1 & LPT 2 adalah sejauh lebih kurang 440 km yang mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam perjalanan. Boleh la tambah lagi 1 jam ke 1 1/2 jam untuk ambil kira waktu berhenti mengisi petrol, bersarapan, anak-anak nak ke toilet dan juga masa untuk makan tengah hari.

Jadi saya jangka perjalanan akan mengambil masa 6 jam ( 4 1/2 jam perjalanan + 1 1/2 jam berhenti)

Dari LPT2, perlu keluar di Exit Ajil 858 dan terus menuju ke Kuala Berang. Jika sampai di Kuala Berang sekitar jam 11 - 12 tengah hari, boleh la singgah di mana- mana kedai makan untuk makan tengah hari. Selepas pekan Kuala Berang, pilihan kedai makan untuk makan tengah hari agak terhad. 

Kami tidak singgah makan tengah hari di Kuala Berang memandangkan kami bersarapan agak lewat di Hentian RnR Gambang. Apabila melepasi Pekan Kuala Berang,  tidak banyak kedai makan yang akan dijumpai. Nasib baik sewaktu melalui Kg Kuala Ping ada beberapa kedai makan. Terpaksa la makan apa yang ada sebab di situ sudah di kira jalan kampung di mana kedai-kedai memang kurang.

Jarak dari Kuala Berang ke Pengakalan Gawi adalah lebih kurang 35 km yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.

Sekitar jam 1.30 petang kami sampai di Pengakalan Gawi

Satu lagi alternatif jika dari Kuala Lumpur adalah dengan melalui Lebuhraya KL-Karak, kemudian melalui Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang - Pengkalan Gawi. Jarak lebih pendek sekitar 375km sahaja tetapi mengambil masa perjalanan yang lebih lama.


Bot Ke RPP Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir


Bot yang akan membawa ke RPP - Rumah Peranginan Persekutuan akan menunggu di jeti. Walau pun waktu arrangement adalah jam 2 petang, tetapi bot kami hanya bergerak sekitar jam 3 petang. Ini kerana ada tetamu lain yang terlewat hampir 1 jam.

Rumah Peranginan Persekutuan ini terletak di Pulau Sah Besar dan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke situ. Tambang bot juga telah saya bayar awal-awal secara online semasa tempahan rumah peranginan tempoh hari.





Bot ke RPP Tasik Kenyir


Ada signboard yang jelas menuju ke jeti menaiki
 bot ke RPP Tasik Kenyir
Cek semua branag, jangan sampai tertinggal


Bot yang cukup selesa






Lake Kenyir Resor & Spa - Alternatif penginapan selain RPP Tasik Kenyir
Memang luas Tasik Kenyir ni

Signboard penunjuk arah






Apabila melintasi beberapa batang pokok yang masih tertinggal di tengah tasik ini, saya mulaterbayang betapa kayanya khazanah alam di sini dahulu. Kaya raya la yang dapat projek membalak di sini dahulu rasanya.
'Sepohon kayu' yang menunggu masa untuk reput


Bot mula menghampiri Rumah Peranginan Persekutan Tasik Kenyir di Pulau Sah Besar







Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir



Dari jeti RPP ini, kita perlu mendaki anak tangga ke rumah penginapan. Boleh tahan juga la ketinggian yang perlu di daki.

Di Pulau Sah Besar ini hanya terdapat Rumah Peranginan Persekutuan sahaja, jadi memang agak sunyi. Tambahan pula bilangan unit yang sedikit menambahkan lagi kesunyian kawasan ini, lebih-lebih lagi jika bukan hujung minggu.





Memulakan pendakian ke RPP

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Bungalow Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Suasana dalam rumah


Gazebo yang di sediakan.. Cukup selesa untuk bersantai
Suasana  di sini memang agak sunyi


Kadar sewa RPP Tasik Kenyir adalah seperti di bawah. Sewaktu kami ke sana, unit asrama seakan sudah lama tidak di huni kerana nampak sedikit kusam dan tidak teratur.




Bekalan Makanan Ke Tasik Kenyir


Segala keperluan makanan, sama ada bahan mentah atau makanan segera, seeloknya di bawa siap-siap dari rumah atau pun dibeli di pekan Kuala Berang. Selepas pekan Kuala Berang, kedai tidak banyak yang akan kita temui. Bawa la makanan lebih sedikit kerana di RPP Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir tidak ada dijual apa-apa bekalan makanan. Kalau terputus bekalan makanan, memang akan memeningkan kepala seperti berlaku kepada kami.

Kami di hari kedua telah terputus bekalan makanan kerana pada malam tu telah berBBQ dan hari sebelumnya juga anak-anak asyij makan sahaja kerana di sini tidak ada aktiviti boleh di buat apabila menjelang maghrib.

Nasib baik pada tengah hari di hari ke2, saya dan isteri dapat menumpang En Alias ke Pengakalan Gawi semasa dia mengambil penumpang. Masa 30 minit yang dia berikan kami masa untuk kembali ke jeti sekadar ngam-ngam kerana kedai runcit memang sudah untuk di cari sekitar Pengkalan Gawi ini. .... jika lewat, tak dapat la kami balik ke RPP Rumah Perangian Persekutuan.

Kedai runcit untuk membeli bahan mentah (ikan dan ayam) yang kami jumpa pun hampir 15 km dari Pengakalan Gawi, itu pun jumpa van bergerak yang menjual bahan basah.


bersambung di entry berikutnya..... < 5 + 5 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir >

dan baca juga entry saya ke Teengganu


Tempahan Tiket Bas  KLIK DI SINI

Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut


27 comments:

  1. rumah ni ada provide dapur untuk masak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur ada disediakan. Kita memang kena masak sendiri sbb disini tiada restoran (Rumah Persekutuan). Tempat BBQ pun ada

      Delete
  2. bagus sekali semua maklumat, yang banyak membantu saya merancangkan percutian saya. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Excellent goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you're just
    extremely magnificent. I actually like what you've acquired here,
    certainly like what you are saying and the way in which you say it.
    You make it entertaining and you still care for to keep it smart.
    I can not wait to read much more from you. This is really a great website.

    ReplyDelete
  4. salam encik mat, kalau kita nak keluar naik bot mcm mana ye? boleh tempah siap2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam. Utk bot pergi dan balik tu kita memang kena tempah siap2 (masa ditetapkan).
      Tapi kalau bot utk keluar selain yg kita tempah tu, kena tanya2 person incharge kalau boleh tumpang. Mcm kami hari tu, day 2 tu kami tumpang bot yg nak pickup mereka yg baru tiba.

      Delete
  5. Nice weblog right here! Also your site a lot up very fast!
    What host are you the use of? Can I get your associate
    link for your host? I wish my web site loaded up as quickly as yours lol

    ReplyDelete
  6. Today, I went to the beach with my kids. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She
    placed the shell to her ear and screamed.
    There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic
    but I had to tell someone!

    ReplyDelete
  7. Appreciate this post. Will try it out.

    ReplyDelete
  8. SALAM...BILA BACA ENTRY ENCIK RASA SERONOK DAN MENARIK... SESUAI TAK UNTUK ANAK2 DAN SELAMAT TAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... tq sudi singgah blog saya.
      "sesuai tak untuk anak2 dan selamat tak" tu untuk aktiviti mana ye?

      sini tak byk aktivit, aktiviti utama berkayak dan ke air terjun sauk tu je yg kami buat

      Delete
  9. terima kasih sudi share.kelihatan bot pon tulis rumah peranginan persekutuan.adakah bot juga disediakan oleh BPH atau kene order dr pihak luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ singgah blog saya. Bot mmg disediakan over BPH... tempahan bot (dgn bilangan penumpang) dari Pengkalan Gawi ke RPP Tasik Kenyir kena buat masa permohonan penginapan tu... Akan keluar option bayaran bot semasa tempahan online tu nanti

      Delete
  10. hi, bot ke air terjun kira macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... Bot ke air terjun, boleh bayar kpd person in charge. Maklumkan awal kpd dia masa sampai di sana nanti. Kadar tambang ada di jeti, saya tk sempat ambik gambar (tak ingat berapa caj)

      Delete
    2. Jika nak memancing. Kena sewa bot lain ke?

      Delete
  11. Assmkm..Boleh memancing ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman dulu...memancing dekatsitu tak ada hasil. Nak memancing, rasanya kena sewa bot la, baru dapat ke port yg baik

      Delete
  12. salam tuan.. utk bbq tu segala brg mcm arang jaring dan lain² disediakan ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam...arang bawa sendiri. Jaring mmg ada. Kalau nasib baik, pengunjung yang menginap sebelum ni mungkin tinggalkan je arang di situ.

      Delete
  13. Terima kasih atas info.. untuk persediaan saya bercuti bersama anak-anak.. macam tak banyak aktiviti fizikal selain berkayak..

    ReplyDelete
  14. jika jumlah tiket bot yang ditempah tidak mencukupi, boleh ke bayar cash kepada pemandu bot? berapa ya harga? dan dalam rumah itu ada berapa katil?. boleh saya dapatkan no. telefon en.alias tu. terima kasih

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum en mat...brp byr bot utk sampai ke RP TK tu?

    ReplyDelete
  16. Tak sabar nak ke sana..tapi susah juga nk kena isi form bagai..saya anggota polis.siap kan surat pengesahan jawatan..leceh

    ReplyDelete
  17. as slm..ada yg baru menginap ke tahun 2021 ni?nk tau pengalaman ok x ok..sbb sy baru nk booking

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.