Terengganu cukup terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia.
Pelbagai tarikan di janjikan jika kita berkunjung ke Negeri Terengganu ini. Dari keindahan ikon-ikon bangunan negeri Terengganu di Kuala Terengganu sendiri sehingga keindahan tasik dan pantai serta seterusnya kecantikan pulaunya . Pelbagai makanan istimewa juga menambahkan lagi alasan untuk kita ke Terengganu.
Di Kuala Terengganu itu sendiri, 10 tempat paling menjadi tumpuan pelancong adalah
1. Taman Tamadun Islam
Sebahagian Momnumen di Taman Tamadun Islam Image : terengganu-tourism-portal.blogspot |
Taman Tamadun Islam menempatkan monumen-monumen bersejarah seperti Masjid Negara, Dome of the Rock, Masjidil Haram, Al-Hambra Citadel, Taj Mahal, Mimbar Kalyan, Makam Abu Nasr Masjid Mohd Ali, Masjid Besar Qairawan, Aleppo Citadel, Masjid Sulaiman Turki, Masjid Kul Syarif Russia dan Mimbar Xian, China.
2. Masjid Kristal
Masjid Kristal yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan negeri Terengganu & Malaysia Khususnya. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.
3. Muzium Negeri Terengganu
3. Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu
Muzium Terengganu adalah muzium terbesar di Asia Tenggara dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.
Muzium Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terenggan. Kompleks ini dibina dengan senibina yang menarik dan diinspirasikan dari istana lama di Terengganu. Ia turut dibina dengan landskap taman yang indah.
Muzium Negeri Terengganu |
4. Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid Terapung Image : kenaliterengganu.blogspot |
Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung dan menggunakan batu marmar & seramik. Diinspirasikan dari Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
5. Pasar Besar Kedai Payang
Pasar Besar Kedai Payang |
Pasar dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional masyarakat Terenggau seperti kain batik, kain sutera dan songket hasil tenunan tangan. Paling menarik harganya jauh lebih murah daripada di tempat lain. Bagi mereka yang bijak dan rajin tawar-menawar, Pasar Payang sudah pasti menjadi lokasi paling digemari.
Selain 5 tempat tumpuan pengunjung di atas, 5 tempat lain yang boleh dilawati jika ke Kuala Terengganu adalah :
6. Dataran Shahbandar
Dataran Shahbandar Kuala Terengganu Image : myforum.cari |
7. Waterfront Kuala Terengganu
Waterfront Kuala Terengganu Image : lakwaksero.com |
8. Bukit Puteri Kuala Terengganu
Bukit Puteri Kuala Terengganu Image :flickr |
9. Chinatown, Kuala Terengganu.
Chinatown Kuala Terengganu Image : sini.com.my |
10. Pulau Warisan - i-City Terengganu.
i-City Pulau Warisan Kuala Terengganu Image : lakwaksero.com |
~mat-drat~
Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini
👉👉 Jalan Jalan Ke Kuala Terengganu
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu
👉👉 5 Kedai Keropok Lekor Pilihan Ramai di Kuala Terengganu
👉👉 5 Kedai Keropok Lekor Pilihan Ramai di Kuala Terengganu
Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu
👉👉 Trip Ke Pulau Perhentian
👉👉 Trip Ke Tasik Kenyir
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.