Ini entry ke 3 untuk trip Pulau Perhentian kami. Boleh baca entry sebelum ini
Pulau Perhentian Besar |
Aktiviti di Pulau Perhentian .... Petang di hari pertama
Jungle Trekking ke Teluk Keke, Perhentian Besar
Selesai urusan check-in di The Barat Perhentian dan merehatkan diri sekejap, saya buat tinjauan trek untuk jungle trekking ke Teluk Keke. Teluk Keke di dalam 1 km dari resort kami menginap (The Barat), tapi jalannya ke sana perlu melalui sedikit hutan belukar selain melalui pantai dan beberapa resort.
Idea ni terlintas semasa saya melihat google map, saya rasa dari Teluk Keke mungkin boleh melihat suasana sunset dari situ. Carian di blog dan saya tak jumpa pula moment sunset yang betul-betul cantik dari Teluk Keke.
Kira plan nak buat jungle trekking dari The Barat Resort ke Teluk Keke untuk melihat sunset adalah rancangan sendiri. Saya anggarkan masa berjalan akan mengambil masa lebih kurang 45 minit kalau berdasarkan jarap di google map tu.
Sebelum memulakan tinjauan,, saya bertanya kepada beberapa pekerja hotel sama ada terdapat laluan trekking ke Teluk Keke atau tidak. Mereka kata ada laluan, cuma kata mereka saya perlu lalu belukar dan saya perlu ikut laluan batang paip sebagai panduan semasa di belukar nanti. Kata mereka, laluan bermula dari penghujung Mama Chalet dan akan memasuki kawasan belukar.
Untuk tinjaunan ni saya hanya berdua dengan anak sulong saya, anak-anak yang lain saya kata tengok keadaan dulu. Kalau laluan okey, petang nanti boleh ikut ke sana.
Mama Chalet terletak ersebelahan resort kami menginap, The Barat Perhentian Resort.
Semasa menghampiri Mama Chalet, kami bertemu satu pasangan yang agak berumur di Mama Chalet. Mereka ni menjalankan perniagaan sewaan peralatan snorkeling dan menyediakan perkhidmatan teksi air (bot) serta pakej snorkeling di Mama Chalet. Sempat saya berbual dengan pakcik dan makcik berdua tu, cukup peramah mereka berdua. Pakcik tu kata jarang orang ke Teluk Keke untuk tengok sunset. Di Teluk Keke jarang boleh nampak matahari terbenam dari situ kerana akan terlindung dengan Pulau Pehentian Kecil.
Pakcik ni siap cakap, buat apa nak jungle trekking ke sana kalau nak cuba tengok sunset. Tapi kalau nak jugak pergi, ambil je teksi air (bot), nanti nak balik senang bila hari malam, kat laut ni gelap.
Terpaksa la saya jawab berhemah... 'takpe pakcik, kami tengok trek jalan kaki tu dulu, tak confirm lagi akan pergi atau tak"
Mama Chalet |
Mama Chalet... unit sea view... damai, tenang serta sunyi |
Apabila melintasi Mama Chalet, terasa agak sunyi. Tidak nampak ramai kelibat pengunjung di chalet ini. Mungkin sebab musim tengkujuh baru berakhir, jadi orang tak berapa ramai. Atau pun mungkin pengunjung belum balik dari aktiviti laut (snorkeling dan scuba diving).
Apabila mula memasuki kawasan belukar di kawasan hujung Mama Chalet, laluan jungle trekking tu jelas kelihatan. Laluan pun nampak macam cantik je.
boleh tahan trek jungle trekking dia |
Setelah berjalan beberapa puluh meter, laluan yang terang tadi mula gelap dan laluan di tanah mula kelihatan dilitupi daun-daun kering. Bongkah-bongkah batu besar mula kelihatan. Pada waktu tu saya dah rasa kurang sesuai untuk meneruskan niat saya.
Jadi kiranya kami tak sempat pun nak lalu lalulan jungle trekking ni. Saya lebih risaukan faktor keselamatan terutama apabila berjalan pulang selepas matahari terbenam.
Laluan ada tapi agak gelap |
Banyak batu-batu besar |
Jadi Misi Jungle Trekking - Aktiviti di Pulau Perhentian kami yang pertama di BATALKAN atas sebab.
- Laluan ni memang agak sunyi, seperti jarang di gunakan. Ada sesetengah tempat, laluan yang dilitupi daun-daun kering agak tinggi.
- Waktu kami mencuba ni dalam jam 4 petang, tapi sudah agak gelap. Saya rasakan kalau pulang waktu malam, pasti lagi gelap...gelap gulita.
- Saya memang sudah bawa siap-siap beberapa torch light untuk persediaan, tetapi saya rasa ia masih tidak berapa selamat untuk saya dan anak berjalan pada waktu malam.
- Bongkah-bongkah batu besar di laluan ini betul-betul menimbulkan rasa kurang 'seronok'. Kurang seronok bukan apa, cuma risau akan ular apabila berjalan malam bersama anak-anak dengan hanya bergantung kepada torch light. Dah la berbatu besar, banir-banir pokok juga agak besar... bahaya ni!
- Jadi atas faktor keselesaan dan keselamatan, saya kata kepada anak "misi untuk jungle trekking ke Teluk Keke terpaksa di batalkan, Mission Aborted!"
Apabila kami berpatah balik, dan melalui pakcik dan makcik tadi.... terpaksa la saya mengiyakan apa yang mereka kata. Tak sesuai ke Teluk Keke ikut laluan tu.
Jadi kalau kita berjalan ke tempat orang, jangan segan silu bertanya akan keadaan setempat dari oraang-orang tempatan. Mereka lagi mahir dan arif akan tempat tersebut.
Oleh kerana aktiviti jungle trekking untuk melihat sunset dibatalkan, maka petang itu saya akan gantikan dengan aktiviti snorkeling di pantai berdekatan resort saya.
Kebetulan pakcik dan makcik ni membuka kaunter sewaan peralatan snorkeling, jadi saya sewa dengan mereka. Cukup murah mereka caj iaitu hanya RM 5 untuk satu set, berbanding di dua kaunter berhampiran The Barat Perhentian tadi saya lihat sekitar RM10-RM15 satu set.
Caj sewaan peralatan snokeling di kaunter-kaunter berdekatan resort ini adalah untuk satu hari. Walau pun saya ambil sudah pukul 4 petang, saya tetap dikenakan caj RM 5 dan perlu pulangkan sebelum pukul 7 malam sebelum kaunter di tutup. Saya ambil dahulu, balik snokeling baru bayar.
Sampai je di bilik terus saya beritahu anak-anak lain..... jom snorkeling!!
Baca entry berikutnya untuk aktiviti snorkeling kami di Pantai Teluk Pauh berhampiran Perhentian Island Resort (PIR). Nanti saya sambung, ambil masa sedikit untuk menulis.
👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh , Perhentian Besar (Entry 4)Selepas snorkeling di perairan PIR, sekitar 7 malam, saya menyendiri di hujung Mama Chalet untuk melihat saat matahari terbenam. Memang terlalu sunyi di kawasan ni, dah la bersebelahan hutan belukar tadi... kelibat pengunjung lain juga tidak kelihatan.
Nasib baik 'kelibat' matahari hilang disebalik Pulau Perhentian Kecil sana, jadi saya tak lama berada di penghujung kawasan Mama Chalet tu. Rasa 'semacam' sebenarnya duduk situ sorang-sorang waktu senja.
bersambung.....
Dari hujung Mama Chalet, matahari hilang di balik Perhentian Kecil |
Apabila matahari telah melabuhkan diri, kelihatan merah di ufuk sana |
Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.
👉👉 Perjalanan ke Pulau Perhentian
👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar
👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian
~mat-drat~
Malu bertanya sesat jalan.. mujur mat drat rajin bertanya.. hihi..
ReplyDeleteMalu bertanya sesat jalan.. mujur mat drat rajin bertanya.. hihi..
ReplyDelete