Pages

Saturday, 13 June 2020

Ibadah Haji Tangguh : Maysia Tangguh Ibadah Haji 1441 ke Tahun Hadapan



Tabung Haji Arab Saudi Malaysia Tangguh Ibadah Haji 1441 ke Tahun Hadapan
Add caption


3 hari lepas kerajaan memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim tahun ini (1441 Hjirah) ditangguhkan.

Kira Ibadah Haji batal untuk semua pakej sama ada yang pergi dengan Tabung Haji atau pihak swasta lain. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Datuk Seri Dr Zulkifli turut berkata, perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

Pasti berita dan keputusan kerajaan ini agak berat diterima oleh sesetengah kita tetapi Mat Drat percaya inilah keputusan terbaik setakat hari ini.


Keselamatan nyawa adalah lebih utama buat masa ini dan Arab Saudi juga masih belum memberikan kata putus sama ada Ibada Haji 1441 akan diteruskan atau tidak.

👉👉
 

Bakal haji yang telah terpilih sebelum ini, perlu banyak bersabar dan redha dengan keputusan ini. 

TH juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan solat lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H ini. Sudah pasti mereka yang terlibat dengan penangguhan ini akan ditawarkan tempat pada tahun hadapan. 

Sama sama lah kita berdoa semoga pandemic covid19 ini segera berakhir, bukan sahaja di Malaysia, malahan di Arab Saudi dan sekuruh dunia juga. 

Berakhirnya pandemic ini nanti, maka kita dapatlah lihat kembali 2 masjid utama iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil  Nabawi di Madinah dibuka semula

Sebelum ini,  pada Mac lalu telah kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan penangguhan ibadah umrah. Sehingga kini, penangguhan ibadah umrah turut masih berkut kuasa.

Kita boleh lihat, sejak 3 bulan yang lalu suasana Mataf di Masjidil Haram adalah lengang. Selama ini, boleh dikatakan manusia tidak pernah berhenti tawaf mengelilingi Kaabah 24 jam sehari, tanpa henti. 

👉👉  Arab Saudi Tangguh Ibadah Umrah


Datuk Seri Dr Zulkifli juga berkata, beliau juga telah bertemu dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia semalam bagi menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadat haji bagi Malaysia, untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.

Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka pada tahun ini adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.


👉👉 Indonesia Tangguh Ibadah Haji


Sekali lagi, marilah kita sama sama berdoa semoga pandemic covid19 ini segera berakhir di seluruh dunia. Berakhir pandemic ini, daptlah kita kembali beribadah di Masjid dan dapatlah umat Islam menunaikan kembali ibadah Umrah dan Haji.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 





1 comment:

  1. Bertabahlah dan bersabarlah dengan ujian Allah... InsyaAllah ada sinar menanti orang yang bersabar. Semoga Covid-19 lenyap dari dunia ini secepat mungkin. Hikmah di sebalik kejadian kita tidak tahu.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.