Pages

Saturday, 13 June 2020

Arab Saudi Pertimbang Tangguh Ibadah Haji



Arab Saudi Pertimbang Tangguh Ibadah Haji

Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah umumkan pendirian kerajaan Malaysia mengenai ibadah haji pada tahun ini di mana Malaysia akan menangguhkan penghantaran semua untuk  menunaikan ibadah haji.

Arab Saudi tangguh Ibadah Haji...??

Satu laporan dari Financial Times, Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membatalkan ibadah haji tahunan tahun ini kerana wabak coronavirus.

Haji, adalah ibadah wajib bagi semua umat Islam (yang berkemampuan)  melakukan perjalanan menjalankan semua rukun haji di Makkah. 

Ibadah Haji ini juga adalah satu perhimpunan keagamaan terbesar di dunia, di mana hampir sekitar 2 juta orang berkumpul pada satu masa.

Ibadah Haji tahun ini dijangka akan berlaku pada 29 Julai - 4 Ogos, di mana pada tarikh ini semua umat Islam akan berada di Makkah.

Kita harus ingat, kebanyakkan jemaah Haji juga biasanya akan di 3 bandar utama iaitu Makkah, Madinah dan Jeddah (airport) dan purata mereka akan berada di Arab Saudi adalah melebihi 2 minggu.

Jemaah Haji dari Malaysia (pakej Muhassasah) puratanya pula akan berada sebulan di sana.

Setelah penangguhan acara besar lain seperti Olimpik Tokyo 2020, adakah Arab Saudi akan turut membatalkan haji tahun ini untuk membantu mengekang penyebaran koronavirus, akan kita tahu dalam minggu ini.


Financial Time menyatakan
......Officials are considering different scenarios and a “decision will be made within one week,” a senior official from the Saudi Ministry of Hajj and Umrah ministry told the newspaper. ......


Awal April tempoh hari, Kerajaan Arab Saudi juga telah menasihatkan supaya umat Islam membuat penangguhan persedian Ibadah Haji


Status Statistik Coronavirus di Arab Saudi 

Arab Saudi sebenarnya sedang terkesan dengan peningkatan semula secara mendadak kes Covid-19 selepas mereka melonggarkan sedikit 'lockdown' di sana. 

31 May lalu, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan semula solat berjemaah di Masjid, domestik travelling dibenarkan semula dan sektor ekonomi banyak yang dibuka kembali. 

Kurang 2 minggu selepas itu, kes meninggkat semula dan kerajaan Arab Saudi terpaksa mengetatkan kembali perintah Lockdown di Jeddah.

Riyadh merupakan bandar yang paling teruk terkesan dengan bilangan kes tertinggi di sana. Manakala Jeddah ke-2, Makkah ke3 dan Madinah ke 4 bilangan kes tertinggi di sana.


Kesan Ekonomi Penangguhan Ibadah Haji kepada Arab Saudi 

Ibadah Haji juga merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan Arab Saudi dan juga kepada sektor ekonomi di sana. Penangguhan ibadah haji ini pasti akan turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga di sana dan juga kepada kerajaan Arab Saudi itu sendiri.

Mereka juga sudah terkesan dengan penangguhan Ibadah Umrah, kemudia kejatuhan harga minyak yang mendadak bulan lalu. Jadi penangguhan ibadah haji ini juga pasti akan menambahkan lagi kesan kepada perniagaan dan ekonomi mereka di sana.




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

1 comment:

  1. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.