Pages

Thursday, 31 October 2019

Travelog Perth Part 12 : Blue Boat House Tempat Wajib Pergi Ikonik Perth

PERTH DAY 5 - THE BLUE BOAT HOUSE

Hari ke -, hari terakhir bersambung lagi. Dari Mandurah, Mat Drat singgah di Belmont Forum Mall untuk beli sedikit buah tangan (pinggan mangkuk  Corel) dan kemudian ke Chemist Warehouse (beli minyak wangi dan supplement - barocca)

Hari hari terakhir, nak tak nak memang kena ke Blue Boat House ni.. Sebenarnya hari ke-3 Mat Drat dah ke sini, tapi bila lalu di sini Mat Drat lihat ramai sangat orang. Tunda ke hari 4. 

Hari ke-4 pun sama, petang tu ramai sangat orang. Jadi Mat Drat tunda ke hari ke-5, hari terakhir. Jadi nak tak nak, kena pergi jugak la hari ni.

Sebelum tu jemput baca entry sebelum ni... 

Mandurah Dolphin Watching Cruise
👇👇
 Trip Perth - 
 Mandurah Dolphin Cruise

.............................................................................

Blue Boat House

Info
The Blue Boat House atau nama official dia Crawley Edge Boatshed, terletak di Swan River, dan di 'bawah' King Park Botanic Garden.

Ikonic boat house ni dibina sekitar 1930'an dan kini menjadi 'destinasi' wajib bagi mereka yang ingin bercuti ke Perth. Kira tak sampai, macam 'janggal' pulak la...

Blue boat house ni semakin ramai dikunjungi oleh pengunjung beberapa tahun kebelakangan ini selepas semakin di popularkan di blog-blog percutian, di instagram dan lama web percutian.

Blue boat house ni antara lokasi paling banyak gambar percutian di Perth terutama di Instagram. 

Kombinasi bangunan ini yang unik, ketenangan air Swan River serta keindahan langit yang membiru pasti membuatkan gambar mereka yang bergambar di sini jadi cukup cantik. 

Gambar Cantik : 
Mat Drat ke sini petang Day -5, nasib kurang baik sebab dah agak lewat sebenarnya. Langit dah tak cerah dan suasana mulai kelam, Jadi gambar tak berapa cantik.

Untuk gambar cantik, paling sesuai datang waktu tengah hari dan jangan lewat petang. Waktu ni langit membiru dan cerah. Baru gambar blue boat house + langit membiru menjadi kombinasi yang cukup cantik.

Dan elakkan pakai baju warna biru atau hampir biru sebab rumah dah biru, langit dah biru, laut pun biru...  Mat Drat pakai baju warna gelap hijau pun dah jadi gambar tak menarik. Hu Hu Hu

Pesanan Nak Bergambar : 
Blue Boat ni atas jety, jadi jaga-jaga kalau bawa anak kecil. 
Kalau kebetulan orang ramai, kita kena consider juga mereka yang beratur menunggu turn ambil gambar ye. Jangan posing lama sangat.
Rasanya waktu pagi paling kurang orang sebab 2-3 petang Mat Drat lalu di sini, nampak ramai je orang menunggu turn nak bergambar.

Lokasi : Terletak di tepi Mounts Bay Rd
Google Map Blue Boat House

Bas ke sini : 
Boleh naik bas nombor 102 / 107 / 950 /dari Elizabeth Quay (Elizabeth Quay Bus Stand) dan turun di bus stop 23000 : Mounts Bay Rd Before Wingfield Ave.

Bila nak balik, perlu sebarang jalan dan naik bas di bus stop 

Bas 102, 107 dan 950 ni lalu Elizabeth Quay dan Mount Bay Rd dan bas berhenti betul-betul depan Blue Boat House ni.

👉 Bus 102 Route Transperth (Elizabeth Quay Bus Station - Cottesloe Station)
👉 Bus 107 Route Transperth (Elizabeth Quay Bus Station - Fremantle)
👉 Bus 950 Route Transperth (Qeii Medical Centre - Morley Bus Station)


Parking Kereta : 
Sebelum ke Perth, Mat Drat dah intai habis kawasan parking berdekatan. Bagi yang berkereta, 3 tempat yang Mat Drat cadangkan.
Ingat, Mat Drat ada baca perlu hati-hati apabila park kereta kerana ada kes pecah kereta di kawasan ni. Jadi sebagai langkah keselamatan, elakkan tinggal barang berharga apabila park kereta di sini.

1. Street Parking di King Park Ave
Mat Drat dah intai kawasan ni di google map sebelum datang. Lokasinya di seberang jalan, di kawasan berbukit menghampiri King Park. Kira parking terdekat adalah di sini.

Waktu di sini, 2 kali pusing, tak dapat parking kosong. Penuh sebab lot parking sangat limited. Ada beberapa sahaja. Jika lokasi jauh sikit (sunyi), agak banyak.

Jika park di sini, 

  • jangan lupa bayar parking dan jangan park lebih lama dari waktu dibenarkan.
  • perlu melintas jalan Mounts Bay Rd. Jalan ni sibuk ye, dan tiada traffic light atau pun lintasan pejalan kaki. Berhati-hati melintas sebab kereta memang agak laju dan tidak putus-putus (waktu Mat Drat datang).

Faktor bahaya nak melintas jalan dengan anak-anak turut menyumbang Mat Drat tak jadi park di sini

2.Perth Dinghy Sailing Club
Cadangan paling bagus rasanya sebab lot parking luas dan dekat adalah park di lot parking berhampiran Perth Dinghy Sailing Club. Ni parking public, cuma perlu bayar parking sahaja.  Jarak dalam 800-900 meter jugalah perlu berjalan kaki.

Google Map Parking Perth Dinghy Sailing Club 

Mat Drat tak jadi park di sini sebab 

  • petang tu nampak agak sunyi kawasan ni (risau kereta kena pecah)
  • Laluan jalan kaki agak sempit dan perlu berkongsi dengan pengguna basikal. (Mat Drat ramai dengan anak-anak kecil)




3.Mount Bay Rd parking
Ni tempat parking yang Mat Drat park kereta. Agak jauh, dalam 1.5km. Tapi jalan-jalan santai petang, okey je.
Waktu Mat Drat sampai, kebetulan ada satu family dan ada satu couple student Malaysia yang study kat sini juga park di area ni dan berjalan kaki ke Bue Boat House. 

Gooogle Map Parking Mounts Bay Rd

Memang agak jauh tapi Mat Drat suka prefer sini berbanding  Perth Dinghy Sailing Club tadi sebab laluan pejalan kaki agak luas dan tempat ni agak terbuka sedikit, tepi jalan utama.

Tapi sini, lot parking sangat limited ye.


Sudah agak petang,
Sewaktu menapak dari parking ke Blue Boat House


Menunggu turn nak bergambar. 


Silap pakai baju gelap... jadi nak ke sini, elakkan pakai baju warna biru dan seangkatan dengannya.
Kebetulan pulak anak ambik gambar, tak setting. Jadi gelap gambar ni.

Baju warna kontra, baru nampak menyerlah gambar...


Okey , ni destinasi terakhir Mat Drat di Perth. Balik apartment, berehat sebab 3am pagi nak bergerak ke airport dah.

Ni la sahaja travelog Perth dari Day 1 ke Day 5. Entry berikutnya, Mat Drat share senarai tempat shopping murah dan tempat makan halal di Perth.

Yang baru merancang nak ke Perth, Mat Drat rekemen sangat lah Perth ni. Memang puas hati trip ni.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.